PRODUK BUAH DARI SYARIKAT 'SMILE FRUIT CO. LTD'. yang mempamerkan produk buah-buahan tropika yang di proses telah saya kunjungi pada pameran Horti Asia 2012 di BITEC, Bangkok , Thailand pada 10 Mei 2012. Syarikat ini mempamerkan banyak jenis buah-buahan tropika yang di proses melalui teknologi 'Vacuum Fry' dan juga 'Dried Fruit Product' untuk pasaran domestik di Thailand dan juga pasaran ekspot. Pengamatan saya mendapati syarikat ini berupaya menghasilkan produk yang bermutu tinggi dengan pembungkusan yang sangat menarik dan jenama yang mudah mendapat respon pengguna. Kilang utama syarikat ini terletak di 26/1, M7 Huyang Klaeng Krayong 2100, Thailand dengan laman wesite tersendiri iaitu www.smilefruit.thai.com menerima taraf akreditasi HACCP dan GMP serta sijil Halal Thailand. Semasa kunjungan kegerai ini , beberapa promoter syarikat menjelaskan proses dan produk-produk syarikat ini yang terdiri daripada beberapa jenis buah-buahan tropika terpilih. Artikel petang ini saya menulis mengenai produk yang boleh di bangunkan di Malaysia jika ambil contoh promosi oleh syarikat ini.
Antara produk menggunakan teknologi gorengan hampagas (Vacuum fry technology) adalah seperti buah Pisang (Banana chips), Nangka (Jackfruit Chips), Mangga (Mango chips), Durian (Durian chips), Nenas (Pineapple chips), Karot (Carrot chips), Keledek (Sweet potato chips) dan Keladi (Taro chips). Bahan-bahan segar dari ladang di proses tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet dengan teknologi gorengan vacuum yang terkini. Saya pernah berkursus di SPAT, Indonesia mengenai teknologi penggorengan ini yang sememangnya memerlukan peralatan khas dan kepakaran khusus. Kepakaran menggoreng dalam tekanan hampagas akan menghasilkan buah yang rasa dan aromanya seperti buah asal dengan warna yang lebih menarik. Diantara buah yang di pamerkan saya paling suka dengan kerepek nangka, Kerepek Nenas dan juga Kerepek Durian. Ketiga-tiga produk ini memang pada saya sangat enak dan sesuai untuk dimakan santai oleh kanak-kanak, orang dewasa dan pada bila-bila masa sahaja. Berikut adalah bentuk produk oleh Syarikat Smile Fruit Co Ltd untuk tatapan mata:-
Produk lain yang dihasilkan adalah 'Deep Fried Fruit Product' iaitu Pisang (Banana Chips), Durian (Durian chips), Produk untuk buah pisang dihasilkan dengan menambah sedikit perasa gula dan perasa yang sesuai. Produk durian ini pula diberikan sedikit garam untuk menambahkan lagi keenakannya. Selain itu produk buah kering (Dehydrated fruit product) merupakan produk yang popular dan menerima permintaan dari pengguna dengan baik. Produk Buah Kering Nenas (Pineapple dried) dipotong dalam bentuk cincin bulat atau leper berukuran 3 mm, 5 mm dan 10 mm ketebalannya. Produk buah Kering Manga pula (Mango dried) dipotong dalam dua bentuk iaitu bujur panjang dan bentuk potongan nipis bersegi. Produk Buah Kering Pisang juga tidak kurang enaknya yang di potong bulat dan memanjang. Produk Buah Kering Betik (Red papaya dried fruits) memang menarik dengan warnanya dan rasanya.
Produk lain kelaran syarikan Smile Fruit Co Ltd adalah produk berasaskan Asam Jawa (Tamarind products). Produk Asam Jawa Manis Asli (Whole dried sweet tamarind) antara yang popular selain daripada produk Pes Tamarind dan Produk Asam Jawa bercili serta asam jawa tanpa biji. Produk kelapa pula terdiri daripada produk kelapa segar, air kelapa dan kelapa dikeringkan untuk dijadikan makanan snek ringan. Syarikat ini juga memasarkan 5 jenis buah gajus (cashew nuts) mengikut gred dan kualiti daripada jenis W180, W 240, W320, Mixed dan juga LWP. Berbagai jenis produk rempah ratue juga dihasilkan dan diedarkan oleh syarikat yang memasukki Pameran Horti Asia 2012 yang mana saya kunjungi gerai mereka. Kunjungan ke booth syarikat memberikan informasi menganai potensi untuk pasaran berasaskan buah tropika mampu menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Wasallam.
PRODUK DI PROSES...SMILE FRUIT NAMANYA...
TEKNOLOGI BARU...VACUUM FRY CARANYA...
PACKAGING CANTIK... MEMANG ENAK RASANYA...
MARI KUTIP INFO...BANYAK KEGUNAANYA...
By,
M Anem
Room 1003, Bangkok Palace Hotel,
Makassan Road, Bangkok,
Thailand .
(20 Jamadil Akhir 1433H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.