Sunday, June 18, 2017

KUIH TART NENAS - TINJAUAN KILANG

KUIH TART NENAS (Pineapple tart) merupakan sejenis produk makanan ringan yang mendapat permintaan tinggi dikalangan masyarakat kita terutama dimusim perayaan seperti Hari Raya Puasa. Kuih tart nenas ini unik kerana ia mengadunkan rasa tart inti nenas, tepong dan butter yang menjadikan kuih ini mendapat permintaan tinggi. Kuih ini juga dipanggil sebagai 'kuih awal' dan 'kuih hujung' hari raya kerana semasa banyak jenis kuih lain dihidangkan, ia kurang dimakan sehingga raya mencecah kehujungnya. Kuih ini tahan lama disimpan didalam bekas plastik atau balang kaca yang kedap udara sehingga lebih dari 4 minggu. Dalam pada itu penulis blog dapati nama kuih tart nanas mungkin asasnya daripada jenis kuih kering yang berinti iaitu tart. Lazimnya kandungan intinya yang diperbuat daripada buah nanas menjadikannya dikenali sebagai tat nanas. Kuih tart nanas popular di seluruh Malaysia dan banyak dijual begitu sahaja tetpi perlu ditempah lebih awal semasa perayaan. Bagaimanapun penghasilannya dan penjualannya agak bermusim. Kuih tart nanas mempunyai rasa inti yang manis, tetapi bagi mengimbanginya doh kulitnya adalah tawar. Kulit tart yang baik biasanya agak lerai dan sapuan kuning telur pada bahagian atas berfungsi sebagai memegang doh yang mudah terlerai. Sekali pandang ia dilihat sebagai hiasan warna keemasan. Kuih tart nanas lebih digemari sebagai kuih hidangan perayaan raya dan kurang digemari bagi hidangan harian. Kuih tart nanas sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana rasanya yang sedap dan manis dimana ia biasanya dihidangkan dengan teh tawar kerana ia telah pun manis. Penulis dapat membuat tinjauan dua kilang kuih tart iaitu Kiah Tart di Johor Bahru dan NR Tart Enterprise di Shah Alam untuk melihat bagaimana proses membuat kuih tart ini dijalankan dan dijual kepada ramai pelanggan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kuih tart nenas sebagai satu bahan bacaan dan rujukkan.


Asasnya kuih Tart Nanas adalah merujuk kepada kuih Tart yang diperbuat daripada tepung dan jem. Resepi membuatnya menggunakan adunan tepong terpilih. Kombinasi diantara rasa tepong dan butter yang tawar dengan sedikit lemak masin digandingkan dengan bahan intinya yang manis. Bagi saya kuih tart nanas lazimnya dibuat dengan mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas yang dirumus khas. Sesetengah orang meletakkan tart nanas dalam kumpulan biskut (biskut raya) disebabkan penggunaan doh atau tepung pada kulitnya. Dari segi sebaran didapati kuih tart nanas merupakan sejenis kuih yang popular di Brunei, Malaysia dan Singapura. Ia juga merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan tepung dan jem diminati oleh golongan muda, dewasa malahan mereka yang berumur. Biasanya kuih tat nanas dibuat hanya pada musim perayaan seperti hari raya dan kurang laku pada waktu biasa. Kuih tart nanas disediakan dengan menggunakan adunan tepung dan margerin (sebaiknya untuk kualiti premium menggunakan butter) yang diadun bagi membentuk doh. Selepas doh adunan tersebut menjadi agak lembut doh akan diuli dan dicanai dengan penggolek bergigi bagi membentuk bergigi. Selepas dicanai maka jem nanas akan diletakkan ditengah dan adunan doh tersebut akan digulung agar jem terletak ditengah-tengah adunan. Selepas itu ia dipotong menurut ukuran yang dikehendaki. Sebagai hiasan akhir maka kuning telur akan disapu pada bahagian atas bagi memberi warna kekuningan keemasan. Saiz kuih tat nanas ini biasanya dianggar semuat satu suapan agar mudah ia dimakan.


Lawatan penulis ke Kilang Tart di Johor Bahru bersama rombongan disambut pemiliknya Pn Rokiah yang sedang sibuk melayan ramai pelanggan. Ramai pelanggan datang sendiri kekedainya yang terletak di hadapan Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru di Jalan Taruka. Satu bekas dijual dengan harga RM25.00 - RM 35.00 bergantung kepada jumlah isi didalamnya. Usahawan ini mempunyai 3 premis lain sekitar Johor Bahru dan Pontian untuk mengeluarkan kuih tart yang mendapat permintaan tinggi semasa HAri Raya Puasa. Ramai juga pelanggan yang datang dari Singapura dan membeli dengan kuantiti yang banyak. Dalam premis tersbut ada peralatan membuat kuih tart seperti mesin penguli tepong, kuali membuat jem, oven pembakar dan sebagainya yang beroperasi sepanjang tahun. Nenas moris digunakan untuk membuat inti atau jem nenas dengan bekalan daripada sekitar Pontian dan Batu Pahat. Membuat jem nenas untuk dijadikan inti kuih tart memerlukan bahan nenas segar yang berkualiti. Kuih Tart sebenarnya dicadang untuk dijadikan sebagai kuih ikon Negeri Johor dimasa akan datang. 


Pengusaha NR Tart di Shah Alam pula memulakan aktiviti membuat kuih tart bermula jam 3 pagi untuk menyediakan jem nenas. Seramai 25 orang pekerja pula memulakan proses membuat doh dan mengisi inti serta membakar kuih tart bermula jam 7.00 pagi. Menurut pemiliknya, acuan kuih tart yang ada dijual dipasaran kurang sesuai digunakan kerana beliau perlu mengubahsuai pencetahk tersebut agar kualiti tepong tidak melekat dan cantik seragam bentuknya. Kuih tart tradisional ini menggunakan tepong berkualiti daripada Cap Sauh (Dulu ada gunakan tepong Cap Kunci). Bahan butter yang digunakan pula daripada Butter diimport daripada Australia jenama SCS dengan campuran Butter Buttercup. Ia akan menghasilkan kualiti kuih tart dengan rasa manis, lemak daripada butter dan dibakar selama 30 minit dalam oven. Harga butter SCS meningkat daripada RM440 sekotak sebelum bulan puasa dan meningkat dibulan puasa kepada RM560 satu kotak. Ini menyebabkan hasil kuih tart yang disusun dalam bekas plastik mengendungi 50 biji kuih tart dijual pada harga kilang RM29 walau pun dahulu hanya dijual diantara RM25 sahaja. Kapasiti pengeluaran sepanjang bulan puasa ini sebanyak 350 balang sehari atau sebanyak 17,500 keping sehari. Terdapat 5 mesin penguli tepong dengan 4 oven double decker bagi pengeluaran tersebut. Usahawan ini bercadang untuk mendapatkan premis lain lebih besar dimasa akan datang bagi meningkatkan pengeluaran kuih tart tradisional.


Dalam penulis merujuk beberapa usahawan dan pegawai yang mahir dalam pembuatan kuih tart nenas, umumnya kaedah pembuatan adalah agak sama. Biasanya bahan-bahan untuk mrmbuat kuih tart adalah untuk menyediakan jem Nenas untuk dijadikan Inti dan Adunan Tepong untuk dibakar kemudiannya. Bagi menyediakan 50 biji kuih tart biasanya perlukan masa selama 40 minit dimana 15 minit untuk membuatnya dan 25 minit untuk membakarnya. Bahan diperlukan untuk adunan adalah 300 gram tepung gandum, 4 sudu besar tepung jagung, 3 sudu besar gula aising, 200 gram mentega atau butter, 1/2 sudu teh esen vanila dan juga 2 biji kuning telur. Sementara itu keperluan bahan untuk membuat jem nenas untuk inti adalah 2 biji nenas yang perlu diparut dan toskan airnya, 600 gram gula, 1 batang kayu manis dan 2-3 titik pewarna kuning. Cara-cara menyediakan jem nenas dengan mengisar buah nenas dan nenas ini akan dimasak bersama gula. Apabila hampir kering maka masukkan pewarna kuning dan kayu manis dan ia dimasak dengan api perlahan sehingga kering. Kemudian masukkan dalam bekas khas. Cara untuk Penyediaan kuih tart dimulakan dengan menggaulkan tepung yang telah diayak dengan mentega atau butter sehingga menjadi tekstur seperti serbuk roti. Masukkan kuning telur dan esen vanilla sedikit demi sedikit dan diuli sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan di dalam peti ais selama 1/2 jam dan kemudian dikeluarkan doh dan canaikan dengan cara melapik bahagian atas dengan plastik wrap. Pastikan semasa meleperkan ianya mempunyai ketebalan sesuai (sekitar 0.7-0.8 cm ketebalannya). Plastik dilapikkan bagi mempastikan doh yangg lembut tidak akan melekat di roller. Terap doh dengan acuan khas dan susn didalam dulang. Bulatkan inti jem nenas sekitar besar guli dan letakkan ditengah-tengah adunan tepong yang dicetak tadi. Ratakan jem nenas dengan tangan sehingga rata. Hiaskan dengan inti yang rata dan seragam sebelum dulang ini dimasukkan kedalam oven atau dibakar dalam ketuhar pada suhu 170- 175 darjah celcuis (suhu adalah bergantung kepada oven anda) selama 20- 25 minit. Bagaimana pun membuat kuih tart agak mudah dipelajari kepada ramai surirumah cuma terdapat beberapa petua untuk mendapatkan kuih tart yang enak, tahan lama dan cantik dipandang. Semuga artikel ini memberi info  berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!... 

KUIH TART NENAS.... ADUH ENAKNYA...
TEPONG DAN BUTTER...INTI ATASNYA...
SANGAT POPULAR...SEMASA RAYA PUASA..
TINJAUAN KEPREMIS... ADA DITULISNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Tenggiri 17/23,
Seksyen 17, Shah Alam,
Selangor, Malaysia.
(17 Ramadan 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.