Sunday, August 23, 2026

BIODIESEL DAN FAKTA MENARIK (PART 2)

BIODIESEL adalah bahan api mesra alam yang mana ia boleh diperbaharui dimana ia dihasilkan daripada sumber organik seperti minyak sayuran atau lemak haiwan. Di Malaysia dilaporkan ia lazimnya diproses daripada minyak kelapa sawit dan dicampur ke dalam diesel petroleum yang dijual di stesen minyak komersil sedia ada. pa pun ciri utama Biodiesel adalah ia sebagai 'Sumber Baharu' yang di perbuat daripada bahan semula jadi dan bukan fosil dimana dilaporkan ia 'Lebih Bersih' sebab ia boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan pencemaran udara. Biodiesel juga merupakan 'Jenis Adunan' yamg dilabel mengikut peratusan campuran drbsgsi contohnya terdapay program seperti B10 atau B15 bermaksud 10% atau 15% kandungan biodiesel dicampur dengan diesel biasa. Kini istilah 'Biodiesel' adalah ia merujuk kepada bahan api diesel berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwan yang terdiri daripada rantaian panjang ester asid lemak. Biodiesel juga ia biasanya dihasilkan dengan melakukan tindakbalas kimia keatas lemak haiwan atau minyak sayuran dengan alkohol yang menghasilkan bahan ester metil, etil atau propil melalui proses khas. Konsepnya dimana minyak sayuran dan minyak buangan hanya boleh digunakan untuk mengerakkan enjin diesel yang diubahsuai dan ia bukan seperti biodiesel yang dapat digunakan secara terus dalam enjin diesel serta infrastruktur logistik sedia ada. Teknologi penggunaan produk biodiesel dapat mengurangkan penggunaan bahan api fosil namun, penghasilannya bagi memenuhi permintaan bahan api memerlukan kawasan pertanian yang luas bagi memperoleh bahan mentah. Isu ini boleh menyebabkan kawasan hutan sedia ada untuk diratakan bagi penanaman tumbuhan seperti kelapa sawit atau kawasan pertanian sedia ada digunakan untuk membekal bahan mentah yang mana ia didakwa boleh menyebabkan kekurangan sumber makanan bagi penduduk di suatu kawasan. Biodiesel ialah bahan api boleh diperbaharui yang dibuat daripada minyak sayuran (seperti minyak sawit) atau lemak haiwan dan terkini ada beberapa jenis biodiesel yang biasanya dikelaskan mengikut peratusan campurannya dengan diesel biasa seperti B7 (7% biodiesel), B10 (10% biodiesel), B15 (15% biodiesel) dan B100 (100% biodiesel tulen). Dilaporkan Jenis Biodiesel B7 ia mengandungi 7% biodiesel dan 93% diesel biasa dimana ia banyak digunakan untuk kenderaan standard. Kedua ada Jenis Biodiesel B10 yang mengandungi 10% biodiesel dan 90% diesel biasa dan jenis ini dilaporkan ia lebih mesra alam. Ketiga ada Jenis Biodiesel B15 yang mengandungi 15% biodiesel dimana jenis ini ia sudah diperkenalkan di Malaysia bagi menggantikan gred lebih rendah di stesen minyak. Seterusnya ad Jenis Biodiesel Jenis B20 hingga B50 iaitu produk biodiesel hasil campuran lebih tinggi (20% hingga 50% biodiesel) dimna ia lazimnya untuk kenderaan berat atau industri. Akhir sekali ada Jenis Biodiesel B100 sebegai produk biodiesel tulen 100% sebelum dicampur dengan bahan api fosil.  Dalam pada itu ada jenis biodiesel yang di kelaskan mengikut Sumber Asal seperti bagi pengaunaan 'Minyak Sawit' sebagai sumber utama di Malaysia ia akan dikenali sebagai 'Palm Methyl Ester' dana kalau menggunakan jenis 'Minyak Sayuran Lain' seperti dari soya, bunga matahari atau biji sesawi dan ada menggunakan jenis 'Minyak Masak Terpakai' yang di kitar semula minyak buangan dari restoran atau rumah serta ada yang gunakan 'Lemak Haiwan' yang diproses daripada lemak lembu, khinzir atau ayam. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" dimana saya kupas mengenai fakta penting biodiesel untuj bahan rujukkan semua.


Dalam portsl bharian.com ada dilaporkan 'Biodiesel sawit sumber tenaga mesra alam' apabila bermula Febuari 2019 dimana semua stesen minyak mula membekal diesel B10 iaitu adunan 10% biodiesel sawit dan 90% diesel petroleum. Apa pun adunan menggunakan 534,000 tan biodiesel sawit itu penting bagi tujuan iaitu mengurangkan pelepasan 1.6 juta tan karbon dioksida, setara penjimatan pelepasan ekzos 100,000 kenderaan diesel setahun. Penggunaan secara mandatori biodiesel sawit bagi sektor pengangkutan bermula 2011 dengan program B5 (adunan lima peratus biodiesel sawit dan diesel) secara berperingkat di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka dan sebelum diperluas ke seluruh negara dengan peningkatan adunan kepada tujuh peratus atau B7 pada 2014 tanpa sebarang masalah teknikal. Dilaporkan sebagai pengeluar kedua terbesar minyak sawit dunia dimana penekanan khusus Malaysia diberikan kepada pengeluaran biodiesel sawit, selain penggunaan utama sebagai sumber makanan untuk jutaan penduduk dunia. Pada peringkat global, penggunaan biodiesel sebagai bahan api dilaksanakan di Indonesia, Colombia, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, yang memanfaatkan penggunaan biodiesel dihasilkan daripada sumber minyak sayuran termasuk minyak sawit, kacang soya dan biji sesawi. Di Malaysia dimana kajian penggunaannya sebagai bahan api kenderaan dimulakan sejak 1982, membabitkan kenderaan pengangkutan seperti bas dan teksi, dipelopori Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM). Kerjasama penyelidikan dengan Mercedes-Benz membabitkan 36 bas komersial menggunakan biodiesel sawit tulen (B100), B50 (adunan 50 peratus biodiesel sawit dengan diesel) dan B0 (diesel) berjaya membuktikan kesesuaian penggunaannya.  Kajian penggunaan bahan itu sebahagian strategi kerajaan mempelbagai penggunaan minyak sawit, khususnya dalam sektor bukan makanan. Kini dengan penubuhan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengambil alih peranan PORIM pada 2000 ia meningkatkan kemajuan penyelidikan biodiesel termasuk pembangunan teknologi pengeluaran biodiesel sawit suhu khusus bagi kegunaan di negara bermusim sejuk. Teknologi pengeluaran biodiesel MPOB menepati piawaian Malaysia MS2008:2014 dan piawaian Eropah EN14214:2012. Lebih membanggakan, teknologi pengeluaran biodiesel dibangunkan penyelidik MPOB menghasilkan produk bernilai tinggi seperti karotena dan vitamin E, sebelum proses akhir pengeluaran biodiesel. Dilaporkan dimana teknologi pengeluaran biodiesel MPOB dikomersialkan dengan pembinaan kilang dalam dan luar negara. Kini, sembilan loji biodiesel sawit bergred normal dan tiga loji biodiesel sawit gred musim sejuk dibangunkan menggunakan teknologi dan kepakaran MPOB, termasuk di Korea Selatan, Thailand dan Colombia. Pelaksanaan program B10 meningkatkan penggunaan minyak sawit sebagai sumber pengeluaran biodiesel. Ini langkah strategik merangsang peningkatan harga minyak sawit yang mengalami kejatuhan kesan kelembapan pasaran minyak sayuran dunia dan peningkatan paras stok dalam negara. Indonesia berjaya dan melaksanakan adunan biodiesel sawit 20 peratus sejak 2016 bagi kegunaan sektor pengangkutan. Colombia dan Argentina turut mengembangkan agenda biodiesel melalui penggunaan B10 atau lebih tinggi. Dalam menyokong inisiatif kerajaan meningkatkan kadar adunan biodiesel sawit kepada 20 peratus menjelang 2020, komitmen syarikat petroleum, pemain dalam sektor automotif, pengeluar kenderaan dan pengeluar peralatan asal (OEM) amat perlu. Apa pun daripada aspek teknikal, penyelidikan MPOB dan kerjasama dengan Persatuan Pengeluar Kenderaan Jepun memperakui kesesuaian penggunaan adunan B10 hingga 20 peratus bagi kenderaan enjin diesel Euro 4/IV ke bawah. Sebahagian besar pengeluar kereta memberi jaminan enjin bagi penggunaan B10. Penggunaan secara percubaan biodiesel B10 membabitkan pelbagai model kenderaan enjin diesel dan jarak perjalanan yang mencapai jutaan kilometer. Ini termasuk Ekspedisi Trans-Borneo dari Belaga di Sarawak merentasi banjaran Crocker ke Kundasang, Sabah pada 2017. Terbukti penggunaan Biodiesel B10 tidak menjejaskan prestasi enjin kenderaan semasa pendakian dan enjin dapat dihidupkan selepas bermalam di Kundasang yang mencatat suhu sejuk 15 dar-jah Celsius. Kejayaan penyelidikan MPOB menerajui penggunaan biodiesel sawit bagi sektor pengangkutan menjadi inspirasi ke arah penerokaan penggunaannya bagi pesawat udara untuk persekitaran udara lebih bersih. Bagi agensi kerajaan dan swasta, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) antara terawal menggunakan biodiesel sawit bermula dengan adunan lima peratus dan ditingkatkan kepada 10 peratus. Ia selari matlamat menjadikan Kuala Lumpur bandar raya hijau. Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) pula agensi pertama menggunakan adunan B20 bagi pelbagai jenis kenderaan enjin diesel.


Dalam portal astroawani.com pula di laporkan 'Biodiesel sawit alternatif baharu tangani kos diesel' dimana ada aktiviti untuk menggunakan B100 sekali gus membuktikan keupayaan bahan api berkenaan. Dilaporkan dengan cara penggunaan biodiesel sawit tulen (B100) berpotensi menjadi alternatif berdaya saing kepada diesel konvensional dalam menangani kos bahan api serta isu keselamatan tenaga negara. Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, biodiesel B100 merupakan antara pertama di dunia tanpa campuran bahan api fosil, berbeza dengan penggunaan semasa seperti B7, B10 atau B20. Sebelum ini B100 dilihat hanya dari sudut kelestarian kerana sifatnya yang lebih bersih dan boleh diperbaharui, namun kekangan kos tinggi menjadi penghalang utama pelaksanaannya dimana dulu kos pengeluaran B100 mencecah sekitar RM4.40 seliter iaitu ia lebih mahal berbanding diesel biasa ketika itu dan sebab itu ia sukar dilaksanakan secara meluas. Namun dalam situasi krisis global hari ini, kita melihat B100 sebagai satu jawapan baharu kerana kosnya kini lebih kompetitif berbanding diesel dalam pasaran bila perbandingan semasa menunjukkan harga diesel industri sekitar RM7 seliter, manakala B10 lebih rendah iaitu sekitar RM6.02 seliter. Jika di peringkat pengeluaran, B100 boleh dihasilkan sekitar RM4.40 hingga RM4.50 seliter bergantung kepada harga minyak sawit mentah, sekali gus memberi jurang penjimatan yang besar kepada industri dimana dinyatakan penggunaan biodiesel secara meluas mampu memberi kesan langsung kepada pengurangan kos operasi sektor pengangkutan, perikanan dan industri yang bergantung kepada diesel. Kini dimaklumkan jika beban subsidi bahan api kerajaan kini meningkat mendadak sehingga mencecah kira-kira RM6 bilion sebulan berbanding sekitar RM700 juta sebelum ini iaitu menjadi tekanan kepada kerajaan amat besar. Malaysia menghasilkan kira-kira 20 juta tan minyak sawit mentah setahun, yang secara teori mencukupi untuk menampung keperluan diesel domestik dan kekangan utama ketika ini adalah kapasiti pemprosesan dan permintaan pasaran yang masih rendah. Ada banyak kilang sebenarnya beroperasi di bawah kapasiti kerana permintaan biodiesel tidak tinggi sebelum ini, tetapi kapasiti itu boleh ditingkatkan jika dasar jelas diperkenalkan. Dicadangkan kerajaan dapat mempertimbangkan peningkatan campuran biodiesel di stesen minyak daripada B10 kepada tahap lebih tinggi seperti B20 atau B30 secara berperingkat.  dimana Felda akan berusaha memulakan penggunaan B100 dalam keseluruhan didalam ekosistemnya sebagai langkah awal membuktikan keupayaan bahan api itu. Malaysia sudah uji kenderaan menggunakan B100 selama 15 bulan dan sejauh 50,000 kilometer tanpa masalah besar dimana ini menunjukkan ia praktikal dan selamat digunakan dan langkah itu juga bertujuan meningkatkan keyakinan industri terhadap penggunaan biodiesel sawit secara meluas.


Dalam portal sinarharian.com di laporkan 'Biodiesel B15 perkukuh keselamatan bekalan diesel negara ketika krisis' dimana Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Noraini Ahmad melakukan simbolik penggunaan minyak biodiesel B15 di Stesen Petronas Presint 16, Putrajaya. Dengsn penggunaan biodiesel berasaskan minyak sawit bukan sekadar menyokong agenda kelestarian negara malah menjadi strategi penting kerajaan dalam usaha memperkukuh keselamatan tenaga Malaysia ketika berdepan krisis. Penggunaan campuran biodiesel yang lebih tinggi bertujuan memastikan Malaysia memiliki sumber bahan api alternatif sekiranya berlaku gangguan bekalan diesel petroleum. Pelaksanaan biodiesel B15 merupakan langkah strategik kerajaan dalam usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara, mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil dan menyokong agenda kelestarian negara melalui penggunaan tenaga alternatif yang lebih mampan. Keputusan kerajaan didalam melaksanakan B15 bermula 1 Jun lepas adalah bagi dapat memperluas jaminan bekalan bahan api negara dengan Metil Ester Sawit berasaskan minyak sawit menjadi alternatif yang dapat memanjangkan tempoh bekalan diesel sedia ada. Apa pun pihak kerajaan terus menggalakkan penggunaan biodiesel selaras dengan komitmen Malaysia terhadap agenda alam sekitar, agenda sosial dan juga tadbir urus selain menyokong pembangunan ekonomi hijau negara. Biodiesel di Malaysia kini berbeza mengikut lokasi dan beberapa kawasan mencapai penggunaan campuran lebih tinggi dengan Sarawak, kecuali Bintulu, serta Labuan dan Langkawi telah melaksanakan biodiesel B20 manakala tempat lain menggunakan campuran B10, B12 dan B15. Peningkatan kadar campuran biodiesel itu turut berpotensi merangsang penggunaan minyak sawit tempatan tanpa menjejaskan prestasi eksport komoditi berkenaan dimana pelaksanaan B15 dianggarkan akan  menggunakan sekitar 0.801 juta tan metrik minyak sawit mentah setahun dan ia tidak akan memberi apa-apa kesan kepada pasaran eksport. KVDT adalah fasiliti strategik yang menjadi nadi penyimpanan dan pengedaran petroleum negara khususnya bagi Lembah Klang selain antara pusat dalam pengadunan biodiesel utama Malaysia. Program biodiesel Malaysia disokong oleh rangkaian industri yang kukuh merangkumi 452 kilang minyak sawit, 54 kilang penapisan, 19 loji biodiesel dan 34 depoh pengadunan biodiesel di seluruh negara sebelum diedarkan ke lebih 4,400 stesen minyak untuk kegunaan pengguna. Infrastruktur lengkap itu membuktikan Malaysia mempunyai kapasiti, kepakaran serta keupayaan logistik yang kukuh untuk melaksanakan peningkatan adunan biodiesel secara berperingkat dan terancang. Program biodiesel negara diperkenal secara berperingkat sejak 2011 bermula dengan B5 sebelum diperluas kepada B7 serta B10. Dilaporkan selaras dengan Dasar Biobahan Api Nasional, kerajaan kini melaksanakan peningkatan kepada B15 yang mula berkuat kuasa. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
PRODUK BIODIESEL....APAKAH BENDA...

TENAGA DIBAHARU... ADA DI MALAYSIA...
KENDERAAN GUNA....MESRA ALAM JUGA...
SUDAH MEMBACA... ARTIKEL BERGUNA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 RabiulAwal 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.