Monday, June 30, 2014

CENDAWAN - JENIS POPULAR (Part 2)

CENDAWAN (Mushroom) merupakan sejenis tumbuhan organ pensporaan kulat yang boleh dimakan dimana ia lazimnya mengandungi banyak protein,vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium(K) dan Posforus(P) yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap. Selain daripada tumbuh semulajadi dan kini ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakan. Cendawan hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Bentuk cendawan adalah pelbagai tapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung. Cendawan mempunyai banyak khasiat kesihatan dan ia kini mempunyai nilai yang amat tinggi dipasaran terutama beberapa spesis tertentu yang memang bernilai tinggi. Kini negara China merupakan pelopor dan pengeluar cendawan dunia dengan 65% daripada sejumlah 25 juta metrik tan cendawan dihasilkan diseluruh dunia. Lain-lain negara yang banyak menghasilkan cendawan segar adalah seperti EU (22%), USA (5%) dan Indonesia (1%). Terdapat beribu-ribu jenis cendawan diseluruh dunia dimana negara China sahaja mempunyai sebanyak 981 jenis cendawan dimakan segar, 93 jenis cendawan domestik, 50 jenis cendawan komersil dan sebanyak 35 adalah cendawan liar atau untuk pasaran ekspot. Malaysia juga banyak jenis cendawan yang masih ujud dalam hutam dan berbelas lagi boleh ditanam untuk tujuan komersil. Artikel malam jumaat ini saya paparkan beberapa jenis cendawan di Malaysia untuk dikenali oleh anda pembaca blog "Anim Agro Technology" hasil dari menghadiri Hari Cendawan Kebangsaan 2014 dari 24-26 Jun 2014 di Hotel Premiere, Kelang Selangor.

Dibawah ditunjukkan gambar mengenai beberapa jenis cendawan yang berpotensi untuk ditanam di Malaysia hasil kajian dan pengalaman semua pihak dalam industri cendawan:-



(6) Nama Biasa : CENDAWAN JERAMI
Nama Saintifik : Volvariella volvaceae
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2


(7) Nama Biasa : TIRAM RAJA
Nama Saintifik : Pleurotus eryngii
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat disediakan
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2


(8) Nama Biasa : CENDAWAN BUNGA ROS
Nama Saintifik :   Hericium erinaceum
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat disediakan.
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2



(9) Nama Biasa : CENDAWAN SERI PAGI
Nama Saintifik :   Clitocybe sp
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat rasmi
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2


(10) Nama Biasa : CENDAWAN BERANGAN
Nama Saintifik  : Agrocybe sp
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat disediakan.
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2


Jenis cendawan diatas boleh diusahakan oleh mereka yang betul-betul 'Gila' dengan cendawan. Ramai usahawan cendawan tempatan yang 'gulong tikar' setelah menceburi industri ini kerana risiko yang amat tinggi dan ramai juga yang berjaya dalam industri cendawan melebihi 25 tahun. Kepada usahawan baru yang belum kenal tabiat cendawan sebaiknya dapatkan info dari pihak yang mahir atau pakar atau bekerja diladang cendawan dahulu. Artikel ini diharap memberikan sedikit pengenalan mengenai cendawan tempatan yang dikira popular di negara kita. Semuga ia berinformasi... Wasallam!.

CENDAWAN...BANYAK JENISNYA...
HANYA 12... POTENSI MENANAMYA...
ADA YANG SUSAH...MANA BENIHNYA...
DAPAT KENAL... AWAL MEMINATINYA...

By,
M Anerm,
Senior Agronomist,
Room 201, Hotel Premiere,
Bandar Bukit Tinggi,
Kelang, Selangor,
Malaysia.
(27 Syaaban 1435H)

Sunday, June 29, 2014

CENDAWAN - JENIS POPULAR (Part 1)

CENDAWAN (Mushroom) merupakan sejenis tumbuhan organ pensporaan kulat yang boleh dimakan dimana ia lazimnya mengandungi banyak protein,vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium(K) dan Posforus(P) yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap. Selain daripada tumbuh semulajadi dan kini ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakan. Cendawan hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Bentuk cendawan adalah pelbagai tapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung. Cendawan mempunyai banyak khasiat kesihatan dan ia kini mempunyai nilai yang amat tinggi dipasaran terutama beberapa spesis tertentu yang memang bernilai tinggi. Kini negara China merupakan pelopor dan pengeluar cendawan dunia dengan 65% daripada sejumlah 25 juta metrik tan cendawan dihasilkan diseluruh dunia.  Lain-lain negara yang banyak menghasilkan cendawan segar adalah seperti EU (22%), USA (5%) dan Indonesia (1%). Terdapat beribu-ribu jenis cendawan diseluruh dunia dimana negara China sahaja mempunyai sebanyak 981 jenis cendawan dimakan segar, 93 jenis cendawan domestik, 50 jenis cendawan komersil dan sebanyak 35 adalah cendawan liar atau untuk pasaran ekspot. Malaysia juga banyak jenis  cendawan yang masih ujud dalam hutam dan berbelas lagi boleh ditanam untuk tujuan komersil. Artikel malam jumaat ini saya paparkan beberapa jenis cendawan di Malaysia untuk dikenali oleh anda pembaca blog "Anim Agro Technology" hasil dari menghadiri Hari Cendawan Kebangsaan 2014 dari 24-26 Jun 2014 di Hotel Premiere, Kelang Selangor.

Dibawah ditunjukkan gambar mengenai beberapa jenis cendawan yang berpotensi untuk ditanam di Malaysia hasil kajian dan pengalaman semua pihak dalam industri cendawan:-



(1) Nama Biasa     : TIRAM KELABU
Nama Saintifik : Pleurotus sajor-caju/ Pleurotus pulmonarius
100 gm Nutrisi : Tenaga (37 kcal), 89.2 g, Protin (3,2 g), Karbohiderat (7.1 g), Lemak (0.7 g), Serat (1.8 g), Kalsium (2 g), Posforus (88 mg), Zat Besi (1 mg), Sodium (6 mg) dan banyak jenis vitamin.
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2



(2) Nama Biasa     : SHIITAKE
Nama Saintifik : Lentinula edodes
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat .
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2



(3) Nama Biasa : CENDAWAN ENOKI/ Golden Needle
Nama Saintifik : Flammulina velutipes
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat.
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2



(4) Nama Biasa     : BUTANG PUTIH
Nama Saintifik : Agaricus biospores
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat.
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2



(5) Nama Biasa : BUTANG PERANG
Nama Saintifik :  Agaricus bispores
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2


Jenis cendawan diatas boleh diusahakan oleh mereka yang betul-betul 'Gila' dengan cendawan. Ramai usahawan cendawan tempatan yang 'gulong tikar' setelah menceburi industri ini kerana risiko yang amat tinggi dan ramai juga yang berjaya dalam industri cendawan melebihi 25 tahun. Kepada usahawan baru yang belum kenal tabiat cendawan sebaiknya dapatkan info dari pihak yang mahir atau pakar atau bekerja diladang cendawan dahulu. Artikel ini diharap memberikan sedikit pengenalan mengenai cendawan tempatan yang dikira popular di negara kita. Semuga ia berinformasi... Wasallam!.

CENDAWAN...BANYAK JENISNYA...
HANYA 12... POTENSI MENANAMYA...
ADA YANG SUSAH...MANA BENIHNYA...
DAPAT KENAL... AWAL MEMINATINYA...

By,
M Anerm,
Senior Agronomist,
Room 201, Hotel Premiere,
Bandar Bukit Tinggi,
Kelang, Selangor,
Malaysia.
(27 Syaaban 1435H)

Saturday, June 28, 2014

DRAGONFLY (PEPATUNG)

DRAGONFLY (Pepatung) adalah sejenis serangga jenis Anisoptera iaitu didalam Order ORDONATA, iaitu Suborder EPIPROCTA dan Infraorder ANISOPTERA yang mempunyai 11 Keluarga dan ianya terdapat diseluroh dunia. Nama-nama lain serangga ini adalah Dragonfly, Damselfly (English), Pepatung; Patung-patung, Sibur-sibur, Sesibur (Malaysia), Capung (Indonesia), Kinjeng (Jawa Muar - Kampung saya) dan banyak lagi. Saya memang kenal pepatung (dragonfly) ini semenjak kecil lagi dan suka memerhatikan pergerakannya terutama ketika dragonfly terjun atas permukaan air berulang-ulang kali, ketika itu kami katakan ia untuk mandi kata rakan-rakan sebaya. Saya juga ada membuat 'senapang getah' untuk menembak dragonfly dan dapat membunuhnya ketika kanak-kanak dulu, memang sungguh seronok!. Kini setelah hampir hendak pencen, rasanya amat lama tiddak dapat melakukan pemerhatian mengenai pepatung sehingga artikel ini ditulis. Sebelum menulis saya banyak membuat pembacaan dan rujukan dalam beberapa sumber termasuk buku dan lamanweb untuk mengumpul maklumat. Apabila artikel ini ditulis, saya kini telah lebih memahami akan dragonfly ini dan memang amat menakjubkan serangga hebat ini. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil sebagai "Dragonfly" atau pun kalau di dalam pemahaman kita disebut sebagai "Naga Terbang". Ini mungkin disebabkan oleh marfologi badannya seakan haiwan naga dengan bentuk mata terjojol keluar dan bahagian badan serta ekornya yang berbentuk badan dan ekor naga. Soalannya ujud ke haiwan naga ini?. Artikel subuh ini saya menulis mengenai haiwan yang hebat yang dinamakan Dragonfly (pepatung) dalam "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan anda semua.

Dragonfly atau pepatung adalah serangga yang mempunyai sepasang mata besar dengan 360 darjah yang kompleks dengan mudah dapat dilihat oleh mata kasar (Sila lihat foto sebelah). Serangga ini juga saya lihat mempunyai sepasang kepak besar yang jernih (transparent) dan kuat (Sila lihat foto paling atas). Bentuk kepak dan ekornya ini membolehkan serangga ini bergerak dalam banyak situasi. Serangga ini seperti serangga lain mempunyai 6 kaki tetapi ia tidak mampu berjalan. Kajian para saintis menunjukkan jenis pepatung gergasi merupakan spesis serangga paling pantas terbang dengan kadar purata kelajuan sehingga 60 batu sejam atau 97 km sejam! wow...macam naik kereta lajunya. Gerakan kedua-dua kepak yang sangat laju serta cepat ini dan bentuk badan yang ringan serta bentuk yang 'aerodinamik' menyebabkan 'Pepatung Gergasi' mampu terbang laju. Dragonfly bersaiz besar pula mampu terbang dengan purata kelajuan 10-15 meter sesaat atau 20-25 batu sejam. Kajian mendapati bahawa pepatung bersaiz sederhana terbang dengan kelajuan 4.5 meter sesaat (10 bsj). Bagaimana pun struktur badan dragonfly yang ringan ini membolehkan ia bergerak pantas dalam mempastikan spesis ini mapu hidup semenjak zaman purna dulu lagi.

Kajian oleh Ahli Kaji Serangga mendapati pepatung betina bertelur diatas permukaan air (lazimnya air bersih) dan telurnya akan berada pada permukaan air atau melekat pada tumbuhan dalam parit atau kolam. Saya sering perhatikan pepatung betina akan terjun dan akan masuk keseluruhan badannya dalam air (menyelam) untuk bertelur beberapa kali dalam air. Selalunya telur dragonfly ini akan menetas untuk jadi 'Nymph' dimana dilaporkan bahawa jangkahayat pepatung paling lama adalah dalam bentuk nymph dalam air. Nymph (Lihat Foto disebelah) ini berada dibawah permukaan air dan makan menggunakan taringnya untuk memakan jentik-jentik nyamuk atau sebarang hidupan yang berada dipermukaan air. Pada peringkat ini lazimnya nymph mempunyai insang untuk pernafasan dalam air seperti juga hidupan lain dalam air. Ia juga mampu untuk berenang dan bergerak dalam air. Kajian menunjukkan larva pepatung biasa hidup antara 2 bulan hingga 3 tahun dalam air (ada yang dilaporkan sehingga 5 tahun). Peringkat ini jarang-jarang dapat kita lihat kalau tidak membuat kajian secara mendalam dan merekodkannya dengan tepat. Sebenarnya saya sebelum ini pun kurang mengetahui akan perkara ini sehingga membuat rujukan dalam beberapa buku mengenai serangga ini. 

Apabila larva atau nymph ini sudah bersedia untuk jadi pepetung dewasa (metemorphosis), maka larva akan naik kedarat dan akan terus hinggap pada daun tumbuhan yang terdapat disekelilingnya. Selepas itu badannya akan mula mengeras dan seterusnya mula untuk bernafas seperti haiwan didarat. Seterusnya proses pembentukkan dua pasang kepak yang jernih dan kuat akan berlaku. Ini diikuti dengan pembentukkan organ seperti bahagian mata, kaki, ekor dan sebagainya. Proses metaophorsis ini memerlukan masa yang berbeza-beza antara spesis dragonfly, persekitaran, cuaca dan juga sumber makanan. Selalunya pada waktu ini ia makan serangga halus, hamama atau kutu daun sehingga ianya mampu untuk terbang. Kajian penulis kini mendapati pepatung merupakan satu-satunya antara jenis serangga unik yang mana ia mampu terbang 6 arah ; KEDEPAN, KEKIRI, KEKANAN, KEBELAKANG, KEATAS dan KEBAWAH dengan pantas dan cepat menggunakan kepak dan ekornya dalan teknik pergerakan yang unik. Dragonfly dewasa apa yang penulis lihat biasanya mampu hidup antara 5 - 6 bulan dalam keadaan iklim yang biasa. Ia bergantung kepada spesis, iklim dan juga pemangsa.

Saya juga mengetahui semasa belajar di Universiti dulu bahawa dragonfly adalah sejenis serangga pemangsa (Predator) yang sangat berguna dalam sektor pertanian. Kenapa ia berlaku?. Ini kerana pepatung akan memakan serangga perosak tanaman seperti Lalatbuah (Dacus dorsalis) atau (Fruit Fly - foto sebelah), Nyamuk, Belalang kecil, Kumbang, Semut, Hamama dan banyak jenis serangga lagi. Dikawasan kebun mangga atau buah-buahan tropika seperti jambu batu, nangka, betik, belimbing dan lain-lain pepatung akan mengurangkan populasi lalat buah dengan baik sekali. Dalam teknologi kawalan perosak bersepadu (Intergrated Pest Management - IPM) tidak banyak yang menyatakan mengenai kepentingan dragonfly sebagai salah satu serangga yang berfaedah. Kalau cuaca panas lazimnya populasi serangga perosak tanaman akan bertambah dan juga populasi dragonfly juga bertambah. Ia menyeimbangkan populasi antara kedua-dua serangga dalam ekosistem. Kini bagi lokasi seperti di kawasan perumahan di bandar dimana terdapat pepatung yang banyak akan memakan nyamuk yang membiak dikawasan berhampiran. Secara tidak langsung kehadiran dragonfly mampu untuk mengurangkan ancaman nyamoh seperti nyamok aedes atau nyamok jenis lain.

Di Malaysia tiga jenis pepatung ialah Dragonfly yang mempunyai saiz besar dan sederhana dan sejenis lagi di panggil Pepatung Jarum atau Damselffly yang kecil dan perlahan (Lihat foto sebelah). Satu jenis lagi di panggil sebagai Anisozygotera iaitu kombinasi antara keduanya. Serangga kecil ini saya lihat memang mempunyai pelbagai warna menarik seperti biru, merah, hijau, hitam, ungu, kuning, silver dana banyak warna lagi. Saya amat suka melihat beberapa spesis dragonfly yang mempunyai warna kuat yang cantik seperti merah, ungu dan biru. Kekuatan warna ini juga yang menyebabkan musuh semulajadi dragonfly dikesan oleh musuhnya. Musuh utama yang memakan dragonfly seperti burung, cicak, megkarung dan semua haiwan pemakan serangga. Burung selalunya suka menangkap dragonfly yang berterbangan ketika matahari mula bersinar dar awal pagi hingga lewat petang. Haiwan seperti cicak dan mengkarong akan mekan dragonfly yang hinggap pada tumbuhan rendah. Selain itu serangga Labah-labah yang memasang jaring (spider-web) juga merupakan pembunuh tegar dimana dragon yang sangkut pasti akan jadi makanan labah-labah. Penulis juga meneliti tentang serangga semut dan kerengga juga kadang-kadang menangkap kaki pepatung untuk dijadikan makanannya. Bagaimana pun kini manusia masih belum dikategorikan sebagai musuh kepada dragonfly.

Pepatung telah dijadikan inovasi oleh manusia untuk mencipta 'Helikopter' yang mampu terbang dengan konsep yang hampir sama. Rekabentuk, warna, cara pergerakan, cara terbang banyak menggunakan pergerakan pepatung. Ramai antara kita akan tertarik bagaimana pantas dan uniknya kaedah pepatung bergerak. Helikopter menggunakan kipas diatas untuk naik dan turun, ekor di belakang untuk menghala laluan dan turbo di belakannya untuk maju kehadapan. Pergerakan pepatung adalah sesuai untuk memburu mangsa yang terdiri daripada serangga kecil lain yang terbang dengan pantas. Dengan mempunyai kepak yang tidak berwarna dan kaki yang kuat, pepetung mampu menangkap mangsa dengan cekap dan pantas. Serangga ini dimakan dengan mulutnya yang mempunyai gigitajam dan kuat. Pepatung merupakan sejenis serangga yang ujud semenjak zaman purba dimana terpapat fosil-fosil yang ujud semasa zaman dinosour yang musnah akibat perubahan iklim dunia. Serangga ini dikaitkan dengan pelbagai kepercayaan agama, kebudayaan dan kepercayaan diseluroh dunia. Kehebatannya dalam mengadaptasi cuaca, iklim dan suhu menyababkan ianya terus ujud dan membiak sehingga kini. Pepatung dikaitkan dengan alam sekitar yang bersih, mampan dan tidak tercemar dimana ianya ianya tinggal. Keujudan air sangat penting untuk pepatung membiak. Dikalangan para saintis pepatung beoleh di katakan sebagai "Doktor Udara" dimana ianya memakan serangga pembunuh manusia seperti nyamuk aedes dan nyamuk tiruk. Saya gembira dapat menulis artikel yang sangat berinformasi kali ini. Wasallam!


Montparnasse Bienvenue underground station... Paris Metro.
DRAGONLY...JUGA PEPATONG.....
SERANGGA UNIK...IA TERAPONG....
TERBANG PANTAS...DIKAMPONG....
IA PEMANGSA... AMAT TERAGONG...


Related articles you may read:
1. Kerengga (Klik disini)
2. Semut Hitam (Klik disini)
3. Fruit Fly (Click Here)
4. Belalang Kunyit (Klik disini)
5. Bee Keeping Eqiipments (Click here)

By,
M Anem
Senior Agronomist
Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS),
Jalan Persiaran Usahawan, U1, Shah Alam,
Selangor,
Malaysia
(Kemaskini pada 6 Mei 2013)

Friday, June 27, 2014

HARI CENDAWAN 2014

HARI CENDAWAN 2014 telah dilangsungkan daripada 24 - 25 Jun 2014 di Hotel Premiere, Klang, Selangor dimana majlis perasmian dilakukan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di perkarangan TESCO Bukit Tinggi bersebelahan hotel tersebut. Hari cendawan ini adalah dianjurkan bersama oleh Universiti Malaya dan Jabatan Pertanian dengan sokongan daripada MOA, MRC (Mushroom Research Center), MAM (Mushroom Association of Malaysia) dan banyak syarikat-syarikat berasaskan cendawan. Lebih daripada 230 peserta hadir pada Hari Cendawan yang terdiri daripada Penyelidik, Pegawai Kerajaan, Penanam Cendawan, Syarikat Swasta, Koperasi, Koporasi, Pemasar dan pelajar. Hari Cendawan ini mempunyai banyak komponen yang terdiri daripad Bengkel Hari Cendawan, Pameran Hari Cendawan, Perasmian Hari Cendawan, Pertandingan Mewarna Lukisan Cendawan, Pertandingan Bercerita "Saya suka makan cendawan", Pertandingan Gubahan Salad cendawan, Kursus asas penghasilan cendawan berkonsepkan pertanian bandar, pertandingan kuiz cendawan, demonstrasi masakan yang berasaskan cendawan, taklimat pakej projek usahawan muda cendawan (Agropreneur Muda), Mesyuarat Agong Pertsatuan Cendawan Malaysia dan majlis perasmian. Tema untuk Hari Cendawan kali ini adalah 'transformasi industri cendawan negara' yang bertujuan untuk mengujudkan persekitaran untuk perkongsian pengetahuan dan pengalaman antara semua pihak yang giat dalam industri cendawan negara. Cendawan kini telah diiktiraf sebagai salah satu daripada enam sumber makanan utama dalam Dasar Agro-Makanan Negara (DAM) oleh MOA yang penting diambil sebagai makanan sebagai sumber makanan, produk kesihatan, makanan berfungsi, bahan kimia mesra alam dan bioremediasi persekitaran tercemar. Selain daripada ia menjadi penghubung antara pemain industri cendawan negara, Hari Cendawan ini juga merupakan forum untuk melihat setakat mana kemajuan yang dicapai dalam industri cendawan negara dan bagaimana beberapa isu utama ini diketengahkan didalam merancang pembangunan industri ini pada masa akan datang. Majlis perasmian Hari Cendawan dilakukan oleh Menteri Pertanian di perkarangan TESCO Bukit Tinggi , Kelang pada 26 Jun 2014 (Sila lihat foto diatas). Artikel subuh ini saya sempat untuk menulis mengenai Hari Cendawan 2014 dalam "Anim Agro Technology" sebagai satu lagi aktiviti pertanian berkaitan cendawan yang sesuai dibincangkan.


Bengkel Hari Cendawan 2014 yang diterajui oleh Universiti Malaya dengan dokongan daripada MAM ini (Persatuan Cendawan Malaysia) telah menyusun 3 sessi pembentangan iaitu Sessi 1: Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman, Sessi 2: Senario dan halatuju industri cendawan negara di Malaysia dan Sessi 3: Kajiselidik cendawan di Malaysia.  Dalam sesi pertama sebanyak 9 pembentang terdiri daripada pemain industri swasta, individu dan berkumpulan memberikan pandangan dan pengalaman mengenai aktiviti cendawan daripada pelbagai kategori daripada yang berskala besar sehingga oleh pemain individu dan koperasi. Pn Cheng Poh Guat daripada Syarikat Ganofarm Sdn Bhd dari Tanjung Sepat, Selangor menyatakan dalam penglibatannya selama 27 tahun mengusahakan cendawan, cabaran memajukan industri ini amat hebat. Antaranya adalah seperti kekurangan teknologi, masaalah modal, risiko serangan penyakit, masaalah pasaran dan harga. Katanya di negara China industri cendawan yang berskala kecil menyamai dengan industri berskala besar di Malaysia mengikut jumlah cendawan yang dihasilkan. Pembentang juga menyatakan mengenai 'permainan harga' yang boleh menyebabkan industri cendawan ini perlu diselaraskan. Syarikat Nas Agrofarm dari Jenderam Hulu, Sepang pula menyatakan syarikatnya memang ada mengalami masaalah pasaran, kualiti benih cendawan dan menyatakan ramai usahawan baru cendawan yang 'gulung tikar' setelah memasuki industri cendawan. En Nabil juga menyatakan ramai mereka terpengaruh dengan 'Cashflow' sedia ada mengenai bakal keuntungan mengusahakan cendawan sedangkan pada hakikatnya ia tidak memberikan pulangan seperti diharapkan. Pengalaman En Mohd Zahid dari Syarikat Arena Lebar Sdn Bhd dari Ulu Kelang menyatakan, cara jualan terus sendiri dan mengekalkan kualiti antara strategi dibuat bagi meneruskan kemampanan industri ini. Syarikat ini yang tidak membuat sebarang pinjaman menghadapi risiko rendah berbanding dengan mereka yang membuat pinjaman dari institusi bank yang terpaksa membayar hutang walau pun hakikatnya projek cendawannya sudah tidak ada. Selain daripada persaingan harga, kenaikan kos pengeluaran cendawan merupakan satu cabaran yang sangat terkesan dalam industri ini seperti kenaikan bahan input (habuk kayu, benih, dedak padi dan media lain) serta kos upah tenagakerja.


Dalam memberikan pengalaman oleh Syarikat Damansara Mushroom Industri dari Jenjarom, Mr Bobby Eik Eng Hoi memberitahu bahawa industri cendawan mempunyai masaalah pengeluaran 'turun naik' dari segi kuantiti pengeluaran dan harga. Syarikatnya sentiasa mementingkan sanitasi dalam rumah cendawan bagi mengelakan kualiti hasil cendawan. Kekurangan tenaga kerja dan kos media substrat juga telah mengekang pengeluaran cendawan tiram kelabu yang sedang diusahakan selain daripada faktur cuaca. Katanya dalam musin panas dan kering seperti bulan Jun ini, penyiraman dengan air perlu dilakukan dengan kerap dan pengeluaran hasil cendawan telah menurun sehingga 50% pada musim kering ini. Puan Nurul daripada KPD Sabah (Koporasi Pembangunan Sabah) menjelaskan konsep penanaman cendawan shiitake di kawasan tanah tinggi di Sabah sekitar Kundasang. Peserta projek ini terdiri daripada penduduk tempatan yang membuat sistem 'contract farming' dengan KPD semenjak 30 tahun dahulu. Peranan pihak KPD dalam projek ini dengan menyediakan bantuan input penanaman cendawan, memberikan latihan dan membeli balik cendawan shiitake segar mengikut harga kontrak. Seterusnya adalah pembentangan pengalaman daripada dua koperasi iaitu Koperasi Usahawan Kelantan dan Koperasi Usahawan Pulau Pinang. Peranan koperasi dalam pembangunan cendawan adalah untuk mendapatkan cara pengurusan ahli-ahli koperasi dalam industri ini. Bilangan ahli-ahli usahawan cendawan dalam koperasi kini dimaklumkan semakin menurun kerana ramai diantara usahawan cendawan baru yang berhenti dari menjalankan projek tanaman cendawan diatas pelbagai masaalah. Dibangkitkan antara masaalah utama adalah kualiti bekalan benih, harga pasaran, modal pusingan, serangan oleh penyakit cendawan (Kulat hijau, Kulat Putih dsb) dan saingan dengan syarikat berskala besar antara kekengan ahli-ahli koperasi. Pihak koperasi mohon agar akan diujudkan satu peruntukkan khusus dalam pembangunan industri cendawan di Malaysia seperti mana yang dilakukan di Thailand terutama dalam usaha menentukan jenis candawan dan sumber benih berkualiti untuk digunakan oleh pengusaha.


Apa yang menarik adalah pembentangan oleh Encik Chew iaitu dari Syarikat CnC Mushroom Sdn Bhd daripada Pekan Gersik, Muar, Johor (Kampong penulis) adalah bagaimana syarikat mampu menjalankan sistem pemasaran kontrak cendawan. En Chew telah menerangkan konsep 'Contract Farming' syarikatnya dengan lebih daripada 17 kelompok cendawan disekitar kilangnya dimana setiap kelompok mempunyai sekitar 5 orang pengusaha cendawan individu. Syarikat CnC Mushroom mempunyai komponen industri cendawan yang lengkap daripada pembekalan media tanaman, benih cendawan, pemprosesan cendawan kepada makanan snack, agro pelancongan, membuat baja kompos dari beg cendawan terpakai dan pembelian balik cendawan segar. Beliau juga ada menerangkan dengan jelas konsep perjanjian ladang kontrek yang dijalankan dimana pengusaha perlu menjual 70% hasil cendawan kepada syarikatnya dan 30% lagi boleh dijual sendiri. Harga tawaran dikilang adalah sebanyak RM4.50 sekilogram dan boleh dikajisemula dua kali setahun mengikut kesesuaian. Cendawan yang dihantar kekilangnya mempunyai dua gred iaitu Gred 2 (berukuran kurang 6 cm) dan Gred 1 (Berukuran lebih 6 cm) . Pada masa ini syarikat menggunakan sistem pengukusan dengan menggunakan 4 unit pengukus 'Steamer' yang menghasilkan 25,000 beg cendawan sehari. Cara ini hanya perlukan masa selama 1 jam untuk mengukus beg cendawan berbanding dengan teknologi konvensional lama memerlukan masa selama 8 jam atau lebih. Kos membeli pengukus steamer ini melebihi RM 1 juta untuk 4 unit tetapi ia sangat sesuai untuk pengeluaran berskala besar. Selain itu syarikat ini telah tidak menggunakan jenis cendawan tiram kelabu tempatan sejak 2 tahun dahulu sebaliknya telah pun menggunakan jenis cendawan tiram kelabu berasal daripada Thailand. Ini kerana jenis cendawan dari Thailand ini didapati lebih berhasil tinggi dan tahan kepada serangan penyakit. Harga satu unit benih yang dijual oleh syarikat ini RM2.50 - RM3.00 dimana makmal benih menggunakan teknologi terkini untuk mempastikan kualiti benih terjamin. Ini kerana jika ada pengusaha kontrek ini gagal menghasilkan cendawan segar, maka syarikatnya juga akan menghadapi masaalah sumber bekalan cendawan segar. Dalam usaha untuk menambah pendapatan, syarikat CnC juga telah memproses bongkah cendawan terpakai untuk dijadikan baja kompos. Projek ini yang dimulakan sejak tahun 2009 (masa itu saya bertugas di Muar dirujuk untuk mulakan baja ini) telah membekalkan baja organik yang sesuai untuk menyuburkan tanaman. Dalam satu kajian bagaimana untuk memberikan keuntungan pengusaha cendawan, Encik Chew mencadangkan agar menggunakan bahan media penanaman yang lain menggantikan habuk kayu getah yang harganya telah meningkat daripada RM 60 dulu kepada RM120 akibat kos dikilang yang tidak dapat dikekang. Media lain untuk dijadikan media penanaman seperti Tongkol Jagung (Zea mays) di hancurkan atau sisa kacang soya didapati memberikan pulangan yang sangat tinggi untuk cendawan. Pengusaha kena mencari bekalan tersebut.  


Sessi pembentangan rumusan bengkel diadakan yang melibatkan 10 buah kumpulan. Kumpulan1 membincangkan isu penting iaitu media substrat cendawan yang mempengaruhi industri tanaman cendawan. Pada masa ini substrat yang sering digunakan adalah camporan Habuk Kayu (kayu getah), Dedak padi dan kapor. Kos ketiga-tiga bahan ini telah naik disamping berlaku kekurangan dibeberapa negeri seperti di Kelantan, Terengganu dan Selangor. Adalah dicadangkan agar subtrat baru dikaji kesesuainnya termasuk penggunaan habuk kelapa sawit, sisa buangan kapas (perlu diimpot dari China dan India oleh Koperasi Pengusaha Cendawan) atau habuk kayu hutan. Kumpulan dua membentangkan cadangan masaalah bekalan benih tanaman yang juga sangat kritikal. Perlu diujudkan varieti cendawan yang ada jaminan kualiti dan berhasil tinggi. Bengkel 3 bagaimana pun telah berani untuk mencadangkan supaya diujudkan pusat pengeluaran beg cendawan telah disuntik untuk diedarkan jualannya kepada pengusaha. Pusat ini dijangka akan mengurangkan kos pengusaha disamping jaminan boleh dipulangkan jika rosak. Bengkel 4 telah pun membincangkan cadangan bagaimana mengatasi masaalah pinjaman modal kewangan dan insentif industri cendawan. Bengkel 5 membentangkan cadangan ujud produk hiliran (IKS) bagi membantu pendapatan pengusaha. Bengkel 6 membentangkan produk cendawan yang bernilai tinggi hasil dari aktivi pemprosesan cendawan. Kini banyak produk makanan baru berasaskan cendawan seperti sos, samosa, serunding, popia, sup, powder dan sebagainya. Bengkel 7 membentangkan cadangan mengenai persijilan SOM dan kepentingannya untuk industri cendawan. Bengkel 8 membincangkan strategi pemasaran dalam negara dan untuk ekspot. Kumpulan ini mencadangkan beberapa langkah mengawal harga dipasaran. Kumpulan 9 membincangkan peranan koperasi, persatuan dan pengujudan satu pusat koordinasi untuk industri cendawan di Malaysia. Kumpulan 10 membentangkan cadangan untuk menjadikan resepi makanan cendawan sebagai makanan penting dihidangkan semasa adakan majlis rasmi peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Tahap makan cendawan untuk kesihatan perlu diterapkan sejak dari zaman sekolah. Diharap artikel ini memberikan info berguna kepada anda semua. Wasallam!.

HARI CENDAWAN..DIBUAT DI KLANG...
BERBENGKEL....KUMPULKAN ORANG...
BANYAK INFO... TIDAK DISIMPAN...
MAJUKAN...INDUSTRI CENDAWAN...

By,

M Anem,
Senior Agronomist,
Room 201, Hotel Premiere,
Bandar Bukit Tinggi,
Klang, Selangor,
Malaysia.
(25 Syaaban 1435H)       

Thursday, June 26, 2014

BELALANG KUNYIT - PEROSAK TANAMAN


BELALANG KUNYIT (Valanga nigriconis) merupakan sejenis serangga dari Order Anthropod yang terdapat di negara kita dan serangga ini adalah merupakan serangga perosak. Belalang kunyit berwarna kuning kehijauan dikeseluruhan badan dengan titik-titik hitam pada bahagian badan dan nampak nyata tompok hitam pada kaki belakang. Belalang ini mempunyai sepasang sesungut yang bergerak-gerak. Ia mempunyai 3 pasang kaki dimana setiap kaki mempunyai kuku (claws) untuk mencengkam pada dahan atau daun. Sepasang kaki bersaiz besar dibahagian belakang dan ia berfungsi untuk melompat seterusnya kepak belalang tersebut akan digunakan untuk terbang. Sepasang kepaknya terletak dibahagian belakang belalang membolehkan ia terbang kemana-mana dengan mudah. Mata belalang kunyit adalah bersaiz besar dan jenis mata kompound. Belalang kunyit juga bersaiz sehingga 8-15 cm panjang bergantung kepada umur dan lokaliti. Kajian daripada beberapa buku menunjukkan bahawa jangkamasa umur belalang kunyit diantara 6.5 - 8.5 bulan dimana ia sering salin kulit. Belalang kunyit jantan lazimnya salin kulit sebanyak 6 kali sementara belalang betina salin kulit sebanyak 7 kali (Lebih besar). Belalang ini aktif pada suku diantara 27 - 30 darjah selsius dan kurang aktif pada suhu sejuk atau malam hari. Artikel kali ini saya menulis mengenai belalang kunyit sebagai perosak tanaman dalam "Anim Agro Technology' untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada mereka yang ingin mengenali belalang kunyit.


Belalang ini merupakan belalang jenis perosak yang makan pucuk muda pada tanaman seperti pucuk ubikayu, pucuk pisang, tanaman ornamental dan dikalangan estet ia juga menyerang tanaman getah serta kelapa sawit. Kitaran hidup belalang kunyit adalah tidak lengkap dimana ia bertelur didalam tanah dan menjalani beberpa peringkat salin kulit terus menjadi belalang dewasa. Maknanya belalang kunyit amat berbeza dengan serangga lain yang tidak melalui peringkat Larva (Nimfa). Penulis suka tangkap belalang kunyit ketika kecil dulu menggunakan teknik khas yang dicipta oleh kami untuk menangkap belalang kunyit menggunakan jerat sabut kelapa. Benang sabut kelapa dibuat jerat yang diikat pada kayu lurus atau kayu buluh yang panjang kira-kira 1 meter. Sewaktu pagi sebelum cuaca panas, belalang kunyit tidak begitu aktif dan kami akan pergi kepokok ubikayu (Pokok yang paling mudah nak carri lokasi belalang kunyit) atau anak pokok getah muda atau pokok pisang. Buka jerat dan letakkan dihadapan belalang kunyit yang pasif, biasanya belalang kunyit akan bergerak dan cuba melompat maka jerat akan terkena!. Hasil tangkapan belalang kunyit akan di kumpulkan dan masukkan dalam plastik kemudian plastik akan diikat sehingga belalang mati. Belalang kunyit kemudian di goreng dengan kuali tanpa minyak dan masukkan sedikit garam. Ada yang suka makan bila digoreng dengan minyak. Bahagian kaki belakang merupakan bahagian yang paling sedap dimakan iaitu rangup seperti sepit udang galah. Bahagian perut dan abdomen dibuang dan tidak dimakan. Belalang kunyit kaya dengan protin dan rasanya memang sedap, itu kira-kira 40 tahun dulu di kampong saya di Muar, Johor!. Kini hidangan belalang kunyit telah dijadikan resepi unik dibeberapa negara seperti di Indonesia, Irian Jaya dan beberapa negara di Afrika sebagai satu hidangan istimewa. Populasi belalang kunyit ini sangat aktif pada cuaca panas kering. Belalang ini mampu membiak dengan cepat jika cuaca panas dan ada bahan makanan yang sesuai. Jumlah belalang kunyit yang terlalu banyak dibeberapa negara mampu merosakan 'vegetation' dengan teruk. 


Tidak banyak maklumat kajian tentang spesis belalang kunyit dan kitaran hidupnya atau pun khasiat makanan serta perubatan yang diketahui. Apa yang saya belajar semasa di universiti tahun 1980 dulu menyatakan belalang kunyit tergolong dalam kelas serangga yang mempunyai 3 pasang kaki ( 6 semuanya) iaitu dari Order Ortoptera yang mana belalang dewasa akan makan pucuk-pucuk muda tanaman kita seperti sayuran, ubikayu, pisang dan sebagainya. Semasa kajian makmal daya diminta membuat pembedahan (Disect) perut belalang kunyit untuk lulus periksa. Belalang kunyit merupakan serangga yang mempunyai kitaran hidup tidak lengkap. Belalang kunyit bertelur dalam tanah dan menjalani beberapa peringkat sebelum dewasa dan peringkat dewasa dimana ianya tidak melalui peringkat Larva (Ulat) seperti kebanyakkan anthropod lain. Serangan belalang kunyit banyak terjadi pada musim panas dan kemarau dimana serangga ini aktif dan cepat membiak. Kawalan seranggan boleh dibuat dengan cara manual (Tangkap dan goreng seperti saya buat dulu) atau cara semburan kimia dengan racun serangga (Dulu guna Malathion atau Decis). Kajian mengenai belalang ini oleh para saintis tempatan perlu dibuat untuk mempastikan belalang ini tidak mengancam tanaman sehingga menjadi ancaman seperti yang berlaku di Australia dan Benua Afrika (Musnahkan beribu-ribu ekar tanaman dalam masa singkat). Maklumat mengenai kajian saintifik belalang kunyit juga tidak banyak. Oleh itu sesiapa yang ada maklumat saintifik belalang kunyit kita bolehlah kita share.. Inilah artikel belalang kunyit . Melawat Amsterdam di Belanda tidak jumpa belalang kunyit pun semasa Spring 2014. Wasallam!.




BELALANG KUNYIT ...WARNA KUNING.
BERCORAK HITAM...WARNA TERANG....
MAKAN PUCUK...BANYAK TANAMAN...
PERLU KAWAL....POKOK JADI AMAN...

Related articles:
1. Belut (Klik disini)
2. Burung Walit (Klik disini)
3. Itik Muscovy (Klik disini)
4. Tupai (klik disini)


By
M Anem,
Senior Agronomist,
Eurostar Train Express,
Saint Pancras Station,
London, UK.
(22 Syaaban 1435H)

Wednesday, June 25, 2014

LETUP-LETUP - JENIS HERBA

LETUP-LETUP (Passiflora foetida) merupakan sejenis dari kumpulan rumpai yang tumbuh liar di negara kita dari keluarga Passifloraceae. Tumbuhan ini dikategorikan sebagai tumbuhan rumpai jenis menjalar dan menghasilkan bunga yang amat menarik. Saya memang kenal akan tumbuhan ini kerana ia banyak tumbuh dikawasan kebun dan ditepi jalan dikampong di Muar, Johor dahulu kala ketika saya bersekolah. Bagaimana pun saya agak keliru kerana nama buah 'letup-letup' inii sering merujuk kepada dua jenis buah yang berbeza iaitu letup-letup yang menjalar (Foto diatas) dan juga sejenis lagi letup-letup pokok tumbuh menegak (Foto dibawah). Tumbuhan ini natif dari kawasan tropika seperti di Asia Tenggara dan juga di USA Selatan, Hawai, Amerika Selatan, Afrika Barat dan sebagainya. Ditempat lain tumbuhan ini juga dipanggil sebagai marya-marya, bush passion fruit, stinking passionflower, wild maracuja, love-in-a- mist, Timun Padang, Buah Tikus  dan juga Kha Tok Rok (Thailand). Saya sudah boleh agak bagaimana tumbuhan ini diberi nama sebagai 'letup-letup', saya agak pasti kerana buahnya yang berbentuk bulat dan apabila buah tersebut matang dan di tekan lazimnya akan menghasilkan bunyi seperti letupan kecil. Tumbuhan ini tidak banyak diperkatkan di negara kita kerana ia merupakan tumbuhan liar yang tumbuh dalam belukar semulajadi. Ia hanya terdapat dikawasan tanah yang mendapat cahaya matahari yang banyak dan tumbuh bersama rumpai lain. Mungkin pada masa kini agak sukar untuk mencari tumbuhan letup-letup dikawasan kebun. Penggunaan racun rumpai dan cara pembasmian pokok letup-letup ini menyababkan ia semakin pupus. Artikel malam jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology' mengenai sejenis tumbuhan yang jarang-jarang dikaji iaitu pokok letup-letup yang sering kita jumpa dikawasan belukar dan kebun dikampong. 


Ini juga buah letup-letup.
Pokok letup-letup ini saya sering dapati tumbuh liar tanpa ditanam kerana ia adalah didalam kategori rumpai yang memang perlu dimusnahkan dikawasan dimana menganggu tanaman akibat persaingan asas mengenai nutrien, cahaya matahari, air, ruang dan juga mungkin menjadi perumah kepada perosak dan penyakit. Jangan keliru dengan foto sebelah iaitu sejenis tumbuhan liar yang juga dipanggil sebagai letup-letup dikawasan tertentu di Malaysia. Buahnya juga menghasilkan bunyi 'letupan' apabila ditepuk dengan beberapa tangan. Saya akan cuba menulis mengenai buah tersebut dalam artikel lain. Tumbuhan letup-letup ini adalah sejenis yang menjalar dengan batang (vine) sepanjang 1.5 - 6.0 meter bergantung kepada spesis dan lokaliti. Penelitian penulis mendapati batangnya mempunyai bulu halus dengan warna hijau kekuningan dan akan menjadi berkayu apabila tua. Ramai diantara kita yang tinggal di bandar memang tidak berpeluang melihat tumbuhan ini kerana ia semakin kurang. Tumbuhan ini juga amat kurang ditanam (atau memang tiada orang menanamnya) untuk sebarang tujuan komersil atau tujuan lain. Penulisan artikel mengenai tumbuhan ini juga amat kurang dibuat oleh para saintis tempatan. 


Tumbuhan letup-letup mempunyai jenis daunnya  seperti hati dengan mempunyai sama ada 3 atau 5 lekukan. Daun letup-letup agak berbulu halus dan berwarna hijau cerah. Daun ini mengeluarkan bau agak busuk jika dilumatkan dan ia mungkin mengandungi bahan kimia. Susunan daun adalah Jenis Bersilang (alternate) dengan tangkai daun yang agak panjang sekitar 2-4 cm. Lazimnya ada Bulu dibahagian hujung daun yang lebih tebal dan panjang. Jika daun ini diramas dengan tangan akan menghasilkan bau busuk atau orang jawa kampong saya kata sebagai bau 'Langu'. Ia boleh dilumatkan dan diletakkan pada bahagian badan yang terluka dan mampu menghentikan pendarahan. Jika pokok tumbuh pada tanah subur yang rimbun, ianya akan menutupi tumbuhan lain dikawasan tersebut kerana ianya adalah padat. Apa yang menarik mengenai pokok letup-letup ini adalah bunganya yang amat cantik dan menarik (Lihat foto sebelah). Warna dan juga bentuk bunga bermacam-macam bergantung kepada spesis dan persekitaran. Pada asasnya bunganya jenis biseksual dari yang berwarna putih sehingga warna putih krim dan ungu ditengahnya. Ia juga mempunyai banyak kelopak dan susunan stamen yang jelas. Bunga ini keluar sepanjang tahun dan bilangan bergantung kepada kesuburan dan umur pokok. Bunga terbuka pada sebelah pagi dan tertutup semula sebelum tengahari. Apa yang penulis pasti ialah kemmungkinan bunga ini mempunyai banyak nektar (manisan bunga) kerana sering dikunjungi pelbagai jenis serangga seperti rama-rama, lebah madu, semut dan sebagainya untuk mendebungakannya. Ini kerana bunganya yang memang mempunyai warna terang dan besar serta ada debunga dan nektar untuk dikunjungi oleh serangga 


Paling unik mengenai buah letup-letup adalah buahnya yang terbentuk didalam karung berjaring (Lihat foto sebelah). Karung berjaring ini menutupi buah muda dan mampu memerangkap serangga bagi sesetengah spesia sepabai tumbuhan pemangsa (predators). Buah akan terus berada didalam karung berjaring sehingga masak tanpa diganggu. Buah letup-letup berbentuk bulat (Globose) dengan ukurlilit buah sekitar 2-4 cm. Warna buah lazimnya kuning terang dan didalamnya mengandungi banyak biji berwarna hitam yang diselaputi dengan lendir yang rasanya manis. Saya dulu dizaman remaja pun suka petik buah letup-letup ini dan buka isinya untuk dimakan. Burung suka makan buah ini dan menyebarkan biji yang dimakan kekawasan lain untuk disebarkan melalui najis yang jatuh dan bijinya kemudian tumbuh secara semulajadi. Selain daripada dianggap sebagai rumpai, belum banyak kajian dijalankan mengenai kegunaan tumbuhan ini. Disetengah negara, buah letup-letup masih dimakan kerana rasa manisnya dan memang ia adalah produk organik. Tumbuhan ini juga ditanam dikawasan tertentu dalam taman bunga dengan sistem para sebagai satu tarikan. Pucuk daun letup-letup sesuai juga dipetuk untuk dimakan sebagai sayur-sayuran terutama dikawasan pendalaman. Salah satu kandungan dalam tumbuhan ini adalah bahan 'Saponin' yang boleh digunakan sebagai 'sabun' secara semulajadi. Ada setengah negara yang memgeringkan daunnya untuk dijadikan teh bagi minuman. Saya harap akan ada kajian lanjut mengenai tumbuhan ini dari nilai komersil pada masa akan datang dengan nilai-nilai permakanan atau dijadikan bahan komestik. InsyAllah!.
       

LETUP-LETUP.... ADA SARUNGNYA....

MASAK KUNING...BERJARING DIA...
LENDIR MANIS.... HITAM BIJINYA...
BUAH NADIR ... BUAH CANTIKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 201, Hotel Premiere,
Bandar Bukit Tinggi,
Kelang, Selangor,
Malaysia
(25 Syaaban 1435H)