Sunday, July 9, 2017

ROTI JALA - MAKANAN ENAK

ROTI JALA merupakan sejenis makanan ringan yang enak dimakan dan senang disediakan dimana ianya sama ada disediakan untuk ahli keluarga atau pun bagi tujuan jualan komersil. Nama lain bagi makanan ini adalah seperti 'Roti Kirai' atau pun 'Roti Renjis' dibeberapa lokasi kerana cara membuatnya seperti bentuk jala atau tepong cair dikirai diatas kuali yang panas. Kalau dalam bahasa Inggeris barangkali nama sesuai dengan terjemahan mudah adalah "Net Bread" yang mana hidangan ini memang ada juga disediakan dihotel berbintang untuk dimakan oleh semua orang diperingkat domestik dan antarabangsa. Pada penulis blog yang berpengalaman menyediakan makanan roti jala memang mudah sahaja membuatnya kerana ia kategori dalam makanan yang sesuai dimakan untuk sarapan pagi, minum petang atau makan lewat malam. Roti jala ini juga sering dihidangkan untuk jamuan rasmi, mesyuarat, hari raya dan juga majlis kenduri kendarat untuk perewang. Roti Jala dengan kuah kari amat popular di Malaysia, Singapura, Brunei dan juga Indonesia (Rumpun Melayu) dan nusantara. Roti Jala yang dihidangkan dalam berbagai bentuk sama ada dalam pentuk kepingan (Slices), Bentuk Gulong (Rolled) atau Dilipat-lipat Segitiga (Triangle) selalunya dihidangkan dalam bentuk berkumpulan (Set). Bagi tujuan hidangan ia sering disusun dalam bentuk Gulong yang disusun dengan berlapis-lapis dan dihiasi dengan daun sesuai. Bagaimana pun untuk hidangan standard biasanya satu set roti jala akan diletakkan 3 unit (Keping atau Gulong) bersama kuah sekali dalam pinggan sama atau mangkuk berlainan. Ramai juga yang makan roti jala ini sebagai pengganti kepada memakan nasi kerana ia mengandungi karbohiderat dan zat lain yang tinggi dan mengenyangkan. Artikel petang ini saya menulis lagi di dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan yang senang disediakan, enak dan ada nilai komersil.


Makanan Roti Jala ini bukan sahaja sesuai untuk dijadikan makanan pada sarapan pagi untuk keluarga malahan dijadikan bekalan kepada anak-anak sekolah, suami atau isteri yang pergi kerja, nelayan yang turun kelaut, pesawah yang turun kebendang, penoreh yang kekebun getah, pemotong buah sawit diladang sawit dan pelbagai gulongan lagi. Walau pun ia sering disediakan bersama dengan kuah kari sama ada Kari Ayam, Kari Ikan. Kari Daging, Kari Sardin, Kari Kentang atau Kari Telur ianya adalah makanan yang berkhasiat dan memberikan tenaga (Sila anda melihat foto disebelah). Jika dimasak dengan baik dengan kaedah atau cara penyimpanan betul ia boleh tahan sehingga petang. Memang sesuai untuk memakan roti jala sebagai makanan tradisional masyarakat Melayu dilakukan semenjak dahulu lagi. Makanan ini juga ada dijual di Pasar Malam, Kompleks Pasaraya, Bazaar Ramadan, Gerai Tepi Jalan dan juga ada dibeberapa restoren. Roti Jala kini bukan sahaja dimakan oleh kaum Melayu malahan telah menarik kaum lain bagi memakannya malahan ada yang membuatnya sendiri. Ia dijual dengan harga amat berpatutan disemua lokasi tetapi keenakkan roti jala bergantung kepada roti jala itu sendiri dan kuah cicah kari yang disediakan.


Pada penulis blog cara membuat roti jala kini boleh dipelbagaikan. Ada yang buat roti jala bersaiz standard (15 - 20 cm) dan ada yang membuat dengan saiz besar (Lebih dari 30 cm) bergantung kepada saiz kuali dan acuan digunakan. Bagaimana pun lazimnya bahan asas untuk membuat roti jala adalah 3 cawan tepung gandum, 2.5 sudu besar minyak masak, 1 sudu kecil garam, 1 biji telur, 3 cawan air dengan santan atau pun gunakan susu segar (kesemuanya boleh campur sedikit-sedikit) dan juga 1 sudu kecil serbuk kunyit (uuntuk hasilkan roti jala berwarna kekuningan). Kalau tiada serbuk kunyit maka roti jala berwarna putih atau pucat yang kurang mengiurkan peminatnya. Peralatan yang penting perlu disediakan adalah Mesin Pengisar (Blender), Kuali Leper (Ada dijual di kedai dapor), Dapor Gas dan Acuan Roti Jala. Acuan Roti Jala yang terkini adalah diperbuat dari plastik dengan mempunyai tiga (3) lubang dibawahnya (Sila lihat foto disebelah). Ada juga acuan roti jala dibuat daripada logam yang selalu tahan lama. Lazimnya jenis acuan plastik murah sahaja harganya sekitar RM4.50 satu unit. Selain itu adalah pinggan dan mangkuk hidangan. Bagi tujuan komersil biasanya dipek dalam bungkusan plystyrene atau pun bungkusan plastik.


Cara membuat roti jala mudah kepada mereka yang mahir memasak. Ini kerana semasa mengirai adunan cairan tepung ia mempunyai kesenian tersendiri yang menjadikan jala yang dibuat cantik (Sila lihat foto disebelah). Mula-mula perlu campurkan semua bahan-bahan di atas kedalam mesin pengisar dan hancurkan sehingga sebati. Pastikan tiadk ada ketulan-ketulan tepung atau benda asing yang akan menyebabkan acuan tersumbat lubangnya. Adunan tepung yang terlalu cair akan menyebabkan roti jala tidak menjadi dan jika terlalu pekat menyukarkan ianya keluar dari lubang acuan. Pastikan mendapat kecairan yang terbaik untuk membentuk roti jala yang cantik. Kemudian dipanaskan kuali dengan api sederhana dan sapukan sedikit minyak pada kuali menggunakan daun pandan. Daun pandan ini akan memberikan aroma yang amat baik untuk roti jala yang dihidangkan. Kemudian dikirai adunan roti tadi dengan menggunakan acuan ke dalam kuali yang telah panas dengan membentuk menjadi seperti jala. Kalau ada yang hendak tahu adunan sudah boleh di jala atau belum maka cuba masukkan satu sudu adunan ke dalam acuan. Biasanya kalau keluarnya tidak putus-putus maknanya dah boleh di jala. Kalau adunan masih pekat maka boleh tambah air lagi sehingga boleh dijala. Selepas jala atas kuali maka dibiarkan sekejap hingga masak. Kalau sudah masak tidak payah dibalik lagi. Angkat sahaja terus dimasukkan ke atas pinggan hidangan dan sesuai juga di gulung atau dilipat 2 kali. Seterusnya habiskan adunan dan ulangi langkah-langkah di atas sehingga selesai. Bagi kurangkan roti jala berminyak tidak perlu sapu minyak setiap kali aktiviti kirai sebaliknya mengikut kesesuaian. Roti jala ini enak dimakan semasa suam panas lagi dengan kari bersama keluarga dan rakan taulan. Kepada mereka yang suka makan roti jala boleh membeli atau membuatnya sendiri dirumah. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MENGIDAM LAGI...ROTI JALA...
BUAT SENDIRI...SENANG SAJA...
KUAH KARI... IKAN DAGING ADA...
BACA ARTIKEL...MAHU MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(8 Syawal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.