Thursday, September 30, 2010

DAUN (MARFOLOGI)

Daun (Leaf) merupakan bahagian penting dalam tumbuhan yang terletak dibahagian atas tumbuhan untuk menjalankan proses FOTOSINTESIS. Daun yang mempunyai klorofill akan menyerap Karbon Dioksida (CO2) dan Cahaya Matahari untuk dijadikan makanan dan tenaga kepada tumbuhan. Daun adalah tempat berlakunya proses penyejatan (Transpiration) air tumbuhan dan juga berfungsi sebagai setor penyimpanan makanan serta daun di makan oleh manusia sebagai sayuran. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat mengenai struktur, marfologi, ciri-ciri DAUN pada tumbuhan berdasarkan ilmu yang di pelajari semasa di universiti dulu dan pengalaman bekerja dalam sektor pertanian.

Marphologi daun yang lengkap terdiri daripada Tangkai Daun (Petiole), Lai Daun (Lamina) dan Hujung Daun (Stipules). Bagaimanapun tidak semua daun mempunyai kesemua ciri tersebut dimana ada yang hanya satu ciri dan ada yang terdiri beberapa kombinasi ciri tersebut. Daun merupakan organ tumbuhan yang mempunyai 3 komponen iaitu Lapisan Luar Daun (Epidemis), Lapisan tengah daun (Mesophyll) dan Urat Daun (Vein). Epidermis mempunyai stomata yang mana berfungsi sebagai mengawal keluar-masuk gas CO2 dan air melalui lubang2 stomata. Mesophyll menjalankan proses fotosintesis pada daun. Urat daun terdiri daripada Xylem dan Phloem yang membawa air dan unsur makanan dari akar ke daun dan sebaliknya.

Daun adalah diantara organ yang digunakan dalam menentukan jenis, varieti atau species pada tumbuhan melalui ciri-ciri marpologinya. Ciri-ciri seperti rupabentuk, ketebalan, warna, permukaan dan sebagainya akan ditentukan oleh botanis bagi menentukan perbezaan dalam pencirian daun. Rupabentuk Asas bagi penyusunan helaian daun dibahagikan kepada 4 cara iaitu ALTERNATE, OPPOSITE, DECUSSATE dan ROSETTE (Sila rujuk rajah diatas). Susunan ALTERNATE ialah dimana tangkai daun2 tersusun dengan berselang-seli. Susunan Rosette dimana terdapat dua helai daun pada ruas dahan selari. Susunan OPPOSITE dimana dua helai daun diatas selari tetapi dibawahnya 2 helaidaun disisi yang bertentangan. Susunan ROSETTE dimana satu rimbunan daun terbentuk dari satu pangkal pokok.

Bentuk Susunan Daun (Leaf Form) melambangkan bagaimana lai daun terbentuk sama ada ianya Daun Ringkas (Simple leaf) atau Daun Kompleks (Compound Leaf). Daun Kompoun mempunyai 3 bentuk susunan iaitu Bentuk Foliolate, Bentuk Palmate dan Bentuk Pinnate (Lihat Rajah). Bentuk Foliolate dimana bilangan lai daun terdapat pada satu tangkai ditentukan. Contoh trifoliate, 5 foliate (Daun Ubi) .

Bentuk Lai Daun (Leaf Shape) ada 9 bentuk yang telah dicirikan iaitu Cardate, Elliptical, Oblanccolate, Oblong, Obovate, Ovate, Reinform dan Spatulate. Sila rujuk rajah diatas untuk melihat bentuk-bentuk tersebut. Bentuk daun pada tumbuhan terutama tanaman kekal dan tanaman saka merupakan salah satu kaedah pencirian yang terbaik untuk menentukan Klon, Variety, Kultivar, Species tanaman yang digunakan olek Saintis dan Botanis serta Pembiakbaka. Saya telah mempelajari bentuk daun-daun durian dan nangka serta jambu batu untuk menentukan pengesahan satu-satu klon tanaman tersebut. Keunikkan dan perbezaan antara daun kadang2 menjadi penentu utama dalam mengenalpasti dalam proses pengesahan klon buah-buahan.

Tepi Lai Daun (Leaf Margin) adalah rupabentuk tepi daun yang merupakan marphologi yang penting dalam kajian mengenai daun. Agronomis telah mengkelaskan lapan (8) bentuk tepia lai daun untuk membeza-bezakan ciri2 utama. Bentuk tepi daun di kenalpasti sebagai ENTIRE, CRENATE, SERRATE, DENTATE, UNDULATE, LOBED, PINATELY LOBED dan PALMATEDLY LOBED (Sila rujuk rajah). Bentuk ENTIRE dimana tepi daun rata dan tidak bergigi atau tidak terbahagi-bahagi. Bentuk CRENATE dimana tepi lai daun kiri dan kanan bergigi-gigi dan berketak-ketak dengan jarak yang jauh. Bentuk SERRATE dimana terdapat seperti gigi tajamseperti mata gergaji yang agak rapat2. Bentuk DENTATE dimana tepi lai daun bergigi tetapi aturan gigi tidak sekata dan tersebar atau terbuka. Bentuk UNDULATE mempunyai tepi lai daun yang lekuk2 tudak menentu (slightly wavy shape). Bentuk LOBED dimana tpi lai daun mempunyai lekuk yang dalam (indented margin). Bentuk PINNATELY LOBED dimana lekuk jauh kedalam menghampiri bahagian tengah urat daun. Bentuk Palmately LOBED dimana lekukan terbentuk jauh kedalam bahagian pangkal tangkai daun.

Bentuk Hujung Daun (Tip of the Leaf) terdapat 4 bentuk iaitu ACUTE, ACIMINATE dan OBTUSE. Bentuk Acute dimana hujung daun tirus kehujung daun. Bentuk Acuminate dimana ketirusan menyempit secara berperingkat kehujng daun sementara bentuk Obtuse mempunyai hujung daun yang bundar (rounded tip). (Sila rujuk gambarajah diatas). Bentuk Bawah Daun (Base of the Leaf) juga penting dikaji kerana kadang2 ianya membezakan antara variety atau klon tumbuhan. Terdapat 4 bentuk digunakan iaitu ACUTE, AURICULATE, CORDATE dan OBTUSE. Sila lihat rajah untuk mengetahuinya.

Artikel diatas merupakan artikel saintifik yang penting untuk membuat pencirian daun. Kebanyakka daun yang dibentuk boleh digunakan dalam menentukan marphologi tumbuhan oleh Pembiak Baka dan Penyelidik. Diharap dengan maklumat tersebut maka pembaca dapat menambah ilu pertanian bagi mengkayakan maklumat saintifik.

BELAJAR POKOK....BAHAGIAN DAUN....
DAUN HIJAU...BANYAK KROROFILL....
DAUN LAYU...FOTOSINTESIS BERLAKU....
DAH BACA ARTIKEL...TINGKATKAN SKILL...

By
M Anem
Agronomist
Major Subject Final Year 1981

Wednesday, September 29, 2010

KUNDUR

Kundur (Benincasa hispida) adalah sejenis tumbuhan menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang dipercayai berasal dari Asia Tenggara tetapi kini telah di tanam di seluroh dunia. Tumbuhan ini sama dengan timun, tembikai dan keluarga cucurbit yang lain adalah dalam keluarga sayuran cuma kundur mengeluarkan buah paling besar diantara keluarga cucurbit. Banyak nama kundur diberikan mengikut lokaliti seperti Wax Gourd, Ash Gourd, Winter Melon, Fuzzy melon, green pumpkin, white gourd, Hairy melon (English), To'gan (Jepun), donggua (China), tak, Faeng, mafaeng (Thai), Courge a la cire ; courge cireuse (Perancis), Kondol, tabiyan (Filipina), Kundo ; kundur, bligo (Indonesia) dan banyak lagi. Tanaman ini kini banyak diusahakan di Asia Selatan dan Asia Barat. Tanaman kundur di Malaysia bukan menjadi tanaman yang popular kerana ia kurang permintaan dipasaran domestik. Kebanyakan petani yang menanam kundur secara komersil ini merupakan orang yang sama sahaja dan amat sukar mencari petani baru yang menanam kundur kecuali sebagai tanaman hobi sahaja. Antara sebab petani tidak suka menanam kundur adalah kerana tidak ada jaminan pasaran dimana buah kundur mahu dijual. Pasaran buah kundur adalah terhad dan mereka yang ada perjanjian 'Ladang Kontrak' mungkin  tidak menghadapi masaalah. Penulis mendapati varieti kundur tidak ada dalam sistem pendaftaran Varieti Tanaman (National variety listing) kerana belum ada yang membuat pendaftaran secara rasmi. Artikel kali ini penulis memberikan maklumat teknologi tanaman kundur dalam "Anim Agro Technology" berdasarkan pengalaman penulis ketika bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah selama 16 tahun dan pembacaan buku teknikal sayur-sayuran Asia Tengara : PROSEA Books.

Penulis dapati tidak ada rekod rasmi keluasan penanaman kundur di dunia tetapi di Malaysia direkodkan seluas 1,240 hektar (Laporan ststistik Jabatan Pertanian 2010). Laporan menyebut bahawa penghasilan kundur sebanyak 45,550 metrik tan pada tahun 2010. Kawasan pengeluaran utama kundur ialah Negeri Johor (386 ha), Pahang (275 ha) dan Perak (188 ha). Negeri lain yang ada juga menanam kundur ialah seperti Sabah, Kelantan dan Selangor dengan keluasan kurang 70 hektar. Kebanyakkan tanaman kundur dibuat secara tanaman kontan atau tanaman selingan dikawasan penanaman semula getah atau kelapa sawit dan hanya untuk pengeluaran segar sahaja. Pemantauan saya di Johor mendapati di Kota Tinggi terdapat 2 usahawan yang mempunyai kepakaran dalam menanam kundor sejah berpuloh tahun dulu. Waktu menanam kundur juga sama seperti menanam buah tembikai iaitu melihat keadaan cuaca. Ini disebabkan tanaman kundur yang juga dari keluarga Cucurbitaceae mudah diserang penyakit jika persekitaran lembab. Pemilihan jenis tanah dan varieti yang ditanam amat penting diketahui.


Tanaman kundur menghasilkan buah yang digunakan sebagai sayuran dengan memotong dadu atau 'slice' yang dimasak sebagai sup air atau si Johor dipanggil sebagai sayur "Bening". Kaum Cina merupakan paling suka dengan kundur dimana buah kundir yang memasak atau mengukus (steam) buah kundur bersama daging, udang, cendawan, biji lotus dan rebung. Terdapat juga buah kundur yang di jadikan 'candy' manis dengan memasaknya dengan gula dipanggil sebagai 'tangkwe'. Produk ini mudah didapati dipasaran domestik dan ia juga amat sering dimasukkan sebagai salah satu ramuan dalam Minuman Air Batu Campur (ABC). Halwa buah kundur yang dimaniskan ini amat mudah diproses sebagai menambah pendapatan daripada industri asas tani. Pucuk dan daun muda kundur juga dimakan sebagai sayuran segar. Biji kundur di keringkan dan di proses untuk dijadikan makanan ringan (snack food) yang di panggil senagai 'Kuaci'. Dari segi perubatan didapati buah kundur dapat menyejukan suhu badan dan baik untuk sistem penghadaman serta mereka yang menghidapi masalah kencing manis.


Kajian dimakmal juga saya dapati buah kundur kurang mengandungi khasiat dimana setiap 100 gram bahagian yang boleh dimakan ada air (96 g), Protin (0.2 g), Lemak (0.1 g), Karbohiderat (3.5 g), sedikit vitamin A, Vitamin B1 (0.02 mg), Vitamin B2 (0.03 mg), Niacin (0.3 mg), Vitamin C (14 mg), Ca (14 mg), Fe (0.4 mg), Magnesium (16 mg) dan tenaga sebanyak 63 kiloJoule. Terdapat kandungan munyak dalam biji kundur yang dipanggil sebagai 'pale yellow oil' yang sangat berguna dalam industri kimia. Biji kundur menpunyai berat 70 gram bagi 1,000 biji. Terdapat beberapa spesis atau varieti kundur yang di tanam di seluroh dunia iaitu Benincasa hispida dan Benincasa cerifera. Daripada bebera sumber bacaan menyatakan buah kundur mampu untuk menyejukkan badan, memudahkan buang air kecil dan buang air besar serta manafaat lain. Bagaimana pin air minuman berasaskan buah kundur pastinya akan menghilangkan dahaga dan mampu mengubati massalah buasir, demam panas, sakit usus dan sebagainya. Makanan ini banyak digunakan di negara China sebagai jenis makanan yang boleh menyejukkan badan dan menurunkan suhu mereka yang demam.

Pokok kundur jenis menjalar yang mempunyai daun lebar berwarna hijau dan mampu mencapai ketinggian 15-20 cm. Ada petani yang menyediakan struktur sistem trellis untuk tanaman kundur tetapi kebanyakkannya ditanam terus diatas tanah. Tanah yang sesuai dari jenis tanah gembur berpasir yang menerima cahaya matahari 100% dan mempunyai saliran yang baik. Bunga Kundur berwarna kuning dan menarik serangga pendebunga seperti lebah, rama-rama, lalat dan sebagainya. Buah Kundur berbentuk bulat lonjong berwarna hijau atau keputihan yang berbulu ketika muda dan licin apabila hampir matang. Buah Kundur mampu membesar dengan berat sehingga 10-15 kg sebiji. Buah kundur jya ada lapisan seperti lilin pada kulit dan mempunyai isi berwarna putih yang kenyal san rasa yang tawar tidak seperti tembikai yang manis dan sedap dimakan segar. Biji kundur banyak bersaiz kecil dibahagian tengah buah.


Kundur ditanam menggunakan biji benih dari buah yang cukup matang dan dirawat dengan racun kulat (Thiram atau capstan). Bubuh 2 biji benih satu lubang yang mana baja organik sebanyak 3-4 mt/ha telah digaul semasa penyediaan tanah. Jarak tanaman ialah 1.5-2.0 m x 2.5-3.0 m dan sebaiknya disediakan batas tanaman atau 'ridging technique'. Terdapat kaedah menanam kundur dengan menggunakan sistem para trellis dibeberapa negara. Kaedah ini sangat sesuai bagi menghasilkan kundur yang besaiz sederhana dinama buanya akan bersih dan dapat dikawal berbanding dengan menanam diatas tanah sahaja. Baja NPK 15:15:15 sebanyak 20 gm/pokok diberikan 2 kali dan kemudian baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 250 kg/ha. Kawalan rumpai dijalankan dengan cara manual dan cara kimia.


Antara musuh tanaman kundur seperti keluarga cucurbit yang lain ialah serangan Aphid, Ulat Pengorek Daun (Aulacaphora spp), Kutu Daun (Aphis craccivora) yang boleh dikawal dengan racun serangga. Keadaan cuaca dan persekitaran yang panas dan lembab menyebabkan serangan serangga dan penyakit tanaman kundur sering berlaku. Serangga yang merosakkan bahagian daun lebih dominan seperti serangan oleh Kumbang kundur (Aulacophora foveicolis). Kumbang ini lazimnya menyerang bahagian pucuk daun dengan memakan pucuknya sehingga rosak. Sementara itu serangan oleh serangga popular seperti Lalat Buah (Daucus spp) yang menyerang buah kundur ada berlaku. Pokok kundur memang mudah diserang beebrapa jenis penyakit cucurbit yang ada di Malaysia seperti penyakit  Antraknos yang disebabkan oleh sejenis kulat iaitu (Collectotrichum spp),Serangan oleh Penyakit serius iaitu Penyakit Downy Mildew yang berpunca dari kulat (Pseudomonas cubensis) boleh menyebabkan petani kurang atau tidak mendapat hasil. Serangan penyakit ini cepat berlaku dan mematikan pokok jika tidak cepat dikawal. Seterusnya adalaj jenis Penyakit Layu Karat (Rust Mildew Erysiphe spp) dan dikawal dengan Amalan Pertanian Baik, Kebersihan ladang, Varieti tahan serangan dan beberapa jenis racun kulat.


Buah kundur akan di tuai mengikut peringkat kematangan dan tujuan pemasaran. Bagi petani yang menanam kundur keliling rumah dan hendak petik muda untuk dibuat sayur boleh petik kundur seminggu selepas proses anthesis. Buah yang matang akan dituan 100-160 hari selepas menanam diladang. Buah yang matang dikenali dengan warna hijau dan keputihan berdebu seperti berlilin dan tangkai buah kundur akan di potong dengan pisau tajam. Buah perlu di bersihkan dari kekotoran seperti tanah, lumpur dan sebagainya kemudian digredkan mengikut saiz dan kualiti sebelum dijual. Buah kundur merupakan buah yang mudah rosak jika tidak dikendalikan 'post harvest handling' dengan baik. Ia akan busuk sebelum dijual apabila dicampakkan dengan kasar dimana buah boleh pecah. Kajian saya mendapati berat setiap biji buah kundur antara 1 - 15 kg bergantung kepada penjagaan tanaman. Anggaran hasil tanaman kkundur secara komersil sebanyak 20 -50 mt/ha. Buah muda tidak tahan lama tetapi buah matang tahan hingga beberapa minggu kerana lapisan lilin membantu menghalang serangan organisma perosak dan dijaga dengan cara baik. .


Kajian penulis di Mersing, Johor mendapati kos pengeluaran untuk sehektar penanaman kundur sebanyak RM 9,140 sehektar dimana ia mampu menghasilkan sebanyak 45,000 kg buah kundur segar yang dijual dengan harga RM 0.30 sekilogram. Analisa kewangan menunjukkan jumlah pendapatan kasar sebanyak RM 13,500 sehektar. Anggaran untuk pendapatan bersih sebanyak RM 4,350 sehektar. Analisa penulis mendapati Kos setiap bagi kg kundur ialah sebanyak RM 0.20 sekilogram dan keuntungan setiap ringgit dilaburkan sebanyak RM 1.47. Tanaman kundur di Malaysia juga merupakan sistem perladangan yang tidak meluas diusahakan kerana agak sukar untuk mencari pasaran tetap. Kajjian saya mendapati hanya terdapat kurang dari 10 pengusaha kundur komersial yang aktif menanam kundur di Malaysia iaitu di sekitar Johor (Daerah Kota Tinggi dan Mersing serta Kluang) dan Pahang serta beberapa lokasi di Selangor. Penanaman kundur lazimnya dilakukan oleh petani yang biasa menanamnya dan mengikut keperluan pasaran. Wasallam!.

TANAMAN KONTAN...TANAM KUNDUR....
DIJAGA SEMPURNA...POKOK SUBUR....
AMALAN BIASA...BAJA TERUS DITABUR...
DAPAT UNTUNG....KENA BERSYUKUR....


By
M Anem
Senior Agronomist,
Projek Kelompok Belukar Juling,
Endau, Mersing
Johor, Malaysia.
(Kemaskini artikel pada 10 Nov 2014)

Monday, September 27, 2010

JAGUNG


Jagung (Zea mays Linn) merupakan sejenis tanaman singkat masa dari keluarga Poaceae yang popular ditanam diseluroh dunia. Jagung adalah salah satu tanaman bijirin yang ditanam secara meluas di USA (38% pengeluaran didunia) dan beberapa negara pengeluar utama lain adalah seperti China, Brazil, Mexico, Argentina ,India, Pakistan dan Perancis dengan jumlah pengeluaran negara-negara tersebut  sebanyak 9.8 - 10.0 juta metrik tan setahun. Pokok jagung adalah tanaman yang sangat responsif dengan keadaan tanah, cuaca, pembajaan, serangan perosak dan penyakit. Artikel Anim Agro Technology kali ini penulis berbicara berkaitan teknologi tanaman jagung dalam perspektif di Malaysia berdasarkan pengalaman penulis dalam bidang pengembangan pertanian hampir 30 tahun.

Jagung adalah tanaman yang mempunyai batang menegak mempunyai ruas-ruas dan mampu mencapai ketinggian sehingga 1-3 meter. Terdapat lebih dari 50,000 kultivar jagung diseluruh dunia dan sebahagian besar daripadanya telah pun dikomersialkan untuk pengeluaran bijirin. Jagung adalah tanaman semusim yang mempunyai jangkahayat antara 80-150 hari bergantung kepada kultivar. Daun jagung berwarna hijau yang keluar dari batang yang panjang, urat daun selari , mempunyai upeh dan tumbuh menegak dengan permukaan yang yang licin dan ada yang berserabut. Jagung mempunyai bunga Jantan dan betina pada satu pokok (monoecious) dimana bunga jantan dibahagian atas dan bunga betina (Lihat foto) dibahagian bawah. Pendebungaan kebanyakkan oleh faktur angin dan sedikit serangga. Jambak bunga betina akan kering apabila telah lengkap pendebungaan. Buah jagung merupakan tongkol buah yang mempunyai empulur dan barisan biji kernel yang genap sama ada 12 atau 18 baris. Jagung sayur pula dipetik sebelum biji terbentuk yang panjangnya 1-3 cm dan juga dipanggil 'baby corn'. Baby corn mendapat pasaran yang baik untuk pasaran segar di Malaysia dan di peringkat global baby corn dalam tin keluaran Thailand, Taiwan dan China paling banyak di ekspot keseluruh dunia.

Jagung manis
Tanaman jagung di Malaysia adalah untuk tujuan makan segar dan bukan untuk bijirin. Masa saya kecil dulu cuma ada jagung 'Flint' dan 'Metro' sahaja yang rasanya tawar tetapi kini hanya jagung manis yang mendapat pasaran dengan baik. Keluasan tanaman jagung di Malaysia seluas 6,340 hektar dengan penghasilan sebanyak 35,200 metrik tan pada tahun 2009. Kawasan tanaman utama jagung di Malaysia adalah di Johor (876 ha), Selangor (542 ha), Pahang (350 ha) dan juga negeri2 seperti Kelantan, Sabah dan Perak. Daerah Pontian di Johor merupakan kawasan paling luas ditanam jagung sluas 473 ha diikuti Daerah Kudat (390 ha). Hampir 75% jagung segar untuk kegunaan domestik dan bakinya di ekspot ke Singapura dan Brunei. Terdapat beberapa petani di Pontian yang menanam secara komersial khusus untuk pasaran ke Singapura.

Benih jagung bermutu Hibrid F1.
Jagung ditanam menggunakan biji benih yang telah dirawat dengan racun kulat ( Thiram atau capstan) dan racun serangga diletakkan 2 biji satu lubang memerlukan sebanyak 20 kg benih sehektar. Bagi kawasan tanah rendah perlu disediakan batas untuk elakkan pokok terendam. Saliran dan sistem pengairan perlu di sediakan dengan sempurna dikebun jagung. Jenis Jagung Manis Hybrid menjadi pilihan petani (benih diimpot dari luar negara). Jabatan Pertanian satu-satunya pembekal benih jagung manis TSS (Thai Super Sweet) paling murah di Malaysia. Kultivar lain yang ada di malaysia adalah seperti Suwan 1, Suwan 3, Manis Madu, Mas madu dan TSS. Masa kini Syarikat Sin Sin Huat mengedarkan Benih Jagung Manis 1000 dan Benih Jagung Manis 1001 sementara Syarikat LecKat mengedarkan benih Jagung 926 dan 928. Benih Jagung manis 388 juga di gunakan ramai petani. Jarak tanaman jagung di Malaysia ialah 0.75 m x 0.25 m memberikan sebanyak 40,000 pokok sehektar. Tanaman padat jagung mampu mencapai sehingga 60,000 pokok sehektar. Penanaman diatas tanah rata dengan saliran baik tidak perlukan batas.

Pembajaan jagung dengan baja organik sebanyak 4-5 mt/ha dan juga pengapuran sebanyak 3 mt/ha bagi untuk menaikkan pH tanah. Jagung perlu di baja dengan Urea sebanyak 130 kg/ha pada 15HLT dan 130 kg/ha pada 35 HLT selepas dibaja dengan baja buah NPK 12:12:17:2 sebanyak 500kg/ha pada 1 HLT. Baja urea sebanyak 150 kg/ha membantu pembentukkan daun pada peringkat awal penanaman. Petani di Johor menggunakan baja foliar untuk meningkatkan hasil. Kawalan rumpai perlu dijalankan dari pringkat awal penanaman untuk mempastikan hasil yang baik dengan semburan racun pra-cambah dn racun rumpai. Kebanyakan penanam jagung komersil mengamalkan sistem tanaman mengikut "Kalendar Pengeluaran Matrik". Ini untuk mempastikan pengeluaran jagung sentiasa ada untuk pasaran tempatan terutama pasar malam.

Antara perosak tanaman jagung adalah seperti Ulat Pengorek Batang, Ulat Pengorek Lengai Jagung, Ulat Ratus Daun dan juga Aphids. Serangga ini perlu dikawal dengan menggunakan bahan tanaman tahan serangan, Giliran tanaman dan penggunaan racun serangga. Tanaman jagung mempunyai beberapa penyakit seperti Penyakit Reput Smut (Ustilago maydis), Penyakit Virus Jagung, Penyakit Karat (Puccinia spp), Penyakit Reput Batang dan juga Penyakit Reput Buah dan kebanyakkannya tidak serious. Kawalan menggunakan kaedah Amalan Pertanian Baik dan juga racun kimia. Hakikatnya dengan pengurusan yang baik jagung merupakan jenis tanaman yang paling selamat kerana kurang menggunakan racun.

Hasil tanaman jagung di Malaysia adalah untuk kegunaan segar dengan dimakan secara merebus, di bakar atau di kukus untuk dapatkan khasiat kesegarannya. Terdapat juga usahawan yang meleraikan tongkol jagung untuk dijadukan 'cup corn' yang dicampur dengan majerin, serbuk perasa dan susu dijual di Hypermarket dengan harga RM 2.00 - RM3.00 satu cawan. Jagung ketiak atau di panggil "Baby Corn" dikutip untuk dijadikan sayuran sebagai sayuran capcai dan sebagainya yang dijual dengan harga RM 1.00 - RM 2.00 untuk 5-10 biji. Batang jagung di proses untuk dibuat silage bagi makanan ternakan lembu atau dibuat baja kompos.

Jagung segar untuk di kukus.
Pengalaman penulis mendapati kos pengeluaran nagi sehektar tanaman jagung manis di Tangkak, Muar adalah sebanyak RM 11,778.00 termasuk kos input, kos buruh dan kos operasi. Kajian mendapati penghasilan jagung sebanyak 40,000 tongkol dijual dengan harga RM 0.50 setongkol memberikan pendapatan Kasar sebanyak RM 20,000 sehektar. Pendapatan bersih tanaman jagung sebanyak RM 7,685 sehektar bagi tempoh 3 bulan. Analisa penulis mendapati kos pengeluaran setongkol jagung di Tangkak ialah RM 0.31 setongkol dan pulangan setiap RM 1.00 dilaburkan memberikan pulangan sebanyak RM 1.62 iaitu aktiviti yang menguntungkan.


TANAM JAGUNG....DIMAKAN SEGAR....
SISTEM TANAMAN...PERLU DITUKAR....
DISERANG PENYAKIT....JUMPA PAKAR...
JENIS HYBRID....DITANAM TAK SUKAR...
LEPAS TANAM...BATANG JANGAN DIBAKAR...
DI BUAT SILAGE...MAKANAN LEMBU KA!

Related article :
1. Baby Corn (Klik disini)
2. Harga benih Jagung dan Sayuran (Klik disini)
3. Benih Kelapa Matag (Klik disini)
4. Bioteknologi (Klik disini)

By,
M Anem
Makan Jagung Manis
Ptjya 11
Malaysia

Sunday, September 26, 2010

KACANG HIJAU

KACANG HIJAU (Vigna radiata L) merupakan sejenis tanaman jenis kekacang dari keluarga Fabaceae yang mana tumbuhan ini dipercayai berasal daripada kawasan India , Pakistan dan Bangladesh. Tanaman ini mengeluarkan biji kacang hijau semenjak dulukala untuk digunakan sebagai sayuran taugeh di Malaysia dan juga di proses dijadikan tepong untuk pelbagai produk lain. Kacang hijau juga dipanggil dengan pelbagai nama seperti Mung bean, green bean, mash bean, munggo, monggo, green gram, green soy, mong dal dan banyak nama lain lagi. Ramai dikalangan kita yang kenal akan kacang hijau yang dijual dikedai tetapi mungkin tidak pernah melihat tanamannya. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat mengenai tanaman kacang hijau berdasarkan lawatan penulis ke Myanmar pada Nov 2009 dan berpeluang melawat ladang dan mengutip maklumat dari MVFRC (Pusat Penyelidikan Buah dan Sayuran Myanmar) semasa lawatan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengena tanaman kacang hijau yang tidak ditanam di Malayia tetapi sering digunakan sebagai satu bahan bijirin untuk makanan tempatan. 

Tanaman kacang hijau didunia banyak di China, Myanmar, India, USA, Canada dan Brazil dimana pengeluaran didunia lingkungan 12-15 juta metrik tan setahun. Tanaman kacang hijau tidak popular di tanam di Malaysia kerana faktur cuaca terutama kelembaban yang menyebabkan mudah diserang penyakit. Bagaimana pun Malaysia merupakan negara pengimpot utama kacang hijau di Asia Tenggara untuk dijadikan taugeh (Foto sebelah) dari Myanmar dan China. Taugeh merupakan satu jenis sayuran (Beans sprout) yang digunakan untuk sayuran dan salah satu ramuan penting dlam buat mee goreng atau kueh tiow goreng dsb. Harga taugeh juga murah antara RM 1.80 - RM 2.50 sekilogram di pasar. Kacang hijau juga sangat disukai untuk dibuat bubur kacang (Foto sebelah) dan yang teristimewa adalah 'Bubur Kacang Durian" ..Wow sedapnya. Kacang h ijau juga dibuat pelbagai kueh mues seperti Kueh 'Kole Kacang'. Pelbagai Jenis Kek dan biskut dan juga inti kepada roti dan kueh pau. Di negara China dan India pelbagai kegunaan kacang hijau dalam permakanan mereka. 



Kacang Hijau adalah tumbuhan jenis renek yang ditanam untuk mendapatkan biji kacang hijau. Pokok tumbuh menegak dengan ketnggian antara 0.5 - 0.7 meter bergantung kepada varieti. Pokok mempunyai cadang atau dahan yang akan mengeluarkan bunga dan buah di hujungnya. Daun berbentuk pinnate berwarna hijau dan agak berbulu dipermukaan. Bunganya berwarna putih kekuningan dan membentuk tangkai. Buah kacang hijau berwarna hijau ketika muda dan akan menjadi coklat kehitaman apabila telah matang. Satu tangkai mengandungi antara 4-8 lengai buah . Dalam setiap lengai yang panjangnya 5-7 inci mengandungi biji-biji kacang hijau yang akan dileraikan apabila dibuka kulit lengai.

Terdapat beberapa kultivar kacang hijau yang popular ditanam di Asia. Biasanya jenis tradisional yang ditanam di pendalaman jenis yang lambat matang, hasil rendaah dan mudah diserang penyakit. Kini jenis yang cepat patang (55-65 hari) adalah paling popular. Beberapa varieti keluaran AVDRC yang popular di Thailand, Indonesia dan Filipina adalah seperti Chainat 60, BPI Mg7 dan Merpati. Jenis-jenis lain ikut negara seperti NURI (Indonesia), SML668 dan Pusa Vishal (India), NM-92 (Pakistan) dan PSI 1 (Thailand). Penanaman di negara China, USA dan Canada dijalankan secara meluas berskala besar sementara di Myanmar oleh pekebun-pekebun kecil sahaja selepas tanaman padi. Penanaman menggunakan biji benih dari buah lengai yang matang. Jarak penanaman 45 cm x 60 cm dalam 2 barisan diatas batas dikawasan tanah sawah sebagai tanaman giliran (Sawah di Myanmar ditanam setahun sekali). Keperluan benih sebanyak 16-20 kg sehektar. Pembajaan asas menggunakan kompos dari jerami padi dan baja kimia amat kurang diberikan. Baja NPK diberikan sebanyak 15 kg/ha, 60 kg/ha dan 100 kg/ha mengikut umur. Penggunaan racun pra-cambah dapat bantu kawalan rumpai peringkat awal. Kawalan rumpai secara manual iaitu dengan mencabut rumput dan tajak. Pokok berbunga selepas 50-65 hari ditanam dan boleh dituai seepas 3 bulan ditanam. Kutip buah lengai yang telah matang dan kumpulkan untuk di proses mengeluarkan biji kacang hijau.

Tanaman ini mempunyai pelbagai musuh dan penyakit. Antara penyakit tanaman kacang hijau ialah Kulapok Berdebu atau downy midew yang disebabkan oleh kulat Erysiphe poligony yang boleh menyebabkab pokok kekurangan hasil sehingga 40%. Kawalan dengan menggunakan benih yang resistant dan semburan racun kulat. Penyakit Bintik Daun Cercospora (Cercospora canescens) mampu merosakan daun kacang hijau dengan teruk dan menjejaskan hasil sehingga 58% dan merugikan. Kawalan dengan gunakan jenis tahan, kumpul dan musnah pokok diserang dan semburan racun kulat seperti chlorotanonil at 2 kg/ha. Penyakit lain kacang hijau seperti Scab (Elsinoe iwatae), Antraknos (Collectotricum lindemuthianum) dan penyakit karat (Uromyces spp). Penyakit kacang hijau bawaan bakteria seperti Layu bakteria/ Blight ( Xanthomonas spp atau Pseudomonas spp) yang membunuh tanaman kacang hijau. Penyakit virus seperti Yellow Mung Beans Mozaic (MYMV)virus juga menyerang dikawasan Asia Tenggara.


Penulis di Ladang Kacang Hijau di MVFDC Di Bago City, Myanmar pada 2009.

Tanaman kacang hijau juga mempunyai banyak perosak seperti Aphid (Aphid fabae adan Aphid craceivora), Ulat Kacang/ Bean Fly (Ophiomyia phaseoli) , Kutu Thrips dan Ulat Pengorek Lengai (Heliothis spp, Etiella zinkenella, Marucca testutalis). Perosak lain seperti Kumbang Kesing (Nebula nirizula), Kumbang /Weevil (Berunchids) dan kesemuanya di kawal dengan racun serangga. Tanaman kacang hijau perlukan penjagaan rapi untuk pastikan ianya ditanam berterusan.

Kajian penulis di Myanmar mendapati harga jualan biji kacang hijau di ladang hanya sebanyak Kyat 24,000 (USD = 1.00 atau RM 3.80) bagi 98 kilogram. Harga didapati sangat rendah berbanding dengan harga pasaran untuk ekspot keluar sebanyak Kyatt 240,00 (USD =10.00 atau RM 38.00) setiap 98 kg/bag. Hasil pengeluaran kacang hijau lingkungan 20-50 kg/ha bergantung kepada varieti dan pengurusan. Tanaman ini dituai di Myanmar menggunakan tangan secara manual walau pun di negara lain menggunakan mesin jentuai dan mesin pelerai. Tanaman kacang hijau kurang diminati di Malaysia kerana hasil yang diperolehi sangat rendah akibat mudah diserang penyakit dan harga yang tidak menarik selain dari kos melepas berbanding dengan tanaman lain seperti kelapa sawit, getah dan sayur-sayuran. Kos pengeluaran yang tinggi dan pendapatan kasar yang rendah selain kos buruh untuk menuai menjadikan tanaman ini tidak disyorkan. Tanaman ini sesuai sebagai tanaman selingan selepas menanam padi di kawasan sawah. Malaysia menanam padi sepanjang masa (5 kali 2 tahun) dan tak perlulah menanam. Kajian penulis kos mengimpot biji kacang hijau jauh lebih murah daripada kos kita menanam di Malaysia!

KACANG HIJAU... KECIL BIJINYA...
LAWAT MYANMAR...TANAM LUASNYA... 
SELING PADI... SAWAH TEMPATNYA...
MALAYSIA IMPOT...BANYAKNYA...

By
M Anem
Senior Agronomist,
MVFRC, 
Rangoon ,Myanmar (2009)
(Kemaskini pada Dec 2014)

Friday, September 24, 2010

Jambu Mawar

JAMBU MAWAR (Syzygium jambos) merupakan sejenis jambu dari keluarga Myrtaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan lain-lain lagi. Pokok jambu mawar tergolong dalam kumpulan jambu seperti jambu air, jambu bol, jambu gelas dan yang teristimewa mengenai jambu mawar adalah kerana jambu ini mempunyai bau atau aroma yang wangi dan istimewa iaitu bau 'ros'. Nama-nama lain jambu ini adalah seperti chompu namdokmai (Thailand), Tampoy (Filipina), Chom'-puu (Kemboja) dan apple rose/ malabar (English). Penulis ingin berkongsi maklumat mengenai tanaman jambu mawar berdasarkan pengalaman dan ada mempunyai pokok ini di tepi sekolah rendah di Muar, Johor masa dulu. Tanaman jambu mawar di Malaysia tidak direkodkan keluasannya dan penulis menganggarkan kira-kira 25-30 hektar CHE. Penanaman jambu mawar kebanyakkanya disekekliling kawasan rumah secara bercampor-campor dengan tanaman dusun yang lain. Konsep tanaman juga untuk hiasan atau ornamental dikawasan rumah. Saya belum pernah dengar tanaman ini ditanam secara tunggal (monocrops) atau secara komersial yang luas di Malaysia. Bagaimana pun jambu mawar ditanam secara komersil di Australia Utara sebagai satu komoditi yang mampu mengeluarkan sehingga 1,200 metrik tan setahun. Jenis atau varieti jambu mawar yang ditanam merupakan jenis tempatan dan kerana belum ada kajian atau pun proses pendaftaran varieti atau klon Jambu Mawar. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman Jambu Mawar sebagai sejenis buah-buahan tropika yang boleh dimajukan di negara kita.


Pokok Jambu Mawar merupakan pokok saka yang ketinggiannya mampu mencapai sehingga 10 meter dengan ukurlilit batang mencapai 50-60 cm. Pokok ini mempunyai banyak cabang dan dan daun berbentuk lonjong panjang sepanjang 9-12 cm berwarna hijau gelap dan berkilat (Lihat foto disebelah). Dahan pokok jambu mawar pula adalah berbentuk rimbun. Batangnya berkayu sederhana keras dan berwarna coklat. Bunga jambu mawar berwarna putih yang mempunyai banyak jambak dan keluat dari dahan atau ranting yang telah matang. Akar juga dari jenis akar tunjang yang kukuh. Buah jambu mawar berbentuk unik ialtu ada yang bulat lonjong, ada yang berbentuk bulat leper dan ada yang berbentuk macam jambu air merah. Warna buah juga ada yang hijau muda, hijau tua, kuning muda kuning keputihan dan kadang2 menjadi kemerahan apabila cukup matang (Foto pertama) . Saiz buah antara 3-5 cm garispusat dan mempunyai rasa yang kelat pada peringkat muda (Rasa kelat dipercayai akibat kandungan pektin dalam buah). Satu tangkai biasanya mempunyai 4-5 biji buah. Dalam buah biasanya ada satu atau 2 bijibenih yang berzaiz 1-2 cm garispusat. Jenis yang ada dekat kampong saya di Muar, Johor kebanyakkannya dari jenis jambu mawar hijau. Jambu jenis hijau agak kecil dan rasa kelat juga tidak berapa kuat.

Penanaman jambu mawar menggunakan anak benih dari biji jambu mawar yang disemai dalam polibeg. Tanam dengan jarak kira-kira 10-12 meter x 15 meter dan pastikan kawasan mendapat cahaya matahari yang mencukupi dan tidak terlindung. Masukkan baja asas organik sebanyak 2-3 kg kedalam lubang penanaman dan siram selepas menanam. Pokok jambu mawar cepat membesar jika dijaga dengan sempurna. Berikan baja NPK 15:15:15 sebanyak 20-50 gram setiap pokokk dengan kekerapan selama 3-4 bulan. Adalah disyorkan iaitu apabila pokok mula berbuah sebaiknya diberikan baja buah NPK 12:12:17:2 sebanyak 20-30 gram sepokok sebanyak 3 kali setahun. Aktiviti membuat cantasan pembentukan dibuat agar dahan yang keluar akan menjadi seimbang. Jambu Mawar adalah jenis buah-buahan yang tidak bermusim dan ianya berbuah sepanjang tahun tetapi terdapat dua kali puncak iaitu pada bulan Mei sehingga September terutama hasil pemerhatian penulis khususnya dinegeri Johor. Walau pun penanaman pokok jambu mawar yang ditanam hanyalah tanaman keliling rumah sebagai dusun bercampur tetapi lazimnya ada pemilik pokok mampu menjual hasil jambu mawar.

Bunga pokok jambu mawar berbentuk jambak dengan beberapa putik yang ada banyak filamen berwarna kekuningan atau merah jambu (Sila lihat foto disebelah). Bila musim berbunga akan terdapat banyak filamen atau rambut bunga yang jatuh ketanah selepas proses pendebungaan berlaku. Tanaman ini dikatakan kurang diserang musuh dan perosak. Bagaimana pun antara musuh bagi tanaman jambu mawar adalah seperti serangan anai-anai dibahagian akar dan batang. Kawalan perosak anai-anai adalah dengan racun serangga jenis sistemik sistemik (Sila anda baca artikel anai-anai - Sila klik disini, Sila klik disini dan Sila klik disini). Musuh lain yang ada menyerang pokok jambu mawar seperti lalat buah (Fruit Fly), tupai, monyet dan burung. Kajian menunjukkan pokok ini kurang diserang penyakit atau tidak banyak yang menyerang pokok jambu mawar. Ini kerana ada rasa kelat dan bau aroma seperti bunga ros yang mungkin mengurangkan serangan perosak dan penyakit. Adalah disyorkan agar sentiasa mengamalkan serta membuat cabtasan jika pokok untuk memberikan ruang pengudaraan.


Jambu mawar adalah untuk kegunaan segar. Buah yang masak boleh dituai menggunakan galah yang mempunyai bekas supaya buah tidak jatuh ketanah kerana jika jatuh terhempas ketanah ia akan rosak akibat lebam. Buah jambu mawar ini hanya golongan kanak2 dulu dikampong yang suka makan. Saya belum nampak buah jambu mawar dijual di Hypermarket atau di pasar buah-buahan. Mungkin satu hari nanti akan ada petani yang menanam jambu mawar secara komersil dan menjualnya dengan harga antara RM 5.00 - RM 8.00 sekilogram. Daripada rujukkan juga saya ada membaca yang daun dan bahagian tertentu (bunga) jambu mawar boleh diproses untuk mendapatkan aroma mawar (rose). Ini juga mungkin perlu dikaji lebih lanjut untuk mengetahui potensinya. Apa yang saya pasti bunga jambu mawar yang mekar disukai oleh lebah madu, mungkin industri lebah sesuai dikongsikan dengan tanaman jambu mawar ..Insya Alah!.

JAMBU CANTIK...JAMBU MAWAR...
BAU WANGI...SENTIASA SEGAR....
KURANG DITANAM...BELI SUKAR....
ADA KHASIAT...KENA BONGKAR...

Related articles:
1. Jambu Batu (Klik disini)
2. Jambu Bol (Klik disini)
3. Jambu Air Merah (klik disini)
4. Jambu Air Johor (Klik disini)
5. Jambu batu Giant (Klik disini)

By,
M Anem
Senior Agronomist
Kg Parit Bengkok, Gersik,
Ledang, Johor,
Malaysia
(Kemaskini pada 1 Disember 2014)

Thursday, September 23, 2010

ROTAVATOR - ALAT PERTANIAN

Rotovator adalah sejenis jentera pertanian yang digunakan dalam kerja-kerja penyediaan tanah untuk penanaman semula supaya tanah lebih gembur. Terdapat rotovator yang bersaiz kecil untuk pekebun kecil seperti penanam sayuran dan rotovator besar untuk adang-ladang yang luas yang dipasang pada trekter. Di Malaysia alat yang digunakan bersaiz kecil kebanyakkannya digunakan oleh penanam sayur dan untuk tanaman makanan. Terdapat pelbagai jenis rotovator dari jenis yang paling kecil dan murah kepada jenis yang besar dan berharga mahal. Rotovator membantu petani dalam meringankan kerja-kerja penyediaan tanah dimana dahulu mereka hanya menggunakan cangkul dan tajak sahaja. Kecanggihan alatan rotovator ini selain daripada diguna untuk merotor tanah ia juga boleh diguna untuk membina batas tanaman.  Artikel kali ini penulis ingin berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai jentera kecil 'rotovator' dengan tumpuan pedestrian rotovator (2 roda) berdasarkan pembelajaran dan pengalaman penulis dalam bidang pertanian selama lebih 30 tahun.

Komponen utama alat pertanian Rotovator 2-roda adalan Enjin, Roda, Rotor Blade, Pemegang/ Handle, dan Sistem Kawalan (Transmission System). Enjin rotovator merupakan komponen penting dalam alatan ini dimana ianya menggunakan minyak Petrol atau Minyak Disel. Saiz kekuatan enjin bergantung kepada saiz rotovator dan yang penting mampu mengerakkan roda dan juga mata pisau (rotor blade). Antara jenama enjin yang saya sering jumpa di pasaran seperti Robin, Kubota, Iseki, Honda dan beberapa enjin buatan China dan Korea. Komponen roda terdiri daripada 2 unit (sepasang) atau 4 unit (2 pasang) bergantung kepada saiz. Ada roda yang digerakkan oleh sistem gear dan ada jenis roda yang digerakkan oleh mata pisau (blade).


Komponen mata pisau (rotor blade) merupakan komponen paling penting dalam kerja-kerja menggemburkan tanah. Mata pisau ini dipasang di bahagian bawah atau belakang rotovator bergantung kepada model. Pisau ini akan berputar dalam tanah dan menggemburkan tanah. Kadang2 mata pisau yang ada perlu diganti apabil telah habis atau tumpul. Pemegang rotovator biasanya dari 2 handle/pemegang yang ada sistem kawalan kabel untuk menggerakan roda dan mata pisau. Kawalan biasanya amat mudah dengan menarik atau melepaskan brek pada handle. Sistem Trasnmissi enjin kepada mata pisau ada yang melalui gear dan ada yang menggunakan 'belting'.


Komponen mata pisau penting bagi menentukan kecekapan kerja menggembur tanah. Lazimnya mata pisau dibuat dari besi keluli yang panjang antara 6 - 12 inci dan berputar. Mata pisau yang digunakan dikawasan tanah berpasir cepat habis. Alat ganti mata pisau perlu dipastikan sebelum membeli model trektor kerana ada petani di Muar dan Tangkak yang bermasaalah untuk mendapatkan gantian mata pisau terutama model-model yang tidak popular (buatan China).
Pedestrian Rotovator 2-roda paling popular di gunakan oleh penanam sayur di Malaysia seperti di Johor, Cameroon Highland dan negeri2 lain. Kebanyakan menggunakan enjin petrol kerana mudah diselenggara dan kuasa yang tinggi. Bagi rororvator jenis ini perlu dibuang sisa tanaman diatas batas dan kerja merotor barulah di laksanakan. Teknologi ini membantu petani kearah meningkatkan hasil tanaman dan mengurangkan kebergantungan buruh berbanding dengan kaedah tradisional.


Kos membeli mesin rotovator 2-roda bergantung kepada model dan negara pembuat. Harga RM 2,500 - RM 8,000 mampu di beli oleh penanam sayur komersial. Antara model yang populardi Johor adalah seperti Maspot, Kubota BS 7000, Kubota BS 8000, Robin dan beberapa jenis lagi yang saya tidak dapat ingat. Kedai Jualan Jentera Pertanian di Tangkak menjadi pengedar dan penjual serta jualan 'sales after service'. Alatan rotovator sememangnya membantu petani dalam penanaman sayuran komersial. Pada masa ini rotovator kecil, sederhana dan jenis besar banyak membantu petani dalam kerja-kerja penyediaan tanah. Semasa pameran MAHA dan HPPNK setiap tahun pelbagai jenis alatan dan jentera pertanian dipamerkan termasuk alatan rotovator. Walau pun ada fabricator tempatan tinjauan penulis mendapati kebanyakan alatan kecil pertanian dinegara kita masih diimport dari luar negara. Wasallam!.

MENGGEMBUR TANAH...KENA ROTOR...
MESIN DIBELI...JANGAN TIADA ALATGANTI...
TEKNOLOGI MEKANISASI...BOLEH DIATUR...
HASIL TANAMAN...MENINGKAT TINGGI....


Related articles:
1. Drip Irrigation (Click here)
2. Green House Technology (Click here)
3. Penanaman Padi Berjentera (Klik disini)
4. Food preservation Technology (Click here)
5. Pam Penyembur (Klik disini)


By,
M Anem
Senior Agronomist,
Saujana Putra,
Persint 11, Putrajaya,
WP Persekutuan
Malaysia
(Kemaskini pada 15 Feb 2015)