BAWANG HOLLAND (Allium cepa) ialah bawang besar kuning (yellow onion) dari keluarga Aliaceae yang mempunyai kulit luar berwarna coklat keemasan dan isinya yang berwarna kekuningan. Malaysia mengimport sekitar 34,886 tan metrik (34.8 juta kg) Bawang Holland setahun berdasarkan data perdagangan terbaru oleh Jabatan Perangkaan (DOSM). Apa yang penulis blog rujuk dimana secara keseluruhannya, Malaysia amat bergantung kepada pasaran luar kerana 100% bekalan bawang negara adalah diimport. Apa pun faktanya jumlah import bawang Holland Malaysia sebanyak 34,886 tan metrik ia bernilai kira-kira RM16.4 juta atau dinilai sebanyak USD16.48 juta). Dilaporkan negara Belanda membekalkan sekitar 5 - 9% daripada jumlah keseluruhan import bawang ke Malaysia dimana bawang yang dibawa masuk dari negara tersebut ialah Bawang Holland (Bawang Besar Kuning). Merujuk data ini dimana jumlah import Semua Jenis Bawang Malaysia sebanyak 590,000 - 750,000 tan metrik bawang setahun iaitu ia merangkumi bawang besar, bawang merah atau bawang kecil dan bawang putih iaitu dengan kos keseluruhan import semua jenis bawang mencecah RM1.5 bilion setahun. Apa pun di laporkan selain Belanda, pasaran bawang Malaysia didominasi oleh negara pengeksport utama lain seperti China (pembekal terbesar sekitar 46%), India, New Zealand dan Pakistan. Ramai pengguna kenal dengan Jenis Bawang Holland iaitu sejenis besar holland yang mempunyai rasa yang lemak dan sedikit pedas dan berangin. Bawang jenis ini menjadi pilihan dalam masakan terutama untuk menumis kerana ia mempunyai tekstur yang lembut dan keperangan apabila dimasak. Bagi penulis blog paling hebat menggunakan bawang holland untuk buat sambal nasi lemak. Ia juga dilaporkan ada mengandungi kandungan gula secara semulajadi yang tinggi berbanding dengan jenis-jenis bawang-bawang lain. Apa pun China masih dominan sebagai negara pembekal import terbesar bawang holland ke Malaysia kerana harganya yang lebih murah dan mampu milik. Walau pun Belanda (Holland): ia dikenali sebagai negara asal yang mempopularkan nama bawang besar kuning ini serta ia juga merupakan antara pengeluar bawang terbesar dunia tetapi harganya lebih tinggi sama sepeti dari New Zealand walau pun ia berkualiti tinggi, namun harganya lebih mahal. Meneliti fakta ciri bawang ini dimana ia memang kurang pedas berbanding bawang merah tempatan serta mempunyai rasa manis semula jadi yang bertambah manis dan berkaramel apabila dimasak lama. Ia bertekstur lembut, berair dan cepat menjadi rangup atau keperangan apabila ditumis. Sebenarnya istilan atau nama 'Holland' adalah ia dipanggil demikian di Malaysia sebagai sebutan umum untuk bawang besar kuning import (walaupun bekalan di pasaran Malaysia kebanyakannya diimport dari China, Belanda dan New Zealand). Kegunaan dalam masakan ia sesuai untuk jenis masakan seperti sup, stew, pasta, sos, dan burger atau sangat sesuai untuk menumis dengan api yang tinggi kerana ia cepat memberikan aroma yang wangi dan rasa lemak manis. Ia juga selalu di makan sebagai 'Salad' iaitu dihiris nipis untuk dimakan mentah dalam sandwic atau salad kerana pedasnya tidak terlalu menyengat. Artikel tengahari Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dan paparkan fakta penting tentang Bawang Holland untuk bahan rujukkan semua.
Penulis blog paparkan fakta akan Kitaran Hidup Bawang Holland (Allium cepa) berdasarkan tinjauan peribadi kenegara Belanda, China, Korea Selatan dan ke Jepun semasa ada bertugas dahulu. Di laporkan bergantung kepada varieti, cuaca dan amalan agronomi dimana tanaman bawang Holland akan mengambil masa sekitar 4 bulan atau sekitar100 - 120 hari (sama dengan beberapa jenis tanaman padi) dari mula ia ditanam sehinggalah ia sedia untuk dituai. Secara botani dilaporkan ia adalah tumbuhan dwitahunan (biennial) namun dalam aktiviti pertanian ia akan diuruskan sebagai tumbuhan semusim (annual) kerana ubinya dituai pada musim pertama. Beberapa peringkat penanaman didahului dengan pertama Peringkat Percambahan Benih atau 'Establishment' iaitu ddari minggu pertama sehingga minggu ke 2. Bijibenih (seeds) bawang holland yang terpilih dan berkualiti akan disemai ke dalam media tanah yang lembap dimana dalam tempoh 5 hingga 10 hari maka biji benih akan mula bercambah. Akar pertama akan menembusi tanah untuk menyerap air manakala sehelai daun halus (kotiledon) akan muncul ke permukaan tanah untuk memulakan proses fotosintesis. Kedua adalah Peringkat Vegetatif (Vegetative Growth) dalam minggu ke 3 hingga minggu ke 8 iaitu pokok bawang fokus sepenuhnya kepada pertumbuhan daun dan akar dan selalunya daun-daun hijau yang berbentuk tiub tirus akan tumbuh dengan banyak (Sila lihat foto disebelah). Selalu dilihat jumlah daun yang tumbuh pada peringkat ini sangat penting dimana jika ada lebih banyak daun yang sihat dan tebal dihasilkannya maka akan lebih besar saiz ubi bawang Holland yang akan terbentuk nanti. Pokok memerlukan baja tinggi nitrogen (N) eperti kompos pada fasa ini. Apa pun jika tanaman bawang holland ini disemai di dalam bekas semaian maka anak pokok yang berumur sekitar 45 - 60 hari (sudah mengeras dan mula membentuk ubi kecil) dimana ia sudah sedia untuk dipindahkan ke batas atau pasu kekal. Ketiga ada Peringkat Permulaan Pembentukan Ubi (Bulb Initiation) iaitu berlaku dalam minggu ke 9 hingga minggu ke 12 dimana apabila pokok mendapat panjang siang (daylight) yang sudah mencukupi bermakna fasa vegetatif bertukar kepada fasa pembentukan ubi. Masa ini dipangkal pokok (bahagian leher) mula membengkak dan ubi bawang Holland yang berwarna keemasan mula terbentuk di bawah tanah. Pertumbuhan daun baru akan mula perlahan atau berhenti kerana pokok bawang ini akan menghantar semua tenaga dan nutrien ke bahagian ubi sehingga matang. Keempat ada Peringkat Pematangan atau Proses Pematangan Ubi (Bulb Development) berlaku pada minggu ke 13 hingga minggu ke 15 dimana selalunya ubi bawang Holland membesar dengan pantas pada tahap yang maksimum. Pada fasa ini amat kritikal sistem pengairan perlu dikurangkan dengan ketara sebabnya air yang terlalu banyak atau tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan ubi bawang merekah, terbelah atau rosak atau reput akibat serangan kulat. Kelima ada Peringkat Matang dan Tuaian (Harvest) berlaku pada minggu Ke 16 atau pada bulan Ke-4 dimana petanda utama bawang Holland sudah matang sepenuhnya ialah apabila daun-daun hijaunya mula bertukar kuning, layu dan ada yang tumbang atau rebah ke tanah secara semula jadi. Leher bawang akan mengecil dan mengering dimana ciri ini adalah isyarat bahawa kitaran hidup musim pertamanya telah lengkap dan ubi bawang Holland sedia dicabut untuk ianya dikeringkan (curing) sebelum sedia digunakan atau disimpan. Apa pun jika ubi bawang tidak dituai dan dibiarkan di dalam tanah menembusi musim seterusnya maka ia akan memasuki fasa pembungaan bagi menghasilkan biji benih baru untuk melengkapkan kitaran hidup dwitahunannya).
Banyak kajian di nyatakan dimana bawang holland mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan namun ia juga boleh kemudian mendatangkan ancaman atau kesan sampingan jika diambil secara berlebihan atau oleh individu yang mana mempunyai masalah kesihatan tertentu. Bawang Holland yang berwarna kuning keemasan ini kaya dengan nutrien penting seperti vitamin C, serat dan antioksidan yang tinggi. Apa pun di laporkan antara khasiat Bawang Holland untuk Kesihatan seperti pertama Ia Menjaga Kesihatan Jantung dimana bawang holland kaya dengan antioksidan seperti 'quercetin' dan 'sebatian sulfur organik' yang membantu mengurangkan kolesterol jahat (LDL) serta menurunkan tekanan darah, dan melancarkan aliran darah. Ia juga didakwa akan Mengawal Gula dalam Darah sebab zat sebatian kromium dan sulfur di dalamnya membantu untuk meningkatkan pengeluaran insulin dimana ciri ini ia sekali gus membantu menstabilkan tahap gula darah, terutamanya bagi pesakit diabetes. Ketiga khasiatnya adalah Ia Meningkatkan Sistem Imun Badan sebab ada kandungan vitamin C dan antioksidan yang tinggi membantu tubuh melawan jangkitan bakteria, virus, selsema, serta radikal bebas. Keempat adalah bawang holland akan Melancarkan Sistem Penghadaman dengan cara membekalkan serat larut dan prebiotik (seperti inulin) yang menjadi makanan kepada bakteria baik dalam usus dan ini akan membantu mencegah masaalah sembelit dan dapat menjaga kesihatan perut. Kelima dimana ia juga Berpotensi Mencegah Kanser apabila ada kandungan sebatian allium dan fitokimia didapati membantu mengawal dan menyekat pertumbuhan sel kanser, terutamanya kanser perut dan usus.
Bagaimana pun ada kesan sampingan dan aspek ancaman Bawang Holland jika ia diambil secara berlebihan atau penyediaan yang tidak betul. Ini kerana walaupun berkhasiat namun bawang holland boleh mencetuskan beberapa kesan negatif dalam situasi yang pertama Ancaman dan Masalah Penghadaman dan Angin (Kembung Perut) dimana ada laporan menyatakan dimana bawang holland mengandungi fruktan (sejenis karbohidrat rantai pendek) yang sukar dicerna oleh sesetengah orang. Pengambilan bawang holland yang banyak selalunya ia juga boleh menyebabkan perut kembung, berangin, kerap sendawa dan sakit perut, terutamanya bagi penghidap sindrom usus sensitif (IBS). Makan bawang ini boleh menyebabkan Kes Pedih Hulu Hati (Asid Reflux) sebab bila memakan bawang holland (terutamanya secara mentah) boleh melonggarkan otot injap antara esofagus dan perut. Ini menyebabkan asid perut mudah naik ke atas dan mencetuskan rasa pedih ulu hati atau penyakit GERD. Ada ancaman Risiko Pendarahan bila makan bawang ini sebab bawang mempunyai sifat semula jadi yang boleh mencairkan darah. Jika pembaca blog anim agro technology kaliini adalah mereka yang mengambil ubat jenis pencair darah (seperti warfarin) atau bakal sesiapa bakal menjalani pembedahan maka pengambilan bawang dalam kuantiti yang terlalu ekstrem harus dikawal bagi mengelakkan risiko pendarahan berlebihan. Ancaman seterusnya adalah Potensi Kes Alergi atau Kerengsaan Kulit dimana ada sesetengah individu mungkin mengalami alahan terhadap bawang, yang boleh menyebabkan gejala seperti gatal-gatal, mata berair, atau ruam pada kulit apabila mengendalikan atau memakannya. Paling selalu orang tidak suka sebab memakan bawang termasuk bawang holland mentah akan menyebabkan Kes Bau Badan dan Mulut sebab dengan pengambilan bawang mentah secara kerap boleh menghasilkan sebatian sulfur yang dilepaskan melalui nafas dan peluh dimana ini akan menyebabkan bau mulut serta bau badan yang kuat. Bagi penulis blog memakan bawang holland sangat selamat dan menyihatkan jika digunakan sebagai bahan masakan harian dalam kuantiti yang sederhana. Bagaimanapun, jika anda mempunyai perut yang sensitif atau jenis penyakit seperti Penyakit Angin atau 'GERD' sebaiknya masak bawang tersebut sehingga betul-betul layu atau kurangkan jumlah pengambilan secara mentah. Artikel ini di tulis dalam dua (2) bahagian iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini mampu memberi info sangat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PENGELUAR UTAMA...INDIA DAN CHINA...
DALAM MASAKKAN...SEDAPKAN RASANYA...
BACA ARTIKEL... AMAT MENARIK FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 JamadilAwal 1448H).
BAWANG HOLLAND ... POPULAR DI DUNIA...
PENGELUAR UTAMA...INDIA DAN CHINA...
DALAM MASAKKAN...SEDAPKAN RASANYA...
BACA ARTIKEL... AMAT MENARIK FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 JamadilAwal 1448H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.