Wednesday, September 30, 2026

IKAN BUNTAL DAN FAKTANYA (PART 2)

IKAN BUNTAL (pufferfish) ialah sejenis hidupan akuatik yang terkenal diseluruh dunia iaitu daripada famili Diodontidae dan iaitu dalam order Tetraodontiformes  dengan kebolehan unik membesarkan atau mengembungkan badannya apabila berasa terancam. Bagi penulis blog sering juga mendapat ikan buntal semasa memancing di laut atau di kawasan muara sungai semasa bertugas di Mersing, Johor dimana memancing adalah hobi yang menyeronokkan pada masa itu. Mengenali ikan buntuk yang mempunyai bentuk badan akan menjadi bulat seperti bola apabila menyedut air atau udara semasa dalam bahaya. Keunikan ikan ini adalah sisi kandungan racun dimana hampir semua spesies ikan buntal mengandungi racun maut yang dipanggil Tetrodotoksin (TTX). Toksin ini jauh lebih kuat berbanding racun sianida (cyanide) dimana dilaporkan ia boleh menyebabkan kes kelumpuhan otot, kesan kegagalan pernafasan serta boleh sebabkan kematian. Apa pun bahagian beracun atau bertoksin tertumpu pada organ dalaman seperti hati, ovari, usus, kulit dan dalam saluran darah dimana ancamannya adalah racun ini tidak musnah walaupun dimasak pada suhu tinggi atau dibekukan. Dilaporkan akan status pemakanan ikan buntal dimana ada dilaporkan di sesetengah negara seperti Jepun (dikenali sebagai fugu) dimana ia boleh dimakan tetapi hanya ia boleh disediakan oleh chef bertauliah dan berlesen khusus. Di Malaysia dilaporkan dimana pihak berkuasa termasuk seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perikanan menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada sesiapa memakan ikan buntal kerana risiko keracunan yang sangat tinggi dan boleh membawa maut sebab ikan buntal sudah dikenalpasti oa mengandungi racun yang dikenali sebagai 'tetrodotoxin' yang menyerang saraf seterusnya dilaporkan ia juga akan mengakibatkan kematian kepada mangsa. Memang hampir kesemua jenis ikan buntal mengandungi toksin dan boleh mengakibatkan keracunan apabila dimakan dengan cara yang tidak betul. Orang ramai dinasihatkan untuk mendapat rawatan segera jika terdapat gejala-gejala keracunan seperti lemah otot, mual dan muntah dalam tempoh 30 minit sehingga 2 jam selepas memakan ikan buntal. Bagi penuis bloh yang selalu dapat ikan buntal dimana badannya ia boleh memang boleh mengembang bulat seperti belon dengan cara menelan air atau udara apabila terancam. Ikan ini tiada sisik dimana pada kulitnya licin atau mempunyai duri-duri halus yang akan tegak apabila ia menggembung. Ia mempunyai jenis gigi seperti paruh yang bersatu membentuk paruh yang kuat untuk memecahkan cengkerang kerang atau siput. Ikan buntal juga ia mempunuai jenis mata agak unik dimana ia boleh menutup mata dengan cara menarik bola matanya ke dalam rongga mata. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting ikan buntal sebagai bahan rujukkan semua.


Menarik penulis blog kongsikan fakta akan Kitaran Hidup Ikan Buntal berdasarkan pengamatan semasa bertugas di Sarawak sekutar tahun 1995-1997 dahulu. Ikan Buntal Sarawak terutamanya spesies Ikan Buntal Kuning (Chonerhinos naritus atau Xenopterus naritus) yang sangat popular di kawasan Batang Saribas dan Spaoh, Sarawak tang terdiri daripada empat peringkat. Pertama kitarannya adalah Fasa atau  Peringkat Telur (Persenyawaan dan Penghasilan) berlaku dimana melalu proses penghijrahan dan kemudian ia membiak. Penulis blog yang tinggal di Semonggok berpeluang membuat tinjauan di beberapa pasar menjual ikan buntal segar (Sila lhat foto disebelah). Selalunya apabila sudah tiba musim membiak (antara April hingga Oktober) selalunya jenis ikan buntal kuning dewasa dari kawasan pesisir pantai dan paya bakau akan berhijrah ke hulu sungai yang mempunyai kadar kemasinan lebih rendah untuk bertelur. Ada Fasa iaitu 'Proses Mecah' dimana kalangan penduduk tempatan memanggil musim pelepasan dan pemecahan telur ini semasa berada di habitat asal jenis ikan induk betina melepaskan telur yang bersifat jernih, tanpa warna dan melekit di dasar sungai (seperti pada batu atau pasir) untuk disenyawakan oleh ikan jantan. Telur-telur ini akan menetas dalam tempoh sekitar 66 jam di dalam air payau. Kedua adalah Peringkat Larva (Larvae) dimana selepas menetas, ia menjadi larva yang sangat kecil dan lut sinar. selalunya pada peringkat awal ini dimana larva belum mempunyai organ yang matang dan bergantung sepenuhnya kepada kantung kuning telur (yolk sac) sebagai sumber makanan utama sebelum mulutnya mula berfungsi untuk makan organisma mikro. Ketiga ula ada fasa atau ada Peringkat Juvenil (Ikan Muda atau  Fry) dimana larva yang membesar akan mula membentuk sirip, mata, gigi seperti paruh yang kuat, dan struktur badan yang menyerupai ikan buntal dewasa versi mini.  Pada peringkat juvenil ini dimana ia sudah mula berpindah ke kawasan muara pantai atau laut dan mula mengembangkan keupayaan mekanisma pertahanan diri seperti mengembungkan badan apabila diancam. Keempat ada Peringkat Dewasa (Adult) iaitu fasa ikan buntal matang sepenuhnya dimana ia akan hidup secara bersendirian (solitari) atau berkumpulan di kawasan pantai, muara syngai dan bakau. Ikan buntal akan membesar dengan memakan krustasea, anak ikan, dan cengkerang keras. Apabila matang secara seksual maka ia akan mengulangi semula kitaran dengan berhijrah kembali ke kawasan sungai untuk membiak. Kajian oleh Iniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersama Jabatan Perikanan Sarawak telah berjaya mencipta sejarah dengan menemui kaedah aruhan biak (pembiakan tiruan tanpa hormon) bagi ikan buntal kuning ini. Melalui kajian tersebut dimana saintis tempatan berjaya membiakkan dan mengkaji kitaran hidup ikan ini dari peringkat persenyawaan telur sehinggakan peringkat larva dan juvenil. 


Menarik tahu akan fakta habitat ikan buntal dimana ia jua merangkumi kawasan perairan tropika dan sub-tropika iaitu habitat di laut, muara sungai, kawasan paya bakau, dan juga perairan air tawar. Apa pun taburan habitat utamanya adalah seperti  Kawasam Air Masin (Laut) apabila kebanyakan spesies ikan buntal mendiami laut terbuka dan kawasan pesisiran pantai di Lautan Atlantik, Pasifik dan Hindi. Dilaporkn yang 
Ikan buntal air masin adalah sejenis hidupan marin daripada keluarga Tetraodontidae yang tinggal di laut dan mempunyai kebolehan unik untuk mengembangkan badan seperti belon apabila terancam. Ia akan mempertahanan diri dengan cara mengembungkan diri dengan menelan air atau udara bagi mengelak daripada dibaham oleh pemangsa. Ikan jenis ini ia mengandungi racun maut iaitu Tetrodotoksin (TTX) pada bahagian organ dalaman, hati, kulit, atau ovari yang jauh lebih kuat daripada sianida. Ia juga mempunyai struktur rahang dan gigi tajam seperti pahat untuk memecahkan cengkerang kerang, siput, atau krustasea. Habitat kedua ikan buntal berada di Kawasan Air Payau dan Muara Sungai dimana ada juga spesies yang hidup di kawasan muara sungai serta paya bakau, seperti di perairan Malaysia. Apa pun dilaporkan yang muara sungau merupakan habitat utama ikan buntal seperti di persekitaran air payau (brackish water). Ikan ini ia suka hidup di kawasan peralihan di mana air tawar dari sungai bertemu dengan air masin dari laut. Spesifikasi persekitaran mikro tempat mereka membesar dan memburu merangkumi lokasi seperti di kawasan hutan dan paya bakau dimana selalunya akar-akar pokok bakau menyediakan kawasan persembunyian yang sangat baik daripada pemangsa serta menjadi lubuk makanan untuk mencari siput, ketam kecil dan udang. Kawasan dipesisir pantai dan juga lokasi pelabuhan berlumpur ia sering ditemui ikan buntal serta di kawasan cetek yang berpasir atau berlumpur berdekatan kuala sungai. Kawasan yang ada banyak tumbuhan air sama ada berada dibahagian muara yang lebih tenang ikan ini akan menyukai kawasan yang mempunyai rumput air atau rumpai sungai (seperti kumpai) untuk berdiam diri sambil menghendap mangsanya. Walaupun habitat utamanya adalah air payau tetapi ada beberapa spesies ikan buntal muara mempunyai toleransi salinitas yang sangat tinggi dimana ia boleh berenang jauh ke hulu memasuki kawasan air tawar sepenuhnya atau keluar ke pesisir laut masin yang cetek. Ketiga ada habitat Ikan Buntal Air Tawar dimana ada terdapat juga spesies tertentu (seperti dalam genus Carinotetraodon) yang hidup sepenuhnya di sungai air tawar contohnya di negeri seperti Sarawak. Habitat seperti ikan buntal air tawar ialah kawasan perairan tawar tropika dan subtropika di pedalaman seperti hulu sungai, anak sungai, kawasan berpaya, serta tasik air tawar. Apa pun ada lokasi semulajadinya yang banyak ditemui di kawasan lembangan sungai utama dan kawasan pedalaman di Asia Tenggara (termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Laos), serta lembangan sungai besar di dunia seperti Sungai Amazon dan Sungai Mekong. Ia suka mendiami kawasan berair yang tenang, berlumpur atau berpasir dengan struktur dasar yang mempunyai banyak daun reput, ranting kayu atau tumbuhan air (sering dikaitkan dengan perairan blackwater atau biotop semula jadi). Di Malaysia selain di Semenanjung Malaysia dimana spesies air tawar tertentu seperti daripada genus Carinotetraodon boleh ditemui di sungai-sungai air tawar di Sarawak.


Penulis blog kongsikan akan morfologi ikan buntal (famili Tetraodontidae) dicirikan oleh bentuk badan yang bulat, bujur, atau seperti belon, tidak bersisik, dan mempunyai kebolehan dengan cara mengembungkan diri apabila terancam. 
Morfologi utama ikan buntal termasuklah ciri Bentuk Badan iaitu bentuk bujur, bulat, atau meruncing dengan perut yang besar serta kulit yang elastik untuk membolehkannya mengembang. Ia juga ada jenis gigi dengan mempunyai empat gigi yang kukuh dan cantum membentuk struktur seakan paruh burung, digunakan untuk memecahkan cangkang keras seperti krustasea dan moluska. Sisik dan Duri dilihat tiada mempunyai sisik biasa akan tetapi ada sesetengah spesies mempunyai duri-duri tajam atau duri halus yang tersembunyi dan kelihatan apabila badan mengembang. Organ sirip dimana ia tidak mempunyai sirip pelvis dan sirip pektoralnya kecil, menyebabkan ia tidak boleh berenang dengan laju. Ia mempunyai jenis tulang rusuk:  yang pendek dan tidak membentuk sangkar rusuk yang lengkap dimana ini membolehkan perutnya mengembang dengan menyedut air atau udara. Dolaporkan yang Jenia Ikan Buntal Kuning Sarawak (Xenopterus naritus) ia mempunyai bentuk badan lonjong seperti torpedoo, berkulit tanpa sisik yang agak kasar atau berduri kecil, serta warna kekuningan atau keemasan yang jelas di bahagian bawah badan. Secara umumnya ikan buntal ia berbentuk 'Lonjong' menyerupai torpedoo dan mampu mengembung menjadi bulat apabila terancam dan umumnya ia berarna kekuningan atau warna keemasan yang menyerlah terutamanya pada bahagian bawah atau perut ikan. Walau pun ia tiada sisik tapi kulitnya ia bertekstur kasar dan mempunyai duri-duri kecil di bahagian abdomen (perut). Ia mempunyai kepala yang agak besar dan rahang yang kukuh dengan empat gigi bercantum membentuk seperti paruh burung. Habitatnya ia sering ditemukan di kawasan perairan pantai dan muara berselut atau berpaya bakau, terutamanya di sekitar bahagian Betong dan Spaoh di Sarawak. Keunikannyaa ikan buntal ialah sejenis ikan yang boleh mengembungkan badan dan mempunyai racun berbahaya pada organ dalaman serta hempedunya. 


Ada banyak kaedah untuk Men
angkap Ikan Buntal dimana kalangan nelayan biasanya menggunakan beberapa kaedah utama untuk menangkap ikan buntal mengikut musim yang sesuai. Pertama adalah Dengan Menggunakan Jaring dimana jaring dipasang di bahagian tengah sungai (seperti di Sungai  Batang Saribas) apabila ikan buntal mula masuk ke kawasan sungai di Sarawak. Apa pun ikan buntal biasanya tidak dijaring secara khusus kerana ia dianggap ikan reja atau jadi perosak oleh nelayan namun ia boleh tertangkap menggunakan jaring ikan biasa di laut atau muara. Kalangan nelayan yang memasang jaring di lokasi ia memang tidak menjadikan ikan buntal sebagai sasaran tetaapi akan terkena juga. Kalangan nelayan jarang menjaring ikan buntal dengan sengaja kerana nilai komersialnya rendah dan kebanyakan spesiesnya sangat beracun dan akan menganggu sahaja. Badan ikan buntal mengandungi racun tetrodotoxin yang boleh membawa maut jika tidak disiang atau dimasak dengan betul oleh nelayan dimana ia membahayakan. Paling mereka tidak suka sebab ada sifat mengembang ikan buntal apabila terancam atau naik ke darat atau lekat dijaring dimana ia akan menyedut air atau udara dan menjadi bulat serta agresif. Kedua adalah cara menangkap ikan buntak dengan Kaedah Sagang iaitu sejenis alat tradisional bernama sagang digunakan apabila ikan buntal menjadi lapar selepas proses melepaskan telur. Sagang ialah kaedah atau alat tangkapan tradisional yang digunakan oleh nelayan di kawasan seperti Batang Saribas, Sarawak iaitu bertujuan untuk menangkap ikan buntal terutamanya ketika musim ikan tersebut lapar selepas bertelur. Kaedah Sagang dimana nelayan menggunakan alat atau teknik pancing atau jaring tradisional khusus yang dinamakan sagang di sungai. Apa pun waktu sesuai yang digunakan selepas musim ikan buntal melepaskan telur di kawasan pembiakan (seperti Tanjung Asam) apabila ikan menjadi lebih aktif mencari makan. Selalunya hasil tangkapan akan menjadi sumber tangkapan utama penduduk tempatan selain menggunakan jaring biasa di tengah sungai. Ikan buntal ialah sejenis ikan yang boleh meniup badannya jadi bulat dan mempunyai gigi tajam serta racun yang berbahaya. Seterunya adalah cara Memancing Ikan Buntal diman selalu mengguna umpan kecil seperti jenis umpan cacing tanah atau potongan kecil udang pada mata kail kerana mulut ikan buntal kecil. Pemancing boleh memilih lokasi sesuai dikawasan air tawar (seperti sungai), air payau, atau muara laut. Perlu guna perambut tahan gigi tajam sebabnya ikan buntal ada gigi yang sangat kuat dan boleh memutuskan tali pancing, jadi guna perambut (leader) yang lebih kuat jika perlu dimana penulis blog ada banyak kali pengalaman memancing udang di Mersing dulu. berhati-hati ketika pegang ikan ini dan jangan sentuh tangan kosong secara sembarangan kerana ia boleh menggigit dan mempunyai racun maut pada bahagian badan tertentu. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!......
IKAN BUNTAL...IA BERACUN JENISNYA...
BENTUK MEMBULAT...DIGANGGU DIA...
BOLEH DIMAKAN... DI JEPUN SANA...
BACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wipayah Persekutuan Putrajya,
Malaysia.
(12 RabiulAkhir 1448H).

Tuesday, September 29, 2026

IKAN BUNTAL DAN FAKTANYA (PART 1)

IKAN BUNTAL (pufferfish) ialah sejenis hidupan akuatik yang terkenal diseluruh dunia iaitu daripada famili Diodontidae dan iaitu dalam order Tetraodontiformes  dengan kebolehan unik membesarkan atau mengembungkan badannya apabila berasa terancam. Bagi penulis blog sering juga mendapat ikan buntal semasa memancing di laut atau di kawasan muara sungai semasa bertugas di Mersing, Johor dimana memancing adalah hobi yang menyeronokkan pada masa itu. Mengenali ikan buntuk yang mempunyai bentuk badan akan menjadi bulat seperti bola apabila menyedut air atau udara semasa dalam bahaya. Keunikan ikan ini adalah sisi kandungan racun dimana hampir semua spesies ikan buntal mengandungi racun maut yang dipanggil Tetrodotoksin (TTX). Toksin ini jauh lebih kuat berbanding racun sianida (cyanide) dimana dilaporkan ia boleh menyebabkan kes kelumpuhan otot, kesan kegagalan pernafasan serta boleh sebabkan kematian. Apa pun bahagian beracun atau bertoksin tertumpu pada organ dalaman seperti hati, ovari, usus, kulit dan dalam saluran darah dimana ancamannya adalah racun ini tidak musnah walaupun dimasak pada suhu tinggi atau dibekukan. Dilaporkan akan status pemakanan ikan buntal dimana ada dilaporkan di sesetengah negara seperti Jepun (dikenali sebagai fugu) dimana ia boleh dimakan tetapi hanya ia boleh disediakan oleh chef bertauliah dan berlesen khusus. Di Malaysia dilaporkan dimana pihak berkuasa termasuk seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perikanan menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada sesiapa memakan ikan buntal kerana risiko keracunan yang sangat tinggi dan boleh membawa maut sebab ikan buntal sudah dikenalpasti oa mengandungi racun yang dikenali sebagai 'tetrodotoxin' yang menyerang saraf seterusnya dilaporkan ia juga akan mengakibatkan kematian kepada mangsa. Memang hampir kesemua jenis ikan buntal mengandungi toksin dan boleh mengakibatkan keracunan apabila dimakan dengan cara yang tidak betul. Orang ramai dinasihatkan untuk mendapat rawatan segera jika terdapat gejala-gejala keracunan seperti lemah otot, mual dan muntah dalam tempoh 30 minit sehingga 2 jam selepas memakan ikan buntal. Bagi penuis bloh yang selalu dapat ikan buntal dimana badannya ia boleh memang boleh mengembang bulat seperti belon dengan cara menelan air atau udara apabila terancam. Ikan ini tiada sisik dimana pada kulitnya licin atau mempunyai duri-duri halus yang akan tegak apabila ia menggembung. Ia mempunyai jenis gigi seperti paruh yang bersatu membentuk paruh yang kuat untuk memecahkan cengkerang kerang atau siput. Ikan buntal juga ia mempunuai jenis mata agak unik dimana ia boleh menutup mata dengan cara menarik bola matanya ke dalam rongga mata. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting ikan buntal sebagai bahan rujukkan semua.


Menarik fakta mengenai ikan buntal dimana secara keseluruhannya, statistik rasmi jumlah pengeluaran ikan buntal dunia secara tahunan tidak dilaporkan secara global oleh pertubuhan seperti FAOStat kerana ikan ini sebahagian besarnya didaratkan sebagai tangkapan sampingan dan ia bukan jenis ikan yang menjadi buruan nelayan diseluruh dunia. Ia bukan dari jenis ikan komersial utama akan tetapi selelunya ia berada dalam tangkapan nelayan secara tidak senghaja. Walau begitu data dari pasaran khusus dan negara pengeluar utama dari beberapa sumber ada memberikan gambaran jelas tentang pasaran dan produksinya: Dilaporkan dimana jumlah bagi pengeluaran ikan buntal dunia di dominasi oleh negara China iaitu mereka merupakan antara pengeluar terbesar ikan buntal dunia melalui sektor akuakultur yang berkembang pesat. Data Statistik Perikanan China menunjukkan jumlah pengeluaran ikan buntal mereka mencecah 15,391 tan metrik. 
Ikan buntal di China dikenali sebagai 'hétún' yang secara terjemahannya adalah ia bermaksud 'babi sungai'. Sejarah China menyatakan dimana ikanini dinikmati sejak zaman purba dan menjadi menu Diraja seawal Dinasti Tang (618 - 907 Masihi). Zaman moden ini dilaporkan proses pengambilan ikan buntal adalah dari hasil ternakan (terutama spesies ikan bultal yang selamat dimakan) telah diformalkan dan dibenarkan secara rasmi sejak 2016 (Sila lihat foto disebelah)/ Ia menyebabkan industri restoran dan permintaan terhadap hidangan ini meningkat dengan ketara di China. Di Jepun dilaporkan dimana pasaran domestik menggunakan sekitar 10,000 tan metrik ikan buntal (dikenali sebagai fugu) setiap tahun. Lebih daripada 80% bekalan ikan buntal di pasaran Jepun kini disumbangkan oleh industri akuakultur (ternakan) bagi memastikan kawalan saiz, kualiti, dan tahap racun yang lebih selamat. Berbalik dengan kes di Malaysia dimana mengikut data Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), pendaratan ikan buntal tempatan (sumber liar) mencatatkan 717 tan metrik dengan negeri Perak sebagai penyumbang terbesar. Menyentuk aspek pasaran global dimana pasaran domestik Jepun hebat sebab nilai pasaran domestik hidangan fugu di Jepun dianggarkan melebihi ¥50 bilion (sekitar USD 330 juta) setahun. Hidangan ini dianggap sebagai makanan mewah bersatus tinggi terutamanya pada musim sejuk. Bagi sektor pasaran eksport dan pasaran antarabangsa dilaporkan dimana sejak Jepun melonggarkan peraturan eksport, pasaran antarabangsa bagi ikan buntal telah berkembang ke wilayah seperti Hong Kong, Taiwan, Singapura, Amerika Syarikat, dan Eropah. Namun masih ada kawalan ketat dikenakan di mana ikan hanya boleh dieksport dalam bentuk filet yang sudah siap diproses atau dibuang racunnya (pre-prepared fillets), bukannya ikan utuh. Sektor pasaran Produk Sampingan ikan buntal berkembang dimana selain daripada isi daging untuk makanan mewah (sashimi atau sup) ada bahagian seperti gelembung ikan buntal kering juga semakin mempunyai nilai ekonomi tinggi di pasaran eksport tertentu (seperti Vietnam) dengan harga mencecah RM1,200 -RM1,500 per kilogram (sekitar Rp 4-5 juta/kg). Kulit ikan buntal duri atau landak juga dikeringkan untuk dijadikan produk kraftangan dan perhiasan komersial. 


Penulis blog kongsikan fakta dimana ada terdapat pelbagai jenis ikan buntal (pufferfish) di dunia dan di Malaysia yang tergolong dalam keluarga Tetraodontidae dan Diodontidae, dimana hampir kesemuanya mengandungi racun berbahaya bernama tetrodotoksin.  Apa pun jenis ikan buntal yang pertama disenaraikan dikenali sebagai Jenis Ikan Buntal Pisang (Lagocephalus) iaitu ia jenis ikan dari genus ini sering ditangkap di perairan Malaysia dan kerap menjadi punca kes keracunan. Ada beberapa sub-spesis didalam kategori ini iaitu Jenis Ikan B
untal Pisang Emas (Lagocephalus wheeleri) iaitu jenis yang mempunyai ciri luaran yang hampir serupa dengan spesies pisang lain. Jenis ikan buntal pisang emas ialah sejenis ikan buntal yang mengandungi racun maut jenis tetrodotoksin dan kelihatan hampir sama dengan spesies buntal pisang yang lain.  Ikan ini ia termasuk dalam kelompok ikan buntal pisang (Lagocephalus) bersama buntal pisang muda dan kasar dengan rupa luarannya ia kelihatan serupa dan sukar dibezakan secara fizikal daripada spesies buntal pisang yang lain. Ancaman bahaya dan ketoksikan jenis ini dila[porkan ia mempunyai toksin saraf berbahaya yang disebut tetrodotoksin pada bahagian tertentu dimana bahagian yanag beracun adalah di hati, kulit, usus, dan ovari mengandungi kepekatan racun yang tinggi. Toksin ini tidak akan musnah walaupun ikan dimasak pada suhu yang tinggi dimana tanda dan gejala keracunan ia boleh berlaku dalam masa 30 minit hingga 2 jam yang menyebabkan rasai rasa kebas, mual, muntah, lemah otot, hingga lumpuh dan ancaman kepada kes kematian. Kedua dalam kategori ini adalah Jenis Ikan Buntal Pisang Muda (Lagocephalus spadiceus) iaitu spesies laut yang sering kelihatan di kawasan pesisir pantai. Ia adalah sejenis ikan air masin daripada keluarga Tetraodontidae yang dikategorikan sebagai ikan beracun dan berbahaya untuk dimakan. Nama lain didalam bahasa Inggeris sebagai 'Half-smooth golden pufferfish' dimana ia mampu mengembang atau membesarkan badan beberapa kali ganda daripada saiz asal apabila berasa terancam. Ancaman ikan jenis ini dilaporkan ia sama seperti kebanyakan ikan buntal lain iaitu mengandungi racun semula jadi tetrodotoxin yang menyerang sistem saraf. Bahagian beracun adalah organ dalaman seperti hati, kulit, usus, dan ovari mengandungi kepekatan toksin yang tinggi. Walau di masak toksin ini tidak akan musnah walaupun dimasak pada suhu yang tinggi. Pihak Jabatan Perikanan Malaysia menasihati orang ramai supaya mengelakkan daripada memakan sebarang jenis ikan buntal, terutamanya jika tidak tahu cara menyiang atau mengenalpasti spesiesnya dengan selamat.  Ketiga ada Jenis Ikan Buntal Pisang Kasar atau Jenis Ikan Buntal Pisang Lunar (Lagocephalus lunaris) dimana ia dikenali sebagai 'Lunar Pufferfish' yang mana ia bertubuh kecil dengan corak warna agak cerah. Ia ialah sejenis ikan air masin daripada keluarga Tetraodontidae yang mempunyai bentuk ekor seperti huruf-C dan mengandungi racun saraf berbahaya. Habitatnya berada dalam air masin (laut dan kawasan pesisir) dimana ia kelihatan hampir sama dengan spesies buntal pisang lain seperti buntal pisang emas dan buntal pisang muda. Ancaman bahaya ikan ini ia ada mengandungi racun Tetrodotoksin (TTX) kuat pada bahagian tertentu seperti hati, kulit, usus, dan ovari dan ia tidak hilang walau pun dimasak atau toksin ini tidak akan musnah juga walaupun dimasak pada suhu yang tinggi atau dibekukan. Apa pun kesan racun ia boleh menyerang sistem saraf yang akan menyebabkan kebas, lemah otot, lumpuh dan membawa maut dalam tempoh singkat. Perikanan Malaysia menasihatkan orang ramai agar elak daripada memakan sebarang jenis ikan buntal sekiranya tidak pasti tentang keselamatan atau cara penyediaannya.


Seterusnya ada beberapa j
enis ikan buntal popular lain iaiitu Jenis Ikan Buntal Fugu (Takifugu rubripes) dimana ia dikenali sebagai Tiger Pufferfish, sangat popular di Jepun dan hanya boleh disiang serta dihidangkan oleh koki pakar yang berlesen. Ikan buntal atau dikenali sebagai fugu dalam bahasa Jepun (pufferfish) ialah sejenis ikan yang terkenal kerana kebolehannya mengembang diri dan mempunyai racun yang sangat kuat. Cirinya ia ada bentuk badan yang mampu dalam menggelembungkan badan seperti belon dengan menyedut air atau udara apabila berasa terancam. Ia mempunyai jenis gigi kuat seperti paruh untuk memecahkan cangkerang krustasia dan moluska. Habitatnya ia banyak ditemui di kawasan air masin, payau, dan sebahagian kecil di air tawar. Ia juga menbahaya dan beracun dengan racun Tetrodotoksin (TTX) yang ada dalam organ dalaman, hati, kulit, dan ovari ikan ini mengandungi racun yang amat kuat dan jauh lebih berbahaya daripada sianida. Racun ini tidak rosak walaupun dimasak dan boleh menyebabkan lumpuh sistem saraf, gagal bernafas, serta kematian dalam masa yang singkat. Kegunaan dalam masakan eksotik di Jepun ikan fugu dijadikan hidangan mewah seperti sashimi atau sup. Apa pun ia hanya boleh disajikan oleh tukang masak profesional yang telah menjalani latihan ketat dan mempunyai lesen khas untuk membuang bahagian beracun dengan selamat. Seterusnya ada Jenis  Ikan Buntal Anjing (Arothron nigropunctatus) yang dikenali sebagai Blackspotted Pufferfish, berbadan agak besar dan mempunyai bintik-bintik hitam yang ketara. Ia juga dikenal sebagai 'Ikan buntal babi' atau 'Dog-faced pufferfish' yang mana ia adalah spesies ikan laut tropis dari keluarga Tetraodontidae. Cirinya ia berbentuk wajah bermoncong pendek dan muka ekspresif yang mirip seperti anjing (Sila lihat foto paling bawah sekali). Ukurannya ia mencapai panjang sekitar 30 - 33 cm dengan warna tubuh yang sangat bervariasi mulai dari kelabu, coklat muda, kebiruan sehingga kuning cerah dengan hiasan bertitik atau bintik-bintik gelap. Ia pun boleh menggembungkan tubuhnya jika terancam dan akan mengeluarkan racun tetrodotoksin yang berbahaya kepada manusia jika terkena. Penulis blog juga jelaskan akan Jenis Ikan Buntal Kerdil (Carinotetraodon travancoricus) iaitu sejenis ikan air tawar yang berukuran sangat kecil (sekitar 1 inci) dan sering dijadikan ikan hiasan akuarium. Ia dinamakan juga sebagai 'Dwarf pufferfish' dari spesies ikan buntal air tawar terkecil di dunia dengan saiz badan yang hanya mencapai kira-kira 2.5 - 3.5 cm dan ia adalah jenisn endemik dan berasal dari perairan tawar di Kerala serta Karnataka selatan di barat daya India. Ia mempunyai corak bertompok hijau, kuning, dan hitam di bahagian belakang yang kelihatan seperti harimau bintang. Ia menjadi pilihan popular sebagai ikan hiasan dalam akuarium air tawar kerana saiznya yang sangat kecil. Walaupun kecil, ia mempunyai sifat teritorial dan agak agresif terhadap sesama jantan. Ia juga mampu dan juga menggembungkan badan dan mengandungi toksin (racun tetrodotoxin) sebagai mekanisme perlindungan.


Racun utama yang terdapat di dalam ikan buntal dikenali sebagai Tetrodotoxin atau ringkasnya sebagai 'TTX'. Ada juga di laporkan dimana ada sesetengah spesies juga boleh mengandungi racun Saxitoxin. Apa pun kedua-dua bahan ini merupakan neurotoksin (racun saraf) yang sangat kuat dan mematikan, malah dianggarkan jauh lebih bahaya dan ianya bertoksik berbanding racun sianida. Fakta penting mengenai Racun Ikan Buntal atau jenis toksin ini tidak dihasilkan pada seluruh badan ikan dan ia sebaliknya tersimpan di dalam organ dalaman seperti hati, ovari atau pada testis (kelenjar jantina), usus dan kulit. Daging ikan boleh tercemar sekiranya organ-organ ini pecah atau tidak dibuang dengan cara yang betul semasa disiang. Paling menyeramkan sebab ia racun jenis tahan haba panas dimana jenis raun tetrodotoxin tidak akan hilang atau musnah walaupun ikan buntal dimasak pada suhu yang tinggi, digoreng, atau dibekukan. Paling bahaya juga sebab ia 'Tiada Penawar' dimana sehingga kini masih tiada ubat antidot atau penawar khusus untuk merawat keracunan ini. Rawatan di hospital hanyalah bersifat bantuan sokongan (seperti mesin bantuan pernafasan) untuk membantu pesakit bertahan sehingga racun keluar dari badan. Apa pun gejala keracunan atau kesan racun boleh dikesan seawal 20 minit hingga 2 jam selepas makan, melibatkan beberapa tahap dimana pada 'Tahap Awal' ada rasa kebas-kebas di sekitar bibir, mulut, dan hujung jari, diikuti mual, muntah, serta sakit perut. Kemudian pada 'Tahap Sederhana' mangsa akan sukar bercakap, hilang keseimbangan badan, otot menjadi lemah, dan juga dia sukar bergerak. Kemudian ada 'Tahap Kritikal' dimana mangsa akan menjadi lumpuh seluruh badan, gagal bernafas kerana otot dada lumpuh, siste, tekanan darah menurun dan boleh menyebabkan kematian dalam tempoh yang singkat. Oleh sebab risiko yang sangat tinggi, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat melarang orang ramai daripada menyiang dan memasak sendiri ikan buntal di rumah tanpa ilmu dan kelayakan khas. Penulis blog ada merujuk nenerapa kes keracunan ikan buntal ialah keadaan maut akibat bahan toksin bernama tetrodotoksin (racun saraf yang jauh lebih kuat daripada sianida) yang terdapat pada organ dan daging ikan buntal. Ada beberapa kes popular di Malaysia iaitu di Kluang, Johor (2023) apabila ada sepasang suami isteri warga emas maut selepas makan ikan buntal yang dibeli secara pra-tempahan melalui Facebook. Kedua di laporkan di Sabah (2025) dimana ada lima individu termasuk satu keluarga mengalami keracunan selepas memakan ikan buntal yang dibeli di pasar tempatan.  Dilaporkan dimana mangsa mengalami gejala keracunan seperti kebas pada bibir, lidah, muka, tangan, loya, muntah, dan cirit-birit, lemah otot, hilang keseimbangan, dan kesukaran bernafas. Kelumpuhan otot pernafasan yang boleh membawa maut dalam masa 6 hingga 24 jam kemudian jika tidak segera di rawat. Memang di laporkan yang toksin tidak hilang walaupun ikan dimasak, digoreng, atau dibekukan dan hanya pakar yang mempunyai lesen dan teknik khusus sahaja selamat memproses ikan buntal. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!....
IKAN BUNTAL...IA BERACUN JENISNYA...
BENTUK MEMBULAT...DIGANGGU DIA...
BOLEH DIMAKAN... DI JEPUN SANA...
BACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wipayah Persekutuan Putrajya,
Malaysia.
(12 RabiulAkhir 1448H).

Monday, September 28, 2026

SANTAN SAWIT DAN FAKTA PENTING (PART 3)

SANTAN SAWIT ialah cecair menyerupai santan biasa yang dihasilkan daripada produk kelapa sawit sebagai alternatif kepada santan kelapa biasa. Santan Sawit di kenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Palm Milk' atau 'Palm Oil based coconut milk' adalah hasil daripada kerja penyelledikan pakar sains di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada tahun 2008 melalui usaha inovasi dan penyelidikan. Apa yang penulis blog ingat dimana selepas pengenalan tersebut, produk alternatif santan kelapa ini mula dikomersialkan dan mendapat perhatian meluas di pasaran Malaysia sekitar tahun 2010 (penulis blog ada hadir majlis pelancaran tersebut) khususnya selepas dipamerkan di acara besar seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA). Ciri-ciri utama santan sawit adalah bebas kolesterol, rendah lemak serta mempunyai jangka hayat atau ketahanan yang lebih lama berbanding santan kelapa biasa. Produk inovasi ini dihasilkan daripada emulsi Minyak Kelapa Sawit yang dihasilkan dari Pokok Sawit (Elaeis guineensis) berkualiti tinggi bagi menggantikan santan kelapa dalam masakan terutama yang memerlukan santan kelapa dari Buah Pokok Kelapa Tua (Cocos nucifera). Profil dan ciri-ciri bagi santan sawit dimana adari segi tekstur ia mempunyai tekstur yang pekat serta berwarna putih krim dimana ia hampir serupa dengan rupa santan kelapa kotak yang di jual di pasaran. Dilaporkan dimana aspek kandungan minyaknya apabila digunakan dalam masakan seperti gulai atau kari dimana ia boleh 'pecah minyak' dengan elok iaitu sama seperti santan kelapa biasa. Dari ciri rasa dan aromanya pula dilaporkan dan ujirasa yang penulis blog sudah buat adalah ia berasa yang berkrim dengan memberikan rasa berlemak dan berkrim yang setanding dengan santan kelapa asli. Apa pun ia juga 'Lebih Ringan' dari aspek profil rasanya diujirasa di mulut iaitu terasa lebih ringan, kurang berminyak dan tidak membuatkan kuah hidangan menjadi terlalu muak. Ia uniknya tidak mempunyai aroma kuat kelapa segar asli, namun rasa keseluruhannya tidak menjejaskan keaslian menu tradisi. Apa yang penting faktanya adalah segi 'Ketahanan dan Penyimpanan' dimana ia memang tidak mudah basi terutama bagi jenis lauk-pauk atau pencuci mulut (seperti cendol atau masakan berlauk) yang dimasak menggunakan santan sawit didapati lebih tahan lama dan tidak cepat basi. Ciri plus yang lain adalah ia mempunyai jangkahayat simpanan yang panjang berbanding santan segar dimana baki pek cecair santan sawit yang telah dibuka boleh disimpan di dalam bahagian chiller (peti sejuk) untuk tempoh yang lama tanpa perlu dibekukan. Malahan apa yang penulis blog pernah jumpa dimana ada jenis produk serbuk dan produk pek tertentu keluaran industri tempatan yang stabil pada suhu bilik sehingga berbulan-bulan sebelum dibuka. Paling penting adalah mengenai fakta nilai Nutrisi dan nilai kesihatan dimana santan sawit ia 'Bebas Kolesterol' dimana ini juga merupakan ciri jualan utamanya yang sangat mesra pengguna yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung. Ia kaya zat vitamin iaitu mengandungi kandungan Vitamin A dan E semula jadi yang tinggi hasil daripada khasiat minyak sawit. Ia juga mempunyai jenis Lemak Lebih Stabil dan ia juga mempunyai profil asid lemak tepu dan tidak tepu yang lebih seimbang serta lebih stabil apabila dipanaskan pada suhu tinggi semasa memasak. Bagi penulis blog mendapati jika santan sawit kini banyak dikomersialkan dalam bentuk pek sedia guna (seperti jenama Khalis atau Suri) dan dijual pada harga yang biasanya lebih murah dan berbaloi sebagai alternatif alternatif dapur. Artikel pada tengahari Rabu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting Santan Sawit untuk dijadikan bahan rujukkan semua. 


Dilaporkan dimana harga santan sawit (seperti jenama Khalis) biasanya ia lebih murah dan menjimatkan berbanding santan kelapa (terutama santan segar atau santan kotak premium). Dipaparkan akan fakta tentang perbezaan harga dan ciri utama antara santan kelapa dan santan sawit. Kajian mendapati jika bagi jenis santan Sawit selalunya ia lebih murah dan kos efektif untuk jangka panjang dimana h
arga santan sawit biasanya dijual sekitar RM10.00 - RM17.50 per kilogram atau satu liter dan ia bergantung pada jenama dan tempat pembelian. Penulis blog bandingkan dimana harga Santan Kotak atau jenis UHT (200ml) bagi jenama popular seperti Kara, M&S, dan Ayam Brand dijual pada harga purata antara RM3.50 hingga RM4.50 seunit dan bagi kelapa parut ia dijual sekitar RM3.50 - RM4.00 sebiji. Dilaporkan diman semua jenis masakan atau hidangan yang menggunakan santan sawit dilaporkan tahan lebih lama dan lambat basi dimana ia juga memang rendah lemak, bebas kolesterol, serta kaya dengan Vitamin A dan E semulajadi. Berlainan dengan harga santan Kelapa yang ia sedikit mahal (bergantung kepada sama ada santan segar perah, santan kotak, atau kebergantungan bekalan kelapa import yang mencabar). Ciri jenis santan kelapa yang tidak tahan lama bila makanan akan cepat basi atau berbau jika tidak disimpan dengan betul atau ditinggalkan terlalu lama pada suhu bilik. Penulis blog kongsikan beberapa resepi popular yang menggunakan santan sawit termasuklah cendol, nasi lemak, danging salai masak lemak cili padi, serawa durian, dan bubur pulut hitam. Pemilihan santan sawit (seperti jenama Khalis) boleh menggantikan santan kelapa dalam pelbagai masakan tradisional kerana ia rendah lemak, bebas kolesterol, dan tahan lebih lama.Beberapa jenis resepi atau hidangan popular yang biasa menggunakan santan sawit adaalah cendol, Nasi Lemak, Daging Salai Masak Lemak Cili APi, Serawa Durian dan pelbagai jenis bubur seperti jenis bubur pulut hitam banyak jenis kuih-muih seperti juga kuih talam yang memerlukan santan untuk rasa lemak manis.  


Penulis blog sangat suka ambil Cendol Cantan Sawit iaitu sejenis pencuci mulut cendol tradisional yang menggunakan santan daripada kelapa sawit yang enak dan berkhasiat dimana ia menggantikan santan kelapa biasa. C
endol Santan Sawit ada;ah kuliner pencuci mulut tradisional cendol yang menggunakan santan daripada kelapa sawit (krim kelapa sawit) sebagai pengganti santan kelapa biasa. Ia dihidangkan bersama cendol hijau, air gula melaka, ais kisar, serta tambahan seperti jagung atau kacang merah (Sila lihat foto disebelah). Rasanya tetap berlemak, beraroma, dan menjadi keunikan tersendiri kerana dihasilkan daripada ekstrak buah sawit. Apa pun kuah santannya selalunya ia diperbuat daripada produk ekstrak kelapa sawit (seperti produk santan sawit komersial) yang dicampur air, garam dan daun pandan. Ia mempunyai rasa yang berlemak akan tetapi teksturnya didapati lebih ringan dan kurang berminyak di mulut berbanding santan kelapa asli. Aspek kelebihan cendol ini bagi penulis blog adalah ia sering dijadikan alternatif kerana ia tahan lebih lama, tidak mudah basi atau tengik dan kos penyediaannya kadangkala lebih menjimatkan bagi peniaga. Bagi penulis blog dimana cara paling mudah buat kuah cendol menggunakan santan sawit (seperti produk Khalis Santan Sawit) adalah dengan mencampurkannya dengan air, garam, dan daun pandan lalu dimasak hingga mendidih. membuat sendiri di rumah disediakan bahan-bahan terdiri  iaitu Untuk Kuah Beli 1 liter Khalis Santan Sawit, 2 liter air, 1/2 sudu besar garam (untuk rasa lemak) dan 5 helai daun pandan (disimpul). Sediakan juga bahan hiasan cendol iaitu bahan cendol hijau secukupnya, gula Melaka atau jenis gula perang (dicairkan sebagai air gula), ais kisap atau ais ketul. Boleh juga pilihan tambahan iaitu seperti jagung manis, kacang merah, pulut, atau durian. Cara membuatnya adalah dengan memasak santan iaitu mencampurkan 1 liter santan sawit dengan 2 liter air di dalam periuk. Masukkan bahan perasa iaitu 1/2 sudu besar garam dan 5 helai daun pandan. Kemudian dididihkan dengan memasak di atas api sederhana kacau selalu sehingga mendidih, kemudian tutup api dan biarkan ia sejuk. Dalam mangkuk dimasukkan air gula Melaka di bahagian bawah, diikuti mi cendol hijau, pulut, kacang merah dan juga jagung. Seterusnya di tuang santan dan ketulan ais dan boleh dimasukkan ais kisar dan tuangkan kuah santan sawit yang sudah disejukkan tadi dan cendol ini sedia untuk dinikmati.  Harga cendol santan sawit biasanya berkisar antara RM4.00 hingga RM8.50 satu mangkuk atau cawan bergantung kepada jenis tambahan dan lokasi gerai.  Harga cendol mengikut jenis Cendol Biasa atau Cendol Kosong sekitar RM4.00 - RM5.80 semangkok, bagi jenis Cendol Kacang atau Jagung sekitar harga RM5.00 - RM7.20 semangkok dan bagi jenis Cendol Pulut berharga RM5.00 semangkok. Apa pun bagi jenis  Cendol Campur (Kacang & Jagung) ia berharga RM6.00 - RM8.60 semangkok dan jenis Set Cendol (Bungkus/Tanpa Ais) harganya sekitar RM8.00 - RM10.00. 


Santan
kelapa sawit (atau santan sawit) ialah produk inovasi hasil penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sebagai alternatif kepada santan kelapa tradisional. Apa pun disebabkan ia masih baru berbanding santan kelapa, wujud beberapa salah faham dan mitos dalam kalangan masyarakat. Bagaimana pun sudah ada mitosa santan sawit untuk di kongsikan kisahnya. Pertama ada Mitos Santan sawit mengandungi kolesterol tinggi dan bolej menyumbat jantung akan tetapi faktanya yang santan sawit bebas kolesterol. Kolesterol secara semula jadi hanya wujud dalam produk berasaskan haiwan. Sebagai produk berasaskan tumbuhan (tumbuhan kelapa sawit), ia tidak mengandungi kolesterol terus. Kajian darpada MPOB menunjukkan komposisi asid lemak tepu dan tidak tepunya adalah seimbang serta tidak meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular secara abnormal jika diambil dengan kuantiti secara sederhana. Kedua ada Mitos Yang Rasa Masakan jadi Pelik dan Tidak Sedap tetapi faktanya santan sawit dilaapor ia mempunyai tekstur yang pekat, berkrim, dan warnanya putih bersih. Dari segi rasa, ia memberikan rasa  'lemak manis' yang hampir serupa dengan santan kelapa. Malah, ramai peniaga menggunakannya untuk hidangan seperti cendol dan gulai kerana ia menghasilkan kuah yang pecah minyak dengan elok tanpa rasa muak. Satu-satunya perbezaan kecil ialah ia tidak mempunyai aroma kuat kelapa segar. Ketiga ada Mitos Santan Sawit Cepat Basi dan tidak tahan lama dimana fakta sebaliknya, santan sawit jauh lebih tahan lama. Kelebihan utama santan sawit ialah ia mempunyai kestabilan yang tinggi dan tidak mudah teroksida (menjadi tengik). Masakan atau hidangan (seperti dodol atau cendol) yang menggunakan santan sawit tidak cepat basi dan boleh bertahan lebih lama walaupun disimpan di dalam suhu bilik atau peti sejuk biasa.Keempat ada Mitos Santan Sawit Tiada Khasiat dan hanya mengandungi lemak semata-mata dimana faktanya adalah santan sawit kaya dengan Vitamin A dan Vitamin E (tokotrienol) semulajadi. Nutrien ini bertindak sebagai antioksidan yang kuat untuk melindungi sel badan. Di samping itu, ia juga lebih rendah lemak berbanding santan kelapa biasa, menjadikannya alternatif yang baik untuk mereka yang menjaga berat badan. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!......
SANTAN SAWIT... PRODUK SANTAN DIA...
RASA BERKRIM...SEAKAN SAMA KELAPA...
BEBAS KOLESTERO...RAMAI DAN SUKA...
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(11 RabiulAkhir 1448H).

Sunday, September 27, 2026

SANTAN SAWIT DAN FAKTA PENTING (PART 2)

SANTAN SAWIT ialah cecair menyerupai santan biasa yang dihasilkan daripada produk kelapa sawit sebagai alternatif kepada santan kelapa biasa. Santan Sawit di kenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Palm Milk' atau 'Palm Oil based coconut milk' adalah hasil daripada kerja penyelledikan pakar sains di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada tahun 2008 melalui usaha inovasi dan penyelidikan. Apa yang penulis blog ingat dimana selepas pengenalan tersebut, produk alternatif santan kelapa ini mula dikomersialkan dan mendapat perhatian meluas di pasaran Malaysia sekitar tahun 2010 (penulis blog ada hadir majlis pelancaran tersebut) khususnya selepas dipamerkan di acara besar seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA). Ciri-ciri utama santan sawit adalah bebas kolesterol, rendah lemak serta mempunyai jangka hayat atau ketahanan yang lebih lama berbanding santan kelapa biasa. Produk inovasi ini dihasilkan daripada emulsi Minyak Kelapa Sawit yang dihasilkan dari Pokok Sawit (Elaeis guineensis) berkualiti tinggi bagi menggantikan santan kelapa dalam masakan terutama yang memerlukan santan kelapa dari Buah Pokok Kelapa Tua (Cocos nucifera). Profil dan ciri-ciri bagi santan sawit dimana adari segi tekstur ia mempunyai tekstur yang pekat serta berwarna putih krim dimana ia hampir serupa dengan rupa santan kelapa kotak yang di jual di pasaran. Dilaporkan dimana aspek kandungan minyaknya apabila digunakan dalam masakan seperti gulai atau kari dimana ia boleh 'pecah minyak' dengan elok iaitu sama seperti santan kelapa biasa. Dari ciri rasa dan aromanya pula dilaporkan dan ujirasa yang penulis blog sudah buat adalah ia berasa yang berkrim dengan memberikan rasa berlemak dan berkrim yang setanding dengan santan kelapa asli. Apa pun ia juga 'Lebih Ringan' dari aspek profil rasanya diujirasa di mulut iaitu terasa lebih ringan, kurang berminyak dan tidak membuatkan kuah hidangan menjadi terlalu muak. Ia uniknya tidak mempunyai aroma kuat kelapa segar asli, namun rasa keseluruhannya tidak menjejaskan keaslian menu tradisi. Apa yang penting faktanya adalah segi 'Ketahanan dan Penyimpanan' dimana ia memang tidak mudah basi terutama bagi jenis lauk-pauk atau pencuci mulut (seperti cendol atau masakan berlauk) yang dimasak menggunakan santan sawit didapati lebih tahan lama dan tidak cepat basi. Ciri plus yang lain adalah ia mempunyai jangkahayat simpanan yang panjang berbanding santan segar dimana baki pek cecair santan sawit yang telah dibuka boleh disimpan di dalam bahagian chiller (peti sejuk) untuk tempoh yang lama tanpa perlu dibekukan. Malahan apa yang penulis blog pernah jumpa dimana ada jenis produk serbuk dan produk pek tertentu keluaran industri tempatan yang stabil pada suhu bilik sehingga berbulan-bulan sebelum dibuka. Paling penting adalah mengenai fakta nilai Nutrisi dan nilai kesihatan dimana santan sawit ia 'Bebas Kolesterol' dimana ini juga merupakan ciri jualan utamanya yang sangat mesra pengguna yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung. Ia kaya zat vitamin iaitu mengandungi kandungan Vitamin A dan E semula jadi yang tinggi hasil daripada khasiat minyak sawit. Ia juga mempunyai jenis Lemak Lebih Stabil dan ia juga mempunyai profil asid lemak tepu dan tidak tepu yang lebih seimbang serta lebih stabil apabila dipanaskan pada suhu tinggi semasa memasak. Bagi penulis blog mendapati jika santan sawit kini banyak dikomersialkan dalam bentuk pek sedia guna (seperti jenama Khalis atau Suri) dan dijual pada harga yang biasanya lebih murah dan berbaloi sebagai alternatif alternatif dapur. Artikel pada tengahari Rabu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting Santan Sawit untuk dijadikan bahan rujukkan semua. 


Ada banyak kajian di lakukan dimana produk santan sawit boleh menjadi pilihan alternatif kepada jenis santan kelapa yang sihat, lestari dan ianya lebih menjimatkan. Dilaporkan dimana jenis produk berasaskan tumbuhan kini semakin mendapat tempat di seluruh dunia yang didorong oleh kesedaran kesihatan, diet dan kelestarian alam sekitar. Di Malaysia dan Asia Tenggara kajian mendapati dimana produk santan ialah salah satu produk tumbuhan (kelapa) sebati dengan masyarakat tempatan sejak dahulu lagi. Ia digunakan secara meluas dalam masakan kita daripada kari dan gulai, sehinggalah kepada manisan seperti cendol dan kuih-muih. Bagaimana pun bagi penulis blog yang menulis pulohan artikel mengenai tnaman kelapa dan santan kelapa mendpati dimana jumlah permintaan yang tinggi terhadap santan kelapa telah menyebabkan beberapa cabaran. Di Malaysia sendiri ada kajian dimana nisbah sara diri kelapa pada tahun 2021 hanya 69.1% dan sudah puluhan tahun ia tidak dapat menampung permintaan domestik dan buah kelapa di import dari Indonesia untuk mencukupi prtmintaan temptan dan ekspoort. Cabaran bekalan dan kenaikan harga yang ketara malahan ia melebihi kenaikan harga daging lembu sejak sedekad lalu yang telah mendesak Malaysia untuk mencari alternatif yang mampan dan berdaya saing. Penghasilan produk Santan Sawit (Palm Milk) satu kejauaan dan inovasi yang diperoleh daripada pemprosesan minyak sawit, muncul sebagai alternatif yang berpotensi. Walaupun kelapa mempunyai kedudukan yang kukuh dalam budaya kita, santan sawit menawarkan kelebihan unik dari segi kesihatan, ekonomi dan kefungsiannya dimana menjadikannya pengganti yang relevan untuk masakan tradisional dan moden. Kajian menyatakan dimana kelebihan Santan Sawit yang mempunyai kelebihan yang ketara dari segi fizikal dan ekonomi berbanding santan kelapa. Apa pun salah satu masalah terbesar santan kelapa adalah jangka hayatnya yang pendek dimana ia juga memerlukan proses penyejukan dan tidak boleh bertahan lebih daripada 5 jam walaupun pada suhu 2°C - 5°C sebelum menjadi tengik dan terpisah. Santan Sawit (versi yang dipertingkat, atau Santan Sawit Plus) dilaporkan dimana sebaliknya ia menunjukkan kestabilan yang luar biasa. Ia boleh disimpan selama lebih 10 bulan pada suhu ambien (5°C - 30°C) tanpa pemisahan atau kemerosotan sifat organoleptik dan terjamin dari segi aspek mikrobiologi. Kestabilan ini adalah hasil daripada profil asid lemaknya yang seimbang dan kandungan antioksidan semula jadi yang tinggi, seperti tokotrienol, yang melindunginya daripada pengoksidaan.


Produk santan sawit ini dilaporkan ada penjimatan kos dan penggunaannya yang lebih rendah. Apa pun dari aspek ekonomi dilaporkan produk santan sawit di pasaran dilaporkan kira-kira 50% lebih murah daripada produk santan kelapa tradisional. Bagi penulis blog dimana apa yang lebih menarik lagi, santan sawit hanya memerlukan separuh daripada jumlah yang diperlukan berbanding santan kelapa di dalam masakan. Contohnya semasa dalam penyediaan cendol, satu bahagian santan sawit dicampur dengan dua bahagian air sudah boleh menggantikan tiga liter santan kelapa. Ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga membantu mengurangkan pengambilan kalori yang tinggi. Menarik kongsikan fakta akan profil dari Asid Lemak yang seimbang sebab santan kelapa kaya dengan lemak tepu rantaian sederhana (Medium-Chain Triglycerides/MCT) seperti asid laurik (hampir 90% lemak tepu) yang mempunyai impak yang baik untuk kesihatan. Namun begitu kajian mendapati dari segi nisbah lemak tepu kepada jenis lemak tidak tepu, santan sawit adalah lebih seimbang dengan kandungan asid palmitik, 41-45% (tepu) dan selebihnya asid lemak tak tepu (termasuk asid oleik dan linoleik). Oleh sebab kehadiran antioksidan dan lemak tidak tepu serta berikan manfaat kesihatannya dikatakan lebih sejajar dengan lemak yang sihat untuk jantung seperti minyak zaitun. Dalam kajian lain di dapati bahawa olein sawit (bahan asas santan sawit) terbukti meningkatkan kolesterol 'baik' HDL dan mempunyai kesan neutral hingga bermanfaat pada jenis kolesterol 'jahat' LDL iaitu dengan hasil yang setanding dengan minyak zaitun. Kajian lain juga menunjukkan tiada perbezaan signifikan dalam penanda risiko kardiovaskular apabila olein sawit dibandingkan dengan minyak lain seperti minyak kelapa dan minyak zaitun. Apan tetapi harus juga diingatkan bahawa kesan kesihatan lebih bergantung pada keseimbangan diet makro-nutrien secara keseluruhan jika ia berbanding hanya mengasingkan lemak tertentu. Dalam aspek kuasa Antioksidan Tokotrienol dan mikronutrien yang paling penting dalam santan sawit ialah dimana Vitamin E dalam bentuk tokotrienol. Tokotrienol adalah bahan yang jauh lebih jarang ditemui di alam semula jadi berbanding tokoferol (bentuk Vitamin E yang lebih biasa) dimana ia mempunyai kelebihan struktur yang didakwa ia membolehkannya menembusi membran sel dengan lebih cekap. Akibatnya bahan tokotrienol menawarkan manfaat kesihatan unik yang jauh lebih unggul daripada tokoferol, termasuk kesan antioksidan 40 - 60 kali ganda lebih hebat. Tokotrienol dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, seperti perlindungan kardiovaskular, kesihatan otak, dan pengurusan penyakit diabetes. Malah hasil dari aktiviti penyelidik Malaysia baru-baru ini mendapati bahawa tokotrienol daripada minyak sawit boleh memperbaiki pendarahan retina pada pesakit diabetes serta mampu untuk menjadikannya rawatan tambahan yang selamat dan tidak invasif.


Kehebatan santan sawit dalam aspek kelestarian dan potensi kulinari atau makanan dimana walaupun ada terdapat kebimbangan mengenai kesan alam sekitar minyak sawit, santan sawit mempunyai potensi kemampanan yang tinggi. Ladang kelapa sawit menghasilkan minyak sehingga 10 kali lebih banyak per unit kawasan berbanding tanaman minyak lain, yang berpotensi mengurangkan keperluan tanah untuk penanaman. Dengan mematuhi piawaian kelestarian seperti Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) dan prinsip ESG (Environmental, Social, and Governance), industri sawit boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan ketara. Inisiatif daripada badan seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) turut menyokong pembangunan produk sawit yang sihat dan lestari28. Dari segi masakan dilaporkan jenis santan sawit telah menunjukkan prestasi yang baik walaupun santan kelapa masih unggul dalam aroma untuk hidangan tertentu seperti nasi lemak dan bubur pulut hitam dimana dalam ujian sensori menunjukkan santan sawit juga menunjukkan skor yang tinggi. Kajian juga menunjukkan bahawa menggantikan jenis santan kelapa dengan santan sawit dalam hidangan seperti Nasi Dagang masih mengekalkan tekstur dan rasa yang boleh diterima sambil meningkatkan kualiti nutrisi. Santan sawit juga sedang diperluaskan penggunaannya dalam produk bukan tenusu lain seperti yogurt berasaskan sawit, krimer, dan susu pekat manis, yang menawarkan alternatif bebas kolesterol dan menjimatkan kos. Jenis santan sawit berpotensi besar untuk berkembang sebagai alternatif tumbuhan yang berkhasiat, kos efektif, dan mampan kepada santan kelapa. Apa pun dengan penambahbaikan berterusan dalam teknologi makanan iaitu seperti pengayaan nutrisi dengan kalsium dan protein serta pengoptimuman sifat sensori, santan sawit bersedia untuk menempatkan dirinya sebagai pilihan makanan ruji moden dalam masakan tempatan dan antarabangsa. Penggunaan santan dalam masakan harian bagi masyarakat negara ini bukan lagi asing, malah harga bagi bahan masakan ini melambung pada musim perayaan. Hampir kesemua masakan tradisional Melayu memerlukan santan sebagai bahan utama dan jika ditukar dengan bahan lain pastinya rasa serta kualiti masakan tersebut akan kurang. Namun begiitu akibat aspek kekurangan stok kelapa, harga santan kini kadangkala di luar jangkaan dan ia bertambah kritikal apabila dilaporkan industri perladangan kelapa semakin menyepi. Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, sebuah syarikat bumiputera yang dikenali sebagai Khalissantan memperkenalkan santan kelapa sawit. Santan kelapa sawit tiada beza dengan santan kelapa biasa dimana dari segi tekstur, rasa dan bau santan sawit dan santan kelapa tiada beza malah santan sawit ianya memiliki kelebihan yang tiada pada santan kelapa. Santan sawit yang dihasilkannya memiliki kandungan asid lemak yang lebih rendah, kurang kolestrol, kaya dengan vitamin A dan E selain dapat bertahan lebih lama daripada santan biasa dimana aspek penggunaan santan sawit ini hanya separuh daripada santan kelapa kerana ia lebih pekat. Selain itu ia juga tidak berbau tengik jika disimpan lama di tempat yang dingin ia dapat bertahan lebih lama. Santan sawit dalam bungkusan mampu bertahan sehingga tiga bulan dan jika telah dibuka ia bertahan selama sebulan di dalam tempat yang dingin. Hebat sebaba MPOB telah menjalankan kajian hampir 12 tahun untuk menghasilkan santan sawit namun dalam skala makmal dan Jasri telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada agensi tersebut untuk tujuan pengkomersialan dimana bagi tujuan menghasilkan produk santan sawit dalam skala yang besar ia tidak semudah seperti yang disangka.


Dalam laporan lain ada di nyatakan jika penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk melihat kesesuaian produk santan sawit tersebut sebelum ia memasuki fasa pengkomersialan secara besar-besaran. Ada dijalankan kajian soal selidik di kalangan pengguna, kajian pemasaran, kesan kesihatan serta kesesuaian penggunaan santan sawit di negara ini. Data yang didapati adalah data yang lengkap dan berpuas hati bahawa produk santan sawit tersebut boleh mendapat tempat di hati pengguna dimana styarikat swasta boleh melabur untuk membina kilang. Penulis bloh konsikan fakta bagaiman minyak sawit merah boleh menjadi santan swit yang berwarna putih. Dilaporkan untuk menghasilkan santan sawit kilang akan  menggunakan hasil sawit yang diproses daripada bahagian mesokap (mesocarp) buah tersebut. Kemudian ia akan terus diproses bersama beberapa bahan tertentu untuk menukarkan warnanya kepada warna putih santan. Setelah diproses selalunya santan sawit akan terus dibungkus sebelum diedarkan kepada pengedar. Dalam mengkomersialkan santan sawit itu juga perlukan masa dan pengalaman selama 10 tahun disesetengah syarikat. Dilaporkan diantara perbezaan santan sawit dan santan kelapa adalah ia lebih menjimatkan kos berikutan ia digunakan hanya sedikit sahaja.Jika untuk masakan seperti kari, anda hanya memerlukan satu pertiga, manakala untuk kegunaan cendol hanya satu perempat sahaja. Santan sawit mampu memberikan rasa atau tekstur yang lebih lembut dimana ia juga tidak berbau tengik, tidak mudah rosak selagi disimpan di tempat sejuk dan paling penting, ia tidak perlu dibeli setiap hari. Malah, makanan yang dimasak menggunakan santan sawit juga tidak mudah rosak, hanya perlu disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan pada keesokan harinya. Dilaporkan jika gunakan santan kelapa, ia mudah rosak biarpun sebelum digunakan dan istilah paling biasa digunakan adalah 'naik kepala' yang mana keadaan lemak santan yang terapung di atas air biarpun selepas beberapa jam ia diproses. Masakan yang mana ada menggunakan santan kelapa juga lebih mudah basi walaupun baru ditinggalkan hanya satu hari sahaja malah perlu dibeli pada setiap hari. Terdapat perbezaan memasak menggunakan kedua-dua jenis santan ini. Santan kelapa tidak boleh menggunakan api yang kuat kerana masakan lebih cepat 'pecah minyak' dan menjadikan masakan kurang enak. Apa pun bagi santan sawit, ia tidak akan mengalami 'pecah minyak' seperti santan kelapa malah api boleh digunakan sebesar mana pun dan boleh didih selama tiga hingga lima minit. Santan sawit juga boleh menggantikan susu bagi memasak masakan seperti nasi minyak dan beriani. Selain mampu menjimatkan kos pembelian santan kerana ia lebih murah berbanding santan kelapa, ia juga merupakan produk yang menyihatkan. memang jika dahulu ramai yang khuatir untuk makan makanan berasaskan santan kerana faktor penyakit, namun kini ia tiada lagi berikutan santan sawit memiliki kolestrol yang lebih rendah. Menurut Jasri lagi, kini beliau sedang berusaha memperkenalkan kegunaan santan sawit ini sebagai pengganti kepada santan kelapa untuk memastikan makanan yang dimakan lebih menyihatkan. Bagi salah satu pengeluar santan sawit jenama 'Khalis' dimana santan ini boleh ditemui di pasar raya terkemuka dan akan memasuki beberapa lagi pasar raya besar di negara ini. Ketika ditanya adakah beliau berminat untuk mengeksport santan sawit tersebut, katanya kini sudah terdapat beberapa negara yang telah menunjukkan minat untuk membeli produk tersebut. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!......
SANTAN SAWIT... PRODUK SANTAN DIA...
RASA BERKRIM...SEAKAN SAMA KELAPA...
BEBAS KOLESTERO...RAMAI DAN SUKA...
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(11 RabiulAkhir 1448H).

Saturday, September 26, 2026

SANTAN SAWIT DAN FAKTA PENTING (PART 1)

SANTAN SAWIT
ialah cecair menyerupai santan biasa yang dihasilkan daripada produk kelapa sawit sebagai alternatif kepada santan kelapa biasa. Santan Sawit di kenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Palm Milk' atau 'Palm Oil based coconut milk' adalah hasil daripada kerja penyelledikan pakar sains di 
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada tahun 2008 melalui usaha inovasi dan penyelidikan. Apa yang penulis blog ingat dimana selepas pengenalan tersebut, produk alternatif santan kelapa ini mula dikomersialkan dan mendapat perhatian meluas di pasaran Malaysia sekitar tahun 2010 (penulis blog ada hadir majlis pelancaran tersebut) khususnya selepas dipamerkan di acara besar seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA). Ciri-ciri utama santan sawit adalah bebas kolesterol, rendah lemak serta mempunyai jangka hayat atau ketahanan yang lebih lama berbanding santan kelapa biasa. Produk inovasi ini dihasilkan daripada emulsi Minyak Kelapa Sawit yang dihasilkan dari Pokok Sawit (Elaeis guineensis) berkualiti tinggi bagi menggantikan santan kelapa dalam masakan terutama yang memerlukan santan kelapa dari Buah Pokok Kelapa Tua (Cocos nucifera). Profil dan ciri-ciri bagi santan sawit dimana adari segi tekstur ia mempunyai tekstur yang pekat serta berwarna putih krim dimana ia hampir serupa dengan rupa santan kelapa kotak yang di jual di pasaran. Dilaporkan dimana aspek kandungan minyaknya apabila digunakan dalam masakan seperti gulai atau kari dimana ia boleh 'pecah minyak' dengan elok iaitu sama seperti santan kelapa biasa. Dari ciri rasa dan aromanya pula dilaporkandan ujirasa yang penulis blog sudah buat adalah ia berasa yang berkrim dengan memberikan rasa berlemak dan berkrim yang setanding dengan santan kelapa asli. Apa pun ia juga 'Lebih Ringan' dari aspek profil rasanya diujirasa di mulut iaitu terasa lebih ringan, kurang berminyak dan tidak membuatkan kuah hidangan menjadi terlalu muak. Ia uniknya tidak mempunyai aroma kuat kelapa segar asli, namun rasa keseluruhannya tidak menjejaskan keaslian menu tradisi. Apa yang penting faktanya adalah segi 'Ketahanan dan Penyimpanan' dimana ia memang tidak mudah basi terutama bagi jenis lauk-pauk atau pencuci mulut (seperti cendol atau masakan berlauk) yang dimasak menggunakan santan sawit didapati lebih tahan lama dan tidak cepat basi. Ciri plus yang lain adalah ia mempunyao jangkahayat simpanan yang panjang berbanding santan segar dimana baki pek cecair santan sawit yang telah dibuka boleh disimpan di dalam bahagian chiller (peti sejuk) untuk tempoh yang lama tanpa perlu dibekukan. Malahan apa yang penulis blog pernah jumpa dimana ada jenis produk serbuk dan produk pek tertentu keluaran industri tempatan yang stabil pada suhu bilik sehingga berbulan-bulan sebelum dibuka. Paling penting adalah mengenai fakta nilai Nutrisi dan nilai kesihatan dimana santan sawit ia 'Bebas Kolesterol' dimana ini juga merupakan ciri jualan utamanya yang sangat mesra pengguna yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung. Ia kaya zat vitamin iaitu mengandungi kandungan Vitamin A dan E semula jadi yang tinggi hasil daripada khasiat minyak sawit. Ia juga mempunyai jenis Lemak Lebih Stabil dan ia juga mempunyai profil asid lemak tepu dan tidak tepu yang lebih seimbang serta lebih stabil apabila dipanaskan pada suhu tinggi semasa memasak. Bagi penulis blog mendapati jika santan sawit kini banyak dikomersialkan dalam bentuk pek sedia guna (seperti jenama Khalis atau Suri) dan dijual pada harga yang biasanya lebih murah dan berbaloi sebagai alternatif alternatif dapur. Artikel pada tengahari Rabu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting Santan Sawit untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam membuat peneitian dimana secara global masih tiada data statistik khusus yang mengasingkan saiz pasaran atau jumlah pengeluaran produk 'santan sawit' secara tunggal sebab ia mungkin masih dikategorikan di bawah produk hiliran minyak sawit atau pasaran alternatif susu yang berasaskan tumbuhan (plant-based milk). Namun dilaporkan dimana ada gambaran besar mengenai pengeluaran dan pasarannya boleh difahami melalui status industri minyak sawit dan produk alternatif makanan dunia. bagaimana pun ada di laporkan dimana status pengeluaran dan kedudukan pasaran dunia produk Santan Sawit (terutama dalam bentuk serbuk atau cecair) merupakan produk inovasi hiliran berasaskan minyak sawit ditapis yang diadun dan diproses (seperti teknik spray drying) untuk menggantikan santan kelapa tradisional. Apa pun dilsporkn yang Malaysia dan Indonesia sebagai dua negara peneraju utama produk sawit duni dimna Indonesia menguasai 60% dan Malaysia menyumbang 24% - 30% pengeluaran minyak sawit dunia serta kedua-dua negara ini merupakan pengeluar utama dan pemegang pasaran terbesar bagi inovasi santan sawit dunia. Apa pun p
asaran bahan mentah utama bagi produk ini adalah sangat besar. Sebagai contoh, pengeluaran Minyak Sawit Mentah (CPO) Malaysia sahaja mencecah 20.28 juta tan, manakala Indonesia mampu menghasilkan lebih daripada 46 juta tan dimana dilaporkan sebahagian kecil daripada jumlah ini akan ia diproses menjadi produk makanan hiliran seperti 'Produk Santan Sawit'. Memangg produk santan sawit mula mendapat tempat dalam segmen alternatif susu bukan tenusu (non-dairy) dalam sistem pasaran antarabangsa. Merujuk kepada saiz pasaran produk susu tumbuhan dunia dalam pasaran global bagi susu yang berasaskan tumbuhan diunjurkan bernilai sekitar USD 25.4 bilion (RM1,036.7 billion) dan dijangka berkembang pesat dipacu oleh peningkatan permintaan terhadap makanan vegan serta kesedaran kesihatan. Hebatnya dimana santan sawit ini dimasa akan datang memang ada kelebihan daya saing kerana faktor kos pengeluaran yang lebih rendah dan stabil berbanding santan kelapa asli, selain mempunyai tempoh jangka hayat yang lebih lama (tidak mudah basi/tengik). Ada laporan menyatakan dimana produk hiliran makanan dengan berasaskan sawit ini dieksport ke negara-negara pengimport utama minyak sawit dunia yang mempunyai kepentingan dalam industri pembuatan makanan yang besar antaranys termasuk negara  India (negara pengimport terbesar),  China,  Kesatuan Eropah (EU) dan juga negara-negara Timur Tengah dan dari Asia Tenggara yang lain. 


Perlu bangga bila produk s
antan kelapa sawit di pasaran dunia (khususnya dipelopori oleh Malaysia melalui badan penyelidikan MPOB) secara umumnya ia boleh dibahagikan mengikut kaedah pemprosesan, bentuk fizikal dan teknologi pembungkusan bagi tujuan membolehkannya bertahan lama. 
Dilaporkan dimana jenis-jenis santan sawit yang ada di pasaran ianya di kategotikan kepada yang pertama Mengikut Bentuk Fizikal dan Formulasi iaitu Jenis Santan Sawit Cecair (Biasa atau Chiller) iaitu jenis santan cecair pekat yang diproses sedia untuk digunakan bila-bila masa sahaja. Apa pun jenis ini ia biasanya diletakkan di bahagian makanan segar dingin (peti sejuk biasa) dan mempunyai jangka hayat sekitar 1 hingga 3 bulan sebelum dibuka. Kedua ada Jenis Santan Sawit Serbuk dimana jenis ini ia di formulasi sebagai bentuk santan kelapa sawit dalam bentuk serbuk hasil ciptaan dan paten MPOB. Jenis ini sangat mudah disimpan, ringan untuk dieksport ke luar negara, dan hanya perlu dibancuh dengan air suam sebelum digunakan. Jenis ketiga adalah Jenis Santan Sawit PLUS yang merupakan formulasi produk terbaharu hasil penyelidikan yang diperkaya dengan khasiat tambahan, mempunyai ketahanan suhu bilik yang sangat tinggi (sehingga 2 tahun tanpa pengawet). Kategori kedua ia adalah Mengikut Teknologi Pembungkusan dan Ketahanan Santan Sawit Retort dimana ia menggunakan teknologi pensterilan haba tinggi (retort). Kelebihan jenis ini ialah ia boleh disimpan pada suhu bilik tanpa memerlukan peti sejuk dan mampu bertahan antara 1 hingga 2 tahun selagi pek pembungkusannya tidak dibuka. Terdapat jenis Santan Sawit Pekat Komersial (B2B) dengan sukatan khas yang dihasilkan untuk industri katering, pengusaha restoran, atau kilang makanan. Tahap kepekatannya sangat tinggi di mana 1 kg santan sawit jenis ini boleh menyamai kepekatan sehingga 3 kg santan kelapa biasa. Penulis blog kongsikan akan beberapa jenama Santan Sawit yang terkenal di peringkat lokl an global yang dikomersialkan. Pertama adalah Jenama Suri Santan dikeluarkan oleh FELCRA Berhad dimana ia sangat popular untuk pasaran domestik, katering, dan peniaga cendol diseluruh negara. Kedua ada Jenama Khalis Santan Sawit yang di keluarkan oleh Premium Food Coporation (pengeluar produk minyak daripada Sime Darby) dimana dikatakan ia bebas kolesterol, kaya Vitamin A dan E, mudah didapati di pasar raya besar. Ketiga ada Jenama Desa Santan Sawit dihasilkan oleh Sykt Pengilang Tempatan dimana ia adalah pelopor pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi retort untuk simpanan suhu bilik. Keempat ada Jenama   Santan Salwa juga oleh pembekal Sykt Alternatif santan sawit asli tanpa lemak trans untuk masakan harian. Apa pun dilaporkan dinegara lain seperti Afrika Barat (contohnya Nigeria) dimana mereka juga menggunakan ekstrak buah kelapa sawit seumpama santan yang dipanggil banga untuk memasak hidangan tradisional seperti jenama 'Banga Soup' namun ia diproses secara tradisional terus daripada sabut kelapa sawit segar. Di pasaran antarabangsa atau barat, produk berasaskan santan sawit ini adakalanya dilabelkan atau dikenali sebagai Palm Milk atau Palm-based Creamer.


Menarik akan fakta penting dimana produk santan sawit (pengganti santan kelapa berasaskan minyak kelapa sawit) yang dikembangkan melalui penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) secara umumnya terbahagi kepada beberapa jenis mengikut bentuk fizikal, kaedah pemprosesan dan kaedah atau cara pembungkusan dijual dalam pasaran domestik dan eksport. Apa pun di hasilkan beberapa jenis Produk Santan Sawit yang perlu di ketahui pembaca blog semua. Pertama ada Jenis Santan Sawit Cecair (Pastur atau Jenis Retort atau Jenis UHTdimana jenis santan sawit ini ia sedia digunakan (ready-to-use) yang diproses melalui teknik homogenisasi dan pasterisasi. Sesetengah jenama menggunakan teknologi retort yang membolehkan santan cecair ini bertahan sehingga 1 tahun pada suhu bilik tanpa bahan pengawet. Kedua ada Jenis Santan Sawit Serbuk (Powdered) dimana ia dihasilkan menggunakan teknik sembur kering (spray drying) yang unik dan hebat akan tahap teknologinya (Sila lihat foto disebelah). Selelunya minyak sawit diadun menjadi serbuk yang menyerupai akan jenis serbuk santan kelapa yang sedia ada di pasaran. Kelebihannya ialah jangka hayat yang sangat lama, tidak mudah bergumpal (dengan formulasi baharu), dan mudah disimpan atau dieksport. Apa pun Produk Santan Sawit PLUS dimana ia merupakan jenis formulasi cecair yang dipertingkatkan oleh MPOB untuk kegunaan komersil spesifik seperti pembuatan cendol, masakan kari, dan pencuci mulut, dengan kestabilan emulsi yang lebih tinggi agar tidak mudah pecah minyak. Psling mufsh jumps slsh Jenis Produk Santan Sawit Segar atau Jenis Santan Sawit Simpanan Sejuk (Chilled) iaitu jenis santan cecair yang memerlukan penyimpanan di dalam peti sejuk (chiller) untuk mengekalkan kesegarannya, biasanya digunakan secara meluas oleh pengusaha kedai makan dan industri katering. Diantara ciri k
elebihan utama zzzptoduk Santan Sawit didunia diman produk ini ia semakin mendapat tempat di peringkat dunia didorong oleh faktor kesihatan dan kelestarian sebab ia rendah lemak tepu, bebas kolesterol, serta kaya dengan antioksidan semula jadi seperti Vitamin E (tokopherol dan tokotrienol). Ia juga tahan lebih lama  dan juga jenis masakan yang menggunakan santan sawit lambat basi, dan produk mentahnya tidak mudah tengik walaupun disimpan pada suhu bilik. Sebenrnya ia lebih ekonomik sebab kos pengeluaran lebih stabil berbanding kelapa, menjadikannya pilihan yang lebih murah bagi pengusaha industri makanan.  Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!......
SANTAN SAWIT... PRODUK SANTAN DIA...
RASA BERKRIM...SEAKAN SAMA KELAPA...
BEBAS KOLESTERO...RAMAI DAN SUKA...
MEMBACA ARTIKEL...HEBAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(11 RabiulAkhir 1448H).