Thursday, May 7, 2026

ULAM PUCUK JENEREH - APA DIA?

ULAM PUCUK JENEREH
(Millettia atropurpurea) ialah sejenis pucuk daripada pokok kayu hutan yang popular dimana ia sesuai untuk jadikan sebagai ulam-ulaman tradisional dikampong terutamanya di kawasan Pantai Timur Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu. Ramai kalangan hennerasi sekarang mungkin tidak kenal atau tidal pernah ujirasa ulan daun heneren ini sebab ia semakin jarang ada di jual. Apa pun ciri pentng mengenai jenereh terutama bahagian pucuk muda jenereh biasanya berwarna kemerahan atau hijau muda dan mempunyai tekstur yang lembut. Bagi penulis blog yang beberapa kali membua tinjauan teknologi mengenai jerba dan termasuk daun jenereh dimana oa apabila dilipat memang daunnya tidak patah. Apabila di makan memberikan rasa yang memang unik iaitu ada rasa lemak-lemak pahit dan sedikit kelat. Menurut penduduk kampong dimana cara biasa adalah memakan jenereh adalah ia sangat enak dimakan mentah sebagai ulam bersama nasi, cicah budu atau cicah sambal belacan atau cicag dengan kicap. Walau pun di mana sahaja agak sukar untuk membeli ulam jenereh ini akan tetapi jika ada yang berminat boleh menanam sendiri dirumah. Secara tradisional ulam jenereh ini ia dipercayai boleh melancarkan peredaran darah, membantu kesihatan dalaman dan baik untuk penghadaman.  Pokok ini merupakan pokok hutan liar dimana iakini ada yang sudah berjaya menanamnya di kebun atau dalam pasu dengan mendapatkan benihnya yang di jual dengan harga bagi a
nakpokok bersaiz sedang dialam pasu atau dalam polibeg harganya sekitar RM11 - RM18 sepokok sementara bagi benih anakpokok saiz lebih besar (tinggi lebih1 kaki) ia dijual pada harga sekitar RM15 - RM20 sepokok. Ia boleh ditanam diatas tanah dalam kebun atau didalam pasu besar di sekeliling rumah juga. Dilaporkan ada dua jenis ulam jenerih yang dibezakan melalui warna yang ada di pucuknya iaitu Jenis Pucuk Hijau Kemerahan dan Jenis Pucuk Hijau Muda atau selalu di kenali sebagai Jenis Pucuk Putih di kampong. Dari segi nama di laporkan istilah Jenereh ini di percayai ia berasal dari nama tempat iaitu 'Pangkal Jenereh' yang terletak dalam daerah Temangan, Machang, Kelantan kerana dikatakan pokok ini dilaporkan dulu ia banyak ditemui di kawasan tersebut. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas fakta dengan menulis sejenis ulaman iaitu Daun Pucuk Jenereh untuk di jadikan rujukkan pembaca blog semua.


Pucuk Jenereh termasuk dalam kategori 'Jenis pokok ulam dimana selalunya ia adalah jenis pokok yang tumbuh liar dan ada kini yang ditanam oleh para penggemar ulam mentah dimana mereka hanya memakan daunnya yang paling muda berwarna kuning dan kehijauan (Sila lihat foto disebelah). Apa pun bagi enulis bog mendapati pucuk daun Jenereh memang lembut dan apabila dilipat daunnya tidak akan patah. Pucuk Jenereh boleh dimakan bersama sambal belacan, sos cili, kicap mahupun sos dari Kelantan (budu) yang dicampur sedikit gula atau ditambah asam limau dan sedikit bawang merah yang telah dipotong halus. Ulam Pucuk Jenereh memang berkhasiat untuk kesihatan kerana ia kaya dengan serat serta garam galian yang tersembunyi dan selalu ia sememangnya amat sesuai untuk membantu dalam proses penghadaman dan pembuangan bahan-bahan perkumuhan. Bagi individu yang menghidapi masalah aliran darah yang mana ia agak tidak menentu adalah disarankan memakan pucuk jenereh sebabnya selain dapat menyelesaikan masalah perut meragam dan masaalah cirit-birit didakwa ia juga akan dapat atasi masalah kencing dan masaalah mata. Dipercayai juga dimana ulam dari pucuk jenereh dapat mengurangkan masalah perut buncit dan tekanan angin. Dalam beberapa testimoni di laporkan ulam Pucuk Jenereh (atau Jenerih) ialah sejenis ulaman tradisional yang popular terutamanya mrnjadi pilihan penduduk di kawasan kampung. Ia merupakan pokok kayu hutan yang tumbuh liar akan tetapi terkini sudah ada juga yang menanamnya dalam kebun atau diidalam pasu di letakkan sekeliling rumah. Pernah penulis blog ujirasa akan ulam ini di Kelantan semasa bertugas dahulu di mana rasa bagi ulam ini adalah ia mempunyai rasa pahit-pahit lemak. Cara Makan pula lazimnya ia diambil bahagian pucuk daun yang muda sesuai dimakan mentah sebagai ulam bersama sambal belacan atau dicicah dengan budu. Mengenali lagi bentuk daunnya dimana bagi daun pucuk muda ia berwarna kemerahan atau coklat gelap dan buahnya berbentuk seperti petai tetapi lebih besar. Ia sering dijadikan ulaman kerana rasanya yang unik dan dipercayai memang ia mempunyai khasiat tradisional. Pembaca blog pertlu tahu jika terdapat dua jenis utama pucuk jenereh (jenerih) yang dibezakan mengikut warna pucuknya dan yang pertama adalah Jenis Pucuk Jenerih Merah (Hijau Kemerahan) iaitu jenis ini ia lebih popular kerana rasanya dikatakan lebih sedap, berlemak, dan kurang kelat berbanding jenis hijau dan pada pucuk mudanya berwarna kemerah-merahan. Kedua ada Jenis Pucuk Jenerih Hijau dimana warna pucuk adalah berwarna hijau sepenuhnya dan ia biasanya mempunyai rasa yang lebih kelat. Keduanya adalah di kenalpasti sebagai makanan ulaman yang popular dimakan mentah atau dicelur bersama nasi. 


Pucuk Jenerih adalah pucuk daripada sejenis pokok hutan tropika yang sangat popular dijadikan sebagai ulam-ulaman tradisional terutamanya di kawasan kampung. Pokok ini mengeluarkan bahagian pucuk mudanya berwarna kemerah-merahan atau putih dan semasa di makan ia beri rasanya lemak, rangup serta mempunyai sedikit kelat. Pucuk daun muda yang dimakan mentah sebagai ulam atau boleh dicelur dulu atau dimasak lemak bersama ikan kering antara pilihan hidangan untuk menikmati ulaman ini. Ia di laporkan berasal atau ia merupakan pokok hutan atau pokok balak namun kini ia sudah popular ditanam di halaman rumah dan dalam pasu sebagai tanaman hiasan yang boleh dimakan dan mudah di jaga serta tiada masaalah agronomi. Pokok jenereh ini kini dianggap sebagai produk ekonomi kampung yang berpotensi kerana permintaannya sebagai ulam kampung yang enak. Ia adalah ulam-ulaman tradisional yang kaya dengan serat dan garam galian yang baik untuk kesihatan dimana ia sering dimakan sebagai ulam atau masak lemak. Khasiat pucuk jenereh yang utama ia akan Melancarkan Peredaran Darah dimana ia akan membantu meningkatkan aliran darah di dalam badan. Khasiat kedua ia akan Mengatasi Masalah Pencernaan apabila ia selalu digunakan secara tradisional untuk tujuan menghentikan cirit-birit dan mengurangkan masalah angin dalam perut. Paling suka mendengar apabula ulam ini di laporkan akan Membantu Mengempiskan Perut dan ia memang dipercayai membantu mengurangkan masalah perut buncit. Ada testimoni jika ulam ini akan Menguatkan Tubuh Badan sebab ia mengandungi zat yang dikatakan boleh menguatkan badan. Ulam pucuk jenereh ini mempunyai khasiat yang tinggi namun ia amat jarang diketahui umum dan menjadi salah satu ulaman tradisional yang istimewa di Malaysia untuk di ujirasa. Tidak ada unsur ancaman memakan ulam ini seperti ancaman kesihatan atau keracunan. Apa pun perlu waspada dengan ancaman makan banyak sebab bila makan ulam akan sebabkan Nasi Bertambah. INi kerana bila makan ulam pucuk jenereh terkenal dengan rasa yang sedap, lemak dan lembut (tidak kelat) apabila dijadikan ulam apa lagi kau ia dicicah dengan budu atau sambal akan makan banyak. Perlu mengamalkan cara 
pemakanan ulam-ulaman secara sederhana.


Dalam penulis blog mengenali ulam ini di laporkan aspek h
arga anak pokok atau pucuk Jenereh (Jeneris) di Malaysia umumnya dijual antara RM11.00 - RM20.00 sepokok yang mana ia boleh didapatkan dari nurseri swasta yang agak sukar mendapatkannya. Harga ini ia bergantung kepada saiz dan jenisnya dan keuntungan oleh penjual. Jika membeli melalui pos selalunya akan di kenakan kos tambahan sekitar RM15 sepokok. Pucuk Jenerih (atau Jeneri) ialah ulam kampung yang popular terutamanya di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan ia terkenal dengan rasa yang lemak-lemak pahit sedikit dan beraroma. Cara makan ulam pucuk jenerih berdasarkan kebiasaan masyarakat setempat dan paling utama Di Makan Mentah (Ulam Segar) dengan mengambil bahagian pucuk jenerih yang muda dan segar paling sedap dimakan mentah begitu sahaja sebagai ulam. Ia biasanya dicicah dengan sambal belacan, budu atau tempoyak. Cara kedua adalah mencelur daun jenereh ini dalam air panas sebaik sahaja ulam ini di petik segar dan dibasuh bersih dan kemudian ia terus dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng. Dalam pada itu perlu di pastikan hanya mengambil bahagian pucuk yang muda (bahagian paling hujung) untuk rasa yang lebih rangup dan kurang pahit. Menarik kisah dalam sinarharian.com bertajuk 'Pucuk jenereh bangunkan ekonomi kampung' apabila di Pasir mas, Kelantan para penggemar pucuk jenereh tidak lagi perlu bersusah payah ke pasar-pasar basah atau masuk ke dalam hutan untuk mendapatkan bahan itu. Kisah ini ia sudah boleh ditanam di dalam pasu dan dijadikan sebagai tanaman hiasan yang bersifat serampang dua mata iaitu 'riadah serta kesihatan'. Pihak Rukun Tetangga (KRT) Banggol Perdana mengambil inisiatif dengan mengusahakan tanaman itu secara komersial di Kampung Banggol Gajah Mati dimana projek tersebut diusahakan bagi menjana pendapatan tambahan untuk menggerakkan badan berkenaan (Sila lihat foto paling bawah sekali). Sejak projek itu diusahakan dua tahun lalu, ia telah membuka peluang kepada ahli KRT untuk mendapat pendapatan tambahan. Ini adalah salah satu usaha kami mengaktifkan kegiatan ekonomi dalam kalangan penduduk setempat. Usaha tersebut juga secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan untuk mempopularkan produk ulam-ulaman. Pucuk jenereh mempunyai khasiat yang cukup tinggi namun jarang didedahkan kepada umum. Antara khasiat memakan pucuk jenereh ini ialah awet muda dan menambah tenaga untuk golongan lelaki.


Dalam bharian.com di laporkan '
Jual ulam raih RM30,000 sebulan' menarik untuk di kongsikan. Kisah dari Kota Bharu dimana kegigihan dalam mengusahakan pelbagai jenis tanaman ulam-ulaman, nyata berbaloi buat seorang wanita apabila meraih pendapatan lumayan, hasil usaha yang pernah dipandang sinis kerana meragui keupayaannya. Bagi Rohana Awang (45) dia lebih dikenali sebagai Che Na Ulam selalu menguruskan jualan pelbagai jenis ulam seperti pucuk gajus (ketereh), putat, lemak ketam, jenereh, ulam raja, utak udang dan tenggek burung, selama empat hari seminggu. Permintaan tinggi menyaksikan dia yang dibantu enam pekerja, mampu meraih pendapatan antara RM2,000 sehingga RM3,000 setiap kali berniaga di Pasar Kok Lanas di sini, dan Pasar Pulai Chondong, Machang, mulai jam 8 pagi hingga 1 tengah hari. Apa pun dalam usaha mempelbagaikan hasil pendapatan, kebun ulam-ulaman seluas 0.8 hektar miliknya, turut ditanam 150 batang pokok kelapa wangi bagi penghasilan nira (tuak), kepala muda serta menempatkan 10 kolam menempatkan kira-kira 100,000 ikan air tawar. Bulan Ramadan memberi rahmat kepadanya apabila permintaan tinggi terhadap ulam-ulaman dan hasil pertanian lain khususnya nira, kelapa muda dan ikan air tawar meningkat berbanding waktu biasa. Selain menjual secara runcit kepada pelanggan di pasar, ulam-ulaman dari kebunnya turut dibekalkan secara borong kepada peraih dan pengusaha restoran dan kedai makan terkenal sekitar negeri ini termasuk rangkaian Restoran Nasi Ulam Cikgu. Dia pernah bekerja makan gaji tetapi nekad berhenti memberi tumpuan kepada bidang baru dan berkat kesabaran dan sokongan keluarga, selain menimba pengalaman di negara jiran, saya nekad melabur hampir RM100,000 bagi memajukan tanah keluarga sejak 2006 sehingga kini. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technolohy kali imi. Wasallam!!!...
JENIS ULAM JENEREH... APA BENDA...

ULAM SEGAR... MANA MEMBELINYA...
IA BOLEH DI TANAM...CARI BENIHNYA...
MEMBACA ARTIKEL... FAHAM FAKTANYA ...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Zulkaedah 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.