Friday, January 6, 2023

TALI RAFIA IKAT BUAH DURIAN?

KENAPA PERLUK ADA IKAT TALI
pada buah durian semasa menuai buah durian premium?. Persoalan ini mungkin ada yang ingin mengetahui akan penjelasan secara teknikal dan ekonominya. Tanaman durian (Durio zibethinus Murr.) kini merupakan buah yang selelunya akan gugur atau jatuh ketanah apabila ia masak ranum. Bagaimana pun kini ramai penanam durian sudah tidak mahu buahnya gugur ketanah dengan cara mengikat tali pada setiap tangkai biji buah atau memasang jaring ikan dibawahnya. Tanaman durian merupakan satu bidangusaha yang sangat popular di Malaysia terutama dengan penanaman varieti durian premium masa kini. Kalau dahulu penanaman durian hanya dilakukan secara tradisional dan pengurusan yang konvensional akan tetapi kini industri ini telah jauh berkembang apabila ia di komersilkan dengan cara baru dan menggunakan pakej amalan teknologi moden. Apa pun saya yang telah menulis dalam blog ini lebih dari 550 buah artikel mengenai durian tetap percaya bahawa industri ini akan terus berkembang dimasa akan datang. Kini keluasan tanaman durian terkini pada tahun 2022 adalah seluas 85,366 hektar dengan jumlah pengeluaran hasil sebanyak 459,787 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2023). Beberapa varieti durian premium kini menggantikan varieti durian kampong atau varieti tradisional yang semakin kurang penanaman baru. Jabatan Pertanian telah mengenal pasti dan mengumpul koleksi klon durian semenjak tahun 1934 dan sehingga sekarang telah mendaftarkan lebih dari 250 varieti yang penulis blog pernag terlibat sama. Antara beberapa varieti durian premium yang kini sangat popular termasuk Durian Musang King (D197), Durian Duri Hitam atau Black Thorn (D200), Durian Udang Merah (D175), Durian Tekka (D160), Durian Bukit Merah (D24), Durian Hajah Asmah (D168)dan beberapa lagi. Walau pun terdapat lebih daripada 250 varieti durian yang telah didaftarkan dalam Jadual Senarai Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia akan tetapi hanya sebahagian sahaja varieti yang masih ditanam dan dikomersilkan. Pada penulis blog durian merupakan antara spesies buah-buahan yang sangat popular dan masih banyak ditanam di Malaysia. Secara tradisional pula lazimnya pokok durian ditanam daripada baka biji benih di kawasan dusun di kampung dimana lazimnya buah durian dari pokok anak baka biji menghasilkan buah yang tidak seragam, tidak pasti akan kualitinya dan sebahagian besar tidak mendapat pasaran yang baik. Durian merupakan salah satu daripada 11 jenis buah-buahan yang telah dikenalpasti di bawah Dasar Agro Makanan (2011-2020) yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi menampung permintaan tempatan dan eksport. Kalau dahulu pasaran durian adalah untuk pasaran domestik sahaja tetapi ia kemudian di eksport terutama ke Singapura. Kini durian Malaysia sudah di eksport ke China, Jepun sehingga pernah sampai ke Eropah dan negara lain. Apa pun tetap berlaku persaingan yang hebat dari negara Thailand yang merupakan pengeksport durian terbesar dunia. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai amalan mengikat buah durian dengan tali rafia yang jarang dilaporkan hasil tinjauan penulis blog kekebun durian Musang King di Jelebu, Negeri Sembilan untuk untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.


Ramai kalangan penanam durian di Malaysia yang hanya menunggu buah durian gugur ke tanah setelah buah sudah masak ranum. Bagaimana pun penulis blog pernah melaporkan sebelum ini Teknik Mengikat Tangkai Buah Durian yang mana ia juga amat sesuai dilakukan untuk pokok durian premium yang harga buahnya sentiasa tinggi seperti durian Musang King (D197) dan Durian Duri Hitam (D200). Apa lagi kalau kedudukan dudun durian tersebut terletak ditampat yang mana akan ada buah gugur kejalan raya atau jatuh ketanah orang atau kawasan ada pelancong. Baru-baru ini penulis blog ke dusun durian komersil di Kg Titi, Jelebu milik penanam durian musang king yang saya kenali. Dilihat beliau yang ada 50 ekar kebun durian di beberapa lokasi ada melakukan kerja mengikat buahnya dipokok. Kenapa dia buat sedemikian?. Buah durian premium yang terdapat pada dahan pokok diikat dengan menggunakan tali plastik atau tali nylon yang tahan dan mudah mengikat (Sila lihat foto disebelah). Bergantung kepada varieti dan ketinggian pokok durian apa yang petani lain perlu lakukan adalah bila tarikh anthesis bunga durian ini berlaku dimmana ia pada penulis blog boleh dikira jangkaan buah durian akan gugur. Sebaiknan tangkai durian itu mesti diikat dengan kuat dan kemudian tali tersebut akan diikat pula pada batang dipangkal pokok durian dengan kuat. Elakkan daripada pekerja terlalu mengganggu tangkai buah semasa mengikat diatas pokok kerana ditakuti ianya akan menyababkan buah yang belum masak ini akan gugur akibat gegaran pada dahan atau terlanggar dengan tidak sengaja. Beberapa biji buah durian boleh diikat secara bersambungan jika sesuai untuk ianya memudahkan kerja. Bagaimana pun adalah disyorkan agar setiap biji buah diikat secara berasingan kerana tarikh kematangan untuk ia gugur berlainan. Apabila buah durian masak maka tangkai buah akan terlucut dari dahan dan ini menyebabkan buah durian bergantungan pada tali yang dilihat menjadi 'tegang'. Sebaiknya pemeriksaan perlu dibuat setiap pokok sepanjang masa pada setiap hari. Buah yang telah masak akan dipotong talinya dan diturunkan. Buasanya buah yang diikat dengan tali akan tidak rosak isinya dan tahan lama berbanding dengan buah yang jatuh ketanah. Amalan ini dilakukan oleh petani dan penanam durian komersil terutama didusun ini yang melakukan konsep agro-tourism dimana para pengunjung akan menurunkan sendiri buah yang sudah tergantung ditali. Selalunga pengunjung amat gembira bila berpeluang menurunkan buah durian tersebuy dan kemudian memakannya sendiri. Cara ini walau pun agak susah dibuat tetapi ia pada penulis blog akan menjanjikan kualiti durian premium bagi pasaran domestik dan pasaran eksport juga.


Penulis blog juga meninjau dimana ada beberapa tangga aluminium panjang diletakkan dibeberapa batang pokok durian disini. Tangga aluminium ini ada sepanjang 10 meter (30 kaki) dan ada yang disambung dengan tangga aluminium 1 meter atau 5 meter juga. Bagaimana pun kebanyakan pokok durian musang king didusun ini sudah dibuat cantasan pucuk (Topping) diperingkat awal menjadikan rata-rata tangga aluminium mampu mencapai kebanyakan buah berada di dahan atas pokok yang sedang berbuah. Alat tangga aaluminium yang ringan dan mudah alih sebenarnya akan membolehkan petani dan pekerja untuk melihat sendiri akan keadaan dibahagian atas pokok duriannya. Tidak ramai kalangan penanam durian tradisional membeli tangga aluminium ini untuk rawatan agronomi pokok duriannya. Tanaman pokok durian premium seperti Durian Musang King, Duri Hitam, Udang Merah, Tekka dan beberpa lagi mungkin tiada masaalah membeli tangga aluminium setiap kali musim bush durian drengan harga baik menjadi wang lumayan. Apa yang penting dimana tangga ini digunakan untuk tujuan mengikat tangkai buah durian didahan atas pokok. Keberadaan tangga ini adalah lebih mudah dibanding jika memanjat pokok durian secara manual. Ia lebih cepat dan lebih selamat serta mampu mengikat tangkai buah durian diatas pokok. Penulis blog dimaklumkan bergantung jumlah buah yang hendak diikat tangkainya ia adalah secepat 1 jam sahaja sehinga 2-3 hari juga (buah yang banyak lebih 200 biji). Apa yang penting adalah mempastikan mengikat dengan menggunakan tali rafia yang baru dibeli kerana ia kuat. Elakkan guna tali rafia lama atau yang tidak kuat kerana ia akan putus akibat buah berat untuk gugur atau boleh gugur disebabkan oleh ditiup angin kuat.

Di kawasan lain apa yang penulis blog lihat ada dipasang Jaring Buah dibawah pokok durian dipasang dibeberapa lokasi durisn Musang King yang lain. Teknik ini dilakukan oleh penanam durian komersil disini iaaitu dengan Memasang atau Meletakkan Jaring (Jaring atau pukat Ikan) dibawah pokok durian dewasa semasa musim buah durian gugur. Jaring atau pukat sama ada jaring yang terpakai atau jaring baru dibeli akan dipasang dengan merentang disekeliling pokok durian dengan dilihat jarak ketinggian 0.5-1.0 meter diatas tanah. Jaring ini akan berfungsi sebagai penampan (cushion) jika buah durian Musang king yang jatuh kebawah. Buah durian ini akan jatuh diatas hamparan jaring yang menjadikan kulitnya tidak pecah atau isinya tidak cepat rosak dikelaskan sebagai buah durian gred premium (Sila lihat foto disebelah). Buah yang jatuh juga bersih daripada kekotoran tanah, kotoran dari jenis sampah atau daun kayu. Buah ini juga mudah diambil kerana ia akan berkumpul untuk dipungut dan digredkan sebelum dipasarkan. Buah durian yang jatuh diatas jaring ini apa yang penulis blog lihat ia juga dapat mengelakkan gangguan oleh haiwan perosak untuk memakannya kerana ia tergantung dengan selamat. Teknik memasang pukat ini merupakan kaedah mengutip buah durian yang sangat signifikan dikawasan dusun durian yang ada batu keras dibawahnya atau kawasan cerun bukit yang curam. Bagi kebun ini ia dijadikan daya penarik juga kepada pengunjung yang hadir kekebun agro-tourism ini. Kawasn pokok durian yang berbuah dikawasan cerun bukit curam agak sukar untuk memungut hasil jika jatuh kedalam gaung. Ia juga digalakkan jika pokok durian dahannya berada diatas jalanraya dan buahnya akan gugur diatas jalan. Sama ada buah durian yang jatuh diatas jalanraya rosak akibat hentakan keras atau ia mungkin akan dipungut oleh mereka yang lalu dijalan tersebut. Semakin ramai pemilik dusun durian premium kini memasang jaring dibawah pokok durian pada musim buah gugur. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BUAH DURIAN... DIIKAT DENGAN TALI...
AGAK SUSAH... PEKEBUN KENA BERANI...
TALI PANJANG...MUDAH UNTUK DILIHATI...
BUAH PREMIUM...PELANCONG SUKAHATI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Dusun F+Durian Musang King Titi,
Kg Tini, Jelebu,
Negeri Sembilan DK.
Malaysia.
(8 JamadilAkhir 1444H)
Bersamaan 29 Disember 2022. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.