Thursday, September 23, 2010

ROTAVATOR - ALAT PERTANIAN

Rotovator adalah sejenis jentera pertanian yang digunakan dalam kerja-kerja penyediaan tanah untuk penanaman semula supaya tanah lebih gembur. Terdapat rotovator yang bersaiz kecil untuk pekebun kecil seperti penanam sayuran dan rotovator besar untuk adang-ladang yang luas yang dipasang pada trekter. Di Malaysia alat yang digunakan bersaiz kecil kebanyakkannya digunakan oleh penanam sayur dan untuk tanaman makanan. Terdapat pelbagai jenis rotovator dari jenis yang paling kecil dan murah kepada jenis yang besar dan berharga mahal. Rotovator membantu petani dalam meringankan kerja-kerja penyediaan tanah dimana dahulu mereka hanya menggunakan cangkul dan tajak sahaja. Kecanggihan alatan rotovator ini selain daripada diguna untuk merotor tanah ia juga boleh diguna untuk membina batas tanaman.  Artikel kali ini penulis ingin berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai jentera kecil 'rotovator' dengan tumpuan pedestrian rotovator (2 roda) berdasarkan pembelajaran dan pengalaman penulis dalam bidang pertanian selama lebih 30 tahun.

Komponen utama alat pertanian Rotovator 2-roda adalan Enjin, Roda, Rotor Blade, Pemegang/ Handle, dan Sistem Kawalan (Transmission System). Enjin rotovator merupakan komponen penting dalam alatan ini dimana ianya menggunakan minyak Petrol atau Minyak Disel. Saiz kekuatan enjin bergantung kepada saiz rotovator dan yang penting mampu mengerakkan roda dan juga mata pisau (rotor blade). Antara jenama enjin yang saya sering jumpa di pasaran seperti Robin, Kubota, Iseki, Honda dan beberapa enjin buatan China dan Korea. Komponen roda terdiri daripada 2 unit (sepasang) atau 4 unit (2 pasang) bergantung kepada saiz. Ada roda yang digerakkan oleh sistem gear dan ada jenis roda yang digerakkan oleh mata pisau (blade).


Komponen mata pisau (rotor blade) merupakan komponen paling penting dalam kerja-kerja menggemburkan tanah. Mata pisau ini dipasang di bahagian bawah atau belakang rotovator bergantung kepada model. Pisau ini akan berputar dalam tanah dan menggemburkan tanah. Kadang2 mata pisau yang ada perlu diganti apabil telah habis atau tumpul. Pemegang rotovator biasanya dari 2 handle/pemegang yang ada sistem kawalan kabel untuk menggerakan roda dan mata pisau. Kawalan biasanya amat mudah dengan menarik atau melepaskan brek pada handle. Sistem Trasnmissi enjin kepada mata pisau ada yang melalui gear dan ada yang menggunakan 'belting'.


Komponen mata pisau penting bagi menentukan kecekapan kerja menggembur tanah. Lazimnya mata pisau dibuat dari besi keluli yang panjang antara 6 - 12 inci dan berputar. Mata pisau yang digunakan dikawasan tanah berpasir cepat habis. Alat ganti mata pisau perlu dipastikan sebelum membeli model trektor kerana ada petani di Muar dan Tangkak yang bermasaalah untuk mendapatkan gantian mata pisau terutama model-model yang tidak popular (buatan China).
Pedestrian Rotovator 2-roda paling popular di gunakan oleh penanam sayur di Malaysia seperti di Johor, Cameroon Highland dan negeri2 lain. Kebanyakan menggunakan enjin petrol kerana mudah diselenggara dan kuasa yang tinggi. Bagi rororvator jenis ini perlu dibuang sisa tanaman diatas batas dan kerja merotor barulah di laksanakan. Teknologi ini membantu petani kearah meningkatkan hasil tanaman dan mengurangkan kebergantungan buruh berbanding dengan kaedah tradisional.


Kos membeli mesin rotovator 2-roda bergantung kepada model dan negara pembuat. Harga RM 2,500 - RM 8,000 mampu di beli oleh penanam sayur komersial. Antara model yang populardi Johor adalah seperti Maspot, Kubota BS 7000, Kubota BS 8000, Robin dan beberapa jenis lagi yang saya tidak dapat ingat. Kedai Jualan Jentera Pertanian di Tangkak menjadi pengedar dan penjual serta jualan 'sales after service'. Alatan rotovator sememangnya membantu petani dalam penanaman sayuran komersial. Pada masa ini rotovator kecil, sederhana dan jenis besar banyak membantu petani dalam kerja-kerja penyediaan tanah. Semasa pameran MAHA dan HPPNK setiap tahun pelbagai jenis alatan dan jentera pertanian dipamerkan termasuk alatan rotovator. Walau pun ada fabricator tempatan tinjauan penulis mendapati kebanyakan alatan kecil pertanian dinegara kita masih diimport dari luar negara. Wasallam!.

MENGGEMBUR TANAH...KENA ROTOR...
MESIN DIBELI...JANGAN TIADA ALATGANTI...
TEKNOLOGI MEKANISASI...BOLEH DIATUR...
HASIL TANAMAN...MENINGKAT TINGGI....


Related articles:
1. Drip Irrigation (Click here)
2. Green House Technology (Click here)
3. Penanaman Padi Berjentera (Klik disini)
4. Food preservation Technology (Click here)
5. Pam Penyembur (Klik disini)


By,
M Anem
Senior Agronomist,
Saujana Putra,
Persint 11, Putrajaya,
WP Persekutuan
Malaysia
(Kemaskini pada 15 Feb 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.