Saturday, July 8, 2017

MEE RACUN - APA HEBATNYA

MEE RACUN (POISON NOODLE) merupakan satu jenis makanan berasaskan mee yang sangat popular teutama di Daerah Batu Pahat, Johor. Kalau dahulu Mee Bandung Muar telah menjadi makanan popular kegemaran ramai tetapi kini muncul lagi menu makanan mee yang enak di Johor dan telah menjadi ikon Negeri Johor. Di Johor Bahru pula telah terkenal dengan nama Mee Rebus Hj Wahid yang juga telah dijadikan ikon makanan popular di Johor. Di Batu Pahat kini terdapat 3 lokasi yang menyediakan mee racun yang popular untuk dikunjungi semua pelanggan iaitu di Medan Selera Jalan Sultanah, Taman Seri Jaya dan di Jalan Timah Sari. Salah satu tempat jualan mee racun yang berada di Jalan Timah Sari berdekatan dengan bangunan Tabung Haji adalah kedai Mee Racun 3G. Pada penulis blog yang mahir dalam bidang pertanian apabila mendengar 3G ini amat 'gerun' kerana ia merujuk kepada nama sejenis racun sistemik iaitu FURADAN 3G yang mempunyai kesan sisabaki selama 3 bulan. Penggunaan racun Furadan 3G selalunya untuk mengawal seragan serangga perosak seperti Ulat Pengorek Batang dan beberapa perosak yang dkawal dengan racun sistemik. Namun penulis percaya pemilik kedai Mee Racun 3G ini mempunyai keterangan tersendiri ketika memilih nama kedai tersebut. Lokasi kedai ini sangat strategik kerana berhadapan dengan jalan besar dan hanya menggunakan pagar besi sebagai dinding kedai. Pengunjung mendapati memang tidak sukar mencari tempat letak kereta kerana kawasan depan kedai banyak lot tempat letak kereta. Kawasan dalam kedai agak sempit dimana hanya beberapa meja sahaja diletakkan di bahagian dalam. Meja pula banyak disediakan di bahagian luar kedai untuk menampong jumlah pelanggan yang agak ramai pada waktu puncak. Lazimnya pada tinjauan penulis blog sejurus sahaja kedai ini dibuka ianya terus dipenuhi dengan pelanggan. Diantara menu paling istimewa kedai ini adalah mee racun ‘gear box’ walau pun terdapat juga pilihan menu mee racun istimewa dan menu mee racun biasa serta beberapa makanan popular lain. Ini merupakan antara catitan pengenaan mee racun yang kini semakin popular di Malaysia. Artikel malam ini saya menulis ke 4,396 dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan makanan yang dinamakan sebagai Mee Racun sekadar untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Makanan paling istimewa yang selalunya dipesan pelanggan adalah Mee Racun ‘GearBox’ yang mana disediakan bersama STRAW untu menyedut sum-sum tulang (Sila lihat foto disebelah). Pada penulis blog semasa kali pertama datang melihat untuk menikmati mee racun gearbox ini bersama rakan lama Tn Hj Zainal (Ex-CEO Pertanian) mendapati menu hidangan ini agak pelik sedikit. Belum pernah lagi penulis blog dihidangkan dengan menu begini dimana-mana gerai sebelum ini. Penulis yang menginap di hotel berhampiran dengan kedai jualan mee racun ini hanya perlu berjalan kaki sejaun 350 meter untuk kegerai mee racun popular ini. Straw telah disediakan bagi mereka yang ingin menghirup sumsum tulang kambing itu. Penulis blog dapati sekali hirup kuah mee racun memang agak sukar untuk saya mentafsir rasanya pada kali pertama merasanya. Ini kerana ia tidak sama dengan rasa mee bandung dan juga bukan ada rasa mee hailam malahan kalau dibandingkan dengan mee rebus Hj Wahid dan juga Mee kari jauh sekali. Pada nilaian penulis rasanya sangat istimewa kerana isi kuahnya pekat dan isinya penuh dengan tauhu goreng memberikan rasa yang enak. Selepas beberapa suapan di rasakan yang kuah mee racun ini ada rasa air rebusan daging. Terdapat 2 potong tulang kambing yang isinya sangat lembut kerana telah lama direbus. Kemudian penulis pun menghirup atau menyedut dengan straw pula sumsum tulang. Ia memang penuh dengan rasa lemak dimana ia sesuai bagi mereka yang hendak hancurkan diet masing-masing. Lain sedikit pula rupa mee racun biasa. Pinggannya kecil sedikit namun rasanya tetap sedap kali pertama dan beberapa kali penulis memakannya. Kepada pembaca blog anim agro technology yang teringin untuk makan mee racun dengan menikmati mee racun yang enak ini maka anda boleh berkunung kekedai Mee Racun 3G beralamat no 2, Jalan Timah Sari, Kg Kenangan Dato Onn 1, 83000 Batu Pahat Waktu beroperasi yang dibuka pada hari Isnin sehingga hari Sabtu mlai jam 4:00 pm sehingga jam 2:00 pagi setip masa.


Penulis blog dapati mengenai senarai harga mee Racun ini ada pelbagai kategori. Dalam senarai teratas adalah menu Mee Racun tulang yang dijual pada harga RM10.00 satu pinggan. Mee Racun ini merupakan paling premium dengan ada sum-sum tulang dan straw yang akan diguakan untuk menyedut isinya (Sila lihat foto disebelah). Mee ini juga perlukan kepakaran pelanggan untuk menyedut gunakan straw agak tidak 'tersedak' semasa menghirupnya. Menu Mee Racun Biasa dijual dengan harga RM5.00 sepinggan dan ia juga mempunyai rasa sama dengan mee racun tulang kecuali tiada extra tulangnya. Terdapat juga menu mee goreng dengan harga sepinggan RM4.00. Selain itu Menu Mee sup Tulang juga merupakan hidagan istimew dengan harga jualan RM9.50 semangkuk. Ia juga enak dimakan kepada mereka yang tidak mahu makan mee racun. Mee Sup Biasa pula dijual dengan harga RM4.00 satu. Satu lagi menu yang agak istimewa dijual di kedai ini adalah 'bone steak 3' iaitu makanan steak dijual dengan harga RM15.00 satu pinggan. Selain daripada bahan asas mee, kedai ini juga menyediakan Kuew Tiaw Racun Tulang, Kuew Tiaw Racun Biasa, Kue Tiaw Goreng, Kuew Tiau Sup Tulang dan juga Kuew Tiaw Sup. Menu berasaskan Bihu juga disediakan sepeti Bihun Racun Tulang, Bihun Racun Biasa, Bihhun Goreng, Bihun Sup Tulang dan Bihun Sup Biasa. Pelbagai menu berasaskan nasi juga dihidangkan dengan makanan seperti Nasi Goreng Kampong, Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Pataya dan sebagainya. Nasi Lemak juga dihidangkan dengan Nasi Lemak pesial dan juga ada disediakan Nasi Ayam. Pendek kata kepada pelanggan yang berkunjung ke kedai Mee Racun 3G ini memang ad banyak pilihan makanan untuk dinikmati. Makanan lain seperti roti canai dalam pelbagai reei termasuk martabak juga dijual. Kalau hendak minum pula disediakan banyak pilihan minuman panas dan juga minuman sejuk.


Bagaimana pun mungkin mereka yang jauh untuk berkunjung ke Batu Pahat aka anda boleh membuat mee racun sendiri dirumah. Walau pun mungkin rasa yang anda sediakan tidak sama dengan yang 'original' di Batu Pahat setidak-tidaknya anda mampu untuk menyediakan sendiri untuk hidangan ahli keuarga atau para tetamu yang berkunjung. Daripad beberapa ruukkan mendapati antara bahan-bahan untuk membut endiri mee racun adalah seperti 600g mee kuning, 1/2kg tulang kambing (sebaiknya jenis gearbox), 20 tangkai cili kering yang telah dikisar), 5 biji bawang merah (juga telah dikisar), 3 biji bawang putih (dikisar), minyak secukupnya, 5 sudu sos tomato, 5 sudu sos cili, 1 sudu serbuk lada sulah, 1 sudu serbuk lada hitam, 1 sudu gula, 1 biji telur dadar (dipotong kasar), 1 biji kentang (dipotong seperti wedges), 50gm sayur sawi, 50gm kubis panjang (dihiris) dan juga bahan garam secukup rasa. Cara membut mee racun dimulakan dengan merebus akan tulang kambing (dimana air rebusan jangan dibuang) untuk dijdikan bahan kuah. Kemudian bahan kentang digoreng tidak terlalu garing sert tumis bahan yang dikisar hingga naik bau. Kemudian memasak dengan memasukkan sos cili, sos tomato, lada sulah dan lada hitam dlam kuali. Seterusnya dimasukkan air rebusan tulang tadi dengan kadar sesuai untuk kuahnya. Masukkan telur dadar, kentang dan sayur kedalam kuali dan kacau. seterusnya dimasukkan bahan garam dan gula secukup rasa dan akhirnya dimasukkan bahan mee dan kemudian digaul rata. Ababila telah masak maka diangkat dan ia boleh dihiaskan dengan taburan daun bawang dan boleh dihidagkan semasa ia panas suam. Mee Racun ini sesuai dihidangkan pada waktu petang atau malam kerana ia merupakan makanan sederhana berat dan memang berkhasiat. Semuga tulisan dalam anim agro technology kali ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...

NAMA MEE RACUN...ADAKAH MERBAHAYA...
IANYA POPULAR... DIBATU PAHAT SANA....
ADA TULANG GEARBOX...MENU ISTIMEWA...
PERLU KESANA... CUBALAH ANDA RASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kedai Mee Racun 3G,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(14 Syawal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.