Thursday, June 26, 2014

BELALANG KUNYIT - PEROSAK TANAMAN


BELALANG KUNYIT (Valanga nigriconis) merupakan sejenis serangga dari Order Anthropod yang terdapat di negara kita dan serangga ini adalah merupakan serangga perosak. Belalang kunyit berwarna kuning kehijauan dikeseluruhan badan dengan titik-titik hitam pada bahagian badan dan nampak nyata tompok hitam pada kaki belakang. Belalang ini mempunyai sepasang sesungut yang bergerak-gerak. Ia mempunyai 3 pasang kaki dimana setiap kaki mempunyai kuku (claws) untuk mencengkam pada dahan atau daun. Sepasang kaki bersaiz besar dibahagian belakang dan ia berfungsi untuk melompat seterusnya kepak belalang tersebut akan digunakan untuk terbang. Sepasang kepaknya terletak dibahagian belakang belalang membolehkan ia terbang kemana-mana dengan mudah. Mata belalang kunyit adalah bersaiz besar dan jenis mata kompound. Belalang kunyit juga bersaiz sehingga 8-15 cm panjang bergantung kepada umur dan lokaliti. Kajian daripada beberapa buku menunjukkan bahawa jangkamasa umur belalang kunyit diantara 6.5 - 8.5 bulan dimana ia sering salin kulit. Belalang kunyit jantan lazimnya salin kulit sebanyak 6 kali sementara belalang betina salin kulit sebanyak 7 kali (Lebih besar). Belalang ini aktif pada suku diantara 27 - 30 darjah selsius dan kurang aktif pada suhu sejuk atau malam hari. Artikel kali ini saya menulis mengenai belalang kunyit sebagai perosak tanaman dalam "Anim Agro Technology' untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada mereka yang ingin mengenali belalang kunyit.


Belalang ini merupakan belalang jenis perosak yang makan pucuk muda pada tanaman seperti pucuk ubikayu, pucuk pisang, tanaman ornamental dan dikalangan estet ia juga menyerang tanaman getah serta kelapa sawit. Kitaran hidup belalang kunyit adalah tidak lengkap dimana ia bertelur didalam tanah dan menjalani beberpa peringkat salin kulit terus menjadi belalang dewasa. Maknanya belalang kunyit amat berbeza dengan serangga lain yang tidak melalui peringkat Larva (Nimfa). Penulis suka tangkap belalang kunyit ketika kecil dulu menggunakan teknik khas yang dicipta oleh kami untuk menangkap belalang kunyit menggunakan jerat sabut kelapa. Benang sabut kelapa dibuat jerat yang diikat pada kayu lurus atau kayu buluh yang panjang kira-kira 1 meter. Sewaktu pagi sebelum cuaca panas, belalang kunyit tidak begitu aktif dan kami akan pergi kepokok ubikayu (Pokok yang paling mudah nak carri lokasi belalang kunyit) atau anak pokok getah muda atau pokok pisang. Buka jerat dan letakkan dihadapan belalang kunyit yang pasif, biasanya belalang kunyit akan bergerak dan cuba melompat maka jerat akan terkena!. Hasil tangkapan belalang kunyit akan di kumpulkan dan masukkan dalam plastik kemudian plastik akan diikat sehingga belalang mati. Belalang kunyit kemudian di goreng dengan kuali tanpa minyak dan masukkan sedikit garam. Ada yang suka makan bila digoreng dengan minyak. Bahagian kaki belakang merupakan bahagian yang paling sedap dimakan iaitu rangup seperti sepit udang galah. Bahagian perut dan abdomen dibuang dan tidak dimakan. Belalang kunyit kaya dengan protin dan rasanya memang sedap, itu kira-kira 40 tahun dulu di kampong saya di Muar, Johor!. Kini hidangan belalang kunyit telah dijadikan resepi unik dibeberapa negara seperti di Indonesia, Irian Jaya dan beberapa negara di Afrika sebagai satu hidangan istimewa. Populasi belalang kunyit ini sangat aktif pada cuaca panas kering. Belalang ini mampu membiak dengan cepat jika cuaca panas dan ada bahan makanan yang sesuai. Jumlah belalang kunyit yang terlalu banyak dibeberapa negara mampu merosakan 'vegetation' dengan teruk. 


Tidak banyak maklumat kajian tentang spesis belalang kunyit dan kitaran hidupnya atau pun khasiat makanan serta perubatan yang diketahui. Apa yang saya belajar semasa di universiti tahun 1980 dulu menyatakan belalang kunyit tergolong dalam kelas serangga yang mempunyai 3 pasang kaki ( 6 semuanya) iaitu dari Order Ortoptera yang mana belalang dewasa akan makan pucuk-pucuk muda tanaman kita seperti sayuran, ubikayu, pisang dan sebagainya. Semasa kajian makmal daya diminta membuat pembedahan (Disect) perut belalang kunyit untuk lulus periksa. Belalang kunyit merupakan serangga yang mempunyai kitaran hidup tidak lengkap. Belalang kunyit bertelur dalam tanah dan menjalani beberapa peringkat sebelum dewasa dan peringkat dewasa dimana ianya tidak melalui peringkat Larva (Ulat) seperti kebanyakkan anthropod lain. Serangan belalang kunyit banyak terjadi pada musim panas dan kemarau dimana serangga ini aktif dan cepat membiak. Kawalan seranggan boleh dibuat dengan cara manual (Tangkap dan goreng seperti saya buat dulu) atau cara semburan kimia dengan racun serangga (Dulu guna Malathion atau Decis). Kajian mengenai belalang ini oleh para saintis tempatan perlu dibuat untuk mempastikan belalang ini tidak mengancam tanaman sehingga menjadi ancaman seperti yang berlaku di Australia dan Benua Afrika (Musnahkan beribu-ribu ekar tanaman dalam masa singkat). Maklumat mengenai kajian saintifik belalang kunyit juga tidak banyak. Oleh itu sesiapa yang ada maklumat saintifik belalang kunyit kita bolehlah kita share.. Inilah artikel belalang kunyit . Melawat Amsterdam di Belanda tidak jumpa belalang kunyit pun semasa Spring 2014. Wasallam!.




BELALANG KUNYIT ...WARNA KUNING.
BERCORAK HITAM...WARNA TERANG....
MAKAN PUCUK...BANYAK TANAMAN...
PERLU KAWAL....POKOK JADI AMAN...

Related articles:
1. Belut (Klik disini)
2. Burung Walit (Klik disini)
3. Itik Muscovy (Klik disini)
4. Tupai (klik disini)


By
M Anem,
Senior Agronomist,
Eurostar Train Express,
Saint Pancras Station,
London, UK.
(22 Syaaban 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.