Sunday, January 8, 2023

AKTIVITI MENGIKIS KULIT POKOK DURIAN

AKTIVITI MENGIKIS KULIT POKOK DURIAN
adalah satu teknologi atau amalan agronomi yang perlu dilakukan jika perlu dan berkemampuan. 
Tanaman durian (Durio zibethinus Murr) merupakan satu bidangusaha yang sangat popular di Malaysia terutama dengan penanaman varieti durian premium. Kalau dahulu penanaman durian dilakukan secara tradisional dan pengurusan yang konvensional akan tetapi kini industri ini telah jauh berkembang apabila ia di komersilkan dengan cara baru dan menggunakan pakej amalan teknologi moden. Apa pun saya yang telah menulis dalam blog ini lebih dari 550 buah artikel mengenai durian tetap percaya bahawa industri ini akan terus berkembang dimasa akan datang. Kini keluasan tanaman durian di Malaysia terus meningkat pada tahun 2022 kepada seluas 85,366 hektar dengan jumlah pengeluaran hasil juga meningkat menjadi sebanyak 459,787 metrik tan berbanding dengan tahun 2021 (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2023). Beberapa varieti durian premium kini menggantikan varieti durian kampong atau varieti tradisional yang semakin kurang penanaman baru. Jabatan Pertanian telah mengenal pasti dan mengumpul koleksi klon durian semenjak tahun 1934 dan sehingga sekarang telah mendaftarkan lebih dari 250 varieti yang penulis blog pernag terlibat sama. Antara beberapa varieti durian premium yang kini sangat popular termasuk Durian Musang King (D197), Durian Duri Hitam atau Black Thorn (D200), Durian Udang Merah (D175), Durian Tekka (D160), Durian Bukit Merah (D24), Durian Hajah Asmah (D168)dan beberapa lagi. Walau pun terdapat lebih daripada 250 varieti durian yang telah didaftarkan dalam Jadual Senarai Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia akan tetapi hanya sebahagian sahaja varieti yang masih ditanam dan dikomersilkan. Pada penulis blog durian merupakan antara spesies buah-buahan yang sangat popular dan masih banyak ditanam di Malaysia. Secara tradisional pula lazimnya pokok durian ditanam daripada baka biji benih di kawasan dusun di kampung dimana lazimnya buah durian dari pokok anak baka biji menghasilkan buah yang tidak seragam, tidak pasti akan kualitinya dan sebahagian besar tidak mendapat pasaran yang baik. Durian merupakan salah satu daripada 11 jenis buah-buahan yang telah dikenalpasti di bawah Dasar Agro Makanan (2011-2020) yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi menampung permintaan tempatan dan eksport. Kalau dahulu pasaran durian adalah untuk pasaran domestik sahaja tetapi ia kemudian di eksport terutama ke Singapura. Kini durian Malaysia sudah di eksport ke China, Jepun sehingga pernah sampai ke Eropah dan negara lain. Apa pun tetap berlaku persaingan yang hebat dari negara Thailand yang merupakan pengeksport durian terbesar dunia. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai amalan agronomi mengikis kulit pokok durian dewasa hasil tinjauan teknologi dikebun durian komersil untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.

Kehadiran Pokok Duit-duit (Pyrrosia piloselloides) pada batang dan dahan pokok durian merupakan ancaman kepada pokok durian tersebut. Apa pun penulis blog dapati dimana asasnya adalah ia merupakan sejenis tumbuhan parasit yang selalu hidup melekat pada pokok berbatang yang lain. Umum mengetahui ia dipanggil 'pokok duit-duit' kerana daunnya yang tebal berbentuk bulat seperti duit syiling lima sen dan ada juga daunnya yang lebih nipis dan berbentuk tirus (Sila lihat foto disebelah). Saya ada menulis beberapa artikel mengenai apa dia pokok duit-diut dan beberapa fakta mengeninya dalam blog inii dengan pautan berikut (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Pada saya tumbuhan parasit pokok duit-duit adalah tumbuhan perosak kerana ia hidup di dahan pokok terutama pokok buah-buahan dan mengambil makanan daripada pokok tersebut. Akarnya akan merebak dipermukaan batang kayu dengan kuat dan sebahagian akan masuk dalam kambium kulit kayu untuk menyerap makanan dan air daripada pokok durian tersebut. Ia sesuai tumbuh dikawasan dahan yang lembab, redup atau panas dengan ada sinaran matahari. Daunnya berbentuk bulat, lonjong atau bujur berwarna hijau muda atau hijau gelap dengan ukuran 2-3 cm panjang. Susunan daunnya bersilang atau bertentang bergantung kepada spesis. Pokok duit-duit cepat merebak dengan cara menjalar dan melekat pada dahan pokok. Sekiranya tidak dikawal ia akan menyebabkan dahan pokok tersebut tidak sihat dan ia boleh menyebabkan pokok diserang akan mati. Dslsm psds itu tumbuhan ini juga dilaorkan memang sering menjadi perumah atau menjadi tempat tinggal serangga perosak seperti ulat dan semut. Pengalaman penulis blog mendapati dimana lazimnya pokok duit-duit kebal terhadap racun rumpai dan cara pengawalannya adalah secara manual iaitu dengan cara menarik dan membuangnya dari dahan tempat ia menumpang. Alat galah panjang yang ada pisau khas boleh digunakan untuk membuang dari bawah pokok. Bagaimana pun kaedah terbaik adalah memanjat pokok atau gunakan tangga aluminium untuk mengikis secara manual.

Pokok durian boleh hidup ratusan tahun jika ia berada didlam habitat sesuai seperti yang penulis blog pernah jumpa di Pulau Aur, Mersing semasa bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Mersing, Johor dahulu. Ada tiga pokok durian yang saiz batangnya sudah 2-3 pemeluk dimana penduduk setempat dakwa ia mampu menghasilkan lebih 2,000 biji setiap kali musim yang baik. Bagaimana pun disebabkan kedudukan pokok berada dipuncak bukit yang tinggi dan ambil masa 2-3 jam untuk menaiki dan membawa turun maka lazimnya buah durian tersenut akan dikumpulkan dan diambil isinya untuk dimasak jadi Lempok Durian. Hanya lempuk durian yang akan dibawa turun dan kemudian dihantar ke Mersing untuk dipasarkan. Penulis blog lihat disini dulu ada melihat bagaimana penduduk kampu ada mengikis kulit durian pada pokok yang lama ini. Bagaimana pun baru-baru ini pada 30 Disember 2022 saya berkunjung pula ke kebun durian yang komersi ditanam dengan Musang King di Kg Titi, Jelebu seluas 15 ekar dan melihat bagaimana beberapa pokok durian Musang King (D197) dewasa sudah sedang dikikis kulitnya. Kebun durian ini juga menjadi pusat Agrotourism terutam mereka yang inginkan makan buah durian D197 premium.  Dalam amalan agronomi penanaman durian perkara ini macam 'tidak di bincangkan' dengan jelas cuma ia ada juga diamalkan oleh kalangan penanam durian komersial yang berpengalaman. Pokok durian yang matang dan berbatang besar dengan sistem percabangan yang seimbang akan menghasilkan batang yang kukuh dan sihat sehingga akan ada kulit kering yang diganti dengan kulit baru. Kulit ini masih melekat pada bahagian batang selalunya akan gugur sendiri lama kemudian. Dari segi ancaman keberadaan kulit kering ini jika dibiarkan maka ia boleh menjadi perumah kepada perosak dan patogen yang menyebabkan serangan penyakit. Bagi pemilik pokok durian yang mereka sayangi dan dijaga dengan baik maka merekaapa  penulis blog lihat akan menbuang lapisan kulit kering ini dan meninggalkan kulit pada batang dan dahan yang dilihat 'bersih' dan 'segar'. Kulit yang bersih ini boleh disembur dengan racun kulat atau air baja (foliar) atau bahan lain yang sesuai untuk kesuburan pokok. Selain itu ia memberikan imej terbaik kepada pelancong yang datang melawat kebun dengan pokok yang dilihat kemas.

Aktiviti membuang kulit pokok durian atau pun pokok duit-duit memerlukan kaedah yang betul agar ianya tidak merosakkan kambium pada kulit. Bagi pokok durian yang cabangnya rendah maka boleh digunakan 'Pisau Pengikis' seperti alat melicinkan lantai ketika tabur siimen konkrit. Pisau ini selalu akan di tajamkan tepinya dan di sodokan sahaja bahagian kulit kering atau pokok duit-duit sehingga bersih (Sila lihat foto disebelah). Apa yang perlu dimana pemilik dusun atau pekerjanya akan menggunakan tangga aluminium bagi mengikis batang dan dahan yang agak tinggi. Ada juga alat pengikis yang perlu disambung dengan galah alimilium panjang untuk ianya mampu mengikis sejauh dan setinggi yang boleh. Perlu juga disediakan cat hitam untuk disapukan dikawasa kulit yang terluka kerana kejadian luka pada dahan pokok durian akan mendedahkan serangan kulat dan patogen lain kelak. Anda boleh membaca jenis cat atau pun tar yang sesuai dengan membaca tulisan saya berkaitan dengan produk ini (Sila klik disini)NUFARM TREE DRESSING merupakan satu produk dari jenama yang digunakan untuk didapu pada bahagian batang tanaman bagi elakkan jangkitan patogen perosak yang boleh merosakan tanaman. Produk ini memang agak kurang dikenali oleh pekebun kecil dahulu sebelum adanya internet untuk di google. Penulis blog membuat banyak tinjauan tanaman durian pada tahun 2020 ini dimana berkesempatan untuk melawat sebuah dusun durian varieti Musang King (D197) di Kampung Teratai, Bukit Gambir, Tangkak, Johor bersama dengan pasukan pakar durian dan pembajaan tanaman dusrian. Kebun ini yang mempunyai sekitar 300 pokok durian dewasa dibeli oleh Ah Kheng dalam masa 4 tahun selepas hampir semua pokok didalamnya telah siap dicantum dengan kaedah cantuman dewasa (mature budding) atau ditanam anakbenih pokok cantuman D197 yang baru. Kebun ini dijangka akan mengutip pungutan mencecah RM500 ribu pada setiap disebabkan harga buah durian yang agak tinggi sekarang. Harga ex-farm dari kebun ini diantara RM35 - RM45 bergantung kepada gred buah durian Musang King. Nufarm Tree Dressing merupakan sejenis produk berasaskan mintak tar (asphalt) yang sesuai untuk digunakan pada kesan potongan atau luka pada tanaman seperti pokok durian. Mengikis kulit pokok durian adalah satu amalan agronomi yang sesuai dilakukan demi menjaga penghasilan durian musang king dengan gred premium. Semuga tulisan dalam artikel ini boleh dijadikan panduan kepada penanam durian dan pegawai pengembangan serta palajar universiti dan juga pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
POKOK DURIAN....UMUR AGAK TUA...
KULITNYA DIKIKIS... ALASAN KENAPA...
TINJAUAN TEKNOLOGI... SAYA JUMPA...
FAKTA DIJELASKAN... PANDUAN SEMUA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Durian Musang King Kg. Titi,
Jelebu, Negeri Sembilan,
Malaysia.
(30 Disember 2022).
Siap tulis pada 3 Januari 2023.
Posted from Room 717, The View Hotel,
Segamat, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.