IKAN BUNTAL (pufferfish) ialah sejenis hidupan akuatik yang terkenal diseluruh dunia iaitu daripada famili Diodontidae dan iaitu dalam order Tetraodontiformes dengan kebolehan unik membesarkan atau mengembungkan badannya apabila berasa terancam. Bagi penulis blog sering juga mendapat ikan buntal semasa memancing di laut atau di kawasan muara sungai semasa bertugas di Mersing, Johor dimana memancing adalah hobi yang menyeronokkan pada masa itu. Mengenali ikan buntuk yang mempunyai bentuk badan akan menjadi bulat seperti bola apabila menyedut air atau udara semasa dalam bahaya. Keunikan ikan ini adalah sisi kandungan racun dimana hampir semua spesies ikan buntal mengandungi racun maut yang dipanggil Tetrodotoksin (TTX). Toksin ini jauh lebih kuat berbanding racun sianida (cyanide) dimana dilaporkan ia boleh menyebabkan kes kelumpuhan otot, kesan kegagalan pernafasan serta boleh sebabkan kematian. Apa pun bahagian beracun atau bertoksin tertumpu pada organ dalaman seperti hati, ovari, usus, kulit dan dalam saluran darah dimana ancamannya adalah racun ini tidak musnah walaupun dimasak pada suhu tinggi atau dibekukan. Dilaporkan akan status pemakanan ikan buntal dimana ada dilaporkan di sesetengah negara seperti Jepun (dikenali sebagai fugu) dimana ia boleh dimakan tetapi hanya ia boleh disediakan oleh chef bertauliah dan berlesen khusus. Di Malaysia dilaporkan dimana pihak berkuasa termasuk seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perikanan menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada sesiapa memakan ikan buntal kerana risiko keracunan yang sangat tinggi dan boleh membawa maut sebab ikan buntal sudah dikenalpasti oa mengandungi racun yang dikenali sebagai 'tetrodotoxin' yang menyerang saraf seterusnya dilaporkan ia juga akan mengakibatkan kematian kepada mangsa. Memang hampir kesemua jenis ikan buntal mengandungi toksin dan boleh mengakibatkan keracunan apabila dimakan dengan cara yang tidak betul. Orang ramai dinasihatkan untuk mendapat rawatan segera jika terdapat gejala-gejala keracunan seperti lemah otot, mual dan muntah dalam tempoh 30 minit sehingga 2 jam selepas memakan ikan buntal. Bagi penuis bloh yang selalu dapat ikan buntal dimana badannya ia boleh memang boleh mengembang bulat seperti belon dengan cara menelan air atau udara apabila terancam. Ikan ini tiada sisik dimana pada kulitnya licin atau mempunyai duri-duri halus yang akan tegak apabila ia menggembung. Ia mempunyai jenis gigi seperti paruh yang bersatu membentuk paruh yang kuat untuk memecahkan cengkerang kerang atau siput. Ikan buntal juga ia mempunuai jenis mata agak unik dimana ia boleh menutup mata dengan cara menarik bola matanya ke dalam rongga mata. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting ikan buntal sebagai bahan rujukkan semua.
Menarik penulis blog kongsikan fakta akan Kitaran Hidup Ikan Buntal berdasarkan pengamatan semasa bertugas di Sarawak sekutar tahun 1995-1997 dahulu. Ikan Buntal Sarawak terutamanya spesies Ikan Buntal Kuning (Chonerhinos naritus atau Xenopterus naritus) yang sangat popular di kawasan Batang Saribas dan Spaoh, Sarawak tang terdiri daripada empat peringkat. Pertama kitarannya adalah Fasa atau Peringkat Telur (Persenyawaan dan Penghasilan) berlaku dimana melalu proses penghijrahan dan kemudian ia membiak. Penulis blog yang tinggal di Semonggok berpeluang membuat tinjauan di beberapa pasar menjual ikan buntal segar (Sila lhat foto disebelah). Selalunya apabila sudah tiba musim membiak (antara April hingga Oktober) selalunya jenis ikan buntal kuning dewasa dari kawasan pesisir pantai dan paya bakau akan berhijrah ke hulu sungai yang mempunyai kadar kemasinan lebih rendah untuk bertelur. Ada Fasa iaitu 'Proses Mecah' dimana kalangan penduduk tempatan memanggil musim pelepasan dan pemecahan telur ini semasa berada di habitat asal jenis ikan induk betina melepaskan telur yang bersifat jernih, tanpa warna dan melekit di dasar sungai (seperti pada batu atau pasir) untuk disenyawakan oleh ikan jantan. Telur-telur ini akan menetas dalam tempoh sekitar 66 jam di dalam air payau. Kedua adalah Peringkat Larva (Larvae) dimana selepas menetas, ia menjadi larva yang sangat kecil dan lut sinar. selalunya pada peringkat awal ini dimana larva belum mempunyai organ yang matang dan bergantung sepenuhnya kepada kantung kuning telur (yolk sac) sebagai sumber makanan utama sebelum mulutnya mula berfungsi untuk makan organisma mikro. Ketiga ula ada fasa atau ada Peringkat Juvenil (Ikan Muda atau Fry) dimana larva yang membesar akan mula membentuk sirip, mata, gigi seperti paruh yang kuat, dan struktur badan yang menyerupai ikan buntal dewasa versi mini. Pada peringkat juvenil ini dimana ia sudah mula berpindah ke kawasan muara pantai atau laut dan mula mengembangkan keupayaan mekanisma pertahanan diri seperti mengembungkan badan apabila diancam. Keempat ada Peringkat Dewasa (Adult) iaitu fasa ikan buntal matang sepenuhnya dimana ia akan hidup secara bersendirian (solitari) atau berkumpulan di kawasan pantai, muara syngai dan bakau. Ikan buntal akan membesar dengan memakan krustasea, anak ikan, dan cengkerang keras. Apabila matang secara seksual maka ia akan mengulangi semula kitaran dengan berhijrah kembali ke kawasan sungai untuk membiak. Kajian oleh Iniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersama Jabatan Perikanan Sarawak telah berjaya mencipta sejarah dengan menemui kaedah aruhan biak (pembiakan tiruan tanpa hormon) bagi ikan buntal kuning ini. Melalui kajian tersebut dimana saintis tempatan berjaya membiakkan dan mengkaji kitaran hidup ikan ini dari peringkat persenyawaan telur sehinggakan peringkat larva dan juvenil.
Menarik tahu akan fakta habitat ikan buntal dimana ia jua merangkumi kawasan perairan tropika dan sub-tropika iaitu habitat di laut, muara sungai, kawasan paya bakau, dan juga perairan air tawar. Apa pun taburan habitat utamanya adalah seperti Kawasam Air Masin (Laut) apabila kebanyakan spesies ikan buntal mendiami laut terbuka dan kawasan pesisiran pantai di Lautan Atlantik, Pasifik dan Hindi. Dilaporkn yang Ikan buntal air masin adalah sejenis hidupan marin daripada keluarga Tetraodontidae yang tinggal di laut dan mempunyai kebolehan unik untuk mengembangkan badan seperti belon apabila terancam. Ia akan mempertahanan diri dengan cara mengembungkan diri dengan menelan air atau udara bagi mengelak daripada dibaham oleh pemangsa. Ikan jenis ini ia mengandungi racun maut iaitu Tetrodotoksin (TTX) pada bahagian organ dalaman, hati, kulit, atau ovari yang jauh lebih kuat daripada sianida. Ia juga mempunyai struktur rahang dan gigi tajam seperti pahat untuk memecahkan cengkerang kerang, siput, atau krustasea. Habitat kedua ikan buntal berada di Kawasan Air Payau dan Muara Sungai dimana ada juga spesies yang hidup di kawasan muara sungai serta paya bakau, seperti di perairan Malaysia. Apa pun dilaporkan yang muara sungau merupakan habitat utama ikan buntal seperti di persekitaran air payau (brackish water). Ikan ini ia suka hidup di kawasan peralihan di mana air tawar dari sungai bertemu dengan air masin dari laut. Spesifikasi persekitaran mikro tempat mereka membesar dan memburu merangkumi lokasi seperti di kawasan hutan dan paya bakau dimana selalunya akar-akar pokok bakau menyediakan kawasan persembunyian yang sangat baik daripada pemangsa serta menjadi lubuk makanan untuk mencari siput, ketam kecil dan udang. Kawasan dipesisir pantai dan juga lokasi pelabuhan berlumpur ia sering ditemui ikan buntal serta di kawasan cetek yang berpasir atau berlumpur berdekatan kuala sungai. Kawasan yang ada banyak tumbuhan air sama ada berada dibahagian muara yang lebih tenang ikan ini akan menyukai kawasan yang mempunyai rumput air atau rumpai sungai (seperti kumpai) untuk berdiam diri sambil menghendap mangsanya. Walaupun habitat utamanya adalah air payau tetapi ada beberapa spesies ikan buntal muara mempunyai toleransi salinitas yang sangat tinggi dimana ia boleh berenang jauh ke hulu memasuki kawasan air tawar sepenuhnya atau keluar ke pesisir laut masin yang cetek. Ketiga ada habitat Ikan Buntal Air Tawar dimana ada terdapat juga spesies tertentu (seperti dalam genus Carinotetraodon) yang hidup sepenuhnya di sungai air tawar contohnya di negeri seperti Sarawak. Habitat seperti ikan buntal air tawar ialah kawasan perairan tawar tropika dan subtropika di pedalaman seperti hulu sungai, anak sungai, kawasan berpaya, serta tasik air tawar. Apa pun ada lokasi semulajadinya yang banyak ditemui di kawasan lembangan sungai utama dan kawasan pedalaman di Asia Tenggara (termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Laos), serta lembangan sungai besar di dunia seperti Sungai Amazon dan Sungai Mekong. Ia suka mendiami kawasan berair yang tenang, berlumpur atau berpasir dengan struktur dasar yang mempunyai banyak daun reput, ranting kayu atau tumbuhan air (sering dikaitkan dengan perairan blackwater atau biotop semula jadi). Di Malaysia selain di Semenanjung Malaysia dimana spesies air tawar tertentu seperti daripada genus Carinotetraodon boleh ditemui di sungai-sungai air tawar di Sarawak.
Penulis blog kongsikan akan morfologi ikan buntal (famili Tetraodontidae) dicirikan oleh bentuk badan yang bulat, bujur, atau seperti belon, tidak bersisik, dan mempunyai kebolehan dengan cara mengembungkan diri apabila terancam. Morfologi utama ikan buntal termasuklah ciri Bentuk Badan iaitu bentuk bujur, bulat, atau meruncing dengan perut yang besar serta kulit yang elastik untuk membolehkannya mengembang. Ia juga ada jenis gigi dengan mempunyai empat gigi yang kukuh dan cantum membentuk struktur seakan paruh burung, digunakan untuk memecahkan cangkang keras seperti krustasea dan moluska. Sisik dan Duri dilihat tiada mempunyai sisik biasa akan tetapi ada sesetengah spesies mempunyai duri-duri tajam atau duri halus yang tersembunyi dan kelihatan apabila badan mengembang. Organ sirip dimana ia tidak mempunyai sirip pelvis dan sirip pektoralnya kecil, menyebabkan ia tidak boleh berenang dengan laju. Ia mempunyai jenis tulang rusuk: yang pendek dan tidak membentuk sangkar rusuk yang lengkap dimana ini membolehkan perutnya mengembang dengan menyedut air atau udara. Dolaporkan yang Jenia Ikan Buntal Kuning Sarawak (Xenopterus naritus) ia mempunyai bentuk badan lonjong seperti torpedoo, berkulit tanpa sisik yang agak kasar atau berduri kecil, serta warna kekuningan atau keemasan yang jelas di bahagian bawah badan. Secara umumnya ikan buntal ia berbentuk 'Lonjong' menyerupai torpedoo dan mampu mengembung menjadi bulat apabila terancam dan umumnya ia berarna kekuningan atau warna keemasan yang menyerlah terutamanya pada bahagian bawah atau perut ikan. Walau pun ia tiada sisik tapi kulitnya ia bertekstur kasar dan mempunyai duri-duri kecil di bahagian abdomen (perut). Ia mempunyai kepala yang agak besar dan rahang yang kukuh dengan empat gigi bercantum membentuk seperti paruh burung. Habitatnya ia sering ditemukan di kawasan perairan pantai dan muara berselut atau berpaya bakau, terutamanya di sekitar bahagian Betong dan Spaoh di Sarawak. Keunikannyaa ikan buntal ialah sejenis ikan yang boleh mengembungkan badan dan mempunyai racun berbahaya pada organ dalaman serta hempedunya.
Ada banyak kaedah untuk Menangkap Ikan Buntal dimana kalangan nelayan biasanya menggunakan beberapa kaedah utama untuk menangkap ikan buntal mengikut musim yang sesuai. Pertama adalah Dengan Menggunakan Jaring dimana jaring dipasang di bahagian tengah sungai (seperti di Sungai Batang Saribas) apabila ikan buntal mula masuk ke kawasan sungai di Sarawak. Apa pun ikan buntal biasanya tidak dijaring secara khusus kerana ia dianggap ikan reja atau jadi perosak oleh nelayan namun ia boleh tertangkap menggunakan jaring ikan biasa di laut atau muara. Kalangan nelayan yang memasang jaring di lokasi ia memang tidak menjadikan ikan buntal sebagai sasaran tetaapi akan terkena juga. Kalangan nelayan jarang menjaring ikan buntal dengan sengaja kerana nilai komersialnya rendah dan kebanyakan spesiesnya sangat beracun dan akan menganggu sahaja. Badan ikan buntal mengandungi racun tetrodotoxin yang boleh membawa maut jika tidak disiang atau dimasak dengan betul oleh nelayan dimana ia membahayakan. Paling mereka tidak suka sebab ada sifat mengembang ikan buntal apabila terancam atau naik ke darat atau lekat dijaring dimana ia akan menyedut air atau udara dan menjadi bulat serta agresif. Kedua adalah cara menangkap ikan buntak dengan Kaedah Sagang iaitu sejenis alat tradisional bernama sagang digunakan apabila ikan buntal menjadi lapar selepas proses melepaskan telur. Sagang ialah kaedah atau alat tangkapan tradisional yang digunakan oleh nelayan di kawasan seperti Batang Saribas, Sarawak iaitu bertujuan untuk menangkap ikan buntal terutamanya ketika musim ikan tersebut lapar selepas bertelur. Kaedah Sagang dimana nelayan menggunakan alat atau teknik pancing atau jaring tradisional khusus yang dinamakan sagang di sungai. Apa pun waktu sesuai yang digunakan selepas musim ikan buntal melepaskan telur di kawasan pembiakan (seperti Tanjung Asam) apabila ikan menjadi lebih aktif mencari makan. Selalunya hasil tangkapan akan menjadi sumber tangkapan utama penduduk tempatan selain menggunakan jaring biasa di tengah sungai. Ikan buntal ialah sejenis ikan yang boleh meniup badannya jadi bulat dan mempunyai gigi tajam serta racun yang berbahaya. Seterunya adalah cara Memancing Ikan Buntal diman selalu mengguna umpan kecil seperti jenis umpan cacing tanah atau potongan kecil udang pada mata kail kerana mulut ikan buntal kecil. Pemancing boleh memilih lokasi sesuai dikawasan air tawar (seperti sungai), air payau, atau muara laut. Perlu guna perambut tahan gigi tajam sebabnya ikan buntal ada gigi yang sangat kuat dan boleh memutuskan tali pancing, jadi guna perambut (leader) yang lebih kuat jika perlu dimana penulis blog ada banyak kali pengalaman memancing udang di Mersing dulu. berhati-hati ketika pegang ikan ini dan jangan sentuh tangan kosong secara sembarangan kerana ia boleh menggigit dan mempunyai racun maut pada bahagian badan tertentu. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 sebagai bahan rujukkan semua. Semunga artikel ini mampu memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology yang edukatif. Wasallam!!!......
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.