Tuesday, December 8, 2015

RAVI BUFFALO - KERBAU SUSU

NILI RAVI BUFFALO (Kerbau Nili Ravi) merupakan sejenis baka kerbau yang amat terkenal di Pakistan kerana ia merupakan spesis kerbau yang mampu menghasilkan susu dan daging. Pakistan merupakan sebuah negara pertanian dengan pengeluaran bahan makanan yang mencukupi malahan ada komoditi yang mencapai tahap eksport. Penulis yang telah berkunjung ke Pakistan kerana hadir workshop antarabangsa di Universiti Faisalabad (UAF), Punjab, Pakistan selama 1 minggu berpeluang melawat projek ternakan kerbau ini. Ia dipunyai oleh seorang petani di Chak Painsra, kira-kira 20 km dari Bandar Faisalabad dengan jumlah kerbau sebanyak 600 ekor terdiri dari kerbau Nilli Ravi. Sektor ternakan memberikan bekalan makanan utama dari daging, susu dan telur kepada rakyat negara tersebut dengan jayanya. Sektor ternakan memberikan 46% daripada nilai keluaran pertanian dan sebanyak 10.6% terhadap kadar keluaran negara kasar (GDP) seperti dilaporkan oleh Economic Survey of Pakistan. Pulangan hasil eksport sektor penternakan memberikan pulangan sebanyak 35 billion rupee (PKR - Pakistani Rupee) atau sekitar RM 1.4 billion setahun. Sektor ini menghasilkan daging, susu dan beberapa produk lain seperti bulu, kulit, darah, tulang, rambut dan baja organik dengan jumlah yang banyak. Penulis juga mendapati tahi kerbau dan lembu dikeringkan disepanjang jalan dan digunakan sebagai bahan bakar untuk memasak dan memanaskan rumah. Penduduk kampung dan petani lazimnya mempunyai sekitar 2-3 ekor lembu atau kerbau, 5- 6 ekor kambing atau bebiri sekeluarga dan juga beberapa ekor ayam. Kerbau Nili Ravi kini menjadi spesis kerbau yang amat berharga dimana ia mempu menghasilkan susu dan dagung dengan purata berat badan sekitar 685 kg seekor (Sila lihat foto saya ambil diatas) dan baka dijual dengan harga yang tinggi dipasaran. Artikel malam ini saya mampu menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai baka kerbau Nilli Ravi yang hebat di Pakistan sempena lawatan penulis kenegara tersebut untuk bacaan dan rujukkan anda semua.


Ternakan Kerbau (Babalus bubalis) di Pakistan mampu menghasilkan sebanyak 5,000 liter susu setiap kali ia beranak dengan menentukan baka baik, pemberian permakanan betul dan juga penjagaan kesihatan yang baik (Sila anda lihat foto disebelah). Potensi pengeluaran susu ini dicatitkan di kandang kepunyaan Osman yang mempunyai 600 ekor kerbau di Chak Painsra (Chak bermakna 'Kampong') yang penulis dapat lawat. Ternakan kerbau ini dibimbing oleh Universiti Faisalabad sebagai satu pemindahan teknologi daripada pusat penyelidikan dengan petani atau penternak. Menurut taklimat oleh Prof Dr Cutta, kerbau biasa hanya mampu menghasilkan sekitar purata 2,400 liter seekor tetapi baka Nili Ravi mempunyai potensi penghasilan susu sekitar 3,000 - 5,000 setiap kali proses penyusuan. Menurutnya Pakistan mampu menghasilkan sebanyak 29.5 juta tan susu dan sebanyak 1.2 billion tan daging setahun pada 2010 dan jumlah ini terus meningkat dengan drastik pada masa artikel ini ditulis. Penternak Osman dibantu oleh 15 orang pekerja yang terdiri daripada penduduk kampung tersebut untuk kerja-kerja diladangnya. Selain itu terdapat sebanyak 350 ekor lembu tenusu yang diternak untuk menghasilkan susu lembu. Terdapat mesin perah susu separa automatik diladang ini yang beroperasi sepanjang hari untuk proses memerah susu kerbau dan susu lembu secara bergilir-gilir. 


Bebalik kepada kerbau Nili Ravi, penulis amat terkejut dengan saiz badannya yang besar dengan kulit berwarna hitam (Sila lihat foto disebelah). Baka ini dipercayai berasal dari kawasan dikawasan Sungai Sutluj dengan Sungai Ravi di Province Punjab. Sebenarnya baka Nili Ravi merupakan dua jenis baka berbeza sebelum dilaksanakan program kacukan baka yang lama secara saintifik. Hasilnya adalah sejenis baka Nili Ravi yang popular diman dahulu hanya diternak dikawasan pertanian seperti di Lahore, Sheikhupura, Faisalabad, Okara, Sahiwal, Multan, Bahawalpur dan juga Bahwalnagar. Bagaimana pun oleh kerana prestasi dari penghasilan susu dan daging amat baik, kini kerbau hebat ini telah diternak diseluruh negara Pakistan dan juga beberapa negara diseluruh dunia. Badannya adalah besar dengan bentuk badan bersegi dengan seluruh badannya berwarna hitam legam. Terdapat beberapa tanda pada beberapa bahagian kerbau ini seperti dibahagian kepala, kaki dan juga ekornya. Tanda ini membolehkan kerbau juga digelar sebagai baka Punjkalian. Ia mempunyai saiz tanduk yang kecil, saiz mata besar (ada yang berwarna keputihan) dan badan kuat. Lazimnnya kerbau jantan matang dalam masa 30 bulan sementara kerbau betina akan matang dalam masa 36 bulan. Kerbau ini memang hebat sehingga ia digelar sebagai "The Black Gold of Asia". Berat badan bagi kerbau Nili Ravi yang jantan mencecah diantara 550 - 650 Kg seekor sementara kerbau betina pula sekitar 350 - 450 Kg seekor (Shah 1994).


Penulis yang melihat 600 ekor kerbau Nili Ravi yang diternak dengan sistem tertutup (Paddock System) dimana ia diberi makan silaj kering. Ia disusun dengan berbaris dikandang yang diberi makan dan minuman dan sentiasa dijaga kebersihan lantainya. Purata umur pertama untuk 'calving' apabila kerbau mencecah umur 1,390 hari . Hasil susu yang diperoleh olen penternak Osman ini sekitar 1,800 - 2,500 bagi yang baru tetapi mampu mencapai sehingga 5,000 liter bagi yang cukup baik unruk jangkamasa selama 322 hari penyusuannya. Susu kerbau mengandungi 6.5% lemak butter. Kerbau jantan selalunya digunakan untuk merja-kerja membajak tanah dibeberapa kawasan lain yang menternak kerbau dan kekurangan jentera bajak tanah dan disembelih sebagai sumber daging kerbau yang berkhasiat. Susu di Pakistan merupakan sumber makan diminum segar dan sebahagian lagi diproses menjadi tepung atau ada diproses menjadi youghurt, minyak sapi (ghee), butter, ais kerim, manisan dan sebagainya. Pakistan direkodkan sebagai negara ke 3 pengeluar susu segar didunia walau pun ia semakin menurun akibat permintaan tinggi dalam negara (domestic needs). Rombongan kami yang diketuai oleh Prof Dr Kenan Perker dari Turkey disambut dengan meriah olrh penduduk kampong ini dengan taburan bunga wangi dan kalungan bunga semasa ketibaan (Sila lihat foto disebelah). Lawatan penulis kekandang kerbau Nili Ravi mendapati bahawa memang benar kerbau baka ini mampu menghasilkan susu yang bermutu dinegara tersebut. Semuga anda menapat info berguna mengenai kerbau. Wasallam!.

JENIS KERBAU RAVI... HEBATNYA DIA...
KASIL KACUKAN... BANYAK SUSUNYA...
BERAT 685 KG ... BESAR BADANNYA...
HANYA DIPAKISTAN... IA BERADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Chak Painsra, Faisalabad,
Punjab, Pakistan.
(3 Disember 2015).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.