Sunday, December 30, 2018

ISU HARGA KELAPA - APA SEBABNYA?

HARGA BIJI KELAPA TUA turun lagi akibat lambakkan kelapa import?. Itulah apa yang media masa laporkan pada bulan Disember 2018 baru-baru ini. Dimanakah situasi sebenar industri kelapa sehingga akhbar laporkan akan keluhan penanam kelapa yang menerima harga rendah akibat kesan kelapa import?. Pada penulis blog Kelapa (Cocos nucifera) merupakan tanaman ke empat terpenting di Malaysia setelah kelapa Sawit, Getah dan Padi. Terdapat seluas 98,500 hektar tanaman kelapa dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dengan menghasilkan sebanyak 650,000 biji kelapa setahun pada tahun 2017. Malaysia kini masih mengimpot sebanyak 100 juta biji kelapa tua setahun daripada Indonesia terutama untuk kegunaan kilang-kilang memproses kelapa. Penulis membuat rujukkan mendapati penggunaan perkapita kelapa di Malaysia adalah 17 biji seorang setahun dimana dengan pertambahan penduduk dijangka pada tahun 2020 keperluan buah kelapa di Malaysia adalah sebanyak 1.2 billion biji setahun termasuk untuk kegunaan kilang. Kelapa varieti Malayan Tall (CN1) telah mendominasi tanaman kelapa sedia ada dalam negara (40,000 hektar masih produktif) dan seluas 10,000 hektar merupakan kelapa dari varieti Matag (CN 13, CN14, CN15) dan Kelapa Pandan (CN6). Bakinya adalah beberapa varieti lain seperti MAWA, WAT, MRD, MGD, MYD dan sebagainya. Teknologi tanaman kelapa Matag yang telah disyorkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia semenjak 2000 menunjukkan produktiviti kelapa negara meningkat. Permintaan terhadap benih kelapa hibrid Matag semakin tinggi setiap tahun dan daripada penanam kelapa kerana ia boleh memberikan potensi hasil yang tinggi. Kelapa pandan pula lebih dilihat ditanam untuk menghasilkan kelapa bagi air kelapa yang berbau pandan. Penanaman kedua-dua jenis kelapa ini kini menarik minat ramai usahawan muda dalam sektor untuk pembangunan industri kelapa negara. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai isu mengenai turun dan naik harga kelapa dan laporan media mengenai isu lambakkan kelapa import untuk ianya dijadikan bahan rujukan dan sumber bacaan anda.

Laporan pertama daripada akhbar utusan dengan tajuk ''Pendapatan pekebun kelapa merosot teruk'' menarik penulis blog membicangkannya. Artikel tersebut paparkan seorang penanam kelapa dari Bagan Datuk, Perak menunjukkan satu longgokan kelapa dari kebunnya (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana kini pendapatan pekebun kelapa di daerah ini terjejas teruk ekoran kemerosotan pembelian oleh pembekal dari luar sejak awal tahun 2018 ini. Mereka mendakwa masalah itu berlaku disebabkan pembekal kini membeli kelapa yang diimport dari Thailand dan Filipina yang mempunyai kualiti sama seperti kelapa dari Bagan Datuk. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati berlaku lambakan kelapa akibat tidak dibeli oleh pembekal di sekitar kawasan Bagan Datuk dan Hutan Melintang. Seorang pekebun kelapa iaitu Hamidi Din menyatakan masalah itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan ini pertama kali berlaku dalam tempoh 20 tahun. Ini menyebabkan mereka semakin hilang punca pendapatan memandangkan tanaman kelapa merupakan sumber rezeki mereka sejak dahulu lagi. Dakwanya jika dahulu 5,000 biji kelapa yang diturunkan dari pokok boleh terus naik lori pembekal tiga kami seminggu akan tetapi sekarang nak jual 1,000 biji kelapa pun susah. Beliau juga faham yang ada pembekal sudah ada pilihan kelapa yang diimport dari Thailand dan Fili­pina. Kelapa Indonesia bagaimana pun dakwanya masih tidak menjejaskan jualan kelapa dari daerah ini. Ini adalah laporan akhbar sedangkan apa yang penulis blog tahu dimana kelapa hanya diimport daripada Indonesia sahaja dengan kawalan permit import dilakukan oleh kerajaan. Setahu penulis blog memang tidak ada kelapa yang dibawa masuk secara rasmi dari Thailand apa lagi dari Filipina. Kelapa dari Filipina memang tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia sejak dahulu kerana ada virus penyakit iaitu ''Cadang-cadang'' yang merbahaya kepada kelapa di negara kita.

Akhbar sama juga ada melaporan artikel bertajuk ''Lambakan kelapa di Bagan Datuk, Perak'' dimana dipaparkan foto lambakkan buah kelapa ekoran daripada pembekal dari luar tidak datang kerana membeli kelapa Indonesia yang diimport lebih murah. Laporan wartawan Ain Safie Bidin pada 18/9/18  dari Bagan Datuk menyatakan pembekal kelapa di daerah ini mengalami kerugian apabila buah tersebut tidak dapat dijual seperti biasa ekoran kemasukan kelapa dari Indonesia (Sila lihat foto disebelah). Petani mendakwa masalah itu berlaku sejak tiga bulan lalu sehingga telah menyebabkan berlaku lambakan di sini dan akibatnya banyak kelapa yang sudah bercambah dan tidak lagi boleh dijual. Mereka mendakwa dimana pembeli dari Kuala Lumpur enggan membeli kelapa yang dihasilkan di Bagan Datuk yang dibeli pada harga antara 80 sen - RM1.10 sebiji dari kebun berbanding harga kelapa di Indonesia yang dijual dalam bentuk kilogram atau 52 sen sebiji. Seorang pembekal kelapa tua iaitu Encik Ramli memberitahu dimana penghasilan buah kelapa tua di daerah ini telah pun merosot apabila penanam tidak lagi mempedulikan lagi tanaman mereka kerana berlakunya import kelapa dari Indonesia. Biasanya dalam se­ming­gu dia memperoleh 50,000 - 100,000 buah kelapa tua untuk dijual tetapi kali ini pembekal tidak lagi datang membeli buah kelapa daripadanya dengan alasan kelapa di Bagan Datuk lebih mahal daripada kelapa Indonesia. Dakwanya harga kelapa di Indonesia dijual dalam kilogram atau sebiji kira-kira 52 sen berbanding harga kelapa di Bagan Datuk antara 80 sen sehingga RM1.10 sebiji, jadi sudah tentu pembekal cari yang harga murah. Kini sudah tiga bulan masalah kelapa tua tidak dibeli oleh pembekal dari kuala Lumpur dan kira-kira 100,000 kelapa tua tidak diambil menyebabkan banyak yang bercambah dan tidak laku untuk dijual. Ramli juga berharap kerajaan dapat mengatasi masalah tersebut dan mengkaji semula import kelapa tua dari Indonesia yang menyebabkan pembekal kelapa di kampung terjejas teruk. Seorang lagi pembekal kelapa tua iaitu  Encik Kandaya mendakwa kelapa yang diimport dari Indonesia murah tetapi tidak sama kualiti dengan kelapa tempatan. Dia yang sudah 38 tahun menjadi pembekal kelapa berkata, masalah itu tidak pernah berlaku sebelum ini sehinggalah kelapa dari Indonesia memasuki pasaran negara ini. Biasanya setiap minggu kira-kira 200,000 kelapa tua dapat dijual kepada pembekal dari Kuala Lumpur tapi sekarang hanya dua pembekal sahaja yang membeli sedangkan tujuh lagi pembekal tidak lagi membeli. Dia juga ada menghubungi mereka dan mereka memberitahu sudah membeli kelapa dari Indonesia dengan harga yang murah di Pelabuhan Klang, Johor dan Pahang. 

Dalam berita lain dari Batu Pahat, Johor dipetik penulis blog dimana harga kelapa mencatat penurunan 25 sen sebiji sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri 2018 kali ini iaitu berikutan kemasukan banyak kelapa dari Indones ia. Pengurus Pusat Operasi Lembaga FAMA Batu Pahat Musa Abdul Kahar berkata isu penurunan harga kelapa disebabkan kemasukan kira-kira tiga juta biji kelapa import bersamaan 3.3 juta tan dari Indonesia ke dalam negara sempena musim perayaan kali ini di samping kelapa tempatan yang kini mengeluarkan hasil. Menurutnya, penurunan harga kelapa di pasaran sepanjang Ramadan dan Aidilfitri jarang berlaku sebelum ini terutama menjelang musim perayaan berikutan permintaan tinggi. Penurunan harga kelapa di pasaran berkenaan sepatutnya bermula awal Ramadan berikutan kemasukan kelapa import secara besar-besaran bagi menstabilkan, harga selain memenuhi permintaan menjelang musim perayaan. Ini bermakna harga sebiji kelapa sepatutnya antara RM1.80 - RM2.20 di pasaran berbanding antara RM2.80 sehingga RM3 sebiji sepanjang Ogos 2018 hingga Januari lalu. Biasanya ketika itu musim kelapa melawas (tidak berbuah) di samping kekurangan permit import (AP) kelapa dikeluarkan. Harga 1,000 kilogram atau satu tan kelapa sekarang kira-kira RM700 atau bersamaan 70 sen sekilogram berbanding antara Ogos 2017 hingga Januari lalu yang mencecah antara RM1,100 - RM1,200 atau bersamaan RM1.10 - RM1.20 sekilogramMengenai harga sebiji kelapa yang dilaporkan mahal sehingga mencecah RM3 sebijiyang berlaku di Kuantan, Pahang minggu lalu Musa berkata memang tiada sebab ia berlaku kerana bekalan kelapa dari Indonesia turut dibawa ke sana. Hanya sebahagian Perak dan Selangor yang banyak menggunakan kelapa tempatan dari Bagan Datuk dan Hulu Selangor serta tidak terlalu bergantung kelapa import. Musa berkata stok kelapa yang dibawa masuk dari Pelabuhan Barter Trade Batu Pahat dihantar dan diagihkan ke Pusat Agihan FAMA di Alor Setar, Kedah; Pusat Agihan FAMA di Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Gopeng, Ipoh; Senawang, Negeri Sembilan; Melaka dan Batu Pahat, Johor. Pengagihan yang dijangka selesai pada minggu akhir Ramadan itu bagi membolehkan stok kelapa disimpan untuk kegunaan pada dua minggu musim Aidilfitri ini berikutan kemasukan dari Indonesia disambung semula selepas 10 hari cuti Aidilfitri. Semua kelapa import dibawa masuk menerusi lebih 40 kapal dan tongkang kecil dari Kepulauan Riau, Indonesia seperti Bengkalis, Guntong, Penjuru, Tanjung Samak serta Palembang sebelum tiba di Batu Pahat. Harga kelapa sama dengan harga cili merah, kobis bulat dan dahulu harga kopi merupakan barangan yang diperlukan dengan permit import sedangkan isu ini ia juga berlawanan dengan kepentingan harga produk tempatan berbanding dengan produk import. Semuga artikel ini telah memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HARGA KELAPA... IA TIDAK MENENTU...
KELAPA TEMPATAN... SEGAR DAN BARU...
KELAPA IMPORT... SIJIL PERMIT PERLU...
SUMBER KEKAYAAN BARU... KELAPA TU?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(24 RabiulAkahir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.