Tuesday, December 4, 2018

PINE RUN MAHA 2018

PINE RUN MAHA 2018 telah dilaksanakan sempena Festival MAHA 2018 di Laman Nanas pada 28 November 2018. Program hebat ini dianjurkan oleh Kelab Sukan Lembaga Perusahaan Nanas Malaysia (LPNM) sebagai satu usaha meriahkan lagi MAHA 2018 melibatkan lebih daripada 600 athlit. Pelepasan larian in dilaksanakan oleh Yg Bhg Dato Sri Ismail iaitu Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada jam 7.30 pagi di Laman Nanas, Serdang, Selangor. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah KSU MoA Dato Salahudin Hassan, TKSU(P) MoA Daro Salim Parlan, Ketua Pengarah LPNM Dato Hj Mohd Anim Hosnan, Ketua Pengarah DVS Dato Quarza dan dif-dif jemputan. LArian Pine Run ini melibatkan dua kategori iaitu Kategori Lelaki dan Kategori wanita dengan jarak larian sejauh 5 km. Laluan adalah disekitar MAEPS Serdang dengan terdapat dikiri dan kanan banyak tanaman pelbagai jenis buah-buahan, gerai-gerai pameran MAHA dan juga tasik. Walau pun terdapay dua acara lairan dianjurkan di MAHA kali ini, Pine Run dilaporkan mencecah penyertaan paling ramai kerana ia merupakan kali ke 4 LPNM menganjurkan aktiviti ini semasa Festival MAHA dianjurkan. Peserta datang daripada sekitar Lembah Kelang dan sejahu darupada Sabah dan Sarawak. Mereka juga membayar yuran penyertaan sebanyak RM45.00 seorang dan mendapat T-Shirt Oren percuma, Medal, Minuman Jus Nanas Percuma, Makan Nanas Percuma, Sarapan Pagi, Cabutan Bertuah (20 hadian) dan Wang Tunai bagi pemenang -pemenang (Dari kedudukkan nombor 1 hingga 7). Apa yang menarik lagi adalah ujud kategori khas athlit dengan pakaian pelik seperti pekaian pekebun nanas dan sebagainya. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai aktiviti Pine Run anjuran LPNM sempena festival MAHA 2018 yang dijalankan dnegan jayanya.


Peserta larian Pine Run ini mula mengutip pakaian larian dua hari sebelum larian di PIC, Serdang. Peserta berkumpul seawal jam 6.45 pagi dan aktiviti 'warming up' oleh jurulatih profesianal dimulakan jam 7.00 pagi selama 20 minit. Kemudian peserta larian berkumpul di pintu gerbang PIC dengan ada buah nanas gergasi diatasnya seblum dilepaskan oleh Yg Bhg Dato Sri KSN dan KP LPNM (Sila lihat foto diatas) dengan membunyikan airhorn. Laluan awal adalah mendaki bukit yang sederhana dan 600 meter berikutnya menuruni bukit tersebut. Pasukan petugas mengawal larian ini dimana beberapa keenderaan petugas MAHA 2018 sudah mula memasukki kawasan MAEPS. Larian ini menjadikan kesemua peserta gembira dapat melalui ladang yang luas dengan udara segar pagi. terdapat ambulan yang mengekori sepanjang larian ini untuk keselamatan dan kawalan laluan jalan oleh pihak RELA. Dari pada lebih 600 peserta, terdapat pelbagai gulongan umur daripada kanak-kanak berumur setahun sehingga kepada mereka yang berumur lebuh 65 tahun. Ada yang berlari laju tetapi ramai yang berlari anak dan berjalan kaki sahaja. Peserta lelaki pertama yang berlari laju sampai kegarisan penamat hanya mengambil masa 16 minit sahaja untuk jarak sejauh 5 kilometer. Peserta terakhir yang menamatkan larian Pine Run adalah 1 jam 23 minit. Bagi ketagori wanita pula peserta pertama yang sampai kegarisan penamat adalah dalam masa 19 minit sahaja. Mereka yang memang cepat menghabiskan larian ini merupakan athlit-athlit yang hebat didalam acara larian seperti ini. Setibanya peserta di garisan penaman maka diberikan minuman dan medal serta memakan nanas percuma. Selanjutnya adalah aktiviti 'warming down' juga selama 25 minit dengan iringan muzik dan jurulatih profesional. 


Pemenang larian kategori lelaki JOHAN menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500. Bagi peserta lain sebanyak 20 hadian cabutan bertuah diberikan seperti barangan eletrik, produk industri asas tani dan sebagainya. Dilihat daripada reaksi peserta, mereka dilihat amat gembira dengan acara Pine Run 2018 ini apabila dijalankan juga 3 acara menarik selepas tamat larian. Pertama adalah Acara Kopek Buah Nanas dikalangan peserta iaitu untuk kategori lelaki dan wanita. Acara ini mendapat sambutan hangat apabila lebih daripada 25 orang menyertainya dan dibuat beberapa kali saringan. Araca makan buah nanas tercepat juga dijalankan dimana ramai yang ketawa apabila peserta memakan buah nanas tanpa mengunyah pun. Peserta Pine Run juga memasukki acara gubahan buah nanas diatas pinggan hidangan. Didalam laman nanas juga ada sebanyak 20 gerai jualan dan 10 buah food truck yang menjual pelbagai makanan berasaskan nanas dan juga minuman berasaskan nanas. Banyak buah nanas negar MD2 menjadi sasaran peserta setelah mereka makan dan ujirasa bertapa enaknya nanas MD2 dan terus membelinya untuk dibawa pulang. Tidak kurang yang berfoto selfie dengan nama mereka yang terpampang pada Poster Khas Pine Run di kawasan khas (Sila lihat foto dibawah). Apa yang lebih seronok apabila maskot LPNM bernama 'ANA' dan "ANAS" turut mengiringi mereka sepanjang aktiviti diadalah didataran laman nanas (Sila lihat foto dibawah). Ana dan Anas adalah singkatan daripada nama botani nanas itu sendiri iaitu Ananas comosus. Aktiviti Pine Run 2018 merupakan agenda dwitahunan MAHA yang menambah kemeriahan Fastival MAHA kali ini. Semuga tulisan ini memberikan info terbaik kepada anda semua. Wasallam!!!...

PINE RUN MAHA... HEBAT SAMBUTANNYA...
ACARA DWITAHUNAN..TIDAK BOLEH LUPA...
DILAMAN NANAS... KSN LEPASKANNYA....
PELBAGAI HADIAH... RAMAI GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 960, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(24 RabiulAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.