Tuesday, October 27, 2009

MEMBUAT MEE KUNING


Mee Kuning merupakan satu produk makanan yang menjadi pilihan ramai sebagai makanan. Mee kuning selalunya dihasilkan melalui satu proses yang kritikal dari segi GMP (Good Manufacturing Process) untuk menjamin kebersihan dan keselamatan makanan. Mee kuning diperbuat daripada tepung gandum yang di campur dengan bahan penting (yang selamat dimakan) dan di uli menggunakan Mesin Penguli Tepong sebelum di leperkan dan di jadikan mee melalui mesin penghiris sebelum masuk dalam air panas yang sentiasa mengalir. Mee tersebut akan masuk 'çonveyer' untuk disejukkan dalam aliran air sejuk dan di uraikan dengan campuran minyak masak untuk elakkan bercantum. Mee kuning yang selamat dimakan perlukan proses yang bersih dan dijaga kualiti. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pembuatan mee kuning berdasarkan kepada lawatan teknikal diprojek membuat mee kuning di Kg Solok, Tangkak , Johor yang mendapat bimbingan daripada Jabatan Pertanian.

Dalam temubual dengan pengusaha menyatakan bahawa sekilo mee kuning di keluarkan dijual dengan harga antara RM 1.50 hingga RM 2.00 dan kos pengeluaran antara 80 sen sehingga RM 1.20 sekilogram bergantung kepada jenis mesin yang digunakan. Mee Kuning perlu dipasarkan segera pada hari yang sama di proses untuk mengekalkan kualitinya. Mee kuning dibungkus dalam plastik jernih dengan berat 1 (satu) kilogram sehingga 10 kilgram sebungkus bergantung kepada jenis pasaran. Mee ini perlu diedarkan terus ke Pasar awam, ke Restoran-restoran dan Gerai-gerai makanan dalam hari yang sama untuk menikmati keenakkannya. Bagaimana pun lazimnya jika mee kuning ini disimpan dalam peti ais ia boleh tahan dalam masa 1 minggu tanpa berubah warna dan rasa. Bagaimana pun jika ia disimpan terlalu lama akan menurun kualitinya.  Mee Kuning sesuai dimakan sebagai Mee Goreng, Mee Goreng Mamak, Mee Bandung, Mee Kenduri, Mee Rebus, Mee Kari, Mee Jawa, Mee Kuah, Mee Udang dan sebagainya mengikut resepi tempatan. Makanan ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang suka akan makanan mee kuning. Saya pun peminat makanan berasaskan mee kuning.


Bahan-bahan membuat mee kuning terdiri daripada 4 cawan tepung gandum, 1 cawan air, 1 biji telur, Sedikit garam dan juga sedikit pewarna kuning. Bahan-bahan ini perli diproses dengan mencampurkan Air, garam dan pewarna dikacau sebati. kemudian dipecahkan telur ke dalam tepung. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh yang dinamakan sebagai Doh mee kuning (Sila lihat foto diatas). Seterusnya dibulatkan menjadi beberapa bahagian kecil dan susun dengan baik. Ada juga yang membentuk doh dengan bentuk memanjang. Kemudian doh tersebut perlu dileperkan doh dengan menggunakan tangan. Bagi proses membuat mee kuning ia kemudian digelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing). Doh ini perlu dibuat hingga selesai menjadi mee menggunakan mesin gelek pula no.5 atau mesin No.6. Kemudian sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mee, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi kerinting. Gelek sampai habis semua kepingan doh tadi. Celurkan mee ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang 3 - 4minit. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak. Mee yang segar ini boleh terus dimakan atau dijual. Wasallam.


MEE KUNING.... DIMINATI RAMAI...
DIPROSES BERSIH..GGUNAKAN MESIN....
TEKNOLOGI TERKINI...GHP DIPATUHI...
UNTUNG.... PENGGUNA TERJAMIN....

Dari,
M Anem
Senior Agronomist,
Projek IAT Muar,
Johor, Malaysia.
(Kemaskini 13 May 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.