Monday, December 31, 2018

BIDARA DAN PERUBATAN HERBA

POKOK BIDARA DAN PERUBATAN HERBA menjadi tajuk pilhan artikel saya ke 5,023 kali ini dalam blog Anim Agro Technology. Ini kerana memang terdapat beberapa orang usahawan yang menjadikan tumbuhan bidara ini didalam mebghasilkan produk herba untuk kesihatan. Buah Bidara (Zizyphus mauritiana Lamk) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Rhamnaceae yang boleh ditanam di negara kita sebagai satu jenis pokok buah-buahan yang berpotensi untuk dimajukan. Nama-nama lain bagi buah bidara adalah JUJUBI, EPAL SIAM dan beberapa nama tempatan lain. Buah bidara yang masak boleh dimakan mentah atau diproses untuk dibuat jus minuman, sirap dan juga manisan (halwa). Buah bidara yang belum masak atau buah muda dimakan dengan garam atau dibuat jeruk atau dibuat acar. Daun muda ada yang dimakan sebagai sayuran dan ulam. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman buah bidara di Malaysia tetapi penulis mengganggarkan sekitar 150-160 hektar pada tahun 2011. Negeri Perak merupakan kawasan utama penanaman buah bidara di Malaysia. Pokok Bidara merupakan jenis tumbuhan kecil atau pokok sederhana besar yang mampu tumbuh sehingga ketinggian 15 meter. Pemerhatian saya mendapati pokoknya tumbuh menegak, agak rendang dan mempunyai dahan yang berjuntai. Terdapat ranting yang berduri dan agak berbulu pada spesis tertentu. Bahagian akar pula mempunyai akar tunjang dan akar serabut. Bunganya keluar dari ketiak daun dalam jambak yang berwarna kekuningan dan berbau wangi. Lazimnya saiz bunga sekitar 2-3 mm lebar dengan antara 8-20 kuntum bung satu jambak. Daun bidara berwarna hijau berkilat dengan ukuran 3-10 cm panjang dan 2-5 cm lebar serta panjang tangkai dalam 9-15 cm. Bahagian atas daun didapati licin tetapi dibahagian bawah agak berbulu dan kasar. Dahan dan buah melempai kebawah. Penanaman pokok bidara mudah dilakukan menggunakan bijibenih tetapi ramai juga petani yang saya temui menggunakan bahan tanaman darikeratan batang, tut atau cantuman. Lazimnya biji yang matang yang diambil dari buah masak. Biji buah bidara bercambah selapas 4 minggu disemai. Pokok yang ditanam daripada biji benih akan berbuah selepas 3 tahun ditanam sedangkan pokok yang ditanam dari tut atau keratan berbuah selepas 1-2 tahun. Jenis tanah subur dengan mempunyai saliran baik diperlukan untuk tanaman bidara. Pemerhatian mendapati pokok bidara tahan pada cuaca kemarau dan suhu agak tinggi yang mana keadaan ini mampu merangsang pokok mengeluarkan bunga dan buah. Jarak penanaman disyorkan 3m x 4m atau lebih rapat bergantung kepada sistem penanaman. Berikan baja organik dalam lubang penanaman dan baja tumbesaran NPK 15:15:15 dari umur 1-3 tahun. Baja NPK 12:12:17:2 diberikan apabila pokok bersedia untuk berbunga pada tahun ke 3 dan seterusnya. Sebaiknya sediakan sistem pengairan titis untuk mendapatkan buah yang berkualiti. Artikel ini saya berkongsi maklumat dalam ''Anim Agro Technology'' bagaimana ada usahawan tempatan menjadikan tumbuhan bidara sebagai kaedah perubatan herba untuk dirujuk semua pembaca.  

Pokok Bidara yang ada disebut didala Islam merupakan sejenis tumbuhan yang mudah ditanam di negara kita. Walau pun tidak ramai orang yang mengusahakan tanaman ini secara komersil tetapi sesiapa berminat boleh mendapatan anakbenihnya daripada nurseri dengan harga yang sederhana mahal. Dalam pada itu bagi Puan Kasmalia Khalid yang tinggal di Taman Mawar, Kuala Pahang, Pekan, Pahang telah menjadikan tumbuhan bidara sebagai sumber rezekinya. Semuanya bermula secara tidak sengaja selepas suaminya diserang angin ahmar. Tiada apa yang bermain di fikiran selain mencari jalan menyembuhkan penyakit menyerang suaminya itu. Dia sedaya upaya berusaha memulihkan suami iaitu Encik Hakimi yang mengalami strok bahagian kanan badan secara tiba-tiba pada 4 Februari tahun lalu. Beliau ceritakan masalah kepada ibunya dan kemidan diminta ibunya untuk menggunakan mandian herba daun serum dan minyak bidara dibuat sendiri. Kemudian selepas selepas tiga minggu didapati suaminya telah kembali sihat dan boleh berjalan. Kini bermula dari situ maka usaha Kasmalia mula mendalami ilmu perubatan herba dan urutan refleksologi daripada ibunya yang juga seorang bidan serta tukang urut tradisional.

Dalam pada itu sebaik suami diserang strok maka dia terus belajar mengurut, memilih dan menyediakan dedaunan herba mandian serum serta membuat minyak berasaskan daun bidara. Beliau bersyukur berjaya merawat suami melalui teknik urutan dan mandi serum selain berserah dan bertawakal kepada Allah SWT. Beliau juga berkatadi dalam al-Quran ada menyebut pohon bidara antara beberapa tumbuhan yang terdapat di syurga. Namun kini masih ramai dalam kalangan umat Islam sendiri yang tidak mengetahui khasiat daun bidara. Menurutnya pohon bidara tumbuh dalam syurga seperti firman Allah SWT bermaksud: “Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), naungan yang terbentang luas, air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak,” (Surah al-Waqi’ah: 27-32). Ibu kepada tujuh anak berusia antara enam hingga 21 tahun  nyatakan daun bidara mempunyai gelombang getaran cukup kuat untuk menghindari gangguan jin dan syaitan serta sesuai untuk kegunaan kulit semua lapisan umur. Daun bidara mampu meresap ke setiap liang roma apabila disapu terus ke kulit, mengurangkan bau badan, menyahtoksik peluh dan minyak yang berada di lapisan atas kulit (sila lihat foto disebelah). Setiap hari dia memulakan kerja di bengkel di depan rumahnya bermula jam 3 petang hingga jam 12 tengah malam sementara waktu pagi digunakan bagi memetik daun herba untuk dikeringkan.

Dkawasan tepi bengkelnya Pn Kasmalia menyediakan kawasan dikhususkan untuk tanaman lebih 30 jenis pokok herba seperti pokok ajaib, kemuning, sundal malam, bidara, kunyit, lengkuas, cekur, serai wangi, jarum tujuh bilah, pecah batu, kapal terbang, halia bara dan orkid sundal malam. Wanita berasal dari Kuala Pahang itu turut dibantu abangnya dikenali sebagai Encik Ramalan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perubatan berasaskan pokok herba. Abangnya juga tukang urut dan pernah berkursus mengenai perubatan herba dan urutan tradisional di institusi perubatan berkaitan herba di Thailan. Premis beliau juga turut menyediakan pakej perkhidmatan berserum dan refleksologi di bengkelnya. Seeterusnya dia ada menyediakan dua jenis daun serum iaitu basah (sejuk beku) dan kering dengan fungsi utamanya membantu dalam membetulkan bahagian dalaman badan. Dakwanya daun serum seberat 200 gram dijual pada harga RM10 sepaket daripada 14 jenis daun herba terpilih termasuk daun bidara, kantan, mengkudu, serai wangi, pandan, lengkuas, gunni, pahit, akar serai wangi, halba dan ketumbar (Sila lihat foto disebelah). Daun berkenaan direbus kira-kira 20 minit sebelum digunakan sama ada untuk merendam kaki atau mandi dengan tujuan membongkar urat saraf dan melegakan tubuh yang lemah, membuang angin serta membetulkan ketegangan sendi, urat saraf dan sengal tulang.

Dalam pada itu selepas rendaman kaki kira-kira 30 minit biasanyamereka akan melakukan urutan refleksologi bagi membantu melancarkan pengaliran darah, meningkatkan daya tahan diri, menyeimbangkan kedudukan badan, menguatkan otot kaki, mengurangkan risiko kencing tidak lawas, menguatkan tulang dan pinggul, mengurangkan risiko sakit sendi dan mengurangkan masalah pada bahagian peranakan bagi wanita. Kemudian tapak kaki juga perlu diurut ketika ada berlaku seseorang pening, badan kurang sihat, tapak kaki bengkak, kebas dan gatal serta kerap sembelit. Sebenarnya kita boleh mengesan penyakit melalui kaedah refleksologi dan ramai yang tidak mengambil berat mengenai perkara ini. Beliau yang turut menerima tempahan produk dari pusat rawatan kecantikan dan spa di Kemaman, Terengganu; Kuala Lumpur, Sarawak serta Johor. Mereka yang berminat boleh berserum sendiri di rumah sama ada untuk rendaman kaki atau mandi. Bagi proses membuat minyak pula beliau akan menggunakan campuran santan daripada kelapa mawar dan pandan, rempah ratus, akar kayu dan daun herba terpilih dengan bahan asas utama daun bidara diiringi doa dan zikir selama enam jam. Minyak dihasilkan ialah minyak bidara, urut serba guna, tembaga suasa, rambut, gamat dewa, dan minyak kelapa dara dijual pada harga antara RM10 - RM30 setiap 10 mililiter (ml) untuk pelbagai kegunaan (Sila lihat foto paling bawah). Kini permintaan semakin tinggi kerana orang ramai sudah mulai mengetahui khasiat dan kebaikan daun bidara sehinggakan tidak menang tangan dibuatnya. Beliau bersama anak mencari pokok bidara di hutan dan pantai bagi menampung tempahan pelanggan sama ada untuk mandian atau minyak. Produk keluaran syarikat saya tiada bahan awet atau bahan kimia kerana disediakan menggunakan bahan organik dan herba sepenuhnya, secara tidak langsung ia tidak mendatangkan mudarat kepada pengguna. Terdapat juga produk sabun bidara dan sabun kopi dalam bentuk ketulan. terdapat banyak campuran pelbagai jenis daun herba untuk diproses menjadi minyak urut. Sebenarnya produk keluaran Teratak Kasha Impian termasuk minyak urut, sabun kopi dan sabun bidara di Kuala Pahang. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
POKOK BIDARA... BANYAK GUNANYA...
BUAH MAKAN SEGAR... ENAKNYA DIA...
DIJADIKAN UBAT.. PELBAGAI PRODUKNYA...
AMAT BENGGA... USAHAWAN BERJAYA....

By,
M Anem,
Senior Agroomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Melak, Malaysia.
(20 RabiulAkhir 1440H).
SELAMAT CTI KRISMAS 2018.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.