Friday, July 20, 2018

SELOM - TESTIMONI

SELOM (Oenanthe javanica) merupakan sejenis tanaman kaegori ulam-ulaman dari keluarga Umbelliferae yang terdapat di Malaysia. Tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara tetapi terdapat juga sehingga di Selatan China, Pakistan, Jepun dan juga Taiwan. Nama-nama lain bagi Selom adalah seperti Pennywort (English), Pampung (Jawa), phakan (Thai) dan sebagainya. Kebanyakkan selom digunakan sebagai ulam dan didapati tumbuh dikawasan liar semulajadi dan kenudian ditanam disekeliling kawasan rumah. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat mengenai tanaman selom dari pembacaan buku teknikal, pemerhatian dan kajian mudah (simple study) sebagai orang dalam bidang pertanian selama 30 tahun.  Selom di Malaysia ditanam sebagai tanaman sampingan dan tidak ada data rasmi mengenai keluasan , penggunaan atau ekspot di peringkat antarabangsa. Penulis blog telah menganggarkan seluas 15-25 hektar CHE tanaman selom ditanam di Malaysia pada 2016 untuk pasaran tempatan. Pembacaan penulis dari Buku Asean Vegetables oleh PROSEA, Bogor 1994 mendapati kandungan Selom setiap 100 gram adalah 0.16 g protin, 0.4 g lemak, air 91.6 g, 4.4 g serat, 0.51 g Vitamin A, 138 mg Kalsium, 60.5 mg Vitamin C, 0.31 mg Vitamin B dan sebanyak 110 kJ tenaga. Biji selom juga mengandungi 3.5% minyak selom. Selom mempunyai bentuk tumbuhan yang tumbuh menegak (erected) kira-kira 10 cm ketinggian dan ada selom yang tumbuh merayap (jika terlalu tinggi atau varieti lain) dimana ia mempunyai batang yang 'hollow' dibahagian tengah atau berlubang ditengahnya. Daunnya berbentuk oblong atau ovate berwarna hijau muda dan lembut. Saiz daun lingkungan 0.5-7 cm x 0.3-3.5 cm. Bahagian daun seom ini yang selalu dipetik bersama batangnya yang lembut untuk dijadikanan makanan sebagai ULAM. Jika selom berbunga lazimnya berbunga lazimnya bunga selom berwarna putih dengan mempunyai tangkai sepanjang 2-5 cm panjang dan ada 5 buah Kelopak (petal). Buah selom adalah dari kategori Scizocarp dengan mana ia bersaiz kecil 2-3mm x 0.5-1 mm. Selom lazimnya tidak mudah dibiakkan dengan biji benih sebaliknya mudah dibiakan dengan keratan batang dan terus ditanam dilokasi sesuai. Penanaman selom merupakan satu aktiviti hobi yang baik untuk penanaman ulaman disekekiling rumah dimana pemiliknya boleh dapatkan ulam yang segar dan selamat dimakan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa testimoni mengenai ulam selom dan beberapa testimoni mengenai ulaman untuk menambah ilmu pengetahuan kita.


TESTIMONI 1:

30 pilihan kerabu

Menu bufet yang mana ia merangkumi lebih 100 jenis hidangan ini turut mengandungi ulam-ulaman yang dicicah dengan sambal belacan atau tempoyak serta lauk-pauk tradisional Melayu. Menjelang bulan puasa ini, warga kota pasti tercari-cari lokasi untuk makan atau gastronomi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga atau insan tercinta. Sebagai contoh Hotel Kuala Lumpur International tidak menghampakan kerana didapati ada menawarkan hidangan enak untuk pengunjung. Promosi berbuka puasa sempena Ramadan ini mengutarakan sajian tradisional dengan memperagakan variasi resipi tradisional yang penuh nostalgia kampung halaman. Bagi mereka yang merindui masakan ibu, lauk-pauk seperti daging bakar salai dicicah dengan air asam, ayam percik, gulai daging rebung, masak lemak siput sedut dan ikan tilapia sambal Acheh mampu meredakan kerinduan terhadap masakan ibu sepanjang bulan mulia ini. Daging bakar salai dan ayam kampung kurma Johor merupakan antara lauk istimewa di bufet ini. Daging bakar salai dikenali sebagai masakan kegemaran masyarakat pantai timur dan keistimewaannya terletak pada kaedah membakar daging yang dipotong kecil. Sebenarnya menu masakan ayam kampung kurma Johor pula nyata membuka selera apabila adunan sajian ini lebih mementingkan penggunaan jintan putih dan serbuk kurma yang asli. Bufet Ramadan yang disajikan di Kafe Toppot, tingkat 4 di hotel tersebut juga menghidangkan berbagai jenis kerabu.  Seperti acar, kerabu juga antara juadah pembuka selera. "Apabila bercerita tentang kerabu, memang kecur air liur dibuatnya kerana ia memang memecahkan selera sesiapa saja terutama mereka yang sukakan sajian pedas dan masam-masam manis. Demikian kata Chef Kasim Man, 46, yang turut mengetuai penyediaan sajian bufet Ramadan di hotel ini. "Kebanyakan ulam-ulaman boleh digaul terus dengan bahan asas kerabu, contohnya, kacang panjang, kacang botol, ulam raja dan daun selom. "Namun, pucuk paku, jantung pisang, pucuk ubi, bunga betik, daun mengkudu dan sebagainya mesti dicelur," katanya pada majlis prebiu bufet Ramadan di hotel berkenaan baru-baru ini. Menurut Kasim, kira-kira 30 jenis kerabu antaranya kerabu daging, kaki ayam, mangga, jantung pisang, pucuk paku dan lain-lain dihidangkan untuk memberi kelainan pada promosi hebat ini. "Menu bufet yang merangkumi lebih 100 jenis pembuka selera tradisional ini turut mengandungi pembuka selera lain iaitu tapai ubi dan pulut, popia basah, tauhu sumbat, otak-otak, aneka sajian mi Melayu seperti asam laksa, mi rebus, mi kari, mi bandung dan laksa Johor. "Beberapa pilihan bubur dan sup panas boleh didapati termasuk bubur lambuk, sup tom yam ayam, sup ekor, sup tulang rawan dan sup tom yam makanan laut. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati pengat pisang, sago gula Melaka dan bubur jagung.  Minuman yang disediakan termasuklah air batu campur, cendol, sirap bandung, cincau dan semestinya teh tarik yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, hotel ini juga menyediakan bufet sahur manakala kemudahan surau dan kaunter khas untuk bayaran Zakat turut ditawarkan sempena Ramadan.

TESTIMONI 2:
Memanfaatkan tumbuhan perubatan
Kesedaran yang meningkat berhubung penjagaan kesihatan mendorong kepada ramai daripada kita cenderung mengambil makanan semula jadi berasaskan tumbuh-tumbuhan. Malah, ada yang mengambil makanan tersebut yang sudah diubah kepada formulasi mudah digunakan seperti pil, kapsul, minuman dan sebagainya. Namun, pengambilan dalam bentuk semula jadi seperti ulam, sayur-sayuran, buah-buahan, herba dan bijirin lebih penting. Ini kerana sebatian aktif dalam makanan semula jadi ini yang dikenali sebagai antioksidan tidak terjejas dengan kerja-kerja pemprosesan.  Antioksidan merupakan sebatian semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan seperti bijirin, rempah tumbuhan, sayuran dan buah-buahan yang melawan radikal bebas dalam tubuh manusia. Radikal bebas merupakan spesies oksigen reaktif iaitu produk sampingan proses metabolisme fungsi selular dan tindak balas biokimia. Kehadirannya dalam tubuh mengimbangi radikal bebas tersebut tetapi apabila semakin berusia, enzim antioksidan badan semakin berkurangan.  Oleh itu adalah penting bagi kita mengambil antioksidan ini daripada sumber semula jadi bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan dan membaik pulih kerosakan oksidatif. Usaha untuk memanfaatkan pengetahuan mengenai faedah antioksidan ini digerakkan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan menjalankan penskrinan terhadap tumbuhan ubatan. Bahan antioksidan ditemui di beberapa tumbuhan ini yang sebelum ini tidak mungkin ramai mengetahui khasiatnya. Tumbuhan tersebut termasuklah petai, terung pipit, jantung pisang, kantan, pakis merah, rebung, ubi kayu, kacang bendi, selasih, ulam raja, jering, kesum, pegaga, daun kari, jering, pucuk gajus, kadok dan mengkudu. Penyelidikan berkaitan telah dipelopori oleh seorang penyelidik FRIM, Dr. Vimala Subramaniam yang bermula pada 1995. Banyak tumbuhan yang dah buat (penyelidikan) termasuk 20 ulam untuk mencari antioksidan dan beberapa lagi.  Beliau menjelaskan, apabila kadar metabolisme badan berlaku, antioksidan penting kerana memainkan peranan melindungi badan daripada penyakit degeneratif dan kronik yang melemah badan. "Ini kerana semasa metabolisme, ia menghasilkan radikal bebas yang merosakkakn sel-sel badan. Antioksidan badan pula menyusut sejajar dengan peningkatan usia. Tumbuhan yang melakukan fotosintesis dalam keadaan cahaya matahari akan menghasilkan radikal bebas sebagai bahan sampingan. Tumbuhan ini menghasilkan antioksidan semulajadi untuk menyingkirkan radikal bebas dan apabila kita memakannya, ia akan meningkatkan kandungan bahan tersebut dalam badan. Biasanya tumbuhan hijau paling banyak menghasilkan antioksidan terutama di bahagian daun dan batang.  Terdapat juga bahan antioksidan dalam tanaman lain termasuk manggis dan jambu batu yang digunakan untuk menghasilkan kosmetik. Di FRIM kata Vimala ujud hasil penyelidikannya biasa mengenai bahan antioksidan, menunjukkan bahawa terdapat banyak kumpulan bahan tersebut yang berbeza.  Kajiannya juga berjaya menghasilkan tujuh ekstrak piawai antioksidan semula jadi dan lima ekstrak piawai pemutih kulit. Tujuh ekstrak piawai itu ialah Kadok (Piper sarmentosum), Beluntas (Plichea indica), Pegaga (Centella asiatica), Kesum (Polygonum minus), Daun Selom (Oenanthe javanica), Ulam Raja (Cosmos caudatus) dan Cemumar (Micromelum pubescens). Selain itu didakwa hasil kajian dimana lima ekstrak piawai itu pula diperoleh daripada Jambu batu (Psidium guajava), Manggis (Garcinia mangostana), Beluntas (Pluchea indica), Gajus (Anacardium occidentale) dan Manjakani (Quercus infectoria)Dengan kejayaan tersebut, FRIM mampu menawarkan ujian untuk industri dan syarikat bagi menilai produk mereka khususnya dalam aktiviti antioksidan. Ini termasuk produk herba, minuman herba buah-buahan, jus, makanan kesihatan, makanan tambahan, ekstrak tumbuhan, tablet, kapsul dan serbuk. Beliau menambah, perubahan persekitaran boleh menjejaskan keberkesanan antioksidan dalam pokok atau tanaman. Oleh itu katanya, pengambilan dalam keadaan semula jadi adalah penting. ''Sebenarnya dalam kajian saya, banyak pokok yang mengandungi antioksidan tetapi kesan-kesan lain seperti seperti toksisiti kena ambil kira kerana ia mendatangkan bahaya," katanya.


TESTIMONI 3:
KERABU SELOM KELAPA

KERABU SELOM yang dibuat dari selom sejenis ulam berkhasiat yang mampu mengubati demam panas dan dikatakan baik untuk tekanan darah tinggi. Menyediakan kerabu selom penulis blog rasakan proses saangat mudah untuk disediakan. bahan asas yang mesti ada seperti pucuk daun selom, bawang, kelapa, gamam, cula, bawang besar dan beberapa bahan perisa. Kerabu selom sering juga disediakan direstoren makanan tradisional dengan harga murah yang enak dimakan dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain. Ia disediakan menggunakan selom segar. Selom juga mampu memberi kesan sebagai agen anti reumatik dan menurunkan paras gula dan kolesterol dalam pesakit diabetes atau kencing manis. Bahan-bahan untuk membuat Kerabu Selom Kelapa terdiri daripada 1 ikat daun selom yang dihiris halus, 1/4 biji kelapa dimana ia diparut, 8 tangkai cili kering dan dikisar, 1/2 biji bawang besar juga dikisar, 3cm belacan, 50gm kerisik dan bahan garam secukup rasa. Cara menyediakan dan masak dimana hiris daun selom kecil-kecil dan ketepikan. Kemudian kisar cili kering bersama bawang besar dan belacan hingga separa lumat. Masukkan pula kelapa parut dan teruskan mengisar hingga sebati. Tuangkan ke dalam bekas dan gaulkan bersama hirisan daun selom.  Masukkan kerisik dan garam dan kemudian ia digaul lagi sehingga rata dan ia sudah sedia untuk dihidangkan. Semuga anda yang membaca anim agro technology ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!..
ULAM SELOM... AMAT SEGARNYA...
MUDAH DITANAM... DALAM PASUNYA...
ULAM DIPETIK... KERABU DIBUATNYA...
BANYAK KHASIAT... BAIK MEMAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1205, Kinta Riverfront Hotel and Suite,
Jalan Lim Bo Seng,
Ipoh, Perak,Malaysia.
(18 Muharam 1435H)
Kemaskini pada 24 Ramadan 1439H.
Posted from Room 1803,
Eastin Hotel, Kuala Lumpur 
On 20 July 2018.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.