Saturday, May 11, 2013

SUNFLOWER (Bunga Matahari) - Part 2

BUNGA MATAHARI (Helianthus annuus) atau 'Sunflower' merupakan sejenis tumbuhan popular dari keluarga Asteraceae yang merupakan tanaman industri penting. Penanaman pokok Bunga Matahari dibeberapa negara merupakan satu tanaman penting seperti dikebanyakan negara Eropah untuk menghasilkan minyak sayuran dan pelbagai produk lain. Pengeluaran minyak dari biji bunga matahari menyumbangkan sebanyak 8% daripada jumlah pengeluaran minyak sayuran dunia dan merupakan ke 4 terpenting didalam peggunaan minyak sayur selepas minyak dari kacang soya dan kelapa sawit. Terdapat 45 varieti atau kultivar tanaman sunflower diseluruh dunia didaftarkan dengan Royal Horticulture yang dikomersilkan. Antara beberapa varieti popular seperti Autumn beauty, Mammoth Russian, Kong hybrid, Large grey stripe dan sebagainya. Penanaman sunflower di Malaysia adalah untuk tanaman hiasan di kawasan taman bunga atau didalam pot dikeliling rumah. Bunga Matahari bisa tumbuh dengan baik di dataran Rendah sampai Tinggi dengan kondisi sinar matahari yang penuh serta tidak terlalu berangin. Sosoknya biasanya besar gagah, dengan bunga selalu mengarah ke arah Matahari. Artikel petang Jumaat kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi penanaman sunflower berdasarkan daripada rujukkan beberapa buku dan lamanweb untuk pengetahuan pembaca.

Jika ingin menanam bunga matahari dan hendak menikmati bunga matahari yang cantik dan segar dikawasan rumah, maka kita boleh  menanam dikawasan rumah sama ada diatas atanah atau dalam pasu. Sebaiknya kita pilih jbeberapa jenis bunga matahari yang kita suka dan dapatkan anakbenih daripada pembekal yang dipercayai. Pengenalan Benih Bunga Matahari amat penting kita ketahui kerana ia merupakan asas atau proses awal yang sangat penting. Benih bunga matahari bisanya besar dan sangat mudah dikenali walau pun ia kali pertama jumpa. Apa tidaknya, kalau mereka yang biasa makan 'kuaci' pasti kata ia seakan sama dengan kuaci (Lihat foto sebelah). bagaimana pun kuaci yang dijual di bungkus dan dijual di Supermarket tidak boleh ditanam kerana telah diproses dan dimasak untuk dijadikan makanan ringan. Benih bunga matahari segar mudah cambah jika ditanam. Beberapa varieti seperti 'Yang mamoth Grey', Evening Sun' dan Velvet Queen' antara yang sesuai ditanam secara bercampur untuk menjadikan kombinasi bunga matahari yang menarik. 

Varieti Yang Mammoth Grey (Foto sebelah kiri) mempunyai bunga yang berwarna putih dengan garis garis coklat kehitaman dengan saiz besar. berbanding dengan varieti Evening Sun yang mempunyai bunga berupa campuran dari berbagai macam warna walau pun warna benihnya adalah tidak sama warna. Kalau saya perhatikan, terdapat benih yang berwarna putih, putih krim, coklat tua dan hitam. Berbagai saiz dan warna bunga varieti ini akan keluar dari warna kuning yang paling cerah sehingga kepada warna Oren. Manakala itu saya dapati yang varieti 'Velvet Queen' merupakan bunga matahari yang mempunyai warna Merah Darah yang ketinggiannya mencapai 1 meter bersedia untuk berbunga (Lihat foto dibawah). Bentuk benihnya lebih ramping dan pendek sedikit dibanding benih Mammoth Grey. 

Varieti 'Velvet Queen)
Sebelum menanam perlu disediakan media penanaman iaitu daam nurseri biasa atau dalam 'kotam Semaian' komersil mengandungi media semaian sesuai. Biji yang tidak tajam atau mempunyai hujung yang agak bulat lebih 'vigorous' dan cepat tumbuh. Pastikan bijibenih doletakkan dibahagian tengah lubang nurseri dan sering disiram dengan air. Sebaiknya kotak semaian diletakkan dengan mendapat sinaran matahari. Kita juga boleh menanam biji benih bunga matahari terus kedalam pasu atau diatas batas tanah penanaman yang telah disediakan. Sebaiknya buat rawatan dengan racun serangga dan racun kulat untuk menjaga keselamatan biji benih daripada dimakan semut. Penting dinasehatkan agar kotak nurseri mempunyai suhu sekitar 25 celsius dengan ada sinaran matahari. Dari peringkat anakbenih lagi ada tendensi pokok akan tumbuh membengkok menghadap cahaya metahari dan kotak semaian boleh dipusingkan.

Lazimnya setelah 3 - 4 hari maka benih yang tadi akan terlihat terangkat sedikit disebabkan benih bunga Matahari sana sudah membentuk akar. Selepas 1 minggu kemudian, tanaman setinggih 5 cm mulai terlihat dan kita boleh memindahkan tanaman anakbenih tersebut kelokasi penanaman. Jika ditanam wakyu ini , pokok yang ditanam tidak membengkok. Jika kita menyemai dalam rumah, maka kita akan dapati anakbenih menjadi bengkok mengejar cahaya matahari (Sungguh fanatik tumbuhan ini dengan matahari!). Jika kita menyemai didalam rumah pastikan ia dipusing-pusingkan agar benih tumbuh tidak akan bengkok. Pokok bunga matahari adalah fanatik dengan mencari sinar matahari. Pastikan anakbenih ditanam dilokasi yang mendapat cahaya selama 6 jam sehari.

Penjagaan pokok bunga matahari amat mudah iaitu dengan menyiram 2 kali sehari bila hari sangat panas. Ketika musim hujan tidak perlu disiram dan apa yang perlu adalah menegakan pokok -pokok yang bengkok dan tidak tegak. Selepas 1 - 2 bulan ditanam lazimnya pokok akan diberi baja NPK 15:15:15 pada kadar yang sesuai dan baja organik yang sesuai. apa yang saya perhatikan, selepas 3 bulan, akan muncul tunas tunas bunga di ujung pucuk tanaman iaitu di ketiak-ketiak batang daun. Kalau kita tidak rasa sayang bolehlah dibuang dengan memotong tunas-tunas bunga yang tidak akan efektif. Ini kerana bunga yang terhasil akan kecil kerana berebut nutrien makanan dengan pertumbuhan pokok dan daun. Bunga mekar akan keluar berperingkat-peringkat sehingga mempunyai bilangan yang banyak dan amat menarik. Wasallam!

Artikel berkaitan:
1. Sunflower -Part 1 (Sila klik disini)
2. Sunflower - Agronomi (Sila klik disini)

BUNGA MATAHARI...CANTIKNYA...
MUDAH DITANAM...ADA CARANYA...
BELI BENIH... SEMAI SAHAJA ...
ADA BUNGA...GEMBIRA RASANYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Room 205, Hotel Dragon,
Senai, Johor,
Malaysia
(2 Rejab 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.