Monday, July 10, 2017

KACANG SEPAT - APA DIA?

KACANG SEPAT (Vigna aristata) merupakan sejenis tumbuhan kekacang dari keluarga Fabaceae yang kurang dikenali di Malaysia. Kacang ini juga dikenali dengan nama botani lain iaitu Lablab purpureus (syn Dolichos lablab, Dolichos purpureus L, Lablab niger, Lablab lablab, Vigna aristata dan Lablab vulgaris). Terdapat beberapa spesis kacang ini dengan tabiat pertumbuhan dan warna lengai yang berbeza. Dalam beberapa bahasa lain kacang ini dipanggil sebagai Hyacinth bean, Indian Bean, Seim (Guyana and Trinidad dan Tobago), Egyptian Bean, Njahi (Kenya), Bulay (Tagalog, Filipina), Bataw (Bisaya) dan juga Dau van (Vietnam). Didalam bahasa Tamil ia dipanggil sebagai 'Avarai'  sementara dikawasan Konkan di India ia ditanam untuk dijadikan bahan makanan dinamakan sebagai 'vaal'. Kita di Malaysia menmanggilnya sebagai Kacang Sepat. Entah dari mana gelaran sepat ini diberikan penulis blog kurang pasti tetapi berpendapat mungkin ia mulanya dijumpai berhampiran kolam atau taliair yang ada ikan sepat. Mungkin ia juga berkait dengan rasanya yang 'kelat' atau dalam bahasa Jawa dipanggil 'sepet'. Tumbuhan dari keluarga Fabaceae ini dijumpai tumbuh dikawasan tropika terutama di Afrika, India dan juga Indonesia (mungkin di Malaysia kurang dikenali). Kacang sepat yang ditanam di India merupakan bahan makanan penting dimana buah lengainya akan menghasilkan bijirin yang mengandungi tinggi protin dan karbohiderat. Artikel petang Jumaat ini dari Hotel Dorsett Putrajaya saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kacang sepat sekadar satu intro kepada pembaca blog ini.


Kacang Sepat atau Lablab ini banyak ditanam di Afrika dan juga India sebagai tanaman komersil atau juga sebagai tanaman hiasan (landscape plants). Ia ditanam disekitar rumah sebagai pokok menjalar (creepers) yang mengeluarkan bunga yang berwarna putih atau kemerahan yang menghiasi halaman rumah (Sila lihat foto disebelah). Kacang Sepat juga sesuai ditanam dikawasan taman permainan, taman bunga dan ditepi jalanraya sebagai tanaman hiasan yang signifikan. Menanam kacang sepat mudah sahaja dilakukan iaitu dengan menggunakan bijibenih yang telah matang yang disemai atau juga ada yang menggunakan keratan batang. Ia sesuai tumbuh diatas tanah subur atau didalam pasu atau bekas yang sesuai mengandungi media tanaman seperti tanah campuran atau cocoapeat. Oleh kerana ia merupakan tumbuhan yang menjalar sebaiknya disediakan tiang atau pagar sesuai untuk batangnya menjalar sehingga meninggi. 


Pokok kacang sepat dewasa tidak sukar untuk menjaganya memadai dengan diebrikan air siraman, baja asas dan baja organik serta penjagaan asas dari perosak tanaman. Ia mengeluarkan daun berwarna hijau dan apabila tanaman matang ia akan menghasilkan bunga. Bunga dalam jambak ini berwarna putih, merhah atau ungu atau lain-lain warna mengikut spesis (Sila lihat foto disebelah). Tangai bunga akan tumbuh menegak keatas atau melempai kebawah bergantng kepada spesis dan pengurusan agronomi. Ia tumbuh dengan cepat dan bunga menghasilkan bau harum yang mampu menarik burung kelicap, lebah madu, kelulut dan serangga lain untuk mendapatkan nektarnya. Daunnya yang hijau dan kaya dengan protin ini menyebabkan ada yang menanam pokok kacang sepat untuk dijadikan sumber makanan ruminan. Penulis juga difahamkan dimana bahagian pucuk daun muda, bunga, biji dan akarnya sesuai dimakan manusia (edible parts). Bagaimana pun dilaporkan bijinya adalah sedikit beracun untuk dimakan terus dan sebaiknya ia direbus untuk suatu jangkamasa agak lama sebelum memakannya. Bahan Cynogenic glucocides ini hanya boleh dihilangkan dengan memasak atau rebus agak lama.


Tumbuhan ini juga didapati mengandungi khasiat seperti kekacang lain. Daripada Wikipedia dilaporkan setiap 100 gram bahan biji kacang ini mengandungi tenaga sebanyak 209 kJ (50 kcal), Karbohiderat 9.2 gram, Lemak (0.27 gram), Protin (2.95 g), Pelbagai Vitamin seperti Thiamine B1 (5% atau 0.056 mg), Riboflavin B2 (7% - 0.088 mg), Niacin B3 (3% - 0.48 mg), Asid Folate (12% - 47 μg), Vitamin C (6% - 5.1 mg), Bahan Mineral seperti Kalsium (4% - 41 mg), Zat Besi (6% - 0.76 mg), Magnesium (12% - 42 mg), Mangganese (10% - 0.21 mg), Posforus (7% - 49 mg), Potassium (6% - 262 mg dan Zink (4% atau 0.38 mg). Biji dan daunnya yang hendak dimakan perlu direbus lama dengan menukar air beberapa kali untuk buang racunnya. Bahan racun cynogenis atau cyanide ini jika termakan akan menyebabkan muntah-muntah, pening kepala, mabuk, loya dan sebagainya bergantung kepada spesis. Di Indonesia bijinya diproses untuk membuat Tempe iaitu sejenis makanan yang manjadi ikon negara tersebut dan berkhasiat. Di India kacang sepat banyak digunakan dalam banyak jenis makanan tradisional mereka. Di Vietnam pula ia dibuat sup yang istimewa untuk makanan yang sering diambil. Kita di Malaysia masih kurang gunakan atau tidak mengkomersilkan kacang sepat. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..


KACANG SEPAT.... BANYAK DI AFRIKA....
NEGARA INDIA... ADA DI INDONESIA...
MUDAH TUMBUH... AMBIL BIJINYA...
IA BERACUN... DIREBUS AGAK LAMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 406, Dorsett Hotel,
Putrajaya, 

Malaysia.
(18 Ramadan 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.