Wednesday, August 8, 2018

BUNGA COSMOS - SESUAI DITANAM

POKOK BUNGA COSMOS (Cosmos caudatus) iaitu sejenis pokok jenis ulaman yang mirip atau menyerupai pokok ulam raja. Dalam beberapa keadaan bahagian daunnya juga boleh dimakan mentah atau dibuat ramuan bagi nasi kerabu Tanaman bunga hiasan daripada genus cosmos merupakan sejenis pokok bunga semusim. Ia hanya tumbuh membesar dan seterusnya akan berbunga dan mati dalam masa tiga bulan atau semusim bagi negara yang mengalami cuaca empat musim seperti Britain, Perancis dan Australia. Situasi itu menyebabkan ia dikenali sebagai bunga semusim. Bunga cosmos berbentuk seakan-akan bunga daisy mempunyai lapan kelopak. Bunganya hanya akan berkembang dan bertahan selama lebih kurang seminggu saja sebelum kelopaknya layu dan kemudian gugur. Penulis blog juga mendapati terdapat dua jenis pokok cosmos iaitu Bunga Cosmos Asli dan Bunga Cosmos Kacukan. Pokok cosmos jenis asli sebenarnya boleh dilihat tumbuh meliar atau memang ada ditanam di kampung kerana ia mudah tumbuh dan membiak. Lazimnya bunga ini mempamerkan kelopak bunganya yang ringkas tetapi cantik dengan warna kuning.  Bagi spesis kacukan pula lazimnya terdapat pelbagai warna bunganya seperti merah jambu, ungu, putih dan oren dengan tompokan kuning di tengah-tengah (Sila lihat foto diatas)Penulis sempat lihat dan merakamkan beberapa jenis pokok yang berbunga cantik dan pelbagai warna yang dibiakkan menggunakan biji benih kacukan F1 ketika berkunjung ke Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini. Spesis cosmos iaitu Sulphureus ‘Bright lights’ agak menarik dimana ia juga mempunyai bunga yang mana berkelopak oren. Corak oren tua di tepi kelopak bunga itu sangat diminati di negara ini dan didapati banyak ditanam menghiasi landskap seperti di Kuala Lumpur serta Putrajaya sebagai tanaman hiasan yang menarik. Artikel subuh ini sambil melihat lalulintas dihadapan hotel saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu info mengenao bunga cosmos yan sering kita lihat ia ditanam dibeberapa lokasi strategik untuk dijadikan tanaman landskap yang menarik.


Pembiakan bunga comos agak mudah dilakukan dengan cara yang betul. Lazimnya bagi spesies asli ia hanya dibiakkan menggunakan biji benih yang keluar daripada bunga selepas semua kelopaknya gugur. Bagaimana pun untuk jenis cosmos pokok kacukan pula perlu ditanam menggunakan biji benih jenis F1 yang diimport dari luar negara untuk menjamin kualiti bunganya. Biji benih ini disediakan secara khusus dan ia boleh dibeli di pusat nurseri tempatan, kedai pertanian atau pasar raya. Bagi tujuan untuk semaian atau penanaman dan penjagaannya pula hanya baca label dan mengikuti arahan seperti yang tertera di pek biji berkenaan. Spesis asli juga didapati tumbuh secara meliar terutama jika tanah tersebut merupakan bekas kawasan tanah bakar. Amalan lazim bagi pertumbuhan yang terbaik bagi spesis asli dan kacukan adalah dengan menggunakan medium tanaman yang kaya dengan humus, sesuai kadar kelembaban dan air siraman senang mengalir keluar. Medium tanaman yang disyorkan media tanah campuran iaitu pada kadar  3:2:1 (tanah peroi: bahan organik: pasir sungai). Masukkan tanah campuran dalam bekas pasu atau dijadikan batas tanaman dikeliling rumah untuk penanaman bunga cosmos. Bagi kawalan rumpai dikawasan tanaman sebaiknya ia ditutup dengan plastik diperingkat awal penanaman. 


Pokok bunga cosmos yang mempunyai masa jangkahayat singat perlukan penjagaan agar ia dapat tumbuh dan berbunga dengan baik. Penjagaan perlu dijalankan daripada peringkat awal penanaman sehingga ia sesuai untuk dicabut dan diganti dengan tanaman baru. Bagi tujuan pokok bunga cosmos tumbuh dengan subur sebaiknya tanaman ini disiram agar medium tanaman yang sentiasa lembab. Sebagai amalan biasa pada hari panas sebaiknya ia perli di siram dua kali sehari iaitu waktu pagi dan petang. Aktiviti penyiraman dilakukan apabila perlu. Semasa hari hujan jika pokok terdedah terus kepada titisan air hujan tidak perlu membuat penyiraman. Apa yang penting adalah lokasi penanaman bunga cosmos dipilih dari kawasan lapang. Ini kerana pokok ini memerlukan dedahan kepada cahaya matahari yang banyak bagi memastikan ia tumbuh subur dan berbunga lebat. Seterusnya pastikan untuk memberikan baja organik seperti najis ayam dan baja guano (tahi kelawar) siap proses amat sesuai untuk pertumbuhan kerana ia memang mengandungi kandungan humus yang banyak serta sangat diperlukan. Beberapa baja jenis lain juga sesuai asalkan digunakan mengikut arahan seperti yang tertera pada pek baja tersebut. Gunakan baja kimia berwarna merah untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang lebat.


Dalam amalan penanaman bunga cosmos sebagai tanaman landskap yang menarik beberapa idea untuk menjadikan bunga ini dipamerkan juga sesuai dilakukan. Pokok ini senang dipamerkan dalam pelbagai gaya seperti ditanam dalam pasu atau bekas tanaman yang lain. Susunan bunga kacukan yang berwarna warni dalam satu lokasi atau satu bekas amat menarik perhatian kerana kekuatan warna dan kepelbagaian warna (Sila lihat foto disebelah). Pokok bunga cosmos juga sering ditanam di tanah dalam skala yang luas bagi tujuan menghiasi landskap perbandaran seperti taman-taman awam, kompoun hotel, kompleks membeli belah, tanah pembahagi jalan dan bulatan sama ada ditanam secara solo atau dicampur dengan pokok berdaun atau berbunga lain. Antara beberapa tip menanam bunga cosmos adalah dengan cara pokok ini perlu ditanam dalam kumpulan supaya apabila berbunga, penampilannya terserlah dengan pameran bunga yang banyak, cantik dan unik. Sebaiknya dilakukan aktiviti pPotong pucuk pokok ini bagi menggalakkan pertumbuhan ranting yang banyak dan merimbunkan rumpunnya. Kaedah ini juga menggalakkan pertumbuhan banyak bunga yang sesuai dilakukan mengikut jadual dan umur pokok. Pokok bunga cosmos berjaya menarik serangga seperti Lebah Madu (Apis cerana), Kelulut (Trigona spp) serta serangga lain untuk menghampirinya. Diharap artikel ini mampu memberi info berguna kepada anda. Wasallam!...
BUNGA COSMOS...CANTIK RUPA...
HANYA 3 BULAN ... JANGKAHAYATNYA...
JENIS KACUKAN...PELBAGAI WARNA...
BACA ARTIKEL... TERIMKASIH PENULISNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 307, Hotel Jelai,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(10 Syawal 1436H).
Posted from:
IMATEC-2 Meeting Room,
INTAN Bukit Kiara, KL,
Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.