Saturday, February 9, 2019

BAKA KELAPA HIBRID POPULAR DI DUNIA

KELAPA (Cocos nucifera) daripada keluarga Arecaceae merupakan tanaman penting didunia terutama dinegara-negara beriklim tropika seperti Malaysia. Di Malaysia tanaman kelapa merupakan tanam ke 4 terpenting selepas Kelapa Sawit, getah dan Padi. Tanaman kelapa mempunyai 3 jenis kategori iaitu mengikut kumpulan iaitu KELAPA TINGGI, KELAPA RENEK dan KELAPA HIBRID. Tanaman kelapa secara komersil dan tradisional dilakukan semenjak lama dulu. Ia juga merupakan jenis tanaman yang penting dibeberapa negara termasuk di Malaysia. Indonesia kini merupakan negara yang paling luas menanam kelapa dengan keluasan melebihi 3.8 juta hektar diikuti dengan Filipina seluas 3.6 juta hektar. Malaysia hanya mendudukki tempat ke 10 sebagai pengeluar kelapa dunia dengan kapasiti sebanyak 538,685 biji dimana ujud kawasan tanaman kelapa seluas 81,585 hektar pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Ststistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Antara kawasan utama tanaman kelapa masa kini adalah dipantai barat Semenanjung Malaysia seperti di Perak, Selangor dan Johor serta di Sabah dan Sarawak. Melihat kepada situasi ini ianya menunjukkan bahawa tanaman kelapa adalah amat signifikan dengan kawasan berpulau-pulau yang dikelilingi dengan laut. Tanaman kelapa dikelaskan sebagai serba guna atau pun 'Tree of Life' kerana semua komponen daripada tanaman kelapa boleh digunakan. Penggunaan perkapita kelapa di Malaysia sekitar 17-18 biji seorang setahun dimana bekalan kelapa tempatan adalah tidak mencukupi untuk kegunaan kilang. Malaysia mengimport sekitar 85 - 120 juta biji kelapa setahun daripada negara jiran iaitu Indonesia melalui beberapa buah pelabuhan yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa. Pengimportan kelapa tua biji ini dikawal oleh kerajaan melalui MoA dengan kuota import tahunan. Kebanyakkan kelapa yang diimport tersebut adalah dari jenis kelapa tinggi dalam bentuk tuah kelapa tanpa sabut (Kelapa bulat) untuk kegunaan kilang. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan dimana tanaman kelapa dijadikan sebagai Sumber Kekayaan Baru dan perlu dimajukan dengan pelan tindakan yang lebih tersusun. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tujuh vaieti hibrid kelapa yang lama berada di dunia. Hibrid kelapa varieti yang baru belum didokumenkan dalam buku yang saya rujuk.



(1) KELAPA HIBRID : Mawa
Kelapa hibrid Mawa adalah hasil kacukan baka Malayan yellow Dwarf dengan West African Tall (MYD x WAT) dengan kod biakbaka sebagai Hybrid PB121. Ia dihasilkan pada tahun 1962 di Ivory Coast. Ia akan berhasil 4 tahun selepas ditanam dan kekelaskan sebagai kelapa hibrid TERBAIK didunia dan ia merupakan kelapa hibrid yang palng luas ditanam semenjak diperkenalkan didunia. mampu menghasilkan buah sebanyak 130 - 170 biji kelapa sepokok setahun (5.5 mt / ha/ tahun) tetapi saiz buahnya kecil iaitu sekitar 900 - 1,200 grm dengan berat nut sekitar 600 - 750 gram dan berat tempurung 320 - 380 gram. Pernah menjadi tanaman kelapa hibrid yang popular di Malaysia satu masa dahulu tetapi oleh kerana saz buahnya yang kecil pengguna tidak mahu membelinya dipasaran terbuka kerana ada saingan dengan kelapa Malayan Tall yang lebih besar saiznya. bagaiman pun kelapa Mawa ini mempunyai kualii santan yang terbaik.


(2) KELAPA HIBRID : Camren
Varieti kelapa Camren adalah hasil kacukan baka Cameroon red Dwarf dengan Rennel Island Tall (CRD x RIT) yang dihasilkan di Ivory Coast pada tahun 1971. Ia dibeikan kod biakbaka sebagai Hybrid PB113 yang berbuah 4 tahun selepas ditanam. Kelapa ini tahan dengan kemarau dan mampu memberikan hasil 80 - 130 biji sepokok setahun atau (4.8 mt /ha / tahun). Berat buah sekitar 1,100 - 1,300 gram dengan berat nut sekitar 800 -1,000 gram dan berat kernel 480-500 gram.


(3) KELAPA HIBRID : Matag
aKelapa Matag yang popular di Malaysia sebenarnya adalah hasil kacukan baka Malayan Red Dwarf dengan Tagnanan Tall (MRD x TAGT) dengan nombor kod biakbaka sebagai Hybrid PCA 15-2.  Baka ini dihasilkan di Filipina pada tahun 1979 dan mampu berbuah selepas 5 tahun ditanam. Di dakwa sebagai varieti kelapa hibrid terbaik didunia masa kini. Mampu menghasilkan sebanyak 150 biji sepokok setahun (6.1 mt/ha/ tahun) dengan berat buah kelapa 1,300 - 1,700 gram dan mempunyai berat isi nut lebij 1,000 gram serta berat kernel sekitar 500 - 600 gram. Varieti ini merupakan varieti terpopular di Malaysia dengan didaftarkan dengan Jabatn Pertanian untuk Matag Green (AC13), Matag Oren (AC14) dan Matag Gold (AC15).


(4) KELAPA HIBRID : Maypan
Kelapa Maypan adalah hasil kacukan baka Malayan Red Dwarf atau malayan Yellow Dwarf dengan Panama Tall (MRD/MYD x PT). Dihasilkan di Jamaica pada tahun 1974 dan dilaporkan toleran terhadap serangan Lethal Yellowing Disease di Jamaica.Berbuah 5 tahun selepas ditanam dengan potensi hasil 122 - 143 biji sepokok setahun (4.8 mt/ha/tahun). Purata berat buah sekitar 1,200 - 1400 gram, berat isi lebih 1,000 gram dan berat tempurung 450-470 gram.


(5) KELAPA HIBRID : Maren
Kelapa ini adalah kacukan antara baka Malayan red Dwarf dengan Rennel Island Tall (MRD x RIT) yang dihasilkan di Kepulauan Solomon pada tahun 1974. Berbuah selepas 4 tahun ditanam dan merupakan jenis kelapa rendah dimana ia adalah varieti toleran terhadap serangan Penyakit Reput Buah Phytopthera. Potensi hasil 128 biji sepokok setahun atau 5.3 mt/ha/tahun. Mempunyai berat buat sekitar 1,700 gram dengan berat isinya 1,200 - 1,300 gram dan berat tempurung 279-310 gram.


(6) KELAPA HIBRID : Waren
Varieti ini merupakan kelapa kacukan baka West African Tall dengan Rennel Island Tall (WAT x RIT) yang dibiakbaka pada tahun 1969 di ivory Coast dengan nombor rujukkan Hybrid PB213. Kedua-dua baka induk adalah kelapa tinggi dimana menghasilkan pokok kelapa yang tinggi juga. Berbuah selepas  tahun ditanam dengan penghasilan 122 biji sepokok setahun atau 4.7 mt/ha/tahun. Mempunyai berat buah diantara 1,250-1,600 gram, berat isi seitar 900-1,100 gram dan berat kernel 450-525 gram. 


(7) KELAPA HIBRID : Wavan
Ia adalah kelapa kacukan baka West African Tall dengan Vanuatu Tall (WAT x VT) dengan kod hibrid PB214. Varieti ini dibiakbaka di Ivory Coast dalam tahun 1972 dimana ia mampu mengeluarkan hasil 5 tahun selepas ditanam. Varieti ini adalah kelapa jenis tinggi. Mampu memberikan hasil sebanyak 110 biji sepokok setahun atau 4.4 mt /ha/tahun. Berat biji kelapa melebihi 1.0 kg sebiji dan berat isi kelapa sekitar 350-400 gram dengan berat kernel sekitar 340 gram. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepad pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallaam!!!...
KELAPA HIBRID... INDUK BERBEZA...
ADA 7 VARIETI... TERPOPULAR DIA...
PELBAGAI CIRI.... ANDA BOLEH BACA...
BUKAN SEMUA ... ADA DI MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1440H).
Posted from,
Room 1921, Hotel Hatten,
Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.