Saturday, June 17, 2017

TANAMAN PENYERAP RACUN

TUMBUH-TUMBUHAN merupakan hidupan yang mana ia mempunyai fungsi menyerap udara (Karbon dioksid - CO2) dalam sistem pernafasan dan kemudian ia akan melepaskan Oksijan (O2). Terdapat banyak jenis tumbuh-tumbuhan yang mengandungi bahan berguna kepada manusia dan haiwan dan banyak juga jenis tumbuhan yang mengandungi racun atau toksik merbahaya kepada manusia. Sesetengah dari tumbuhan beracun mungkin boleh menyebabkan maut jika termakan dengan kuantiti yang tertentu atau memang boleh menyebabkan gangguan kesihatan kepada manusia dan haiwan. Selain daripada banyak jenis hasil tanaman untuk makanan, terdapat juga beribu-ribu jenis tanaman untuk hiasan (landscape), pokok kayu untuk perlindungan, rumpai, umbisi dan plankton yang ujud dimuka bumi ini. Tanaman hiasan juga selain daripasa cantik dipandang, ianya juga ada yang berfungsi sebagai penyerap racun udara yang lebih berkesan. Tumbuhan ini boleh ditanam disekeliling rumah atau didalam rumah agar ia mampu membersihkan gas beracun yang terdapat dalam rumah. Walau pun kini telah ada teknologi canggih seperti alatan mengeluarkan oksijen atau 'ionizer' dijual secara komersil, pemilihan jenis tanaman yang betul membantu didalam membersihkan udara dalam rumah. Di Malayisa kita agak kurang prihatin dengan ujud maklumat sebegini dan kalau hendak membeli tanaman hiasan di nurseri pun amat kurang diberikan penerangan mengenai perkara ini. Kita hanya memilih pokok hiasan yang berwarna terang daunnya, mempunyai bunga yang cantik atau memberikan aroma wangi yang kuat. Kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai info beberapa jenis tanaman (kebanyakannya tanaman hiasan) yang boleh kita pilih untuk ditanam disekeliling rumah atau dalam rumah sebagai tanaman yang menyerap racun (15 jenis) untuk bahan bacaan dan rujukkan.

(1) LIDAH BUAYA
Tumbuhan ini adalah mudah ditanam dengan nama latin atau nama botani sebagai adalah Aloe vera, daripada keluarga Xanthoreaceae. Dikalangan masyarakat tempatan ia dikenali sebagai lidah buaya. Anda boleh membaca artikel yang saya tulis mengenai tumbuhan ini dengan pautam iaitu (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Ia mudah dibiakkan dengan jenis tumbuhan renek ini mempunyai cairan yang mana dimanfaatkan sedimana jenis bagai penyubur rambut, penyembuh luka dan mulai dikembangkan sebagai bahan asas dalam industri kosmetik, farmasi dan makanan-minuman kesihatan ini. Bagaimana pun kajian terkini mendapati lidah buaya yang ditanam dirumah ternyata mempunyai kemampuan sebagai penyerap gas tercemar atau bahan polutan. Tumbuhan Aloe vera dikatakan memang mampu meneuteralkan jenis racun benzin, formaldehyde (formalin) dan serta berbagai bahan kimia lainnya.


(2) POKOK LABAH-LABAH
Pokok Labah-labah atau 'Spider plant' adalah tumbuhan dengan nama botaninya adalah Chlorophytum comosum. Tanaman ini adalah jenis tanaman hiasan yang berasal dari Afrika dan kini tersebar ke seluruh dunia. Ia mudah ditanam diatas tanah atau dalam pasu (Sila lihat foto sebelah). Diberi nama spider plant kerana rupabentuk daunnya seakan kaki labah-labah dengan mempunyai ketinggian mencapai 60 cm. Sering ditanam sebagai tanaman ornamental, tumbuhan ini dapat ditanam dalam pot dalam ruangan dalam rumah (Indoor plants). Keistimewaan tumbuhan ini adalah sebagai pembersih udara semulajadi yang mampu menyerap gas benzin, CO2, formaldehiyde dan xilena iaitu bahan kimia pada industri kulit, produk getah dan bahan pencetakan.


(3) BUNGA GERBER DAISY 
Bunga ini merupakan sejenis bunga yang juga dinamakan Gerber Daisy (Gerbera jamesonii) yang mudah ditanam. Tanaman Gerber Daisy di negara kita lebih dikenali sebagai Herbras. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Afrika Selatan ini mempunyai bunga warna warni dan kerap dijadikan bunga potong bersama bunga mawar dan tulip. Ia dapat tumbuh dengan baik di dalam pot dan di dalam ruangan rumah. Kajian menunjukkan tanaman ini amat efektif untuk menghilangkan gas jenis Trichloroethylene. Ia sesuai untuk diletakkan di dalam bilik mandi atau dalam ruang membasuh pakaian atau dalam bilik tidur. Selain daripada ianya cantik pastinya bunga ini akan menyerap gas beracun yang ada idalam rumah.


(4) LIDAH MENTUA
Tumbuhan Lidah Mertua (Sansevieria trifasciata) atau dalam bahasa Inggeris dikenali dengan nama 'Snake plant' adalah mudah ditanam (Sila lihat foto sebelah). Ia merupakan tanaman penyerap racun dengan bentuk khas dan mudah dikenali melalui warna dan bentuk pokoknya. Kajian saintis mendawka terdapat berbagai jenis racun yang mampu diserap oleh Sansevieria antara lain Karbon monoksida, nikotin, benzin, formaldehyde, trichloroethylene dan sehingga jenis gas Dioksin. Ada dakwaan dengan hanya ada 5 helai daun Sansevieria dewasa dalam rumah ia mampu menyerap dan membersihkan ruangan seluas 100 m3 dari berbagai jenis bahan polutan. Penulis memang menggalakkan agar ramai menanam dan meletakkan bunga lidah mentua ini dalam rumah dan dijaga dengan baik.


(5) SIRIH GADING
Tumbuhan Sirih Gading (Epipremnum aureum) ini memang mudah dijumpai dan ditanam dikawasan rumah. Penulis mendapati bahawa Sirih Gading juga dipanggil sebagai 'Golden pothos' atau pun 'Devil’s ivy' kerana bentuk daun dan warna semulajadinya (Sila lihat foto sebelah). Ia adalah tumbuhan menjalar berbunga dari keluarga Araceae. Tanaman ini dipercayai natif dari negara Australia, Malenesia (termasuk Malaysia), Indochina, Jepun, China dan juga India. Meskipun ia jenis tanaman menumpang (Ephyphyte) namun ia mudah dijaga dan tiada masaalah penjagaan. Batangnya adalah merambat bada kayu dan baik dalam menjadi pembersih udara untuk ruangan dirumah dan ia dipercayai mampu menyerap racun jenis formaldehiyde dan berbagai polutan lainnya. Wasallam!.
TANAM BUNGA... PELBAGAI WARNA...
KELILING RUMAH...CANTIK JADINYA...
PILIH YANG BAIK....DAN BERGUNA...
PENYERAP POLUTAN... BAGUSNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Pertanian Florikultur,
MAEPS, Serdang,
Selangor, Malaysia.
(13 Syawal 1435H)
Kemaskini pada 10 Julai 2017.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.