KACANG HIJAU (Vigna radiata L) merupakan sejenis tanaman jenis kekacang dari keluarga Fabaceae yang mana tumbuhan ini dipercayai berasal daripada kawasan India , Pakistan dan Bangladesh. Tanaman ini mengeluarkan biji kacang hijau semenjak dulukala untuk digunakan sebagai sayuran taugeh di Malaysia dan juga di proses dijadikan tepong untuk pelbagai produk lain. Kacang hijau juga dipanggil dengan pelbagai nama seperti Mung bean, green bean, mash bean, munggo, monggo, green gram, green soy, mong dal dan banyak nama lain lagi. Ramai dikalangan kita yang kenal akan kacang hijau yang dijual dikedai tetapi mungkin tidak pernah melihat tanamannya. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat mengenai tanaman kacang hijau berdasarkan lawatan penulis ke Myanmar pada Nov 2009 dan berpeluang melawat ladang dan mengutip maklumat dari MVFRC (Pusat Penyelidikan Buah dan Sayuran Myanmar) semasa lawatan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengena tanaman kacang hijau yang tidak ditanam di Malayia tetapi sering digunakan sebagai satu bahan bijirin untuk makanan tempatan.
Tanaman kacang hijau didunia banyak di China, Myanmar, India, USA, Canada dan Brazil dimana pengeluaran didunia lingkungan 12-15 juta metrik tan setahun. Tanaman kacang hijau tidak popular di tanam di Malaysia kerana faktur cuaca terutama kelembaban yang menyebabkan mudah diserang penyakit. Bagaimana pun Malaysia merupakan negara pengimpot utama kacang hijau di Asia Tenggara untuk dijadikan taugeh (Foto sebelah) dari Myanmar dan China. Taugeh merupakan satu jenis sayuran (Beans sprout) yang digunakan untuk sayuran dan salah satu ramuan penting dlam buat mee goreng atau kueh tiow goreng dsb. Harga taugeh juga murah antara RM 1.80 - RM 2.50 sekilogram di pasar. Kacang hijau juga sangat disukai untuk dibuat bubur kacang (Foto sebelah) dan yang teristimewa adalah 'Bubur Kacang Durian" ..Wow sedapnya. Kacang h ijau juga dibuat pelbagai kueh mues seperti Kueh 'Kole Kacang'. Pelbagai Jenis Kek dan biskut dan juga inti kepada roti dan kueh pau. Di negara China dan India pelbagai kegunaan kacang hijau dalam permakanan mereka.
Terdapat beberapa kultivar kacang hijau yang popular ditanam di Asia. Biasanya jenis tradisional yang ditanam di pendalaman jenis yang lambat matang, hasil rendaah dan mudah diserang penyakit. Kini jenis yang cepat patang (55-65 hari) adalah paling popular. Beberapa varieti keluaran AVDRC yang popular di Thailand, Indonesia dan Filipina adalah seperti Chainat 60, BPI Mg7 dan Merpati. Jenis-jenis lain ikut negara seperti NURI (Indonesia), SML668 dan Pusa Vishal (India), NM-92 (Pakistan) dan PSI 1 (Thailand). Penanaman di negara China, USA dan Canada dijalankan secara meluas berskala besar sementara di Myanmar oleh pekebun-pekebun kecil sahaja selepas tanaman padi. Penanaman menggunakan biji benih dari buah lengai yang matang. Jarak penanaman 45 cm x 60 cm dalam 2 barisan diatas batas dikawasan tanah sawah sebagai tanaman giliran (Sawah di Myanmar ditanam setahun sekali). Keperluan benih sebanyak 16-20 kg sehektar. Pembajaan asas menggunakan kompos dari jerami padi dan baja kimia amat kurang diberikan. Baja NPK diberikan sebanyak 15 kg/ha, 60 kg/ha dan 100 kg/ha mengikut umur. Penggunaan racun pra-cambah dapat bantu kawalan rumpai peringkat awal. Kawalan rumpai secara manual iaitu dengan mencabut rumput dan tajak. Pokok berbunga selepas 50-65 hari ditanam dan boleh dituai seepas 3 bulan ditanam. Kutip buah lengai yang telah matang dan kumpulkan untuk di proses mengeluarkan biji kacang hijau.
Tanaman ini mempunyai pelbagai musuh dan penyakit. Antara penyakit tanaman kacang hijau ialah Kulapok Berdebu atau downy midew yang disebabkan oleh kulat Erysiphe poligony yang boleh menyebabkab pokok kekurangan hasil sehingga 40%. Kawalan dengan menggunakan benih yang resistant dan semburan racun kulat. Penyakit Bintik Daun Cercospora (Cercospora canescens) mampu merosakan daun kacang hijau dengan teruk dan menjejaskan hasil sehingga 58% dan merugikan. Kawalan dengan gunakan jenis tahan, kumpul dan musnah pokok diserang dan semburan racun kulat seperti chlorotanonil at 2 kg/ha. Penyakit lain kacang hijau seperti Scab (Elsinoe iwatae), Antraknos (Collectotricum lindemuthianum) dan penyakit karat (Uromyces spp). Penyakit kacang hijau bawaan bakteria seperti Layu bakteria/ Blight ( Xanthomonas spp atau Pseudomonas spp) yang membunuh tanaman kacang hijau. Penyakit virus seperti Yellow Mung Beans Mozaic (MYMV)virus juga menyerang dikawasan Asia Tenggara.

Kacang Hijau adalah tumbuhan jenis renek yang ditanam untuk mendapatkan biji kacang hijau. Pokok tumbuh menegak dengan ketnggian antara 0.5 - 0.7 meter bergantung kepada varieti. Pokok mempunyai cadang atau dahan yang akan mengeluarkan bunga dan buah di hujungnya. Daun berbentuk pinnate berwarna hijau dan agak berbulu dipermukaan. Bunganya berwarna putih kekuningan dan membentuk tangkai. Buah kacang hijau berwarna hijau ketika muda dan akan menjadi coklat kehitaman apabila telah matang. Satu tangkai mengandungi antara 4-8 lengai buah . Dalam setiap lengai yang panjangnya 5-7 inci mengandungi biji-biji kacang hijau yang akan dileraikan apabila dibuka kulit lengai.
Terdapat beberapa kultivar kacang hijau yang popular ditanam di Asia. Biasanya jenis tradisional yang ditanam di pendalaman jenis yang lambat matang, hasil rendaah dan mudah diserang penyakit. Kini jenis yang cepat patang (55-65 hari) adalah paling popular. Beberapa varieti keluaran AVDRC yang popular di Thailand, Indonesia dan Filipina adalah seperti Chainat 60, BPI Mg7 dan Merpati. Jenis-jenis lain ikut negara seperti NURI (Indonesia), SML668 dan Pusa Vishal (India), NM-92 (Pakistan) dan PSI 1 (Thailand). Penanaman di negara China, USA dan Canada dijalankan secara meluas berskala besar sementara di Myanmar oleh pekebun-pekebun kecil sahaja selepas tanaman padi. Penanaman menggunakan biji benih dari buah lengai yang matang. Jarak penanaman 45 cm x 60 cm dalam 2 barisan diatas batas dikawasan tanah sawah sebagai tanaman giliran (Sawah di Myanmar ditanam setahun sekali). Keperluan benih sebanyak 16-20 kg sehektar. Pembajaan asas menggunakan kompos dari jerami padi dan baja kimia amat kurang diberikan. Baja NPK diberikan sebanyak 15 kg/ha, 60 kg/ha dan 100 kg/ha mengikut umur. Penggunaan racun pra-cambah dapat bantu kawalan rumpai peringkat awal. Kawalan rumpai secara manual iaitu dengan mencabut rumput dan tajak. Pokok berbunga selepas 50-65 hari ditanam dan boleh dituai seepas 3 bulan ditanam. Kutip buah lengai yang telah matang dan kumpulkan untuk di proses mengeluarkan biji kacang hijau.
Tanaman ini mempunyai pelbagai musuh dan penyakit. Antara penyakit tanaman kacang hijau ialah Kulapok Berdebu atau downy midew yang disebabkan oleh kulat Erysiphe poligony yang boleh menyebabkab pokok kekurangan hasil sehingga 40%. Kawalan dengan menggunakan benih yang resistant dan semburan racun kulat. Penyakit Bintik Daun Cercospora (Cercospora canescens) mampu merosakan daun kacang hijau dengan teruk dan menjejaskan hasil sehingga 58% dan merugikan. Kawalan dengan gunakan jenis tahan, kumpul dan musnah pokok diserang dan semburan racun kulat seperti chlorotanonil at 2 kg/ha. Penyakit lain kacang hijau seperti Scab (Elsinoe iwatae), Antraknos (Collectotricum lindemuthianum) dan penyakit karat (Uromyces spp). Penyakit kacang hijau bawaan bakteria seperti Layu bakteria/ Blight ( Xanthomonas spp atau Pseudomonas spp) yang membunuh tanaman kacang hijau. Penyakit virus seperti Yellow Mung Beans Mozaic (MYMV)virus juga menyerang dikawasan Asia Tenggara.
Penulis di Ladang Kacang Hijau di MVFDC Di Bago City, Myanmar pada 2009.
Tanaman kacang hijau juga mempunyai banyak perosak seperti Aphid (Aphid fabae adan Aphid craceivora), Ulat Kacang/ Bean Fly (Ophiomyia phaseoli) , Kutu Thrips dan Ulat Pengorek Lengai (Heliothis spp, Etiella zinkenella, Marucca testutalis). Perosak lain seperti Kumbang Kesing (Nebula nirizula), Kumbang /Weevil (Berunchids) dan kesemuanya di kawal dengan racun serangga. Tanaman kacang hijau perlukan penjagaan rapi untuk pastikan ianya ditanam berterusan.
Kajian penulis di Myanmar mendapati harga jualan biji kacang hijau di ladang hanya sebanyak Kyat 24,000 (USD = 1.00 atau RM 3.80) bagi 98 kilogram. Harga didapati sangat rendah berbanding dengan harga pasaran untuk ekspot keluar sebanyak Kyatt 240,00 (USD =10.00 atau RM 38.00) setiap 98 kg/bag. Hasil pengeluaran kacang hijau lingkungan 20-50 kg/ha bergantung kepada varieti dan pengurusan. Tanaman ini dituai di Myanmar menggunakan tangan secara manual walau pun di negara lain menggunakan mesin jentuai dan mesin pelerai. Tanaman kacang hijau kurang diminati di Malaysia kerana hasil yang diperolehi sangat rendah akibat mudah diserang penyakit dan harga yang tidak menarik selain dari kos melepas berbanding dengan tanaman lain seperti kelapa sawit, getah dan sayur-sayuran. Kos pengeluaran yang tinggi dan pendapatan kasar yang rendah selain kos buruh untuk menuai menjadikan tanaman ini tidak disyorkan. Tanaman ini sesuai sebagai tanaman selingan selepas menanam padi di kawasan sawah. Malaysia menanam padi sepanjang masa (5 kali 2 tahun) dan tak perlulah menanam. Kajian penulis kos mengimpot biji kacang hijau jauh lebih murah daripada kos kita menanam di Malaysia!
KACANG HIJAU... KECIL BIJINYA...
LAWAT MYANMAR...TANAM LUASNYA...
SELING PADI... SAWAH TEMPATNYA...
MALAYSIA IMPOT...BANYAKNYA...
By
M Anem
Senior Agronomist,
MVFRC,
Rangoon ,Myanmar (2009)
(Kemaskini pada Dec 2014)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.