Berdasarkan data perdagangan DOSM dilaporkan dimana Malaysia mengimport sejumlah besar lobak merah (dan turnip segar atau jenis sejuk beku) setiap tahun bagi memenuhi keperluan domestik. Pada 2025 sebanyak 95,170 tan metrik (95,169,700 kg) lobak merah dan sayur seumpamanya telah di import dengan nilai import apa yang penulis blog rujuk telah mencecah sebanyak USD 42.47 juta (iaitu sekitar RM 180 juta sehingga RM 190 juta mengikut kadar pertukaran semasa. Apa pun di laporkan Malaysia bergantung kepada beberapa negara utama untuk bekalan lobak merah import iaitu yang pertama dari China sebanyak 73,531 tan metrik bernilai USD 29.70 juta diikuti dari Australia (bagi produk pasaran Premium) iaitu sebanyak 13,416 tan metrik yang bernilai USD 9.27 juta. Ketiga Maaysia import Lobah Merh dari Vietnam sebanyak 7,209 tan metrik yang bernilai USD 2.73 juta dan beberapa negara lain termasuk daripada USA dan Thailand juga. Apa pun meninjau akan trend harga import lobak merah dimana purata harga kos import (CIF) bagi lobak merah ke Malaysia secara amnya berada dalam julat iaitu sekitar USD 0.32 - USD 0.50 per kilogram (sekitar RM 1.40 - RM 2.20/kg) tertakluk kepada negara asal. Lobak merah dari Australia biasanya ia akan mencatatkan harga import tertinggi (gred premium) berbanding produk lobah merah dri negara China dan Vietnam. Dalam ada pula dengan jumlah pengeluaran lobak merah (carrot) dengan dianggarkan sekitar 40 - 42 juta tan metrik setahun dengan saiz pasaran globalnya bernilai sekitar USD 18.6 bilion. Apa pun nilai pasaran ini dijangka akan ia terus berkembang pesat didorong oleh kesedaran kesihatan pengguna dan permintaan tinggi terhadap produk hiliran seperti lobak merah potong (baby carrots), jus, jus pekat, bentuk sejuk beku, dan serbuk lobak merah. Penulis blog merujuk dari data rasmi daripada Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) dimana jumlah keluasan tanaman lobak merah di Malaysia adalah sangat kecil kerana ia merupakan tanaman iklim sederhana yang kebanyakannya memerlukan kawasan tanah tinggi bersuhu sejuk iaitu seperti kawasan Cameron Highlands, Pahang dan Kundasang di Sabah. Keluasan bertanam lobak merah di Malaysia adalah hanya sekitar 40 - 115 hektar sahaja setahun dimana ia bergantung kepada trend pasaran lokal iaitu pada tahun 2022 seluas 45 hektar (Hasil sebanyak 556 mt), pada tahun 2021 seluas 103 ha dengan hasilnya sekitar 1,368 mt dan terbaru pada 2025 ditanam seluas 115.4 hektar yang menghasilkan sebanyak sekitar 1,000 mt. Penulis blog dapati disebabkan faktor keluasan tanah dan hasil pengeluaran tempatan yang sangat terhad dimana Malaysia amat bergantung kepada produk import lobak merah dari luar negara seperti diimport dari negara China dan dari Australia bagi memenuhi jumlah permintaan domestik yang tinggi.
Penulis blog kongsikan fakta beberapa buah negara pengeluar utama Lobak Merah ata 'Carrot' dunia dimana Negara China telah mendominasi pasaran dengan menghasilkan hampir 44 - 45% daripada jumlah keseluruhan bekalan dunia. Negara China menghasilkan sebanyak 18 - 19 juta metrik tan (mt) dimana ia merupakan negara pengeluar dan menjadi pengeksport terbesar dunia sepanjang tahun. Memang China mengeluarkan puluhan juta tan lobak merah setiap tahun iaitu dengan kawasan penanaman meliputi sekitar 120,000 hektar setahun. Selain daripada memenuhi keperluan pasaran domestik yang sangat besar dilaporkan dimana China juga ia turut mengeksport lobak merah segar serta produk beku (seperti IQF atau dibekukan pantas secara individu) ke negara-negara Asia lain, Timur Tengah (seperti Arab Saudi) dan Amerika Utara. Faktanya dimana kebanyakan pengeluar utama di China mematuhi piawaian antarabangsa seperti HACCP, ISO dan GMP bagi memastikan keselamatan dan kualiti eksport dan kepercayaan negara pengguna utama. Apa pun China adalah pengeluar lobak merah (carrot) terbesar di dunia dimana penanaman beraa di kawasan khas yang mana ia ditanam secara besar-besaran di wilayah seperti Shandong, Hebei dan Mongolia Dalam. China juga merupakan diantara pengeksport lobak merah terbesar dunia kebanyak negara Asia termasuk Malaysia, Singapura dan Thailand mengimport lobak merah segar dari China secara harian untuk pasaran tempatan. Dalam pada itu negara Uzbekistan dengan kualtiti sebanyak 3.1 - 3.5 juta mt dilaporkan sebagai negara pengeluar kedua terbesar dengan kadar penggunaan per kapita yang tinggi. Apa pun Uzbekistan merupakan antara pengeluar lobak merah terbesar di dunia dan ia menduduki tangga kedua atau ketiga di peringkat global selepas China. Pasaran dimana di negara Asia Tengah ini mengeluarkan sekitar 3.5 - 3.9 juta tan lobak merah setiap tahun dimana dari segi pengeluaran per kapita (nisbah jumlah penduduk) negara Uzbekistan sebenarnya mendahului carta global dengan kadar kecekapan pertanian yang amat tinggi. Uzbekistan dilaporkan ia berada di kedudukan ke-2 atau ke-3 terbesar sebagai pengeluar lobak merah di dunia (bersaing rapat dengan India dan mengekori China sebagai juara utama). Lobak merah yang di hasilan di Usbekistan adalah dari jenis lobak kuning dan merah tempatan dimana ia merupakan varieti lobak merah utama paling penting dalam hidangan kebangsaan mereka iaitu 'Makanan Palov (Osh)' membolehkan tanaman ini luas ditanam dalam skala yang sangat besar. Uzbekistan mampu bagi mengeksport sebahagian besar hasil lobak merahnya ke negara-negara jiran seperti Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Rusia. Dalam aspek teknikal dimana jenis tanah lembah yang subur seperti di Lembah Faergana serta sokongan program pertanian kerajaan membolehkan hasil tuaian lobak merah di sana sangat berkualiti tinggi dan manis secara semula jadi. Apa pun kelainan ciri Lobak Merah atau Kuning Uzbekistan dalam Plov dimana ia berwarna kuning (selain oren atau merah gelap) mengandungi dominasi oleh pigmen xanthophyll. yang berkhasiat. Lobak ini lebih tebal, kurang berair dan rasa kurang manis berbanding lobak oren moden dan ia tidak mudah hancur atau lembik apabila direbus lama di dalam kawah besar (kazan). Dalam masakan dimana lobak Usbekistan ini akan dipotong memanjang (julienne) dan ia dimasak bersama daging (kambing atau daging lembu), bawang, minyak serta rempah ratus seperti jintan putih sebelum beras diletakkan di atasnya untuk dikukus.
Fakta seterusnya menyatakan Negara India ada keluarkan sebanyak 2.7 juta metrik tan lobak merah sebagai salah satu pengeluar utama di Asia Selatan untuk pasaran domestik. India juga ia merupakan pengeluar lobak merah (carrot) ketiga terbesar di dunia iaitu jumlah yang merangkumi kira-kira 6.1% daripada keseluruhan bekalan dunia. India ialah salah satu pengeluar utama lobak merah berwarna merah (red carrot) dan bawang merah (red onion) di peringkat global. Jenis Lobak Merah India (Red Carrot) dari India memang berbeza dengan lobak oren biasa dari Eropah atau China dimana lobak merah asal India didakwa ia lazimnya berwarna merah terang, kaya dengan antioksidan lycopene dan beta-carotene serta mempunyai rasa yang lebih manis dan rangup. Ia banyak ditanam secara komersial di kawasan seperti utara India ketika musim sejuk (pencapaian tuaian yang tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport). Kawasan penanaman lobak merah di India meluas di kawasan Negeri Haryana iaitu merupakan wilayah utama yang mendahului pengeluaran lobak merah domestik dan ia diikuti oleh negeri-negeri lain seperti West Bengal, Punjab, dan Uttar Pradesh. Di laporkan negara Rusia mampu menghasilkan sebanyak 1.3 - 1.4 juta metrik tan lobak merah setahun dimana memenuhi permintaan pasaran tempatan dan pasaran serantau. Dilaporkan pengeluaran lobak merah di Rusia ia merupakan salah satu yang terbesar di dunia yang mana ini menyumbang kira-kira 8% daripada keseluruhan pengeluaran global. Industri lobak merah di Rusia berada dalam kelompok 5 negara pengeluar lobak merah terbesar di dunia (bersama China, Uzbekistan dan Amerika Syarikat). Sektor pertanian komersialnya sahaja menuai sekitar 985,900 tan setahun, dan selebihnya disumbangkan oleh kebun-kebun domestik atau persendirian (household gardens). Kawasan pengeluaran utama di Rusia adalah 80% pengeluaran lobak merah di Rusia tertumpu di tiga wilayah persekutuan iaitu di Wilayah Selatan (Southern), Wilayah Volga, Wilayah Tengah (Central) (dengan Wilayah Moscow merekodkan hasil tuaian setiap hektar adalah tertinggi). Walaupun berhadapan dengan iklim yang mencabar dan musim sejuk yang ekstrem akan tetapi petani Rusia menggunakan teknologi moden untuk memastikan bekalan berterusan seperti menggunakan mesin penuai berkapasiti tinggi yang menarik lobak merah menggunakan sistem tali pinggang khas bagi mengelakkan kerosakan pada sayur. Kira-kira 70% dijual segar atau disimpan di dalam gudang khas kalis sejuk untuk bekalan musim sejuk. Baki 30% lagi diproses menjadi jus lobak merah pekat, sayuran sejuk beku, dan bahan perasa untuk dieksport ke Eropah serta Asia. Seterusnya adalah negara Amerika Syarikat (USA) dengan jumlah pengeluaran sebanyak 1.1 - 1.4 juta metrik tan yang mana ia didominasi oleh penanaman di California (85% daripada hasil dari USA). Dilaporkan USA merupakan salah satu pengeluar utama lobak merah di dunia dimana industri lobak merah di negara tersebut dianggarkan bernilai lebih daripada $1.7 bilion. Penanaman di California iaitu di dakwa sebagai 'ibu kota lobak merah USA' kerana membekalkan lebih 80 - 85% daripada keseluruhan lobak merah yang ditanam di negara tersebut. Kawasan ini mempunyai tanah berpasir yang sangat sesuai serta sistem pengairan yang canggih. Antara neheri lain termasuk di Washington, Michigan, Texas dan Wisconsin. Pasaran Lobak Merah global ada banyak faktur yang menentukannya dimana ada kes Jenis Pasaran Snek Moden (Baby Carrots) apabila kebanyakan lobak merah segar yang dijual di peruncit USA diproses menjadi produk sedia dimakan seperti baby carrots (lobak merah saiz bayi). Produk ini sebenarnya dihasilkan daripada lobak merah matang biasa yang dipotong dan digilap menggunakan mesin khas untuk mengelakkan pembaziran rupa lobak yang tidak sempurna. Cara pengeluaran di ladang-ladang besar seperti Grimmway Farms dan Bolthouse Farms menggunakan jentera penuai automatik sepenuhnya yang mampu menuai berpuluh-puluh tan lobak merah sehari dan ini diikuti dengan sistem penderia kamera pintar di kilang untuk mengasingkan gred saiz serta kualiti secara automatik (Sila lihat foto disebelah). Industri lobak merah dapati pengeksport terbesarnya adalah China dan Belanda yang merupakan pemain utama dalam rantaian eksport global. China membekalkan sebahagian besar lobak merah segar ke negara-negara Asia termasuk Malaysia, Thailand dan Arab Saudi. Dalam pada itu ada juga direkodkan dimana pengimport lobak merah terbesar adalah beberapa negara seperti Jerman, Amerika Syarikat dan Canada merupakan antara hab import terbesar dunia bagi menampung permintaan pasaran tempatan mereka. Apa pun dilaporkan pasaran lobak merah dunia terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Jenis Pasaran Segar (Fresh Market) yang menyumbang sekitar 80% daripada pengeluaran dunia iaitu produk lobak merah yang dijual secara pukal, bertangkai atau diproses menjadi baby carrots untuk snek. Kedua adalah Jenis Pasaran Produk Proses (Processed Market) yang mana ia melibatkan produk berasaskan lobak merah yang sudah pun disejukbekukan, ditin, dijadikan serbuk atau diproses sebagai jus tule. Artikel ini di tulis dalam EMPAT (4) bahagian iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini mampu memberi info sangat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.