Monday, August 24, 2026

BURUNG PIPIT DAN FAKTA PENTING (PART 1)

BURUNG PIPIT (Lonchura spp.) merupakan sejenis burung kecil yang mana ia terdapat di negara kita terutama ujud dikawasan tanaman padi. Pada penulis blog yang membesar dikawasan kampong yang berhampiran dengan sawah padi dan tanaman padi huma zaman kanak-kanak dahulu memang kenal akan burung pipit ini. Dari segi pengkelasan burung ini ia adalah daripada Kingdom Animalia, Phylum - Chordata iaitu dalam kelas Aves serta Order Passeriformes. Seterusnya burung ini adalah dari keluarga Estrildidae dimana ia dipercayai natif dari kawasan India, Cina, Asia Tenggara, serta Benua Afrika. Jangkamasa umur untuk burung pipit sekitar 6-8 tahun bergantung kepada spesis. Burung pipit adalah burung kecil berparuh pendek yang makan biji-bijian. Burung pipit ialah sejenis burung kecil yang biasanya makan bijirin seperti padi dan biji rumput. Lazimnya ia mempunyai saiz badan yang kecil dan pendek dan memiliki paruh yang kuat dan pendek khas untuk memecahkan biji benih dengan warna bulu ikut jenisnya dan pada kebiasaannya perang, kelabu atau coklat keputihan. Habitatnya ia suka tinggal di kawasan terbuka yanglapang seperti kawasan sawah padi dan kawasan belukar lapang sekitar kampung tradisional/ Ia selalu akan bergerak dalam kumpulan atau bersosial dimana apa yang penulis blog tahu ia sering dianggap perosak oleh pesawah kerana suka memakan buah padi yang hamir masak dan matang. Sekilas pandang ada sedikit persaman fizikal diantara diantara burung pipit dengan burung gereja (house sparrow) iaitu dari segi saiz dan rupabentuk. Burung Pipit merupakan sejenis famili burung kecil. Burung yang liar ini sering ditangkap menggunakan pelbagai cara termasuk memasang getah atau gam dikayu tempat burung tersebut hinggap. Kaki burung akan melekat pada gam dan burung diambil lalu dibersihkan dari gam dikakinya. Pada masa itu burung ini laku dijual dengan harga RM0.30 seekor. Kini burung pipit ada dijual di kedai burung. Ada burung pipit yang sesuai digunakan sepagai 'burung pikat' untuk menangkap burung pipit lain. Di kawasan Asia Tenggara terdapat beberapa jenis burung pipit yang dibezakan dengan warna pada kepala, badan dan corak yang ada. Pada penulis yang paling pernah tngkap dan pelihara zaman remaja dulu adalah Jenis Burung Pipit Haji dan Jenis Burung Pipit Hitam yang mudah dijumpai dikawasan sawah padi dan belukar di kampong di Muar, Johor. Kajian oleh saintis menunjukkan sebenarnya terdapat lebih dari 40 spesies burung pipit diseluruh dunia. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya saya menulis fakta penting untuk di rujuk megenai burung pipit untuk bacaan semua.


Burung pipit yang ada di Malaysia atau ia merujuk kepada keluarga Burung Ciak atau Burung Munia dan Burung Pipit sebenar terbahagi kepada beberapa jenis utama mengikut pengkelasan. DIlaporkan diantara spesies popular ialah Jenis Burung Pipit Rumah (Passer montanus), Jenis Pipit Pinang atau Burung Merbah atau Burung  Bondol (Lonchura punctulata), Jenis Burung Pipit Kepala Hitam, Jernis Burung Pipit Kepala Putih dan Jenis Burung Pipit Uban. Jenis pertama adalah Jenis Burung pipit Rumah 
(Passer montanus) dimana jenis ini ia sering tinggal dekat dengan kawasan bangunan dan bandar. Apa pun jenis burung pipit rumah atau dikenali sebagai 'Burung Ciak Rumah' adalah sejenis burung kecil pemakan biji-bijian dan serangga yang sangat rapat dengan petempatan manusia. Di Malaysia apa yangg penulis blog tahu yang burung ini sering dilihat berlegar-legar di bumbung bangunan, kawasan taman atau meragut sisa makanan di sekeliling rumah. Ciri fizikal dimana badannya bersaiz kecil iaitu ukuran panjang badan sekitar 14 cm dengan warna bulu coklat kekelabu-kelabuan (Sila lihat foto disebeah). Apa pun makanan utama terdiri daripada jenis biji benih rumput, biji padi dan serangga kecil dan selalunya akan bersarang yang dibuat daripada ranting rumput atau daun kering di celah-celah bumbung atau lubang dinding rumah yang ada penghuninya. Jenis ini ia hidup secara selalu berkumpulan dan aktif pada waktu siang sahaja. Kedua ada Jenis Burung Pipit Pinang (Lonchura punctulata) dimana jenis ini ia adacorak bintik pada bahagian dada dan suka makan padi. Apa pun jenis burung pipit pinang ialah burung kecil pemakan bijirin daripada keluarga Estrildidae dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai 'Scaly-breasted munia' kerana corak bersisik pada bahagian dadanya (Sila ljhat foto paling atas sekali). Ciri-Ciri fizikal dimana ia mempunyai ukrran dan saiz badan yang kecil dan paling unik sebab ia pada bahagian dada dan perut mempunyai corak seperti sisik berwarna gelap atau coklat keputihan dan pada bahagian atas badan berwarna coklat dengan paruh yang tebal dan kuat untuk memecahkan biji benih. Jenis ini ia juga sangat  mudah ditemui di Malaysia terutamanya di kawasan terbuka, kampung, padang rumput dan kawasan sawah padi. Pemakanan utamanya ialah biji-bijian terutamanya biji padi dan dari biji rumput liar dan sering hadir di rumah penulis blog di Melaka. Jenis ini ia memang suka bergerak dengan secara berkumpulan atau berpasukan ketika mencari makan dan bebas mengikut masa siang hari.


Ketiga ada Jenis Burung 
Pipit Kepala Hitam (Lonchura malacca) yang jelas ia mempunyai warna hitam pada bahagian kepala dengan badan coklat kemerahan. Penuling blog sangat sering melihat jenis burung ini di sekitar rumah dan kawasan kebun di sekitar Melaka. Burung pipit kepala hitam ia juga dikenali sebagai 'Burung Pipit Rawa' atau Black-headed munia' adalah sejenis burung kecil pemakan biji-bijian daripada keluarga Estrildidae. Di Malaysia dan rantau nusantara dilaporkan jenis ini ia sering dicanang sebagai sebahagian daripada kumpulan burung merbahaya kecil yang hidup berkumpulan. Rupa burung ini ia bersaiz kecil iaitu hanya sekitar 11 - 12 cm panjang dengan di kepalanya ia berwarna hitam legam di bahagian kepala, leher dan tekaknya juga. Bagaimana pun penulis blog lihat ia mempunyai bulu badan berwarna perang coklat karat di bahagian atas dan warna putih pada bahagian dada serta perut. serta ada jenis paruh pendek dan tebal berwarna kelabu kebiruan. Burung pipiy jenis ini ia suka makan biji rumput, bijirin dan biji padi. Habitatnya adalah ia kerap ditemui di kawasan sawah padi, padang rumput terbuka dan paya dimana selalunya dilihat ia akan suka terbang dan bergerak dalam kumpulan kecil atau sederhana.  Keempat ada Jenis Burung Pipit Kepala Putih (Lonchura maja) atau 'Jenis Pipit Uban' yang penulis blog paling suka pelihara dahulu di kampong sebab ia memang dikenali dengan warna kepala putih bersih. Burung pipit kepala putih dikenali sebagai Burung Pipit Uban atau nama dalam bahasa Inggeris dipanggil 'White-headed Munia dimana ia adalah sejenis burung kecil pemakan bijirin yang boleh didapati di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Burung ini saiznya adlh kecil iaitu panjang badan sekitar 11 cm dan berat kira-kira 11 gram sahaja. Di bahagian kepala ia berwarna putih (seakan topi ahaji ayau uban) fsn dari bahagian kepala kr tengko sehingga ke atas semetara dari dada kebawah dan belakang ia berwarna putih atau kelabu pudar. Badannya ia berwrarna coklat dari sayap keekor berwarna perang atau coklat kayu manis (Sila lihat foto paling bawah sekali). Ia juga mempunyai jenis paruh tebal yang berwarna kelabu perak yang agak besar dan kuat untuk memecahkan biji benih. Apa pun ia suka tinggal dikawasan terbuka seperti disawah padi, padang rumput dan kawasan tanah lembap. Suka hidup secara berkumpulan dan terbang juga dalam kumpulan yang besar dimana ia kadangkala bercampur dengan spesies pipit lain semasa mencari makan di atas tanah. Apa pun jenis makanan utamanya adalah ia memakan biji rumput dan padi.  


Apa yang penulis blog tahu ada juga Jenis Burung Pipit Haji Kelapa Hitam 
(Lonchura punctulata) ini hampir sama bentuk dan coraknya dengan pipit haji cuma di lihat dibahagian kepalanya mempunyai warna hitam (Sila lihat foto disebelah). Burung ini juga dipanggil dinegara jiran sebagai 'Burung Bondol Peking' atau 'Scaly-breasted Munia' dimana memang ua sejenis yang liar dan unik. Burung ini mempunyai badan yang berwarna coklat gelap dan juga sering terbang secara berkumpulan. Ia tinggal di kawasan sawah padi, kawasan tanah lapang, belukar dan juga kawasan taman riadan yang cukup cahaya matahari. Jenis ini ia suka makan bijirin seperti padi, barli dan gandum. Sesuai dipelihara dalam sangkar bersama dengan burung pipit jenis lain sebagai satu hiburan kepada peminatnya dimana burung pipit jenis ini dikatakan antara spesis yang agak agresif dan suka di lihat pemiliknya. Keenam akan di perkenalkan Jenis Burung Pipit Jawa  (Lonchura leucogastroides) merupakan jenis nurung pipit yang terdapat dan natif di Indonesia terutama dikawasan Pulau Jawa. Ia juga dikenali dengan nama sebagai 'Burung Bondol Jawa' di Indonesia atau nama lainnya adalah sebagai 'Javan Munia'. Burung ini sering didapati dikawasan sawah padi kerana ia memang suka makan biji padi. Burung pipit ini mudah didekati manusia dan ada yang ditangkap untuk dijadikan burung peliharaan. Ia juga mempunyai saiz tubuh kecil dengan panjang tubuh antara 10-12 cm dan berat 10-14 gram. Kuku burung pipit tumbuh sangat cepat. Burung pipit jantan memiliki kepala yang sedikit lebih lebar dibanding burung pipit betina. Begitulan beberapa jenis burung pipit di Malaysia yang telah dikenali atau dikenalpasti iaitu Burung Pipit Raya, Burung Pipit Rumah, Burung Pipit Kepala Hitam, Burung Pipit Kepala Putih, Burung Pipit Batu, Burung Pipit Dada Kuning,  Burung Pipit Jawa, Burung Pipit Kuning, Burung Pipit Padi, Burung Pipit Pinang, Burung Pipit Rawa, Burung Pipit Rimba, Burung Pipit Tanah, Burung Pipit Tuli dan juga Burung Pipit Uban dan sebagainya untuk bahan bacaan.  Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2  yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini... Wasallam!!!...
BURUNG PIPIT...BANYAK JENISNYA...
SAIZNYA KECIL....MEMAKAN BIJI DIA..
DIKAWASAN SAWAH... ITU HABITATNYA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 Safar 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.