Wednesday, October 21, 2026

BAWANG HOLLAND DAN FAKTANYA (PART 3)

BAWANG HOLLAND (Allium cepa)  ialah bawang besar kuning (yellow onion) dari keluarga Aliaceae yang mempunyai kulit luar berwarna coklat keemasan dan isinya yang berwarna kekuningan. Malaysia mengimport sekitar 34,886 tan metrik (34.8 juta kg) Bawang Holland setahun berdasarkan data perdagangan terbaru oleh DOSM. Apa yang penulis blog rujuk dimana secara keseluruhannya, Malaysia amat bergantung kepada pasaran luar kerana 100% bekalan bawang negara adalah diimport. Apa pun faktanya jumlah import bawang Holland Malaysia sebanyak 34,886 tan metrik ia bernilai kira-kira RM16.4 juta atau sebanyak USD16.48 juta). Dilaporkan negara Belanda membekalkan sekitar 5 - 9% daripada jumlah keseluruhan import bawang ke Malaysia dimana bawang yang dibawa masuk dari negara tersebut ialah Bawang Holland (Bawang Besar Kuning). Merujuk data ini dimana jumlah import Semua Jenis Bawang Malaysia sebanyak 590,000 - 750,000 tan metrik bawang setahun iaitu ia merangkumi bawang besar, bawang merah atau bawang kecil dan bawang putih iaitu dengan kos keseluruhan import semua jenis bawang mencecah RM1.5 bilion setahun. Apa pun di laporkan selain Belanda, pasaran bawang Malaysia didominasi oleh negara pengeksport utama lain seperti China (pembekal terbesar sekitar 46%), India, New Zealand dan Pakistan. Ramai pengguna kenal dengan Jenis Bawang Holland iaitu sejenis besar holland yang mempunyai rasa yang lemak dan sedikit pedas dan berangin. Bawang jenis ini menjadi pilihan dalam masakan terutama untuk menumis kerana ia mempunyai tekstur yang lembut dan keperangan apabila dimasak. Bagi penulis blog paling hebat menggunakan bawang holland untuk buat sambal nasi lemak. Ia juga dilaporkan ada mengandungi kandungan gula semulajadi yang tinggi berbanding dengan jenis-jenis bawang-bawang lain. Apa pun China masih dominan sebagai pembekal import terbesar bawang holland ke Malaysia kerana harganya yang lebih murah dan mampu milik. Walau pun Belanda (Holland): ia dikenali sebagai negara asal yang mempopularkan nama bawang besar kuning ini serta merupakan antara pengeluar bawang terbesar dunia tetapi harganya lebih tinggi sama sepeti dari New Zealand walau pun ia berkualiti tinggi, namun harganya lebih mahal. Meneliti fakta ciri bawang ini dimana ia memang kurang pedas berbanding bawang merah tempatan serta mempunyai rasa manis semula jadi yang bertambah manis dan berkaramel apabila dimasak lama. Ia bertekstur lembut, berair dan cepat menjadi rangup atau keperangan apabila ditumis. Sebenarnya istilan atau nama 'Holland' adalah ia dipanggil demikian di Malaysia sebagai sebutan umum untuk bawang besar kuning import (walaupun bekalan di pasaran Malaysia kebanyakannya diimport dari China, Belanda dan New Zealand). Kegunaan dalam masakan ia sesuai untuk jenis masakan seperti sup, stew, pasta, sos, dan burger atau sangat sesuai untuk menumis dengan api yang tinggi kerana ia cepat memberikan aroma yang wangi dan rasa lemak manis. Ia juga selalu di makan sebagai 'Salad' iaitu dihiris nipis untuk dimakan mentah dalam sandwic atau salad kerana pedasnya tidak terlalu menyengat. Artikel tengahari Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dan paparkan fakta penting tentang Bawang Holland untuk bahan rujukkan semua. 


Istilah 'Bawang Holland' ialah nama tempatan di Malaysia bagi bawang besar kuning atau 'Yellow onion' atau nama botani adalah Allium cepa. Selain bawang Holland ada di pasaran Jenis Bawang Kecil, Bawang Putih, Bawang Bambay, Daun Bawang dan sebagainya yang memenuhi keperluan masakan dalam negara. Apa pun uniknya bagi penulis blog sebab nama 'Holland' ia digunakan secara umum di Malaysia untuk dapat merujuk kepada bawang besar kulit kuning atau warna perang yang diimport dari luar negara seperti dari negara China, negara Belanda dan New Zealand. Mudah mengenali jenis Bawang Holland di jual sebab ia ada warna kulit iaitu perang kekuningan atau keemasan dengan lapisan kertas nipis dengan ada warna isi yang putih kekuningan. Sebenarnya ia ada rasa kurang pedas berbanding bawang merah kecil akan tetapi mempunyai kandungan gula yang tinggi yang bertukar menjadi manis dan keperangan apabila dimasak atau istilahnya sebagai 'caramelized'. Penulis blog cuba kupas akan jenis dan varieti utama didalam Kategori Bawang Holland atau Jenis Bawang Besar Kuning ini sebagai rujukkan. Apa pun di pasaran tempatan di Malaysia ia dijual secara umum sebagai jenis 'Bawang Holland' secara umum iaitu satu kategori bawang besar kuning. Bagaimana pun sebenarnya ia juga terbahagi kepada beberapa varieti utama mengikut jenis atau asal pengeluarannya. Pengkelasan Bawang Holland pertama adalah Jenis Bawang Kuning Biasa (Yellow Onion atau Jenis Spanish Onion) dimana ia berbentuk bulat sedikit lonjong, kulit perang keemasan yang tebal, rasa sedikit tajam mentah tetapi menjadi manis apabila dimasak lama. Apa yang penulis blog faham dimana jenis bawang holland biasa (atau dikenali sebagai bawang besar kuning atau yellow onion) dimana ia mempunyai beberapa ciri fizikal, rasa dan kegunaan utama dalam masakan iaitu ia ada jenis kulit berwarna kuning keemasan atau coklat cerah dengan saiznya lebih besar dan bentuknya lebih bulat atau sfera. DIlihat isi dalamannya adalah ia berlapis-lapis tebal dengan warna putih kekuningan. Ia juga mempunyai rasa kurang pedas berbanding bawang merah kecil, tetapi mempunyai kandungan gula semula jadi yang tinggi. Teksturnya ia menjadi lembut, berjus dan lebih manis apabila dimasak lama. Ia juga boleh bertukar keperangan dan rangup apabila digoreng (seperti caramelised onion). Dari segi kegunaan dalam masakan sesuai untuk Jenis Masakan Barat dan Masak Sup serta stew, sos dan burger. DI Malaysia ia sesuai untuk tumisan dan gorengan seperti sambal nasi lemak, masakan tradisi Cina, Melayu atau dibuat bawang goreng. Jenis ini ia kurang sesuai jika dikisar terlalu halus atau dimasukkan ke dalam sup ayam kerana boleh menghasilkan bau yang kurang sedap. Kedua ada Jenis Bawang Manis atau 'Sweet Onion' contohnya varieti Vidalia atau Walla Walla) dimana bawang jenis ini ia ada kandungan sulfur yang lebih rendah dan paras gula yang tinggi dimana ini akan juga menyebabkan ia kurang pedas dan boleh dimakan mentah. Jenis Bawang Vidalia (atau sering dikategorikan sebagai jenis bawang manis atau sweet onion) ialah variasi premium daripada keluarga bawang besar (bawang kuning atau Holland) yang mempunyai ciri unik yang membezakannya dengan bawang Holland biasa. Ciri-ciri utama bawang Vidalia adalah dimana ia berikan rasa yang Sangat Manis dan kurang Pedas dimana ia berbeza dengan bawang biasa, bawang Vidalia mempunyai kandungan gula semula jadi yang sangat tinggi (sekitar 8% hingga 12%) dan kandungan sulfur yang sangat rendah. Ini menyebabkan rasanya manis dan ia tidak menyengat, dan tidak membuatkan mata mudah berair atau menangis semasa dipotong. Ia berberbentuk sedikit leper (flattened globe) dan tidak bulat sempurna seperti bawang Holland biasa dengan kulit luarnya berwarna kuning keemasan pucat dengan isi dalaman berwarna putih bersih (Sila lihat foto disebelah). Ia berjus dan rangup kerana kandungan airnya yang tinggi dan bawang ini sangat rangup dan berair apabila digigit mentah. Nama 'Vidalia' adalah jenama yang dilindungi undang-undang sebab bawang ini hanya boleh ditanam di 20 daerah tertentu di Georgia, Amerika Syarikat. Jenis tanah di kawasan tersebut sangat unik kerana kekurangan sulfur, yang menjadi rahsia mengapa bawang yang dihasilkan di situ menjadi sangat manis. Kegunaan masakan sebab rasanya yang lembut dimana ia sangat sesuai dimakan mentah dalam salad, sandwic, atau burger. Jika dimasak, ia sangat cepat bertukar menjadi karamel (caramelized) dan sering digunakan untuk membuat sup atau jejari bawang (onion rings). Ia juga sangat sesuai untuk salad, sandwic atau dibuat onion rings. Apa pun ketiga ada Jenis Bawang Besar Putih (White Onion) iaitu dengan ada ciri kulit berwarna putih bersih dan isinya lebih tajam serta segar apabila dimakan mentah. Jenis bawang besar putih (white onion) ialah sejenis bawang besar yang mempunyai kulit luar berwarna putih pucat dan isi dalam yang putih bersih. Ia berbentuk bulat, kulit luarnya nipis berwarna putih pucat atau keperakan dan isi dalamnya berwarna putih padat. Ia mempunyai rasa yang paling tajam, pedas dan menyengat berbanding bawang besar kuning atau merah apabila dimakan mentah dan bertekstur lebih rangup (crunchy) dan berair (juicy) berbanding jenis bawang lain. Jenis ini ia sangat popular dalam masakan Mexico (seperti sos salsa, pico de gallo dan bahan tabur pada taco) kerana ia memberi rasa segar dan 'ada rasa 'kick' apabila dimakan mentah dimana ia bagus digunakan dalam masakan bertumis, sup, atau rebusan bagi melengkapkan rasa. 
 

Fakta penting dimana Bawang Holland (atau dikenali sebagai bawang besar kuning) selalunya ia dijual dan diproses ke dalam beberapa jenis produk di pasaran dunia. Beberapa jenis dan kategori produk bawang Holland utama yang boleh didapati secara global yang pertaman Produk Bawang Holland Segar (Fresh Produce) iaiatu ia adalah bentuk asal bawang Holland yang belum diproses dan dikategorikan mengikut negara asal serta gred saiz. Dalam kategori ini ada Produk 
Bawang Holland Belanda (Asal Eropah) dimana jenis ini ia mempunyai kualiti premium, kulit coklat keemasan yang licin, isi yang padat, manis dan ketahanan simpanan yang lama. Ada Jenis Produk Bawang Holland China Segar dimana jenis ini ia paling banyak ditemui di pasaran Malaysia kerana harganya yang lebih murah dan kompetitif. Ketiga dalam kategori ini ada Jenis Produk Bawang Holland New Zealand dan Bawang Holland Australia dimana ia terkenal dengan standard kualiti yang tinggi dan gred premium namun harganya sedikit mahal yang menyebabkan kebanyak penduduk kelas biasa di Malaysia berfikir dua kali untuk membelinya berbanding dengan produk dari China. Keempat ada Jenis Gred Saiz Bawang Holland Komersial dimana jenis ini ia biasanya dijual secara pukal dalam guni (sekitar berat 5kg sehingga 25kg) mengikut saiz diameter seperti Saiz Kecil (Small), Sederhana (Medium) dan Besar (Large atau saiz Jumbo) di jual dalam ruangan tertentu di pasaraya. Kedua ada Produk Bawang Holland Mengikut Produk Sedia Dimasak atau Diproses (Processed Products) di jual di pasaran. Ia dijual bagi memenuhi industri makanan (HORECA -atau keperluan pihak Hotel, Restoran, Kafe) dan juga bagi kegunaan rumah yang mahukan kesenangan, bawang Holland diproses yang pertama Jenis  Bawang Holland  Siap Kupas (Peeled & Vacuum Packed) dimana bawang ini telah dibuang kulit dan dibungkus menggunakan pek vakum untuk ia akan mengekalkan kesegaran tanpa mengurangkan kualiti airnya (Sila lihat foto paling atas sekali). Kedua dalam kategori ini ada Produk Bawang Holland Di Potong Segar (Pre-cut atau Diced) dimana bawang holland ini dipotong secara dadu, di hiris (sliced) atau cincang (minced) dan disejukbekukan untuk pasaran industri makanan pantas (Sila lihat foto disebelah). Apa pun kategori ketiga ada Jenis Produk Nilai Tambah dan Produk Kering (Value-Added Products) antaranya Jenis Produk Bawang Goreng Rangup (Crispy Fried Onions) dimana bawang Holland dihiris dan digoreng sehingga menjadi perang keemasan. Produk ini sangat popular dieksport dari Belanda ke pasaran global untuk dijadikan topping makanan seperti hotdog, burger atau mi. Kedua ada Jenis Produk  Serbuk Bawang Holland (Onion Powder) yang mana ia diperbuat daripada bawang Holland yang dikeringkan dan dikisar halus menjadi serbuk dan selali ia digunakan secara meluas sebagai penambah rasa (perasa makanan) dalam sup, sos dan industri snek. Akhir sekali ketiga dalam kategori ini ada Jenis Produk Serpihan Bawang Holland Kering atau dikelai sebagai 'Dehydrated Onion Flakes' dimana bawang yang dikeringkan dalam bentuk serpihan kecil. Sangat popular dalam pembuatan mi segera atau sup segera kerana ia akan mengembang semula apabila terkena air panas.


Menarik juga di kongsikan akan kepercayaan atau Mitos yang berkait dengan Bawang Holland yang ada diseluruh dunia ia sama dengan semua jenis bawang besar yang lain. Apa paling popular adalah Mitos atau Kepercayaan bahawa bawang yang telah dikupas, diiris dan dibiarkan terdedah ia boleh menjadi 'Magnet' yang menyedap dan menyerap bakteria, virus, serta racun dari udara dimana mitos ini membawa kepada dua pemahaman karut yang bertentangan. Pertama adalah Mitos Bahaya (Bawang Jadi Beracun) sebabnya masih ramai yang percaya jika bawang Holland dipotong dan disimpan baki untuk keesokan harinya didakwa ia akan merbahaya dan beracun kerana sudah dipenuhi bakteria dari udara sekitar. Apa pun m
itos mengenai bawang beracun merujuk kepada dakwaan kononnya bawang (sama ada bawang merah, bawang putih, atau bawang bombay) yang telah dikupas, diiris atau disimpan semalaman akan berubah menjadi racun atau magnet yang menyerap virus, bakteria dan kuman di dalam bilik. Faktanya dimana dari sudut sains bawang yang dipotong tidak bertindak sebagai span yang menyerap kuman dari udara. Mitos ini dikesan bermula sejak abad ke-16 semasa wabak hawar (bubonic plague) dan muncul semula semasa pandemik flu tahun 1919. Pada zaman itu, masyarakat percaya penyakit berjangkit tersebar melalui 'udara busuk' (miasma). Mereka meletakkan hirisan bawang di sekitar rumah dengan kepercayaan bahawa bawang tersebut akan dapat menyerap racun dan kuman di udara agar manusia tidak jatuh sakit. DIjelaskan kenapa Bawang Tidak Beracun kerana ada sifat Asid Melawan Bakteria iaitu bila bawang dipotong, ia mengeluarkan jus yang mengandungi sebatian sulfur dan asid. Komponen ini sebenarnya mempunyai sifat antimikrob yang membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria dan ia bukannya menarik kuman. Permukaan bawang yang dipotong akan cepat mengering. Bakteria memerlukan kelembapan dan nutrien protein yang tinggi untuk membiak, manakala bawang tidak menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembiakan bakteria berbanding makanan lain (seperti daging atau jenis mayonis). Persoalan bila bawang boleh menjadi bahaya iaitu ia sama seperti mana-mana bahan makanan lain, bawang boleh tercemar dan menyebabkan keracunan makanan hanya disebabkan oleh faktor luaran, bukannya kerana sifat bawang itu sendiri. Ada kes 'pencemaran silang' semasa memotong bawang menggunakan papan pemotong atau pisau yang kotor (contohnya bekas memotong daging mentah). Ia mungkin juga disebabkan oleh cara penyimpanan yang salah dimana bawang mentah yang belum dikupas akan cepat lembik dan berkulat jika disimpan di dalam persekitaran kulkas yang terlalu lembap. Bawang yang sudah berkulat atau busuk memang tidak boleh dimakan kerana mengandungi bakteria pembusuk. Kedua ada Mitos Rawatan Bawang (Penyerap Penyakit) apabila masih ramai juga percaya dengan cara dia meletakkan hirisan bawang Holland di penjuru rumah atau bilik tidur, ia boleh 'menyerap' virus selesema dan membersihkan udara.  Faktanya dimana dari sudut kajian sains dan sains makanan, mitos ini telah dibuktikan palsu oleh komuniti saintifik antarabangsa termasuk National Onion Association (NOA). Apa pun asas uul kepercayaan ini bermula sejak abad ke-16 semasa wabak penyakit bubonic plague melanda dunia. Pada zaman itu, masyarakat menyangka penyakit berjangkit merebak melalui udara busuk (miasma) dimana mereka akan meletakkan bawang untuk menapis udara. Mitos ini tular semula di internet sekitar tahun 2008 melalui sebuah hantaran blog oleh warganet. Apa pun bawang Bukan Magnet Bakteria sebab secara biologinya, bawang mempunyai cecair berasid dan sebatian sulfur (seperti allicin) yang sebenarnya bersifat antimikrob. Ini bermakna permukaan bawang yang dipotong akan melawan bakteria, bukannya menariknya. Akhir sekali petua cara Simpan Baki Bawang terbaik dimana sesiapa boleh makan baki bawang Holland yang telah dipotong. Syaratnya adalah ia perlu disimpan dengan betul di dalam bekas bertutup rapat (kedap udara) dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan sehingga 7 hari. Bawang hanya akan tercemar jika disentuh dengan tangan yang kotor atau diletakkan di atas papan pemotong yang dicemari daging mentah. Artikel ini di tulis dalam dua (2) bahagian iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini mampu memberi info sangat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

BAWANG HOLLAND ... POPULAR DI DUNIA...
PENGELUAR UTAMA...INDIA DAN CHINA...
DALAM MASAKKAN...SEDAPKAN RASANYA...
BACA ARTIKEL... AMAT MENARIK FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 JamadilAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.