Sunday, May 20, 2012

TEKNOLOGI HIDROPONIK FGHC

FRESH GARDEN HYDROPONIC CENTER (FGHC)  adalah satu syarikat di Thailand yang mempamerkan di Horti Asia 2012 di BITEC, Bangkok dimana mempunyai kepakaran dalam Teknologi Penanaman Hidroponik. Semasa melawat gerai mereka, petugas syarikat maklumkan yang syarikat telah menjalankan kajian teknologi hidroponik selama lebih 10 tahun. Syarikat Kumpulan VP ini memperkenalkan teknologi penanaman tanpa menggunakan tanah dan membekalkan peralatan lengkap penanaman secara 100% hidroponik. Khdimat jualan produk, khidmat perundingan dan juga khidmat pemasangan set hidroponik disediakan oleh syarikat ini yang beralamat di 57, Soi Sukhumit 38, Prakhanong, Khiongtoey, Bangkok 10110 dengan laman website www.freshgarden.co.th atau telepon pada talian +66(2)7123550. Semasa lawatan kegerai tersebut saya melihat mereka menggunakan teknologi Sweden terutama untuk produk alatan, instrumen dan juga khidmat kepakaran dan perundingan. Artikel malam ini saya mengupas teknologi yang di paparkan oleh syarikat ini dan saya telah mengolah mengikut kepakaran saya sendiri mengenai teknologi ini.


Teknologi tanaman hidroponik merupakan satu teknologi yang sesuai di kawasan dimana tanah adalah terhad, keadaan suhu terlalu panas atau terlalu sejuk, kawasan perbandaran, kawasan bercerun curam, kawasan gunung berapi dan dikawasan gurun. Kaedah ini tidak menggunakan tanah sebagai media tanaman sebaliknya menggunakan air larutan baja iaitu konsep terbalik. Lazimnya akar tanaman akan memanjang dalam tanah untuk mencari nutrien tetapi teknologi ini kita bekalkan nutrien terus kepada akar tumbuhan yang sedia untuk di ambil. Kaedah ini didapati memberikan keadaan optimum kepada tumbuhan untuk membesar dengan cergas dan memberikan pulangan lebih terjamis dari segi kualiti dan ketepatan masa. Keadaan akan menjadi lebih sempurna jika sistem ini dilaksanakan didalam struktur pelindung hujan (SPH) dan kalis serangga.


Kelabihan teknologi hidroponik seperti penanaman yang berterusan tanpa gangguan cuaca dan persekitaran. Semasa saya melaway ladang hidroponik yang amat luas di Beijing, China pada musim sejuk Disember 2011 mendapati sayuran sawi, bayam, salad, tomato masih dihasilkan dengan kaedah tanaman hidroponik didalam rumah kaca yang terkawal suhunya. Walau pun kos asas teknologi ini agak tinggi sedikit tetapi ianya akan menguntungkan kepada mereka kerana jaminan penghasilan, produk yang segar, bebas dari penggunaan racun dan boleh dijadualkan pengeluarannya. Teknologi ini sangat sesuai di aplikasikan di kawasan bandar seperti rumah kondominium, rumah flat, kompoun pejabat dan sebagainya tanpa menggangu persekitaran malahan mencantikkan lagi landskap.


Sistem ini mudah diuruskan dan cara kerja yang bersih kerana tidak ada tanah digunakan.  Didapati cara ini tidak banyak tenagakerja diperlukan untuk menjaganya. Memadai dengan membaca buku atau risalah atau baca melalui website makan seseorang mampu menjalankan sistem hidroponik ini.  Pada masa ini ramai penghuni kawasan bandar suka tinggal di kondominium yang bergaya, selamat dan mampu milik dimana teknologi hidroponik boleh mengurangkan kos pembelian bahan mentah untuk makanan segar. Pertumbuhan tanaman didalam sistem ini adalah cepat daripada cara konvensional menggunakan tanah kerana bekalan nutrien lengkap boleh diambil akar sepanjang masa. 


Bagaimana pun mereka yang berminat perlu tahu akan kelemahan sistem ini iaitu kos awalan adalah tinggi. Kos untuk pembelian kelengkapan, peralatan dan struktur  SPH. Projek ini tidak menguntungkan untuk jangkamasa pendek tetapi akan menampakkan keuntungannya dalam masa lama. Teknologi ini perlukan kemahiran dan kepakaran tinggi terutama dalam aspek botani, fisiologi tumbuhan, kawalan equipment, teknik pembajaan dan sebagainya. Kemungkinan serangan perosak adalah cepat merebak kerana tumbuhan berada dalam satu lokasi yang sama dan menggunakan bahan nutrien dan larutan baja yang serupa. 


Teknologi hidroponik ini menggunakan Teknologi Nutrient Flow Technique (NFT) dengan menggunakan sistem palong, pam air, bekas tanaman, tangki air, larutan baja, benih dan bekalan eletrik berterusan.  Palong di sengetkan pada kecuraman 1-3% dimana aie larutan baja akan mengalir perlahan dengan bekalan oksijan mencukupi untuk diambil oleh akar pokok. Teknologi ini diperkenalkan oleh seorang saintis bernama Allan Cooper di England pada tahun 1976. Pada masa ini banyak perkakasan dan peralatan yang telah dihasilkan diseluruh dunia oleh banyak syarikat termasuk syarikat FGHC yang saya kunjungi gerainya. Penggunaan takung atau palong yang baik, tahan lama, cekap dann harga berpatutan merupakan inovasi yang cuba diperkenalkan pada masa ini.  Saya percaya teknologi hidroponik akan lebih popular pada masa akan datang dengan penemuan-penemuan baru kajian yang meningkatkan kecekapan teknologi hidroponik. Semuga artikel ini menambahkan pengetahuan anda. Wasallam.


TEKNOLOGI HIDROPONIK...TEKNOLOGI TERKINI...
TIDAK GUNAKAN TANAH..TAPI GUNAKAN AIR...
MEREKA YANG BARU....PERLU MEMAHAMI....
HASIL BERSIH...DIMAKAN DAN GUNA SENDIRI...


By,
M Anem
Jalan Cendana, Air Keroh,
Jalan Istana, Melaka.
(27 JamadilAkhir 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.