Saturday, March 28, 2015

BUAH BERANGAN (CHESNUTS)

BUAH BERANGAN (Chestnuts) merupakan sejenis buah dari pokok berangan (Castanea spp) daripada keluarga Fagaceae iaitu daripada kumpulan pokok oaks. Tumbuhan ini hanya terdapat dikawasan yang beriklim temperate di utara hemispear sahaja. Kita di Malaysia sering memanggil buah ini sebagai 'Buah Berangan' semanjak dulu lagi dimana saya tidak dapat mengaitkan buah ini dengan nama 'berangan'. Kalau dalam bahasa Jawa ada kena juga sebab biji buah ini akan di goreng tanpa minyak dalam arang (sebenarnya dalam bahasa jawa perbuatan tersebut adanah 'sangan' iaitu dekat juga dengan 'Berangan'). Kemungkinan oleh kerana harga buah ini adalah mahal, maka ramai yang 'berangan-angan' untuk membelinya apabila cukup duit. Pembacaan saya dari beberapa buku dan lamanweb menunjukkan terdapat empat (4) jenis buah berangan dikenalpasti iaitu Chesnuts Jenis Eropah, Chesnuts Jenis Amerika, Chestnuts Jenis China dan Chesnuts Jepun. Ia berbeza dari segi pokok dan varieti itu sendiri. Buah berangan yang dijual di negara kita kebanyakannya berasal dari negara China. Kalau anda singgah di RnR Genting Sempah, Pahang pastinya akan dilambai oleh penjual buah berangan yang menjual pproduk tersebut dikiri kanan jalan keluar. Kalau dahulu ia dimonopoli oleh kaum Tionghua yang menjual tetapi penulis dapati kini telah ada kuli Bangla yang melambai menjual berangan tersebut. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai buah berangan, cara-cara untuk menyediakannya dan juga khasiat dari buah berangan.


Buah Berangan boleh dikupas dan ia boleh terus dimakan mentah tetapi ia boleh menjadi seperti pedar (pedas-tajam) terutamanya jika pedicel tidak diasingkan. Bagaimana pun lazimnya antara kaedah lain untuk makan adalah dengan membakar atau lebih tepat di sangan sahaja dimana kulitnya tidak perlu dikupas. Antara beberapa teknik membakar adalah dengan cara membelah sedikit kulitnya supaya ia tidak menyebabkan 'letupan' kecil. Lazimnya apabila buah berangan telah masak, teksturnya sama seperti kentang bakar di mana ianya lembut, manis dan berperisa kacang dan lemak. Kaedah penyediaan ini popular di utara China di mana ia dimasak di dalam besen atau kuali mengandungi batu arang panas. Buah berangan juga boleh dikeringkan dan diuli ke dalam tepung untuk membuat roti, kek, pencake atau pun digunakan untuk memekatkan didihan sup dan sos. Buah berangan juga boleh dimakan menjadikannya halwa, rebus, kukus, panggang atau bakar. Bagaimana pun kebanyakan kita di Malaysia akan membeli buah berangan yang baru digoreng (Sila lihat foto disebelah) dan enak dimakan begitu sahaja setelah dibuang kulitnya. Makan buah berangan yang suam panas adalah lebih enak berbanding dengan buah berangan yang telah sejuk. Isinya yang berwarna putih krim atau sedikit coklat (buah lama) memang manis dan lemak.


Antara beberapa kaedah untuk memasak buah berangan, cara membakar dengan arang adalah paling digemari. Kaedah Membakar boleh dilakukan dengan memanaskan ketuhar (oven) pada suhu sekitar 200 Celcius. Kemudian diletakkan buah berangan pada dulang pembakar selama 10-15 minit atau sehingga kulitnya terbuka sedikit dan isinya mudah ditekan dengan mata pisau. Cara kedua adalah dengan cara Membakar / Panggang / Barbeku dimana cara ini kita perlu sentiasa memasak (sentiasa gaul) di dalam kuali sederhana panas iaitu bahan besi gril atau berbeku selama 10 - 12 minit atau sehingga kulitnya terbuka sedikit. Tidak mengapa jika kulitnya kehitaman kerana setelah dikupas hanya isinya yang dimakan. Teknik ketiga yang boleh dilakukan adalah teknik moden iaitu menggunakan Gelombang Mikro (Microwave) dimana kita perlu letakkan buah berangan di dalam loyang untuk melindungi plate gelombang mikro. Masak pada kapasiti 850 watt / tinggi /100% selama 2-3 minit. Lazimnya adalah lebih mudah jika masak berulang kali tetapu perlu berhati-hati kerana dengan masa yang singkat untuk lebih selamat menggunakan micowave ini. Akhir sekali menyediakan buah berangan tetapi kurang popular adalah dengan Cara Merebus. Kaedah ini dilakukan dengan meletakkan buah berangan kedalam periuk berisi air sejuk dimana kemudian ia ditutup dan panaskan hingga airnya akan mendidih selama 10 - 12 minit atau sehingga isinya lembut. Keluarkan buah berangan dan toskan dan boleh dimakan dengan membuang kulitnya.


Beberapa laporan menunjukkan bahawa buah berangan segar mempunyai lebih kurang 180 kalori (800kJ) dalam setiap 100gram bahagian yang boleh dimakan. Ia dikatakan lebih rendah dari jenis kacang 'walnut', 'almonds', jenis kekacang yang lain dan buahan kering ( lebih kurang 600 kcal/100g ). Buah berangan seperti juga beberapa tumbuhan makanan yang lain memang tidak mengandungi kolestrol dan mengandungi lemak yang sangat sedikit atau hampir tidak tepu dan tiada gluten (Sila lihat foto disebelah)Kandungan karbohidratnya jika dibandingkan gandum dan beras memang mempunyai pelbagai asid gula kebanyakkannya sukros (socrose), glukosa (glucose), fruktosa (fructose) dan sedikit 'stachyose' dan 'raffinose'. Di sesetengah kawasan dilaporkan bahawa ada jenis pokok berangan manis dipanggil 'pohon roti'. Apabila buah berangan mulai masak ranum maka keseluruhan buahnya hampir berkanji. Lazimnya apabila ditekan dengan jari dan mengandungi kandungan air yang tinggi. Setelah ranum, kanji tersebut perlahan-lahan bertukar kepada gula dan kandungan kelembapan juga mulai menyusut.  


Dilaporkan bahawa buah berangan masih mentah adalah satu-satunya 'kacang' yang mengandungi Vitamin C yang agak tinggi iaitu lebih kurang 40mg setiap 100gram. Ini dimana jumlah kandungan Vitamin C berkurangan hampir 40 % selepas ia akan menjalani proses pemanasan. Buah berangan masih segar mengandungi lebih kurang 52% air melalui beratnya akan menyejat cepat ketika disimpan (Sila lihat foto disebelah). Kajian mendapati dalam masa satu hari apabila suhu sejuk pada 20 celsius maka akab menyebabkan beratnya akan hilang secara tetap dan kelembapannya hilang 70%. Lazimnya bahagian seperti Kulit, kayu, daun dan biji sekamnya mengandungi Asid Tannin. Sekamnya juga berkhasiat iaitu mengandungi mengandungi 10-13% Asid Tannin. Buah Berangan (sama ada yang mentah atau berkupas) dihantar kemakmal untuk menilai nutrisi bagi setiap 100g (3.5oz) yang boleh dimakan. Laporan mendapati ia mengandungi Tenaga (820kJ atau sebanyak 200kcal), Karbohidrat (44g), Gula (11g), Lemak (1.3g), Protein (1.6g), Vitamin C (40mg atau sebanyak 67%), 
Zat Besi (0.94mg atau sebanyak 8%) dan juga bahan Potassium (484mg atau sebanyak 10%). Ini menunjukkan buah berangan merupakan sejenis buah yang sangat baik dimakan untuk tujuan kesihatan Wasallam!.

BUAH BERANGAN..CHESNUT JUGA...
BANYAK DIIMPORT...DARI CHINA...
RASA MANIS... LEMAK ENAKNYA...
BACA ARTIKEL... BERILMU KITA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 JamadilAwal 1436H)
Bersamaan 23 Mc 2015)   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.