Tuesday, March 31, 2015

BUAH 'BIRIBA' - KENAL DIA


BIRIBA (Rollinia deliciosa) merupakan sejenis buah sama macam buah Nona iaitu daripada keluarga Anonaceae. Dalam saya membuat rujukkan, tumbuhan ini juga didapati mempunyai banyak nama sinonim iaitu Annona biflora, Annona deliciosa, Annona mucosa, Annona obtusiflora, Annona pterocarpa, Annona reticulata var. mucosa.,  Rollinia deliciosa, Rollinia orthopetala, dan juga Rollinia biflora, Pokok ini didapati natif dari kawasan tropika Amerika Selatan dengan sesuai tumbuh dikawasan tropika dan sub-tropika diseluruh dunia. Kita di Malaysia kurang kenal akan buah ini dan penulis hanya berpeluang melihat pokok dan buahnya di Taman Pertanian Sabah di Lagud, Tenom, Sabah. Beberapa pokok biriba yang ditanam di taman ini semenjak tahun 2005 didapati sesuai tumbuh dan mampu berbuah dalam plot pemerhatian. Nama 'Biriba' adalah dalam Bahasa Brazil dan nama lain yang diberikan untuk buah ini adalah 'Wild sugar apple' dan 'Aratiku'. Melihat foto buah biriba diatas, anda tentunya kita boleh bayangkan isinya yang agak sama dengan nona kapri atau durian belanda yang sering kita jumpa di negara kita. Anda boleh baca artikel mengenai nona kapri atau durian belanda (Nona Kapri - Sila klik disini) dan (Durian Belanda - Sila klik disini). Mungkin kita boleh samakan buah ini dengan buah nona cuma ia adalah jenis yang berasal daripada Brazil dan dikomersilkan disana sebagai tanaman yang ekonomik. Artikel subuh Sabtu 14 Mac 2015 ini saya menulis satu lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis pokok buah yang jarang kita kenal dan dengar iaitu buah biriba untuk bacaan dan rujukkan anda.



Pokok buah biriba ini timbuh menegak dengan banyak cabang dan merimbun (Sila lihat foto disebelah). Ia merupakan jenis pokok yang cepat membesar, tahan kepada kawasan yang lembab atau banjir dan juga perlukan banyak sinaran matahari. Pokoknya mempunyai batang sederhana keras dan dahan yang mempunyai banyak daun. Ia mampu mencecah ketinggian antara 4 - 15 meter jika tidak dilakukan cantasan pembentukkan. Pemerhatian saya di Taman Pertanian Sabah mendapati pokok ini hidup subur dengan baik dengan batang kayu yang berkulit coklat grlap dan sederhana keras kayunya. Kajian di Brazil mendapati pokok birimba akan mula mengeluarkan bunga dan buah selepas 3 tahun ditanam. Bahan tanaman sering gunakan BIJI BENIH yang berwarna kehitaman. Biji benih yang berkualiti boleh disimpan dalam tempat gelap dan kering selama 2 tahun dan boleh ditanam lagi.  Teknik membuat benih melalui teknik 'air layering' dan 'grafting' juga boleh dilakukan untuk pokok birimba.


Buah Birimba agak besar dengan bentuk bulat dan mempunyai kulit seakan berduri lembut. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan menjadi kuning apabila cukup masak. Kulit yang lembut perlukan cara pengendalian buah dengan betul agar tidak jatuh dan terhempas menyebabkan kulit luarnya kehitaman dan isinya busuk. Apabila buah masak dibelah, akan dilihat isinya yang lembut berwarna krim putih dengan rasa mania sedikit masam (Sila lihat foto disebelah). Rasa buah ini bergantung kepada spesis, tahap kematangan dan juga jangkamasa diperam. Buah yang baru dipetik boleh diperam selama 3-7 hari sebelum ia sesuai dibelah dan dimakan segar. Ramai orang suka akan rasa manis, masam dan lemak pada buah birimba ini seakan buan durian belanda juga. Selain daripada dimakan segar, buah birimba juga boleh dibuat jus minuman. Kajian dinegara kita tidak ada rujukkan anggaran harga buah birimba kerana memang tidak ada dijual dipasaran. Saya hanya dapat tengok putik buah birimba di Taman Pertanian Sabah sahaja. Tidak dimaklumkan bila putik tersebut akan matang untuk merasa buah birimba tersebut. 


Tanaman ini ada potensi untuk ditanam dinegara kita jika ada mereka yang mungkin berminat. Benih pokok birimba hanya ada di Sabah dimana jika betul-betul ingin tanam boleh anda berhubung dengan Pengarah Pertanian Sabah untuk mendapatkannya. Paling mudah adalah minta buah atau bijinya yang boleh disemai dahulu sehingga benihnya boleh ditanam diladang. Belum ada laporan mengenai amalan agronomi penanaman pokok birimba tetapi penulis fikir teknologi penanaman pokok nona kapri dan durian belanda mungkin boleh digunakan. Kawasan tanah subur dengan saliran baik diperlukan untuk menanam birimba. Jarak tanaman juga sama dengan durian belanda dan juga pengurusan lainnya. Diharap akan ada mereka yang akan mencuba menanam pokok birimba seperti mana terdapat ramai usahawan yang mula meminati penanaman buah Figs dinegara kita. Wasallam!. 


MACAM ANONA...BUAH BIRIBA...
ASAL BRAZIL... KE MALAYSIA...
BUAH BERDURI... MANIS ISINYA...
KE TENOM.. ADA DITANAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 202, Hotel Sento,
Keningau, Sabah,
Malaysia.
(18 JamadilAwal 1436H)
Bersamaan 6 Mac 2015 








Monday, March 30, 2015

JAMBU AIR - BENTUK BUAH

JAMBU AIR (Syngium samarangense) atau Wax Apple atau Rose apple merupakan sejenis buah dari keluarga Myrtaceae. Buah ini juga mempunyai nama botani sinonim lain seperti Syngium javanica dan Eugenia samarangense. Jambu Air mempunyai banyak varieti di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina serta beberapa negara sektar. Jambu Air adalah natif di Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga Malaysia. Taiwan merupakan antara negara yang maju dalam pembangunan varieti jambu air dengan menjalankan kajian biakbaka jambu air. Walau pun Taiwan hanya mampu menghasilkan hasil buah jambu air dalam masa 6 bulan sahaja dalam setahun, tetapi nilai pengeluaran domestik dan eksport mencecah jutaan ringgit setahun. Agensi seperti TWADA (Taiwan Wax Apple Development Association) merupakan satu NGO boleh mengawal kualiti buah dan pengeksportan jambu air yang berpengaruh di Taiwan. Bentuk buah jambu lazimnya berbeza-beza mengikut varieti. Asas  bagi bentuk buah jambu air ada 3 bentuk iaitu 'Pear shape', 'Elongated shape' dan 'Bell shape'. Terdapat benyak warna buah jambu air daripada yang berwarna putih, hijau terang, hijau gelap, merah terang, merah jambu, merah terang, merah gelap dan ungu malahan kehitaman (wild variety). Saiz buah sekitar 5-12 cm panjang dengan berat mencecah 150 gram sebiji. Buah jambu air akan terbentuk diantara 30 - 40 hari selepas anthesis. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai buah jambu air tanpa biji dengan buah jambu air berbiji sekadar menambah imlu mengenai teknologi pertanian..


Bunga Jambu Air akan keluar daripada pokok matang yang dijaga dengan baik mengikut amalan agronomi sesuai seperti pembajaan, sistem pengairan, cantasan, kawalan penyakit dan perosak. Bunga jambu air adalah bersifat HERMAPRODITE yang keluar dalam jambak diantara 2 -15 kuntum sejambak bergantung kepada varieti, kesuburan dan umur pokok. Bunga ini lazimnya berwarna putih atau putih kekuningan sedikit dan mempunyai banyak stamen (sekitar 200 - 300 stamen). Kajian menunjukkan kadar kejayaan pendebungaan (Anthesis) bunga jambu air sekitar 19 - 43%. Ia aktif sari jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari dan paling lewat sehingga jam 6.00 petang (Misra and Bajpai 1975). . Ia melakukan pendebungaan sendiri atau dibantu oleh serangga dan juga peranan angin. Selepas pendebungaan maka ia akan membentuk putik buah. Lazimnya selepas putik berukuran 1-2 cm garispusat ia sesuai untuk dibalut setelah dibuat semburan racun serangga atau racun kulat sesuai. Bergantung kepada pokok, bilangan putik yang dibalut perlu dikira antara 2- 5 biji setangkai untuk mendapatkan kualiti buah yang baik. Putik akan berlaku keguguran secara semulajadi disebabkan 3 faktor. Keguguran putik pertama berlaku semasa bunga kembang (bloom) sekitar 52% kira-kira 4 minggu selepas berbunga. Kali kedua berlaku pada peringkat 30-40 hari selepas 'full bloom' dan kali ketiga keguguran putik pada 42-50 hari kemuidannya. Pembungkusan dengan bahan pembungkus seperti plastik dengan kertas akan dilakukan dengan menandakan nombor pokok dan tarikh membalut. Lazimnya selepas 30 hari maka buah jambu air E6 akan matang dan sedia untuk dipetik. Bagaimana pun jika cuaca kering dan panas maka jangkamasa memetik akan lebij lama sehinga 10 hari lewat.


Jambu Air Tanpa Biji atau mudahnya ia adalah Buah 'Hermaprodite' merupakan buah jambu air yang tidak mengandungi biji ditengahnya. Bentuk buah ini adalah berbentuk 'bell shape' dengan jelas dan ia dihasilkan dalam sebahagian besar keseluruhan buah jambu air yang terbentuk pada pokok jambu terutama untuk varieti E6 ini. Ia mempunyai bentuk dan warna agak seragam iaitu merah terang apabila masak pada indeks 3 dan merah gelap pada tahap indeks 4 kematangan dengan kulit yang berkilat (Sila lihat foto buah disebelah). Lazimnya putik buah ini yang telah menjalani 'anthesis' dengan saiz sesuai akan dibalut dengan plastik atau pembungkus lain yang sesuai. Proses memetik buah jambu air akan dilakukan dengan menyemak tarikh membalut dan sarung buah perlu dibuka. Petik buah yang sesuai pada indeks 3 dan akan ditinggalkan buah yang matang pada indeks 1 dan indeks 2. Apabila buah ini dibelah, isinya berwarna putih, rangup, manis, berjus (juicy) dan tidak ada biji ditengah-tengahnya (Ada ruang kosong). Buah jenis ini lazimnya dikategorikan sebagai buah berkualiti Gred Premium atau Gred 1 dengan harga lebih baik. Harga ladang buah jenis ini di Segamat mengikut tinjauan penulis adalah sekitar RM 3.00 - RM4.50 mengikut gred.


Jambu Air Berbiji pula adalah jenis jambu air yang mengandungi biji didalamnya dan bentuknya adalah berlainan dengan jambu air tanpa biji bagi varieti E6 ini. Bentuk buah jenis ini walau pun daripada pokok sama tetapi ia berbentuk 'bulat' atau 'roundish shape' serta warna kulit merah keputihan. Ia lebih besar dan lebih berat daripada buah tanpa biji (Sila lihat foto disebelah). Buah jenis ini terjadi berkemungkinan disebabkan oleh aktiviti lambat membungkus putik dilakukan dilakukan. Proses pendebungaan yang berlaku akan juga menyebabkan biji jambu air akan terbentuk diantara 1 - 4 biji didalamnya. Biji bersaiz kecil berukuran 1 - 2 cm berwarna coklat kehitaman mengambil ruang besar ditengahnya. Buah jenis ini lazimnya lebih manis daripada buah jambu air tanpa biji. Ia dijual dengan harga sekitar RM2.50 - RM 4.00 sekilogram. Lazimnya kurang dari 10% buah jenis berbiji dijumpai dalam kebun jambu air komersil. Diharap artikel ini memberi info berguna. Wasallam!.





JAMBU AIR... WAX APPLE SAMA...

WARNA MERAH..HIJAU PUN ADA...
DITANAM... SEGAMAT KEBUNNYA...
ADA POTENSI... SIAPA MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1419, Hotel Concorde,
Shah Alam, Selangor,
Malaysia.
(25 Mac 2015)

Sunday, March 29, 2015

UBI KEMILI - TESTIMONI

UBI KEMILI (Coleus tuberosus) merupakan sejenis tanaman jenis umbisi dari keluarga Roxburghiaceae juga dikenali dengan Ubi Keling tetapi dikalangan kaum Jawa di Muar, Johor dikenali dengan nama "Kentang Jembut". Tanaman ini adalah sama famili dengan pokok bunga 'Ati-ati' yang banyak ditanam dikawasan rumah atau pokok bunga coleus. Pokok ini dipercayai natif dan tumbuh secar liar dikawasan hutan dan kebun terutama dikawasan tanah yang baru dibuka khasnya kawasan tanah gambut. Tiada maklumat rasmi mengenai jumlah keluasan tanaman ubi kemili di catitkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Ini kerana tanaman ini merupakan tanaman kurang penting yang hanya terdapat di Johor, Perak, Selangor dan Sarawak terutama jika terdapat masyarakat Jawa. Saya membuat anggaran terdapat sekitar 8 - 10 hektar tanaman ini secara CHE dengan mengambilkira penanaman secara kecil-kecilan yang dibuat. Daripada pemantauan saya dibeberapa negeri, tidak ada petani yang menanam tanaman ubi kemilii secara monokrop dengan kawasan luas sebaliknya ditanam secara poket atau diatas batas sahaja. Penulis menganggarkan mungkin terdapat kira-kira 15 - 25 Hektar tanaman ubi kemili iaitu keluasan CHE. Tanaman ubi kemili adalah sejenis pokok menjalar diatas tanah serta mempunyai akar rambut. Daunnya berwarna hujau muda dan berkerinting serta permukaan daun yang agak berbulu. Batangnya berwarna hijau muda dan lembut. Buah ubi kemili berada di bahagian akar pokok yang terbentuk dari akar yang membengkak. Saiz buah berbeza-beza dari ukurlilit 3 - 6 cm dan mempunyai kulit yang lembut berwarna hitam. Isinya berwarna putih jernih dan apabila dimasak akan menjadi putih. Ubi kemili mengeluarkan bau yang harum dan enak apabila di masak atau direbus . Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman kontan iaitu ubi kemili berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan juga pembacaan dari beberapa sumber.


TESTIMONI 1:
Ubi jembut laris di Ayer Hitam
Oleh SAHBULAH DARWI


Ubi jembut yang dijual  di Ayer Hitam, Johor.

BATU PAHAT 19 Sept. - Ubi kemili yang popular di kalangan masyarakat setempat dengan nama 'ubi jembut' kini menjadi tarikan baru di Pekan Ayer Hitam, di sini apabila makanan itu laris dijual setiap hari pada bulan Ramadan. Ubi berkulit hitam dengan saiz seperti buah langsat itu terkenal dengan keenakannya apabila direbus sebagai juadah berbuka puasa dan ia kebanyakannya ditemui dijual di gerai-gerai Ayer Hitam dekat sini. Seorang peniaga, Johan Sudin, 44 berkata, pelanggannya yang datang dari seluruh negeri rata-rata membeli ubi itu kerana di kawasan lain sukar ditemui. "Bekalan ubi jembut ini dihantar oleh pembekal yang memungut hasil kampung di sekitar daerah ini dan saya tidak menyangka sambutannya amat menggalakkan berbanding tahun-tahun sebelum ini," katanya ketika ditemuiUtusan Malaysia di sini baru-baru ini. Johan berkata, ubi yang juga dikenali dengan nama ubi tikus itu dijual dengan harga RM5 sekilogram dan dia mampu menjual antara lima hingga enam kilogram setiap hari sepanjang Ramadan ini.

Peniaga lain, Fauziah Johan, 37, berkata, ubi jembut di gerainya juga laris dijual terutama pada cuti umum atau hujung minggu kerana jumlah pelanggan biasanya bertambah dua kali ganda pada hari berkenaan. Katanya, dia bernasib baik kerana gerainya yang menjual ubi, keledek, pisang dan pelbagai jenis kerepek setakat ini tidak terputus bekalan kerana stok disediakan dengan baik daripada pembekal termasuk Jabatan Pertanian daerah. "Ubi ini memang terkenal di kalangan masyarakat setempat dan pada waktu ini orang luar daerah ini pun menggemarinya untuk dimakan dengan kelapa parut, gula atau garam selepas direbus," jelasnya. Sementara itu, katanya, rata-rata peniaga di kawasan itu menantikan jualan pada 10 hari terakhir sebelum Aidilfitri yang dijangka bakal mencatatkan jualan berlipat kali ganda. Peniaga kerepek, Nurina Kasmuri, 35, pula berkata, kedatangan Syawal memang dinanti-nantikan oleh peniaga di kawasan tersebut kerana barangan di gerainya biasanya habis dijual. "Inilah masanya pengunjung akan membeli dalam kuantiti yang banyak sebagai persediaan menyambut hari lebaran," katanya. Seorang penjual kerepek, Nur Azizah Kaliman, 37, pula berkata, dia berharap jualan pada sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini seperti tahun lalu yang berlipat kali ganda. "Pada tahun-tahun sebelum ini, pendapatan yang diperoleh sekali ganda, harapan saya, biarlah tahun ini begitu juga," katanya yang mengakui kini perniagaan kurang menggalakkan kerana kesan daripada kenaikan harga minyak.





TESTIMONI 2:
Ayer Hitam 'syurga' beli-belah
Oleh SAHBULAH DARWI


Bunga tiiruan yang dijual di Pekan Air Hitam, Johor.

BATU PAHAT 18 Sept. - Sebut sahaja Pekan Ayer Hitam di sini, apa yang terbayang dalam fikiran ialah deretan gerai-gerai menjual pelbagai barangan terutama pasu bunga dan barangan hiasan kepada para pelanggan dari seluruh negara. Lebih mudah untuk difahami, jika Perlis terkenal dengan Padang Besar dan Wang Kelian manakala Kelantan mempunyai Pekan Golok maka Ayer Hitam pula sinonim sebagai lokasi tumpuan menjual barangan hiasan dengan harga berpatutan di Johor. Suasananya meriah, bahkan menjadi cukup gamat pada hujung minggu atau cuti umum dengan kehadiran pelanggan berduyun-duyun bertali arus seawal 9 pagi kedai dibuka hingga ke 12 tengah malam operasi ditutup. Selain pasu bunga dan barangan hiasan, barangan lain yang dijual ialah kerepek, buah-buahan, barangan tembikar, permainan kanak-kanak, bantal, cenderamata dan barangan majlis perkahwinan turut dijual di pekan itu. Beberapa peniaga gerai di pekan itu ketika ditemui baru-baru ini berkata, kedatangan Syawal merancakkan lagi perniagaan kerana pekan itu biasanya menjadi tumpuan orang ramai membeli barangan persiapan menyambut Aidilfitri.

Johan Sudin, 44, yang berniaga hampir 30 tahun di kawasan itu berkata, tempoh itu adalah waktu yang ditunggu-tunggu bagi mengubati masalah kekurangan jualan barangan sejak kenaikan harga minyak, baru-baru ini. "Berdasarkan pengalaman lalu, jualan 10 hari sebelum Syawal meningkat dua kali ganda kerana orang ramai hendak buat persiapan menyambut perayaan," katanya. Menurutnya, antara barangan yang laris di gerainya ialah beraneka jenis kerepek, produk kampung, buah-buahan dan makanan setempat. "Sekarang pelanggan beli barang berhati-hati dan bersikap terlalu memilih kerana ingin berjimat disebabkan harga minyak mahal," katanya. Menurutnya, sikap pelanggan juga berubah selepas kenaikan harga minyak dan sebahagian pelanggan hanya 'mencuci mata' melihat barangan tanpa membeli barang.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana gerainya dikunjungi ramai pelanggan tetap dan pelanggan dari seluruh pelosok negara pada hujung minggu dan cuti umum. Peniaga kerepek, Nurina Kasmuri, 35, berkata, kedatangan Syawal memang dinanti-nantikan oleh peniaga di kawasan tersebut kerana barangan di gerainya biasanya habis dijual. "Inilah masanya pengunjung akan membeli dalam kuantiti yang banyak sebagai persediaan menyambut hari lebaran," katanya sambil memberi contoh kerepek pisang masin dan pedas biasanya laris pada waktu itu. Peniaga lain, Fauziah Johan, 37, berkata, buah-buahan dan tanaman kampung juga laris dijual seperti keledek, ubi kemili, ubi kayu dan keladi juga laris dijual. Menurutnya, bahan mentah itu dikehendaki pelanggan untuk dimasak dijadikan kerepek atau juadah berbuka puasa atau kuih-muih semasa menyambut Aidilfitri nanti. Seorang lagi penjual kerepek, Nur Azizah Kaliman, 37, pula berkata, dia berharap jualan pada sempena Aidilfitri kali ini seperti tahun lalu yang berlipat kali ganda. "Pada tahun-tahun sebelum ini, pendapatan yang diperoleh sekali ganda, harapan saya, biarlah tahun ini begitu juga," katanya yang mengakui pada waktu ini perniagaan kurang menggalakkan kerana kesan daripada kenaikan harga minyak.  Menurutnya, antara barang yang laris ialah hiasan dalaman seperti langsir, produk tembikar, pasu hiasan, permaidani dan bunga plastik atau tiruan.



TESTIMONI 3:
Khasiat dan kegunaan ubi kemili.

UBI KEMILI adalah sejenis herba saka berumpun, setinggi 60 - 90 cm dan ditanam sebagai tanaman semusim. Herba ini berubi dan rupanya seakan-akan ubi kentang. Ubinya berukuran 2-4 cm panjang, 0.5-2 cm lebar, berwarna hitam keperangan dan isinya berwarna putih susu.  Negara asal: Madagaskar atau Afrika Tropika dan tersebar hingga ke Sri Lanka, Thailand, Malaysia dan Indonesia. 

Kegunaan dan Khasiat
Ubi kemili direbus atau dimasak seperti juga ubi-ubi lain. Ubi ini juga menjadi ramuan dalam masakan daging, ikan, sup atau sayuran lain sebagai penyedap rasa dan memaniskan masakan itu.  Daun mudanya juga dibuat sayur dan menjadi ramuan penyedap rasa dalam masakan sayuran.  Khasiat ubi ini dalam tiap-tiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan mengandungi nutrien iaitu air 75 g, protein 1.6 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 21.7 g, serat 0.7 g, kalsium 51 mg, fosforus 27 mg, ferum 1.1 mg, natrium 7 mg, kalium 338 mg, vitamin A 0.0 mg, vitamin B1 0.16 mg, vitamin B2 0.07 mg, niasin 2.0 mg, vitamin C 8.1 mg.  Dalam tiap-tiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan daunnya mengandungi: air 93.8 g, protein 0.9 g, lemak 0.3 g, karbohidrat 3.5 g, serat 0.6 g, kalsium 164 mg, fosforus 86 mg, ferum 3.9 mg, natrium 3 mg, kalium 119 mg, karotena 1231 mg, vitamin A 205 mg, vitamin B1 0.02 mg, vitamin B2 0.81 mg, niasin 0.8 mg niasin 0.8 mg dan vitamin C 2.1 mg. Demikianlah 3 testimoni mengenai ubi kemili untuk artikel kali ini yang dapat disediakan. Wasallam.

BULAT LONJONG.... UBU KEMILI...
KENTANG JEMBUT...NAMA DIBERI...
TANAH GAMBUT... AMAT DIGEMARI...
ORANG JAWA... AMAT SUKA SEKALI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pekan Air Hitam,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(15 Muharam 1435H)

Saturday, March 28, 2015

BUAH BERANGAN (CHESNUTS)

BUAH BERANGAN (Chestnuts) merupakan sejenis buah dari pokok berangan (Castanea spp) daripada keluarga Fagaceae iaitu daripada kumpulan pokok oaks. Tumbuhan ini hanya terdapat dikawasan yang beriklim temperate di utara hemispear sahaja. Kita di Malaysia sering memanggil buah ini sebagai 'Buah Berangan' semanjak dulu lagi dimana saya tidak dapat mengaitkan buah ini dengan nama 'berangan'. Kalau dalam bahasa Jawa ada kena juga sebab biji buah ini akan di goreng tanpa minyak dalam arang (sebenarnya dalam bahasa jawa perbuatan tersebut adanah 'sangan' iaitu dekat juga dengan 'Berangan'). Kemungkinan oleh kerana harga buah ini adalah mahal, maka ramai yang 'berangan-angan' untuk membelinya apabila cukup duit. Pembacaan saya dari beberapa buku dan lamanweb menunjukkan terdapat empat (4) jenis buah berangan dikenalpasti iaitu Chesnuts Jenis Eropah, Chesnuts Jenis Amerika, Chestnuts Jenis China dan Chesnuts Jepun. Ia berbeza dari segi pokok dan varieti itu sendiri. Buah berangan yang dijual di negara kita kebanyakannya berasal dari negara China. Kalau anda singgah di RnR Genting Sempah, Pahang pastinya akan dilambai oleh penjual buah berangan yang menjual pproduk tersebut dikiri kanan jalan keluar. Kalau dahulu ia dimonopoli oleh kaum Tionghua yang menjual tetapi penulis dapati kini telah ada kuli Bangla yang melambai menjual berangan tersebut. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai buah berangan, cara-cara untuk menyediakannya dan juga khasiat dari buah berangan.


Buah Berangan boleh dikupas dan ia boleh terus dimakan mentah tetapi ia boleh menjadi seperti pedar (pedas-tajam) terutamanya jika pedicel tidak diasingkan. Bagaimana pun lazimnya antara kaedah lain untuk makan adalah dengan membakar atau lebih tepat di sangan sahaja dimana kulitnya tidak perlu dikupas. Antara beberapa teknik membakar adalah dengan cara membelah sedikit kulitnya supaya ia tidak menyebabkan 'letupan' kecil. Lazimnya apabila buah berangan telah masak, teksturnya sama seperti kentang bakar di mana ianya lembut, manis dan berperisa kacang dan lemak. Kaedah penyediaan ini popular di utara China di mana ia dimasak di dalam besen atau kuali mengandungi batu arang panas. Buah berangan juga boleh dikeringkan dan diuli ke dalam tepung untuk membuat roti, kek, pencake atau pun digunakan untuk memekatkan didihan sup dan sos. Buah berangan juga boleh dimakan menjadikannya halwa, rebus, kukus, panggang atau bakar. Bagaimana pun kebanyakan kita di Malaysia akan membeli buah berangan yang baru digoreng (Sila lihat foto disebelah) dan enak dimakan begitu sahaja setelah dibuang kulitnya. Makan buah berangan yang suam panas adalah lebih enak berbanding dengan buah berangan yang telah sejuk. Isinya yang berwarna putih krim atau sedikit coklat (buah lama) memang manis dan lemak.


Antara beberapa kaedah untuk memasak buah berangan, cara membakar dengan arang adalah paling digemari. Kaedah Membakar boleh dilakukan dengan memanaskan ketuhar (oven) pada suhu sekitar 200 Celcius. Kemudian diletakkan buah berangan pada dulang pembakar selama 10-15 minit atau sehingga kulitnya terbuka sedikit dan isinya mudah ditekan dengan mata pisau. Cara kedua adalah dengan cara Membakar / Panggang / Barbeku dimana cara ini kita perlu sentiasa memasak (sentiasa gaul) di dalam kuali sederhana panas iaitu bahan besi gril atau berbeku selama 10 - 12 minit atau sehingga kulitnya terbuka sedikit. Tidak mengapa jika kulitnya kehitaman kerana setelah dikupas hanya isinya yang dimakan. Teknik ketiga yang boleh dilakukan adalah teknik moden iaitu menggunakan Gelombang Mikro (Microwave) dimana kita perlu letakkan buah berangan di dalam loyang untuk melindungi plate gelombang mikro. Masak pada kapasiti 850 watt / tinggi /100% selama 2-3 minit. Lazimnya adalah lebih mudah jika masak berulang kali tetapu perlu berhati-hati kerana dengan masa yang singkat untuk lebih selamat menggunakan micowave ini. Akhir sekali menyediakan buah berangan tetapi kurang popular adalah dengan Cara Merebus. Kaedah ini dilakukan dengan meletakkan buah berangan kedalam periuk berisi air sejuk dimana kemudian ia ditutup dan panaskan hingga airnya akan mendidih selama 10 - 12 minit atau sehingga isinya lembut. Keluarkan buah berangan dan toskan dan boleh dimakan dengan membuang kulitnya.


Beberapa laporan menunjukkan bahawa buah berangan segar mempunyai lebih kurang 180 kalori (800kJ) dalam setiap 100gram bahagian yang boleh dimakan. Ia dikatakan lebih rendah dari jenis kacang 'walnut', 'almonds', jenis kekacang yang lain dan buahan kering ( lebih kurang 600 kcal/100g ). Buah berangan seperti juga beberapa tumbuhan makanan yang lain memang tidak mengandungi kolestrol dan mengandungi lemak yang sangat sedikit atau hampir tidak tepu dan tiada gluten (Sila lihat foto disebelah)Kandungan karbohidratnya jika dibandingkan gandum dan beras memang mempunyai pelbagai asid gula kebanyakkannya sukros (socrose), glukosa (glucose), fruktosa (fructose) dan sedikit 'stachyose' dan 'raffinose'. Di sesetengah kawasan dilaporkan bahawa ada jenis pokok berangan manis dipanggil 'pohon roti'. Apabila buah berangan mulai masak ranum maka keseluruhan buahnya hampir berkanji. Lazimnya apabila ditekan dengan jari dan mengandungi kandungan air yang tinggi. Setelah ranum, kanji tersebut perlahan-lahan bertukar kepada gula dan kandungan kelembapan juga mulai menyusut.  


Dilaporkan bahawa buah berangan masih mentah adalah satu-satunya 'kacang' yang mengandungi Vitamin C yang agak tinggi iaitu lebih kurang 40mg setiap 100gram. Ini dimana jumlah kandungan Vitamin C berkurangan hampir 40 % selepas ia akan menjalani proses pemanasan. Buah berangan masih segar mengandungi lebih kurang 52% air melalui beratnya akan menyejat cepat ketika disimpan (Sila lihat foto disebelah). Kajian mendapati dalam masa satu hari apabila suhu sejuk pada 20 celsius maka akab menyebabkan beratnya akan hilang secara tetap dan kelembapannya hilang 70%. Lazimnya bahagian seperti Kulit, kayu, daun dan biji sekamnya mengandungi Asid Tannin. Sekamnya juga berkhasiat iaitu mengandungi mengandungi 10-13% Asid Tannin. Buah Berangan (sama ada yang mentah atau berkupas) dihantar kemakmal untuk menilai nutrisi bagi setiap 100g (3.5oz) yang boleh dimakan. Laporan mendapati ia mengandungi Tenaga (820kJ atau sebanyak 200kcal), Karbohidrat (44g), Gula (11g), Lemak (1.3g), Protein (1.6g), Vitamin C (40mg atau sebanyak 67%), 
Zat Besi (0.94mg atau sebanyak 8%) dan juga bahan Potassium (484mg atau sebanyak 10%). Ini menunjukkan buah berangan merupakan sejenis buah yang sangat baik dimakan untuk tujuan kesihatan Wasallam!.

BUAH BERANGAN..CHESNUT JUGA...
BANYAK DIIMPORT...DARI CHINA...
RASA MANIS... LEMAK ENAKNYA...
BACA ARTIKEL... BERILMU KITA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 JamadilAwal 1436H)
Bersamaan 23 Mc 2015)   

Friday, March 27, 2015

JAMBU AIR THAILAND - VARIETI



JAMBU AIR (Syzygium samarangense) atau juga seringkali mempunyai nama sinonim sebagai Syzygium jambos atau Eugenia aquea atau Syzygium malaccense atau Syzygium aqueum adalah sejenis buah yang semakin popular di Malaysia. Dalam bahasa lain ia juga dipanggil sebagai Wax apple, Malay Apple dan juga Rose Apple. Tanaman ini dipercayai natif di Malaysia, Indonesia dan Filipina dimana ia dahulu kurang diminati oleh petani di negara kita tetapi kini telah menjadi satu pilihan kerana mampu memberikan hasil yang berkualiti dan boleh menjana pendapatan lumayan. Keluasan tanaman jambu air di Malaysia belum ada catitan rasmi tetapi anggaran penulis lingkungan 180-200 hektar sahaja pada tahun 2014 berdasarkan kepada keluasan CHE (Crop equivalent hectarage). Negeri Johor antara yang luas menanam jambu air di samping Perak dan Pahang. Kini ladang seluas 40 ekar di Bukit Mambai, Segamat, Johor antara ladang jambu air terluas di Malaysia oleh Encik Jeson Liow dengan varieti E6 (Asahan). Buah jambu air memiliki rasa manis, kadar air yang banyak dan segar ketika dimakan segar sehingga ramai menjadikan pemakannya dikelaskan sebagai menghilangkan dahaga. Tekstur buahnya pun bermacam-macam dimana ada yang berwarna merah tua, merah muda, merah cerah dan juga hijau. Buah jambu air yang berasal dari Asia Tenggara ini memiliki beragam  nama seperti 'Machom Phupa' di Thailand. Antara khasiat dan manfaat buah jambu air sangatlah dalam 100 gram yang boleh dimakan adalah seperti 93 gram Air, 0.03 mg Riboflavin, 25 KKalori tenaga, 0.8mg Niacin, 0.6 gram Protein, 0.02 mg Thiamin, 5.7 gram Karbohidrat, 22.3 mg Vitamin C, 29 mg Kalsium, 0.029 mg Manganese, 0.07 mg Besi, 0.016 mg Cu, 5 mg Magnesium, 8 mg Posforan, 0.06 mg Zinc dan juga 123 mg Potasium. Di Malaysia varieti E6 (Jambu Air Asahan) merupakan varieti yang popular masa kini. Artikel malam ini saya dapat idea menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 6 varieti Jambu Air yang popular di negara jiran Thailand untuk dijadikan bahan rujukan anda daripada lawatan penulis di Thailand dan sumber maklumat mereka.

(1) THUNKLAO
Jambu Air varieti ini mempunyai warna hijau cerah apabila masak (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai saiz sederhana besar dengan bentuk yang sesuai. Isinya berwarna putih krim dengan rasa manis dan berair (Juicy). Mempunyai tahap ketahanan agak lama dan sesuai untuk dimakan segar. Masaalah jambu jenis ini kerana ia mudah gugur dipokok ketika musim hujan atau ditiup angin agak kuat. Ia merupakan salah satu varieti jambu air yang sederhana popular di Thailand. Selain dari dimakan terus begitu sahaja, ia sering dimakan dengan asam boi atau dicecah dengan perasa lain. Jambu jenis ini ada yang dieksport ke Malaysia tetapi kuantiti adalah sedikit.


(2) THAPTHIMCHAN
Varieti ini mempunyai warna merah kuat kegelapan apabila cukup masak (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai bentuk panjang dan bulat dengan saiz buah sederhana besar. Rasa isinya manis dan berair (juicy) serta agak padat dengan tahap kemanisan antara 10 - 12 darjah Brix. Ia amat diminati oleh pengemar buah jambu air kerana warnanya yang menarik. Varieti ini popular paling di Thailand dan paling banyak yang dieksport ke Malaysia sebagai Jambu Air Segar. Ia mempunyai ketahanan antara 4-6 hari masih boleh dimakan dalam keadaan biasa. Sesiapa teliti mungkin anda akan jumpa varieti ini terutama di kawasan RnR Tapah, Perak. Ia dijual dengan harga RM 8.00 - RM12.00 sekilogram runcit.


(3) PHETSAIRUNG
Varieti Phetsairung merupakan varieti yang agak baru dan ia semakin popular. Ia mempunyai kombinasi warna unik apabila matang dimana dibahagian atas buah kehijauan dan dibawahnya semacam ungu kemerahan (Sila lihat foto disebelah). Buah yang mempunyai saiz sederhana ini mempunyai rasa sederhana manis dan rangup. Ia sesuai dimakan segar atau dijadikan jus minuman. Mempunyai nilai pasaran agak baik dan digemari ramai. Varieti ini belum ada yang ditanam di Malaysia mengikut laporan dari Jabatan Pertanian.


(4) PHETSAMPRAN
Varieti ini juga merupakan jenis buah Jambu Air Hijau (Sila lihat foto disebelah). Bentuk buah adalah seperti 'tiga segi bulat' atau kon dengan saiz buah sederhana. Semasa muda ia berwarna hijau tetapi buah yang masak akan berubah warnanya hijau dengan sedikit kemerahan terutama dibahagian bawah. Varieti ini mempunyai isi yang berwarna keputihan dengan rasa manis dan sangat berair (very juicy). Sesuai da makan segar dan tahan sekitar 4-5 hari tanpa sebarang teknik penyimpanan khas. 


(5) PHETSUWAN
Varietii Phetsuwan ini antara yang mudah disebut dengan buah yang bersaiz agak besar dan menarik. Buah ini apabila masak akan berwarna hijau kemerahan (Sila lihat foto disebelah). Bahagian pangkal tangkai kehijauan dan bahagian bawah buah akan merah jambu (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai isi berwarna keputihan dengan rasa isi sederhana manis. Walau pun ia jenis jampu yang menarik, tidak banyak petani yang menanam varieti ini kerana sukar untuk mendapatkan benih. Ia dikelaskan sebagai jambu air gred premium di Thailand.


(6) PHETNAMPHUENG
Varieti ke 6 ini juga mempunyai warna merah menarik apabila cukup masak (Sila lihat foto disebelah). Ia juga merupakan salah satu jenis jambu air yang agak popular ditanam dinegara tersebut. Buahnya bersaiz sederhana besar dan isinya juga manis serta rangup. Mempunyai isi yang pejal dan berair (juicy) dengan harga diberikan kepada jambu ini juga menarik. Sesuai dimakan segar atau dijadikan jus minuman. Jambu jenis ini mungkin telah ada ditanam di Malaysia oleh petani.

Begitulah 6 varieti Jambu Air yang dapat penulis paparkan untuk dijadikan bahan bacaan. Mungkin membaca artikel ini akan membolehkan anda berminat untuk mendapatkan bekalan anakbenih semasa melawat di negara tersebut atau merasainya. Penulis sebenarnya ada beberapa kali lawat negara gajah putih (ThallatThai Market) dan sempat membeli jambu air diatas untuk di makan. semuga ia memberi info berguna kepada pembaca blog pertanian ini. Di Malaysia telh didaftarkan 6 varieti jambu air seperti yang telah penulis posting dahulu (Varieti Jambu Air - Sila anda klik disini). Bagaimana pun hanya varieti Jambu Air Asahan (E6) yang ditanam secara luas dan komeril di Malaysia masa kini. Wasallam!.
JAMBU AIR... MENARIK DIA...
DITHAILAND... 6 YANG UTAMA...
ADA MERAH... HIJAU PUN ADA....
BARU PETIK... ENAK DIMAKANNYA...

By,
M Anem,
Talat Thai Market, Rangin Road,
Phatum Thani, Bangkok,
Thailand.
(Visit on May 2014)

Thursday, March 26, 2015

KELULUT - PROJEK SG TERAP

Projek ternakan KELULUT (Trigona spp) di Kampong Sungai Terap, Kuala Selangor merupakan satu projek apikultur yang sedang berkembang dengan baik. Penulis juga telah sempat berbincang dan memberikan khidmat kepakaran mengenai ternakan kelulut kepada Hj Hasan dan beberapa penduduk kampong serta pegawai-pegawai yang mengiringi lawatan yang dianjurkan oleh Pegawai Pertanian Kuala Selangor. Di sekeliling kampong Sg Terap mempunyai pelbagai sumber nektar untuk ternakan kelulut seperti pokok kelapa, pokok pinang, rumput israel, pokok senduduk, pokok akasia, bunga pukul sembilan, Honolulu creepers dan banyak lagi. Di sekeliling rumah Hj Hasan terdapat sebanyak 18 koloni kelulut yang diternak semenjak 2 tahun dahulu. Pada satu waktu dahulu beliau pernah memelihara sebanyak lebih 45 koloni dan ia berkurangan disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah kerana kekurangan tenagakerja untuk meguruskan koloni, kekurangan sumber makanan, aktiviti penebangan beberapa pokok kelapa dimana kesannya ia telah menjadikan kawasan ternakan kelulut menjadi lebih panas. Faktor yang paling ketara disebabkan oleh aktiviti meracun rumpai diladang baru tanaman kelapa sawit berhampiran dengan  rumahnya. Satu demi satu koloni kelulut menjadi lemah dan akhirnya pupus mungkin juga diakibatkan dari terkena racun rumpai yang disembur iaitu dikawasan berhampiran. Ada beberapa bentuk sarang kelulut yang ujud diperkarangan rumahnya dengan pelbagai perbezaan antara koloni. Katanya terdapat beberapa koloni Trigona itama dan juga Trigona thoracica yang dipelihara. Sumber koloni didapati daripada Jabatan Pertanian Daerah dan juga sebahagian yang dicari sendiri oleh beliau. Haji Hasan telah menghadiri kursus ternakan kelulut anjuran Jabatan Pertanian dan MARDI dahulu.  Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai prestasi pengurusan ternakan kelulut Hj Hasan di Kg Sungai Terap, Kuala Selangor sebagai satu penilaian untuk dijadikan bahan rujukkan kepada pembaca semua.


Melihat kepada persekitaran kawasan ternakan, didapati keadaan sekeliling merupakan jenis tanah gambut yang nipis dan kurang tumbuhan (less vegetation). Pokok kelapa jenis Kelapa Tinggi (Malayan Tall), Kelapa Matag serta beberapa pokok kelapa SGG ditanam dengan semuanya telah berbuah. Pokok kelapa tinggi melebihi 100 kaki tetapi pokok Matag dan SGG sekitar 15 - 20 kaki sahaja tingginya. Hj Hasan menyatakan sekarang memang agak kekurangan sumber makanan kelulut dikawasan ternakan. Terkini beliau ada juga berusaha menanam 10 kaki pokok bunga Honolulu Creepers dan 6 pokok pinang yang sedang aktif berbunga dan dikunjungi kelulut dengan jelas. Selain itu ada beberapa pokok mangga, pokok rambutan dan pokok jambu batu yang matang dan berbunga. Laluan kekawasan masuk kerumah Hj Hasan ditambak dengan tanah merah dan koloni kelulut disusun dalam kedudukan yang sesuai untuk diuruskan (Sila lihat foto disebelah). Pemerhatian penulis mendapati bunga dari pokok pinang (foto dibawah) merupakan bunga paling disukai oleh kelulut semasa lawatan (sekitar jam 9.30 pagi) diikuti dengan kunjungan kelulut kepada bunga Honolulu creepers. Didapati beberapa rumah kelulut terdedah kepada sinaran panas matahari dimana ia sepatutnya dialihkan kekawasan yang lebih redup dan sejuk. Sarang kelulut dan koloni kelulut tidak menyukai jika ia terdedah panas. Perkara ini juga disahkan oleh Hj Hasan dimana beliau akan cuba untuk pindahkan kotak koloni kelulut tersebut (ada 3 sarang) kekawasan baru cuma beiau tidak sempat melakukannya. 


Dalam menunjukkan cara pengurusan ternakan kelulut, Hj Hasan menggunakan beberapa teknik ternakan. Kotak Kayu dan Kotak Papan digunakan dengan cara yang berbeza cara pengurusannya. Kotak koloni yang dibuat daripada papan dimana didalamnya dibuat dinding pengasing antara kawasan bertelur di sebelah pintu masuk dengan bahagian atau kompartment menyimpan madu disebelah lagi. Dinding pemisah diperbuat daripada bahan plastik lutsinar yang membolehkan dan memudahkan proses pemeriksaan koloni kelulut. Dakwanya, teknologi cara ini murah dan praktikal berbanding dengan cara pengurusan menggunakan kotak kayu (sila lihat foto diatas). Koloni dalam kotak papan juga membolehkan Hj Hasan melihat kantung madu dan kom kelulut dengan mudah. Teknologi dengan menggunakan kotak kayu sama dengan teknik yang lazim diamalkan oleh penternak lain. Kotak Super yang diletak diatas kotak kayu akan menyimpan madu dan propolis dan boleh dituai dengan membuka penutupnya. Hj Hasan telah menunjukkan teknik menuai madu kelulut dengan menggunakan penyedut (shrink) dan menyimpan dalam bekas madu. Semasa lawatan didapati banyak kantung madu kelulut yang penoh kerana musim panas yang agak panjang. Bagaimana pun kualiti madu yang disedut dari bekas plastik masih kurang memuaskan penulis.


Dalam kotak super didapati Hj Hasan meletakkan 'plastik super' berwarna hitam untuk kelulut menyimpan madunya (Sila lihat foto disebelah). Dalam lubang plastik akan diisikan dengan madu kelulut dan apabila penoh ianya akan ditutup. Dalam memberi nasihat kepakaran, penulis mengingatkan agar penternak lebah kelulut tidak mengisi madu lebah atau madu komersil dalam lubang pada kotak plastik super. Ini membolehkan kelulut akan menutup madu tersebut dengan cepat dimana ia akan di'ikatakan' sebagai madu kelulut secara fizikalnya. Tetapi sebenarnya cara 'cepat kaya' ini tidak boleh dilakukan kerana ia akan merosakkan industri penternakan kelulut. Bagaimana pun pakar madu kelulut tahu membezakan diantara madu lebah kelulut asli sebenar dengan madu kelulut dari madu lebah biasa sebagai madu tiruan dengan mudah. Madu kelulut adalah lebih masam dengan citarasa khusus. Penulis blog menasihatkan bakal penternak kelulut tidak menggunakan cara menternak kelulut TIDAK BETUL agar tidak akan menipu pelanggan seterusnya akan menghilangkan kepercayaan pengguna dan menjejaskan industri yang berpotensi ini. Diharap tulisan ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!....  



KG SG TERAP... HAMPIR LAUT..
HJ HASAN...MENTERNAK KELULUT...
ADA KOLONI... PAPAN KAYU DIBUAT...
DIAMBIL MADU ...RASANYA KUAT...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Sg Terap, Kuala Selangor,
Selangor, Malaysia.
(18 JamadilAwal 1436H)

Wednesday, March 25, 2015

BETIK - KULTIVAR DIDUNIA 3

BETIK atau PAPAYA (Carica papaya) merupakan diantara buah yang popular didunia dan ditanam dibanyak negera. Pengeluaran betik dunia adalah sebanyak 14 juta metrik tan setahun dengan keluasan penanaman melebihi 2.43 juta hektar. Antara Negara yang banyak menanam betik adalah seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Brazil, Negara-negara Amerika Selatan. Buah betik segar merupakan antara bentuk pasaran untuk betik dan hanya sebahagian kecil sahaja digunakan sebagai produk proses. Terdapat banyak variety betik yang ditanam diseluruh dunia dimana program biak baka terus aktif semenjak dulu. Penghasilan betik hybrid merupakan kaedah untuk mendapatkan variety betik yang mamou menghasilkan hasil tinggi dan buah berkualiti. Artikel sempena cuti tahun baru cina ini saya menulis dalam “Anim Agro Technology” mengenai sebanyak 25 kultivar betik yang popular diseluruh dunia untuk rujukkan dan bacaan umum anda semua dalam Part 3. 


17.  Varieti 'Rainbow

Varieti betik Rainbow didaftarkan di USA yang mana ia berasaskan kepada kajian untuk mendapatkan baka yang tahan kepada serangan Penyakit Ringspot Virus Betik (PRSV). Kulitnya berwarna hijau kuning dan bertukar kepada warna kuning apabila ia matang. Apa yang paling istimewa varieti ini adalah isinya yang mempunyai warna kuning emas dibahagian tepi kulitnya tetapi isinya adalah berwarna kemerahan kuning sedikit.


18.  Varieti 'Ranchi' 

Mendengar namanya, varieti 'Ranchi' memang berasal dari India. Ia popular ditanam di India terutama dikawasan Selatan India seperti di kawasan Bihar dan mempunyai warna kulit yang hijau dan apabila masak akan menjadi kekuningan. Bentuk buahnya adalah Oblong dengan isi yang berwarna kuning pekat dan sangat manis. Ia mempunyai rasa manis dan amat sesuai dimakan segar dan dikomsersilkan banyak di India.


19. Varieti 'Solo' 
Saya baru tahu yang varieti "Solo" adalah berasal dari negara Barbados. Ia telah pun diistiharkan pada tahun 1911 dan dipopularkan semula pada tahun 1919 dengan nama yang sama. Buah ini berbentuk agak bulat dengan kulit yang licin permukaannya. Isinya berwarna oren kemerahan dengan isi pejal dan paling istimewa isinya sangat manis. Ia walau pun agak sama dengan 'Hawaian Solo' yang popular tetapi mempunyai saiz dan bentuk yang sedikit berbeza. Betik keluarga Solo ini juga merupakan induk kepada betik popular di Malaysia iaitu Betik Eksotika.


20. Varieti 'Sunrise' 

Seterusnya ke 20 adalah varieti 'Sunrise' yang juga pernah dipanggil sebagai jenis 'Sunup' yang berasal daripada Hawaii,  USA. Buah betik jenis ini mempunyai kulit hijau kekuningan dan bertukar menjadi kuning. ia dibangunkan untuk mengatasi masaalah penyakit PRSV dari betik yang mempunyai isi warna merah yang juga dipanggil sebagai “Betik Strawberry”. isinya adalah sangat berair (juicy) dengan warna oren kemerahan.


21.  Varieti 'Sunset' 
Betik varieti Sunset juga dikenali dengan nama Sunset Solo yang berasal dari kajisn di Universiti Hawai, USA. Varieti ini mempunyai kulit warna merah-oran dengan banyak mengikut ciri betik jenis solo. Saiz buah adalah dari saiz kecil kepada sederhana besar. Bentuk buah adalah pyriform dengan isi buah yang sama warna dengan warna kulit. Janis ini mempunyai rasa amat manis dan memberikan hasil tinggi setiap pokok. 


22.  Varieti 'Taiwan-785'
Betik ini mengikut nama tempat asal ia didaftarkan iaitu negara Taiwan. Varieti Taiwan 785 mempunyai kulit warna hijau dengan sesuai untuk dimakan segar dan juga diproses. Bentuk buah adalah bulat lonjong dengan isi yang sangat tebal. isinya berwarna merah oren dan rasanya jyga manis. Kajian menunjukkan setiap pokok varieti ini mempu menghasilkan sebanyak 100 - 125 biji buah pada tahun pertama penanaman. Pokok ini mempunyai tahap ketahanan penyakit yang tinggi. 


23.  Varieti 'Taiwan-786' 
Seperti varieti Taiwan -785, varieti Taiwan-786 juga berasal dari negara Taiwan yang mempunyai kulit berwarna hijau. Buan ini sesuai untuk pasaran segar dan juga diproses. Buah berbentuk bulat lonjong dengan isi yang sangat enak dan manis rasanya. Keistimewaan varieti ini juga memounyai biji yang sedikit. Berat buah lingkungan antara 1 - 3 kg sebiji dan agak tahan lama disimpan. 


24.  Varieti 'Vista Solo' 
Betik varieti Vista solo juga berasal dari USA iaitu dari  Ralph Corwin di Vista, California.  Buah betik ini mempunyai bersaiz sederhana sehingga ada yang bersaiz besar dengan isi yang berwarna kuning oren. Isi buah agak keras sedikit dan padat. Betik ini ada dijual dan ditanam secara komersil dibanyak negara tetapi tidak ada di negara kita. Ia mempunyai rasa manis dan sesuai dimakan segar. Bentuk seperti buah 'pear' dan kulit nipis.


25.  Varieti 'Waimanalo'
Varieti betik ini dikenali juga sebagai 'Solo' Line 77 yang didaftarkan di USA. Varieti ini didapati melalui proses pemilihan baka mulai tahun  1960 di Hawaii Agricultural Experiment Station dan selesai pada tahun 1968. Buah ini hijau sepenohnya dan berbentuj bulat dengan tangkai yang pendek. Purata berat buah sekitar 16 - 39 aun dengan kulit yang licin dan berkilat. Ruang tengah buag adalah berbentuk bintang dan mempunyai isi yang tebal. Isi yang berwarna kuning oren ini mempunyai rasa yang enak dan kualiti buah sangat baik. Varieti betik ini tahan lama dalam simpanan.

Begitulah 25 kultivar atau varieti betik yang disenaraikan agak popular semenjak beberapa dekat lagi. Kebanyakan betik tersebut ditanam oleh negara-negera tertentu bagi pasaran tempatan dan juga ekspot. Di Malaysia pula kita mempunyai beberapa kultivar yang popular iaitu Betik Sekaki, Betik Eksotika, Betik Subang, Betik Btu Arang dan juga Betik Tempatan. Walau pun kultivar betik yang popular di negara kita tidak ada didalam senarai diatas, penanaman betik di Malaysia masih menghasilkan nilai ekspot jutaan ringgit setahun walau pun terdapat masaalah serangan penyekit betik seperti Penyakit Mati Rosot betik dan Penyakit PRSV. Industri betik negara akan diteruskan dengan pelbagai amalan teknologi untuk menghasilkan kualiti betik sesuai untuk pasaran domestik dan ekspot. 
Wasallam!.



NAMA BETIK...PAPAYA DIA JUGA...
DALAM DUNIA...25 KULTIVAR ADA...
ADA YANG BIASA...HIBRID BAKANYA...
INI TIDAK MASUK..VARITI LOKAL KITA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1434H)