Monday, November 2, 2009

MAS COTEK DI TANAH GAMBUT

MAS COTEK (Ficus deltoidea) adalah sejenis tanaman herba yang tumbuh liar di tanah gambut secara liar dan menumpang. Pada masa ini pokok ini ditanam secara komersial di atas tanah gambut di sekitar pantai Barat Negeri Johor dari Daerah Muar hingga ke Daerah Pontian. Dalam merujuk kepada Laporan Statistik Jabatan Pertanian Malaysia, saya dapati seluas 180 hektar tanaman mas cotek diusahakan diseluruh negara terutama oleh usahawan bumiputra. Kawasan utama yang ada menanam Mas Cotek adalah di Johor, Kelantan, Terengganu, Selangor dan juga di Pahang.  Selain daripada ditanam di kawasan tanah lapang kini pokok mas cotek ditanam dibawah pokok kelapa sawit dan kelapa. Jarak tanaman ialah 5 kaki antara baris dan 5-6 kaki antara pokok. Harga anak benih tanaman antara RM 8.00 hungga RM 12.00 bergantung kepada jenis dan saiz anakbenih. Pengurusan agronomi agak mudah dengan menggunakan baja organan dan sedikit baja 15:15:15 serta tidak menggunakan racun kimia untuk kawalan rumpai. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman Mas Cotek yang diusahakan di kawasan tanah gambut di Daerah Muar daripada penelitian dan kajian yang saya jalankan untuk maklumat anda.


Pemerhatian di ladang menunjukkan pokok Mas Cotek dewasa akan dituai secara berperingkat-peringkat iaitu diambil hanya sebahagian pokok atau seluruh pokok. Ranting-ranting dan dahan akan di potong bersama daun berukuran 2 - 4 kaki dan ia kemudian di kumpulkan untuk dihantar ke Pusat Pemprosesan Produk Mas Cotek. Tinjauan dengan beberapa petani mendapati purata harga ladang setiap kilogram diantara 60 sen sehingga RM 1.00 sekilogram bergantung kepada kuantiti dan kualiti serta kontrak farming. Apabila tiba dikilang, lazimnya hasil mas cotek akan di bersihkan terdiri dari bahagian ranting , biji dan daun. Kemudian ianya akan di ceraikan agar mudah untuk proses menjemur selama 3 - 5 hari sebelum diproses keproduk akhir. Kajian mendapati hasil akhir produk mas cotek adalah untuk di jadikan teh atau minyak ekstrak. Bagi produk teh herba ianya di jual dan di bungkus dalam bentuk Daun Asli, Di buat serbuk atau pil. Bagi minyak yang di ekstrak boleh dijadikan pelbagai produk.


Adalah di percayai herba mas cotek dapat mengawal pusingan darah, anti-oksidan, anti radangan, melindungi tisu, mengetatkan tisu yang kendur, mengurangkan pengeluaran air berlebihan serta peningkatan penyerapan nutrient. Mas Cotek juga di dakwa dapat mengeluarkan toksin dalam badan, melancarkan perjalanan darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, kawal sakit urat saraf, gaut, migrane, paru-paru berair dan sebagainya. Di Daerah Muar terdapat seorang penanam stau pengilang Mas Cotek di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Daerah iaitu Perusahaan UNS Enterprise beralamat di Kg Sg Resik Darat, Sg Balang, Muar, Johor (Tel: 06-9883867; HP 012-7211867). Usahawan ini menanam sendiri seluas lebih 15 hektar dan menjadi pembeli secara Kontrak Farming dengan lebih 45 penanam dengan keluasan lebih 50 hektar. Saya dapati usahawan muda ini mampu mempromosikan produk ini ke seluruh dareah dan akan dikembangkan lagi. Selamat berjaya!



NAMA MASCOTEK...RENEK POKOKNYA...
MUDAH DITANAM...GAMBUT TANAHNYA...
DIBUAT TEH... HEBAT KHASIATNYA...
KINI DIUSAHAKAN... PETANI MUDA...



Oleh:
M Anem
Senior Agronomist,
Kg Sungai Balang,
DOA Muar,
Johor, Malaysia.
(Kemaskini pada 5 Jamadilakhir 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.