Saturday, January 7, 2023

ASAP DI KEBUN DURIAN - KENAPA?

ASAP DIKEBUN DURIAN
adalah satu teknologi pertanian yang amat jarang dibincangkan secara teknikalnya. Pada penulis blog tanaman durian (Durio zibethinus Murr) kini merupakan satu bidangusaha yang sangat popular di Malaysia terutama dengan penanaman varieti durian premium. Kalau dahulu penanaman durian dilakukan secara tradisional dan pengurusan yang konvensional akan tetapi kini industri ini telah jauh berkembang apabila ia di komersilkan dengan cara baru dan menggunakan pakej amalan teknologi moden. Apa pun saya yang telah menulis dalam blog ini lebih dari 550 buah artikel mengenai durian tetap percaya bahawa industri ini akan terus berkembang dimasa akan datang. Kini keluasan tanaman durian terus meningkat pada tahun 2022 menjadi seluas 85,366 hektar dengan jumlah pengeluaran hasil juga meningkat kepada sebanyak 459,787 metrik tan berbanding tahun 2021 (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2023). Beberapa varieti durian premium kini menggantikan varieti durian kampong atau varieti tradisional yang semakin kurang penanaman baru. Jabatan Pertanian telah mengenal pasti dan mengumpul koleksi klon durian semenjak tahun 1934 dan sehingga sekarang telah mendaftarkan lebih dari 250 varieti yang penulis blog pernag terlibat sama. Antara beberapa varieti durian premium yang kini sangat popular termasuk Durian Musang King (D197), Durian Duri Hitam atau Black Thorn (D200), Durian Udang Merah (D175), Durian Tekka (D160), Durian Bukit Merah (D24), Durian Hajah Asmah (D168)dan beberapa lagi. Walau pun terdapat lebih daripada 250 varieti durian yang telah didaftarkan dalam Jadual Senarai Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia akan tetapi hanya sebahagian sahaja varieti yang masih ditanam dan dikomersilkan. Pada penulis blog durian merupakan antara spesies buah-buahan yang sangat popular dan masih banyak ditanam di Malaysia. Secara tradisional pula lazimnya pokok durian ditanam daripada baka biji benih di kawasan dusun di kampung dimana lazimnya buah durian dari pokok anak baka biji menghasilkan buah yang tidak seragam, tidak pasti akan kualitinya dan sebahagian besar tidak mendapat pasaran yang baik. Durian merupakan salah satu daripada 11 jenis buah-buahan yang telah dikenalpasti di bawah Dasar Agro Makanan (2011-2020) yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi menampung permintaan tempatan dan eksport. Kalau dahulu pasaran durian adalah untuk pasaran domestik sahaja tetapi ia kemudian di eksport terutama ke Singapura. Kini durian Malaysia sudah di eksport ke China, Jepun sehingga pernah sampai ke Eropah dan negara lain. Apa pun tetap berlaku persaingan yang hebat dari negara Thailand yang merupakan pengeksport durian terbesar dunia. Penulis blog membuat tinjauan teknologi ke dusun durian Musang King (D197) komersil di Kg Titi, Jelebu untuk meninjau bagaimana asap ini dijadikan sebagai satu amaan baik yang akan saya jelaskan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai beberapa amalan agronomi iaitu membakar reja dikebun durian dan 'mengasap' melalui tinjauan teknologi dan alasan teknikal untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.

ASAP (Smokes) adalah benda yang dihasilkan berupa gas yang ringan dan akan naik keudara. Daripada beberapa kamus yang saya baca dimana didapati asap merujuk sebagai wap yang dihasilkan daripada proses pembakaran (Sila lihat foto disebelah). Asap juga merupakan satu indikator yang paling penting oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai satu cara untuk mengesan jika berlaku kebakaran terutama kebakaran yang melibatkan kawasan pertanian, perumahan, perkilangan, hutan,tanah gambut dan sebagainya. Pada masa ini dengan teknologi canggih dimana kewujudan asap dapat dilihat oleh imej dari satelite dan dipantau sentiasa oleh pihak berwajib. Siapa boleh ingat bagaimana insiden Jerebu yang berlaku beberapa tahun dahulu akibat kebakaran yang sangat dahsyat sehingga asap dari Indonesia merentasi sempadan Ke Malaysia, Singapura dan sebagainya. Kejadian ini telah menyebabkan berlaku banyak masaalah seperti mengganggu kesihatan manusia, industri penerbangan awam, gangguan penglihatan ketika memandu kereta dan yang agak kurang dibincangkan adalah kesan terhadap proses fotosintesis pada tumbuh-tumbuhan. Kesan jerebu juga sering menjejaskan industri pelancongan negara-negara yang terkena asap akibat jerebu ini yang merugikan berjuta ringgit kerana berlaku pembatalan pelancong yang ingin berkunjung. Asap walau pun agak jarang dibincangkan kepentingan dalam sektor tanaman pada penulis blog ia memainkan peranan penting didalam kehidupan manusia.


Asap merupakan wap atau gas yang terhasil daripada proses pembakaran. Dari segi teori apa yang saya belajar dimana jenis asap ini dapat dibezakan mengikut huraian istilah yang sesuai untuk digunakan. Asap Air adalah gas yang dihasilkan daripada air yang mendidih atau ia lebih mudah dipanggil sebagai 'Wap Air'. Asap Air telah banyak digunakan didalam industri untuk memasak bahan mentah. Ia juga telah mampu mengerakkan keretapi zaman dulu. Asap Api pula merupakan asap yang terhasil daripada pembakaran bahan asas yang terbakar. Asap api ini mempunyai warna berbeza mengikut jenis bahan bakar. Kalau bahan dibakar terdiri daripada bahan organik seperti tanah gambut, kayu, rumput, daun pokok, batang pokok dan sebagainya, ia lazimnya akan berwarna kebiruan hingga kehitaman. Bahan bakar daripada bahan getah, plastik, polimer pula menghasilkan asap yang berwarna hitam pekat dengan bau yang kuat. Asap daripada pembakaran minyak petrol kenderaan juga dapat kita bezakan antara minyak petrol premium dengan minyak disel. Asap Belerang atau asap daripada gunung berapi juga merupakan asap yang terhasil daripada kepanasan magma dari dalam perut bumi yang keluar melalui kerak bumi pada puncak gungung berapi. Saya dapat melihat asap belerang ini ketika melawat gunung berapi di Indonesia beberapa kali. Saya juga berada di Filipina selepas seminggu berlaku kejadian letupan Gunung Pinatubo pada tahun 1991 iaitu semasa berkursus di SEARCA, Los Banos. Asap Beracun adalah asap yang mengandungi bahan racun sama ada terhasil daripada proses semulajadi atau diformulasi untuk tujuan industri.

Dalam bidang pertanian pula dimana aktiviti pembakaran hutan untuk perladangan dan pembakaran ladang untuk program penanaman semula dijalankan setiap tahun. Hutan yang baru ditebang perlu di bersihkan dari bahan kayu yang tidak bernilai akan dibakar. Ia berlainan dengan hutan terbakar yang menyebabkan jerebu (Sila lihat foto disebelah). Proses ini berterusan sehingga tanah tersebut sesuai untuk dibajak dan dijalankan penanaman. Aktiviti pembakaran selalu bermula dengan mengumpul (stacking), membakar (burning), mengumpul semula (Restacking) dan membakar lagi sehingga selesai. Pemulihan semula ladang getah dan ladang kelapa sawit yang sudah tua dan tidak ekonomik juga dijalankan dengan keluasan mencapai ribuan hektar setiap tahun di Malaysia. Ladang-ladang ini dahulunya menebang pokok -pokok tua dan seterusnya menjalankan pembakaran terbuka yang menghasilkan banyak asap. Proses ini memerlukan permit khas daripada Jabatan Alam Sekitar, dimana pada masa ini permit adalah bertujuan bagi proses pembakaran terkawal. Bagaimana pun teknologi penebangan pokok tua di ladang kelapa sawit di Malaysia telah berubah dimana pokok kelapa sawit tua akan dicincang dan dijadikan bahan kompos. Mesin khas seperti 'Kiap' akan digunakan bagi tujuan untuk menghancurkan batang dan pelepah sawit untuk disusun dan dijadikan bajan baja apabila ia mereput. Teknologi Hijau ini telah menerima award peringkat dunia kerana mampu mengurangkan insiden pencemaran udara. Kes ini tidak sama dengan membakar sisa dahan, rnting dan daun-daun kering dikawasan dusun yang dibincangkan dalam bab selepas ini.


Amalan membakar sisa ranting, dahan, daun kering dalam dusun termasuk dusun durian hasilkan asap. Penulis blog sendiri campakkan ranting dan daun diatas api dan hasil dari pembakaran sisa organik seperti kayu dan daun-daun tumbuhan yang dibuat dikawasan tanaman buah-buahan disekeliling rumah amat lazim dijalankan (Sila lihat foto paling atas sekali). Pembakaran ini sering dijalankan oleh tuan rumah pada waktu pagi atau petang dengan tujuan asalnya adalah untuk membersihkan sampah sarap dikawasan rumah dikampong tradisional. Selain daripada kawasan rumah jadi bersih, ramai dikalangan kita kurang menyedari akan kesan aktiviti pembakaran tersebut dalam bidang pertanian. Pemerhatian dan kajian penulis blog mendapati dimana asap yang dihasilkan akibat dari proses pembakaran bahan organik membantu didalam mengawal musuh dan serangga perosak pada pokok buah-buahan. Ini kerana lazimnya asap ini mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai 'Nafthalene gas' yang menghalau banyak jenis serangga perosak tanaman. Kebanyakan haiwan serangga adalah tidak suka dengan kehadiran asap. Semakin kerap petani membakar dan menghasilkan asap maka semakin kurang kemungkinan berlaku serangan serangga perosak pada pokok buah-buahan dilokasi pembakaran. Pembakaran ini juga memberikan kersan positif terhadap aruhan pada pokok buah-buahan untuk mengeluarkan bunga pada waktunya seperti bunga durian (Sila lihat foto disebelah). Paling utama hasil daripada pembakaran ini adalah dimana ia akan menghasilkan sisa bahan bakar yang kaya dengan baja dan nutrien seperti Potassium yang merupakan baja untuk tumbuhan. Amalan membakar sisa organik yang dijalankan oleh datuk moyang kita memang merupakan satu budaya akan tetapi sehingga kini belum ada lagi laporan teknikal atau laporan saintifik dijalankan mengenai kesan asap dari pembakaran. Hipotesis yang saya bincangkan diatas boleh dijadikan satu projek atau thesis akhir tahun mahasiswa yang berminat. Saya harap nanti ada pelajar universiti yang menjalankan kajian ini secara saintifik akan kekerapan, isipadu asap, ketepatan masa, jenis asap, waktu sesuai membakar sampah, kadar kepekatan asap dan banyak lagi untuk menafaat bersama. Tinjauan penulis blog kekebun durian ini menunjukkan ia adalah memberikan kesan positif terhadap kesuburan dan penghasilan durian Musang King menurut penilaian saya dan diakui oleh pemilik dusun ini. S
emuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini sebagai bahan rujukkan. Wasallam!!!...
POKOK DURIAN... IA PERLU DIJAGA...
RANTING ROSAK... GUGUR DAUNNYA..
DIKUMPUL DIBAKAR... ASAP BERGUNA...
DIJELASKAN.. JADIKAN SEBAGAI FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Jamadilakhir 1444H).
Siap tulis pada 3 Januari 2023.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.