Thursday, August 9, 2018

LAKSA SARAWAK MEMANG ENAK

LAKSA SARAWAK merupakan sejenis makanan tradisional berasal dari Negeri Sarawak yang kini menjadi salah satu makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Penulis juga memang jarang 'miss' makan laksa ini setiap kali datang ke Sarawak khususnya ke Kuching untuk mendapatkan rasa yang original. Semasa menginap di hotel Hilton Kuching pun ramai dikalangan pelancong asing (Mat Salleh) yang makan Laksa Sarawak dan ini bermakna makanan ini telah menjadi satu produk yang sudah terkenal. Cuma bezanya mereka tidak berapa sukan makan sambalnya yang memang agak pedassss!. Laksa Sarawak merupakan sebuah juadah yang berasal dari Negeri Sarawak dari Malaysia. Bahan utamanya adalah sambal laksa yang diperbuat daripada pelbagai bahan dan ramuan. Ia mempunyai sup asas mengandungi sambal belacan yang memberikannya warna seakan sedikit kemerahan yang turut dicampur dengan santan kelapa, asam jawa, bawang putih, lengkuas dan serai. Di bahagian atasnya pula selalu ditabur dengan cebisan telur goreng, hirisan ayam, udang segar dan daun ketumbar. Selalunya bahan limau nipis juga diletakkan untuk diperah jusnya iaitu mengikut selera individu. Penulis memang suka makan Laksa Sarawak ini sejak tahun 1995 semasa bertugas di Negeri Sarawak selama dua tahun lebih dan kini telah tahu membuatnya sendiri menggunakan pes laksa ini yang dijual. Biasanya penulis akan gunakan bahan-bahan seperti taugeh, hirisan tauhu goreng atau makanan laut yang lain juga ditambah mengikut kehendak walaupun bahan-bahan tersebut bukanlah ramuan laksa yang tradisional. Laksa Sarawak juga turut mudah didapati di negeri-negeri jiran seperti Sabah dan Brunei Darussalam. Ada juga penulis blog berfikir berkemungkinan sesetengah pihak percaya bahawa terdapat resipi laksa yang berbeza dari Sabah dan Brunei dimana sebenarnya serupa dengan laksa Sarawak. Penelitian penulis mendapati dimana ada banyak variasi laksa Sarawak iaitu Laksa Sarawak Biasa (Ia disajikan bersama udang bersaiz kecil), Laksa Sarawak Special  (Ia disajikan bersama udang bersaiz besar, Laksa Ambal (Ia disajikan bersama ambal bagi menggantikan udang), Laksa Sarawak Segera (Iaitu Laksa Sarawak versi segera seperti mee MAGGI), Sarawak Sambal Laksa, Lee Fah Sarawak White Laksa, Masto Sarawak Laksa, Boneo Spice Instant Sarawak Laksa dan beberapa lagi. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa resepi Laksa Sarawak untuk bahan rujukkan dan bacaan anda semua.


Laksa Sarawak yang original disediakan dengan mudah kepada mereka yang memang suka memasak. Bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada pes Laksa Sarawak (Biasanya dalam pek 200 gm), 8 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, 10-12 tangkai cili kering, 1 inci lengkuas, 1 sudu kecil rempah ketumbar, 1 sudu kecil jintan manis, 1 sudu kecil jintan putih, 3 biji buah keras, 2-3 batang serai, 1 inci belacan bakar, 1/4 cawan kacang tanah (digoreng), 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak) ,sedikit garam dan juga sedikit minyak utk menumis. bahan diatas lazimnya adalah untuk menyediakan laksa Sarawak untuk seramai 6 orang dewasa untuk makan. Bahan lain diguna adalah 200 g pes atau perencah laksa dengan ambil isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus). sebaiknya gunakan  0.5 kg bahan udang basah, 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur), 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus), 2 batang serai (diketuk), 200-250 ml santan pekat, garam dan gula secukup rasa, taugeh (dicelur), sedikit daun ketumbar (diracik) dan limau kasturi secukupnya (dibelah dua). Bagi menyediakan sambal Udang Kering perlu disediakan bahan terdiri daripada 6 biji bawang merah (dikisar), 2 ulas bawang putih (dikisar), sedikit belacan bakar (dikisar), segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus), 4-5 sudu makan cili kisar atau cili giling secukupnya, sedikit air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kesemua bahan diatas sebaiknya mencukupi untuk menghasilkan Laksa Sarawak yang sesuai dimaknan pada waktu pagi, makan tengahari, minum petang mahu pun sesuai dimakan pada malam hari.

Cara membuat Laksa Sarawak perlu berperingkat dan teliti pembuatannya. Bagi membuat pes pes laksa mulakan dengan mengisar lumat bahan-bahan yang bertanda diatas dalam blender. Bahan-bahan seperti jintan manis dan jintan putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar atau boleh juga ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda. Kemudian panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. sebaiknya ditambah garam dan sedikit gula dan ia perlu dikacau rata. Kemudian pes ini yang siap dimasak boleh disimpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin hendak menyimpan lama. Kedua adalah untuk menyediakan bahan laksa Sarawak iaitu dengan menyediakan 2 liter air dalam periuk dan dijerang. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan itu bersama serai dan direbus hingga udang masak. Kemudian toskan udang dan pastikan air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan dan boleh ditambah air jika perlu. Kemudian dimasukkan santan dan perasakan dengan garam dengan sedikit gula. Seterusnya dimasukkan mihun ke dalam bekas mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan laksa Sarawak semasa ia masih panas-panas dan untuk menyedapkan lagi rasanya digalakkan masukkan sedikit sambal udang kering. Apa yang ada pada laksa Sarawak adalah Sambal Udang Kering. Cara membuatnya dengan menumis bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Kemudian ditambah bahan perasa dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa dan dikacau hingga pekat. Makan laksa ini dengan sudu dan garfu atau menggunakan buluh penyepit.

Dalam pada itu kini telah banyak pes Laksa Sarawak yang telah dikomersilkan oleh usahawan tempatan.  Antara yang penulis pernah dan sering beli adalah Perencah Laksa Sarawak Haji Manan (Sila lihat foto disebelah). Pes ini adalah antara pes  yang popular dan mudah mendapatkannya. Pes ini dijual dengan harga yang berpatutan dan boleh disimpan lama dalam peti sejuk sama dengan Pes Mee Bandung, Pes Mee Jawa, Pes Asam Pedas dan sebagainya yang popular di Johor. Usahawan bimbingan kerajaan ini menghasilkan pes laksa Sarawak dengan mengikuti semua syarat-syarat persijilan seperti HACCP, HALAL dan Mesti. Kini dengan adanya pes laksa Sarawak kita boleh menyediakan hidangan laksa Sarawak dirumah untuk ahli keluarga mahu pun jamuan kepada ramai tetapu yang hadir kerumah. Penelitian penulis blog mendapati terdapat lebih daripada 20 jenama dan produk pes Laksa Sarawak dijual di Pasar Satok dan lamanweb. Ini merupakan satu kejayaan teknologi pemprosesan makanan (IAT) yang perlu dibanggakan dinegara kita. Hidangan Laksa Sarawak yang disediakan dengan pes tersedia seperti Pes Laksa Sarawak Hj Salleh ini membolehkan kerja kita menjadi mudah dan mampu menghasilkan laksa yang berkualiti. Semua anda mendapat info berguna dari tulisan dalam "Anim Agro technology" kali ini. Wasallam!!!...
LAKSA SARAWAK.... ENAK RASANYA...
LEMAK, MANIS PEDAS...SEMUA ADA...
NEGERI SARAWAK...ASAL USUKNYA...
GUNAKAN PES... MUDAH BELINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1232, Executive Floor,
Hotel Hilton Kuching, Kucing,
Sarawak, Malaysia.
(11 Zulhijjah 1428H).
Published from:
Asrama Anggerik, Intan Bukit Kiara,
Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.