Tuesday, October 27, 2009

Jenis Tembikai

Kawasan tanaman tembikai di Sengkang, Muar, Johor.

Tembikai (Citrullus lunatus) adalah tanaman buah jangkapendek yang menjalar dari keluarga Cucurbitaceae (sama dengan timun) yang dipercayai berasal dari Afrika Tengah. Tembikai adalah satu daripada 9 jenis buah-buahan yang diberikan keutamaan untuk di majukan di Malaysia dalam Dasar Pertanian negara Ke 3. Benih tembikai kebanyakkanya diimpot dari
Taiwan iaitu jenis Hybrid. Pemilihan varieti ditanam mengikut kehendak pasaran dan negara pengimpot. Pasaran Tembikai di Malaysia untuk Tempatan dan Ekspot Keluar Negara. Baca artikel saya dan rencana tembikai pada bulan seterusnya.


Berikut adalah beberapa verieti yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia:


a. New Dragon (berbiji)
b. Flower Dragon (Berbiji)
c. Hitam manis (Berbiji - S118)
d. Black Gold (berbiji)
e. Fengshan (tanpa biji)
f. Ming Hwa (tanpa biji)
g. Gold Rush 1663 (Tanpa biji - TB)
h. Felicity (TB)
i. Orchid Sweet (TB)
j. Sin Foon (TB)
k. Quality (TB)
l. seedless No 1 (TB)

Kawasan yang sesuai untuk tanaman tembikai alah di kawasan rata serta tidak menakung air. kawasan baru sesuai dan elakkan dari menanam di lokasi yang baru bertanam tanaman dari keluarga cucurbiticeae (atau fallow sekurang-kurangnya satu bulan) jika nak tanam. Elakkan menanam dua pusingan pada kawasan yang sama atau berhampiran dengan cucurbitaceae.

Kawasan utama tanaman tembikai di Malaysia adalah di Pahang dan johor. Daerah Rompin Pahang merupakan kawasan utama tanaman tembikai (2,543 hektar) diikuti dengan Daerah Kluang Johor (1,119 hektar) dan Daerah Mersing Johor (828 hektar) pada tahun 2009. Sebanyak 228,880 metrik buah tembikai telah dikeluarkan di malaysia pada tahun 2009 dimana sebahagian besar adalah untuk pasaran ekspot.

Buah biasa matang dalam masa 65 hari selepas tanam bergantung kepada varieti. Pungutan hasil biasanya dibuat sebanyak 4 pusingan setiap musim. Pusingan pertama dan kedua biasanya mengeluarkan hasil bermutu tinggi dan sangat disyorkan untuk diekspot sementara pungutan hasil ketiga dan keempat biasanya berkualiti sederhana dan sesuai untuk pasaran tempatan. Pengredan tembikai ada 3 kategori iaitu Gred 1 , Gred 2 dan Luar Gred.

Untuk keterangan lebih lanjut sila berhubung dengan Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian yang berhampiran terutamanya di kawasan utama pengeluaran tembikai.


Disediakan oleh:

M Anem
Senior Agronomist
AO Muar, Jalan Kamariah,
Muar, Johor,
Malaysia.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.