Tuesday, January 29, 2013

NUTS - WALNUTS

WALNUTS (Juglans regia) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Juglandaceae yang menghasilkan buah kacang walnuts.  Tumbuhan ini berasal daripada kawasan beriklim sub-tropika dan kawasan bersuhu sederhana sejuk. Pengeluaran walnut dunia pada tahun 2010 dianggarkan sebantak 2,65 juta metrik tan setahun dengan kebanyakan pengeluaran daripada negara di Asia. Menurut data oleh FAI Statistik, Negara pengeluar walnut disenaraikan sebagai USA, Iran, Turki, Mexico, Ukraine, Romania, India, Perancis dan Chile. Dari segi pengeluaran pula, negara Romania telah merekodkan produktiviti walnuts tertinggi didunia iaitu sebanyak 23 metrik tan sehektar walau pun kadar purata pengeluaran dunia sekitar 3 metrik tan sehektar. Sama ada faktur teknologi, kesesuaian iklim, baka tanaman atau pun cara pengurusan, kawasan di Eropah Timur tetap merupakan negara pengeluar utama walnut dunia pada tahun 2010. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan dan hasil walnuts iaitu sejenis buah yang popular digunakan sebagai bahan ramuan makanan kesihatan dan beberapa kehunaan lain. 


Tumbuhan Juglans regia ini merupakan pokok mempunyai batang yang besar  macam pokok balak dengan ulurlilit batang sekitar 2-3 meter dan ketinggian sehingga 35 meter. Pokok ini rendang dengan daun dahan yang rimbun dan perlukan banyak cahaya matahari untuk kesuburan. Batang pokok mempunyai kulit yang agak lembut berwarna coklat kelabu dan lazimnya ada ruang udara atau empulur kosong ditengahnya. Daunnya berbentuk pinnate dengan sebanyak 5-9 helai daun dalam satu tangkai daun. Saiz satu tangkai rumpun daun adalah sekitar 25 - 40 cm panjang dan mempunyai susunan sama bersilang (pair alternate). Daun yang berwarna hijau ini mempunyai ukuran sekitar 10 -18 cm panjang dan lebar sekitar 6 cm. Bunga pokok walnuts berupa bunga panjang bertangkai sepanjang 5 - 8 cm dimana bunga jantan berada dipangkal jambak dan bunga betina dibawahnya. Buah walnuts adalah berbentuk bulat dan berwarna hijau ketika muda dimana mengandungi biji bersaiz besar didalamnya. Biji walnut inilah yang diambil sebagai satu jenis nut yang mengandungi khasiat sangat tinggi dan bernilai tinggi.


Beberapa rujukkan menunjukkan terdapat banyak verieti tumbuhan walnuts iaitu melebihi 10 jenis. Antara varieti yang popular seperti Vina, Valcor, Marbot, Lara, Jupanetti, Serr dan banyak lagi. Kajian mendapati penanaman pokok walnuts lazimnya menggunakan bahan anak benih cantuman dari pokok penanti yang tahan kepada serangan penyakit. Pokok ini perlu ditanam dengan jarak sekitar 8m x 9 meter dengan kepadatan sebanyak 160 pokok sehektar. Lazimnya penanaman dikira untuk selama 35 tahun sebagai ekonomik. Pokok walnut juga mampu tumbuh dengan   ketinggian mampu mencapai 50 meter dan boleh hidup sehingga 200 tahun lamanya. Tanah jenis tanah dalam melebihi 3  meter sesuai untuk ditanam dengan pokok walnuts. Baja dengan kandungan unsur Nitrojan yang tinggi diperlukan dari peringkat awal pertumbuhan. Bekalan air juga diperlukan untuk pertumbuhan cergas dari peringkat awal penanaman. Kawalan rumpai, serangga perosak, nematod dan kulat disesuaikan dengan konsep IPM dan penggunaan racun serangga.


Pokok walnuts mula mengeluarkan hasil selepas 4-5 tahun ditanam bergantung kepada pengurusan kebun. Rekod menunjukkan hasil mula optima mulai tahun ke 8 dan seterusnya. Bagi ladang walnut komersil, alatan jentera digunakan untuk mengegarkan pokok (Foto sebelah), memungut buah yang gugur diatas tanah (sweeping and collecting), mesin pemecah kulit dan seterusnya memproses biji walnuts. Bagi petani kecil-kecilan, buah yang gugur akan dipungut secara manual dan diproses secara manuak juga. Anggaran pengeluaran hasil sebanyak 0.6 metrik tan sehektar pada tahun keempat meningkat kepada 6.7 metrik tan sehektar pada tahun ke 8. Biji walnuts mengandungi Protin yang amat tinggi dimana setiap 100 gram terdapat 65.2 g lemak, 15.2 g protin serta 7.9 gram fiber. Kacang walnuts ini banyak tinggi kandungan asid amino yang berguna untuk kesihatan. Biji walnuts banyak digunakan sebagai makanan kesihatan iaitu sebagai bahan anti-oksidan yang efektif. 
WASALLAM!

NAMANYA WALNUT... ENAK RASANYA...
BUAH MUDA HIJAU ... DIAMBIL ISINYA...
POKOK DIGEGAR.... JATUH BUAHNYA...
BUAH DIKUTIP... DIPROSES SETERUSNYA...

By,
M Anem
Pinggiran Putra,
Selangor,
Malaysia.
(12 RabiulAwal 1434H)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.