Monday, June 19, 2017

TANAM KELAPA DI BUKIT

TANAMAN KELAPA DI TANAH BERBUKIT memerlukan sistem tanaman yang berbeza dengan kaedah penanaman diatas tanah pamah yang rata. Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) merupakan sejenis tanaman ke 4 terpenting di Malaysia selepas Kelapa Sawit, Getah dan Padi. Laporan daripada Jabatan Pertanian menyatakan terdapat seluas 84,600 hektar tanaman kelapa di Malaysia pada tahun 2017 dimana hampir 95% adalah ditanam oleh pekebun kecil terutama dikawasan tanah pamah persisir pantai. Negeri yang luas menanam kelapa adalah Johor, Perak dan Selangor khususnya dibeberapa daerah seperti Batu Pahat, Sabak Bernam dan Bagan Datoh. Negeri Sarawak dan Sabah juga agak luas penanaman kelapa. Penulis dapati untuk negara, petani mengeluarkan atau menghasilan sekitar 650 juta biji kelapa setahun dengan permintaan dalam negara adalah sebanyak 750 juta biji. Sebanyak 100 juta biji lagi adalah kelapa bulat tua yang diimport daripada negara jiran Indonesia. Pengimportan kelapa adakah melalui sistem kawalan  kelulusan khas AP yang dikawal oleh Kementerian Pertanian dengan tujuan untuk pengilangan sahaja dan untuk kawalan harga. Pengenalan beberapa varieti kelapa seperti Kelapa Hibrid Matag dan Kelapa Pandan menjadikan industri ini mula berkembang sedikit walau pun petani agak sukar untuk mendapatkan benih kelapa matag. Bagaimana pun terdapat petani tradisional yang dahulu menanam kelapa telah bertukar kepada tanaman lain khususnya tanaman kelapa atau buah-buahan atau sayuran. Ini menjadikan negara hanya menyasarkan sekitar 80,000 hektar sahaja kawasan pengeluaran kelapa dengan program penanaman baru, pemuklihan kawasan kelapa dan intergrasi penanaman kelapa. Beberapa lokasi khusus penanaman kelapa perlu dikhususkan untuk membolehkan bekalan kelapa dalam negara terus mencukupi untuk kegunaan domestik. Kini penulis blog telah menemui beberapa usahawaan dan syarikat yang mula menanam kelapa dikawasan tanah berbukit dan pendalaman sebagai satu pilihan yang baru dalam membangunkan industri kelapa dalam negara. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" usaha menanam kelapa dikawasan tanah berbukit kawasan pendalaman di Hulu Bernam di Selangor sebagai satu testimoni yang boleh dijadikan penduan kepada pembaca blog ini diseluruh negara.


Penulis menyelusuri satu kawasan estet kelapa sawit melalui Pekan Tanjung Malim di Selangor sejauh 14 km dengan kereta 4WD. Dari jauh kelihatan kawasan berbukit yang ada dibuat teres dan kelihatan seperti anakbenih kelapa yang baru sahaja ditanam. Bagaimana pun penulis sebenarnya melalui jalan tersebut untuk melawat projek tanaman nenas premium MD2 kepunyaan usahawan En Zairul seluas 25 ekar yang berumur 3-8 bulan. Tanaman nenas ini dikawasan tanah mineral menggunakan sistem batas dan plastik silvershine dijangka akan mula menuai hasil pada November 2017. Penjagaan yang baik membolehkan nenas MD2 yang dihasilkan kelak dijual untuk pasaran domestik disekitar Lembah Kelang atau jika berlebihan untuk pasaran eksport. Dari ladang nenas ini penulis berpatah balik ke ladang kelapa seluas 200 ekar yang baru sahaja ditanam. Menyelusuri jalanladang dan teres, penulis mendapati ada usaha yang baik penanaman kelapa dikawasan tanah berbukit dipendalaman ini. Dari jauh kelihatan anakbenih kelapa ditanam diatas teres yang agak luas. Kawasan bekas estet kelapa sawit ini disewa oleh 3 syarikat untuk ditanam dengan tanaman makanan seperti nenas, pisang, kelapa dan akan datang dengan tanaman makan lain. 


Benih kelapa ditanam adalah jenis Kelapa Renek jenis Kelapa Pandan yang didakwa oleh pemiliknya En James adalah diimport daripada Vietnam. Benih ini dibawa masuk menggunakan kontena dan kemudian disemai didalaam polibeg hitam yang besar. Pada masa ini terdapat sekitar 20,000 anakbenih kelapa renek ini telah bersedia untuk ditanam secara berperingkat-peringkat. Anakbenih ini diletakkan didalam polibeg besar dengan menggunakan media cocoapeat dan disusun dengan jarak 0.8m x 0.8m. Penyiraman dijalankan setiap hari dan ia dibaja mengikut jadual. Menurut pengurus ladang Encik Salehudin, menanam benih kelapa sedalam 1/3 bahagian didedahkan atas tanah untuk kadar pertumbuhan yang betul. Racun Furadan 3G ditabur dikawasan anakbenih yang baru ditanam untuk kawal daripada serangan Kumbang Tanduk (Rhinocerous beetle). Dakwanya terdapat beberapa anakbenih kelapa yang telah diserang kumbang tanduk terutama dikawasan yang tidak dikawal dengan racun serangga. Sementara itu serangan antraknos pada anakbenih dalam polibeg dinurseri perlu dikawal dengan segara sebelum ia merebak dengan kadar lebih serius. Pengurus ladang memberitahu bahan kimia telah disediakan untuk kawalan antraknos ini.


Tinjauan penulis diladang mendapati terdapat beberapa teguran yang diberikan kepada En James dan Pengurus ladang Encik Salehudin. Pertama adalah terdapat beberapa anakbenih yang terlebih umur (berkemungkinan umur hampir setahun) yang ditanam dimana ianya kurang sesuai dilakukan. Jarak tanaman kelapa pandan juga amat rapat sekitar 13- 15 kaki berbanding dengan syor dalam pakej amalan sekitar 18-20 kaki (6m x 6m). Encik James nyatakan beliau menanam agak rapat kerana kawasan tersebut adalah kawasan berbukit dan teres dan masaalah kekurangan kepakaran tenagakerja semasa menanam kelapa. Bagaimana pun beliau ucapkan terimakasih diatas terguran tersebut dan akan cuba membetulkannya. Apa yang penulis kurang puashati dalam penanman benih kelapa adalah kerana ia menanam terlalu hampur dengan tebing teres. Ada yang jaraknya hanya 1 kaki sahaja dengan tebing teres yang curam dan ini adalah amalan yang tidak betul. Sepatutnya anakpokok kelapa ditanam ditengah-tengah teres atau pun hampir dengan bahagian dalam teres. Dakwanya memang dirancang menanam dihujung teres untuk membolehkan kenderaan atau motorsikar rodatiga menuai hasil kelak kerana kawasan teres perlukan kemudahan semasa menuai. Bagaimana pun En James akan mengarahkan pengurus ladang mengalihkan anak pokok yang terlalu hampir dengan tebing diatas teguran penulis. Beliau pada keseluruhannya amat gembira mendapat agronomist yang mampu menegur amalan agronomi diestetnya walau pun secara kebetulan melalui kawasan ladangnya. Dakwanya beliau juga ada menanam dikawasan lain seluas 250 ekar kelapa dengan varieti kelapa Sungai Gulang-Gulang (CN16) yang dibeli daripada En Osman dari Sabak Bernam. Beliau juga ada menanam Kelapa Matag di lokasi tersebut yang berumur antara 1-2 tahun. Beliau percaya tanaman kelapa memang mempunyai masa depan yang baik dimasa hadapan. Dakwanya beliau membeli benih Matag daripada UP dengan harga RM20.00 sepokok. Bagaimana pun penulis blog agak khuatir jika benih tersebut adalah benih Matag F2 yang dibeli daripada pihak pembekal yang membeli buah kelapa F2 atau kontraktor pemungut buah yang disemai oleh usahawan nurseri lain. Kawasan yang penulis lawati ini kebanyakkan ditanam kelapa renek jenis pandan tempatan dan benih kelapa renek dripada Vietnam. Penulis akan ingin terus memantau penanaman kelapa dikawasan berbukit ini sehingga ia berbuah kelak. Semuga tulisan ini memberi perkongsian ilemu dengan a=nda pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...


TANAH BERBUKIT.... TANAM KELAPA...
DIBUAT TERES... TANAM BAGAIMANA...
KELAPA RENEK... FASA PERTAMA...
KHIDMAT TEKNIKAL...DIBERI JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Kelapa Hulu Bernam,
Hulu Bernam, Selangor,
Malaysia.
(24 Ramadan 1438H)  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.