Di laporkan intergrasi tanaman koko dengan kelapa sudah 'established' yang bertujuan untuk memaksimakan hasil produktiviti kebun apabila hasil kelapa dan hasil koko akan menambah pendapatan petani (Sila lihat foto disebelah). Begitu juga aktiviti menanam koko dengan kelapa sawit adalah bertujuan mengoptimumkan penggunaan tanah dan menyeimbangkan pendapatan pekebun kecil juga. Pokok koko agak unik sebab dilaporkan ia pertumbuhannya ia memerlukan naungan dan kelapa sawit yang matang dimana biasanya sudah 7 tahun ke atas ada kajian yang dapati ia mampu menyediakan naungan yang sesuai untuk tanaman koko. Ada kajian telah di lakukan dengan Kaedah Penanaman khusus intergrasi ini dan sistem ini biasanya melibatkan penanaman dua baris sawit secara pepagar dan di antara baris sawit tersebut ditanam 6 baris koko. Kajian menunjukkan penanaman koko di bawah sawit tidak menjejaskan hasil buah kelapa sawit secara ketara terutamanya jika jarak tanaman sawit diatur dengan betul contohnya cara menanam dengan jarak 9.9 meter atau 10.5 meter secara segitiga dan di tengahnya di tanam dengan pokok koko. Apa pun amalan agronomi ini mempunyai isu iaitu beberapa aspek kelebihannya tersendiri dimana ia akan dapat meningkatkan kecekapan penggunaan tanah. Kaedah ini juga akan memberi jumlah pendapatan tambahan kepada pekebun selain hasil sawit. Bagaimana pun masih banyak pihak estet swasta yang berskala besar tidak berminat menanam koko dibawah sawit sebab ada banyak beza pengurusan tanaman monokrop sawit sahaja dengan tanaman intergrasi bersama koko yang mana hasilnya belum tentu lebih menguntungkan. Pengurusan estet terpaksa menambah kos bahan input, kos tenaga kerja, menentukan pasaran dan juga masalah-masalah modal serta isu-isu teknikal. Bagaimanpun penulis blog sudah jumpa beberapa pengurusan estet kelapa sawit yang kini ad ayang sudah mula menukarkan tanaman sawit kepada jenis tanaman kelapa (berpotensi untuk di tanam bersama intergrasi koko) dan ada pemilik estet sawit yang menanam sawit di intergrasi dengan durian premium seperti varieti Musang King (D197) dan Varieti Black Thorn (D200) di beberapa negeri. Penulis bog pernah membuat tinjauan di Ladang Sawit Claire, Chaah, Segamat, Johor dimana mereka membuat tanaman durian diladang kelapa sawit secara komersil (Sila lihat foto paling bawah sekali). Langkah ini adalah satu perubahan possitif sumbangan pihak estet sawit kepada industri tanaman makanan yang bagus untuk kelestaruan jaminan makanan negara dan potensi eksport.
Penulis blog merujuk beberapa laporan kajian dimana ada terdapat 3 cara bagi menguruskan ladang integrasi tanaman koko dengan kelapa sawit yang sesuai di lakukan di Malaysia dengan beberapa pendekatan (Sila lihat rajah di atas). Cara tanaman intergrasi Kaedah Pertama (bertanda A) dengan cara menanam sawit pada jarak 9.1 meter dengan corak segi tiga manakala bagi pokok koko ia boleh ditanam pada jarak 1.6 meter secara segi empat. Cara ini akan membolehkan kepadatan tanaman dalam keluasan satu hektar dimana ia dapat memuatkan 80 pokok sawit dan sebanyak 1,595 pokok koko. Penulis blog syorkan agar barisan tanaman kelapa sawit disusun timur kebarat agar pokok koko akan mendapat cahaya matahari daripada pagi sampai petang bersama tanaman kontan yang lain juga. Kaedah kedua (bertanda B) dimana cara menyusun tanaman intergrasi ini dengan mana pada setiap barisan ketiga pokok koko ditanam bagi menggantikan tanaman sawit. Keunikan cara ini menjadikan jumlah pokok dan kepadatan tanaman manjadi sebanyak 83 bagi pokok sawit dan sebanyak 1,688 bagi pokok koko dalam sehektar. Kajian dijalankan juga dengan Kaedah ketiga (bertanda C) dimana cara menanam perlu ditanam koko di antara setiap barisan sawit dimana dengan kaedah ini iaitu jarak sawit ialah 9.1 meter bercorak segi tiga manakala koko bercorak segi empat. Kajian ini mendapati hasil koko dan hasil sawit yang menerapkan kaedah ketiga (Z) adalah ia lebih baik daripada kaedah X dan Y. Ada juga temuan kajian menyatakan dimana hasil koko di bawah integrasi dengan sawit memberi purata pulangan hasil yang lebih tinggi berbanding penanaman koko yang di tanam monokrop secara tanaman tunggal. Dalam kajian ini para saintis mendakwa pengurusan penanaman ini tidak menggunakan baja tambahan untuk tanaman koko, namun pokok koko tetap memberi hasil yang lumayan ekoran pokok ini koko di yakini telah memperolehi nutrien daripada aktiviti pembajaan pokok sawit yang di tabur disetiap baris sawit. Dalam pada itu di laporka bagi tanaman sawit matang dimana ia juga boleh diintegrasikan dengan tanaman koko sebab jumah cahaya di bawah naunga sudah membolehkan pokok koko berhasil. Ada rujukkan lain dimana di negara Ghana, Afrika dijalankan kajian tersebut telah menunjukkan sawit berumut 18 tahun dengan tiga jarak 8.7meter, 9.9 meter dan 10.5 meter masing-masing yang diintegrasikan dengan koko berjarak 2.4m tetap melestarikan tumbesaran tanaman koko terutama sawit berjarak 9.9 meter dan 10.5 meter yang memberi ruang lebih besar untuk koko sehingga hampir tidak mendatangkan sebarang kerosakan kepada tanaman koko dalam kutipan hasil buah sawit yang dipotong. Penulis blog masih menunggu hasil kajian sama yang mungkin ada di lakukan oleh pihak MARDI, MPOB dan LKM tetapi belum menjumpainya kajian ini di bentangkan temuan kajian mereka sehingga artikel ini di tulis. Penulis blog pernah membaca dan terima laporan kajian oleh pihak FELDA mengenai perkara ini juga menunjukkan kebolehlangsungan kaedah integrasi ini iaitu dengan menggunakan kaedah cara penanaman ketiga (Z) dengan menanam 3 pokok koko dalam setiap barisan sawit sesuai di rujuk. Dilaporkan yang kaedah ini berjaya untuk dapat menghasilkan 88% jumlah hasil sawit yang ditanam secara tunggal dan 55% hasil koko yang ditanam secara tunggal. Langkah integrasi ini amat bermanfaat kepada pihak penanam sawit terutama sektor pekebun kecil semasa harga sawit di aras rendah bagi menyeimbangkan pendapatan masing-masing daripada koko dan kelapa sawit.
Dalam portal hmetro.com di laporkan dimana 'Tanaman koko punyai potensi besar, harga pasaran komoditi lumayan - Johari' ada berkaitan dengan artikel ini. Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari yang melawat pmeran di gerai LKM selepas merasmikan hari terbuka Lembaga Koko Malaysia iaitu di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko Bagan Datuk, Perak. Pihak Kementerian Peladangan dan Komoditi (KPK) Malaysia menggesa petani kecil koko supaya tidak 'berhijrah' kepada tanaman kelapa sawit sebaiknya mereka di galakkan untuk menanam koko yang mana ia ada mempunyai potensi besar memandangkan harga pasaran komoditi itu amat lumayan ketika ini iaitu mencecah RM30,000 bagi satu tan, berbanding kosnya cuma RM8,400 sehektar iaitu margin keuntungan hampir 60 peratus. Apa pun ada kajian dimana buat masa ini negara terpaksa mengimport hampir 530,000 tan metrik koko dari luar negara yang menelan belanja RM7.8 bilion setahun untuk diproses menjadi produk makanan. Bagi mengurangkan kebergantungan kepada koko import, Johari berkata, Lembaga Koko Malaysia (LKM) sedang memberi tumpuan membantu kelompok pekebun kecil menerusi pelbagai inisiatif bagi menggandakan hasil dan pendapatan. Di laporkan dahulu kita pernah hasilkan hampir 300,000 tan metrik akan tetapi hari ini ia hanya 270 tan metrik. Pengurangan jumlah ini disebabkan sekitar awal tahun 2980'n dimana Malaysia berdepan banyak masalah penyakit kokooleh Ulat Pengirek Buah Koko (UPBK) yang membabitkan pokok industri koko Malaysia merudum namun sekarang ia sudah atasi melalui kajian dan pembangunan (R&D) melalui Jabatan Pertanian, MARDI dan LKM. Ada di buat pemeriksaan ladang oleh pegawai di Jabatan Pertanian dan mereka ada buat syor kawalan. Dalam Belanjawan 2025 yang baru diumumkan Perdana Menteri dimana kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk mengatasi penyakit berjangkit berkaitan komoditi termasuk koko. Pihak LKM ditugaskan mengenalpasti biji koko berkualiti tinggi untuk dijadikan baka klon seterusnya diedarkan kepada petani dimana kerajaan berhasrat dalam mengurangkan kebergantungan terhadap koko import dalam tempoh 10 -15 tahun akan datang dengan pembabitan ramai generasi belia ke industri koko demi keterjaminan makanan. LKM akan mengadakan banyak kursus dari segi Good Agriculture Practices (GAP) bertujuan melatih pekebun kecil mempraktikkan sistem tanaman yang mengikut standard piawaian yang tinggi. LKM mengalu-galukan generasi belia yang ada kawasan boleh digunapakai untuk tanaman koko dan LKM sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat. Banyak laporan dakwa pokok koko boleh dituai selepas dua tahun setengah selepas ditanam dan boleh hidup selama 23- 25 tahun, selain mudah dituai dan tidak memerlukan kudrat sumber tenaga pekerja asing seperti industri kelapa sawit.
Dalam poertal lain di laporkan 'Jadikan kelapa sawit, getah dan koko rujukan untuk lonjak industri kenaf' yang mana pihak kerajaan akan menjadikan kelapa sawit, getah dan koko sebagai rujukan penting didalam usaha melonjakkan dan membangunkan tanaman serta industri kenaf di negara ini. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari nytakan ketiga-tiga komoditi itu terbukti berjaya menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara pengeksport bahan berkenaan. Kerajaan turut yakin industri kenaf dapat dibangunkan sekiranya mempunyai tanah yang mencukupi serta kilang memproses selain mempunyai sasaran produk untuk dikeluarkan. dimana sekiranya satu komoditi itu mahu berjaya, perlu ada ekosistem yang lengkap. Bagaimanapun kenaf masih belum dapat capai ke tahap itu. Masih banyak perkara yang perlu diteliti dalam usaha memajukan industri kenaf negara. Terdapat beberapa pilihan cadangan sudah saya kemukakan untuk melihat bagaimana kita mahu mengambil contoh kelapa sawit, getah dan koko. Bagaimana komoditi itu boleh jadi pengeksport kepada negara. Ketika ini terdapat sejumlah 1,600 hektar tanaman kenaf di seluruh negara dan usaha mempromosi tanaman itu akan terus dilakukan bagi mengembangkan lagi industri kenaf dimana sebagai galakan, saya cadangkan LKTN supaya ke Bangladesh, China dan Indonesia untuk melihat bagaimana status perkembangan industri kenaf di negara berkenaan. Potensi penanaman koko di awah kelapa sawit masuh belum menjadi kenyataan sebagai satu alternatif kalangan sekkktor perladangan sawit dan sektor pekebun kecil di Malaysia. Perlu ada lebih banyak penyelidikan dan kempen kesedaran kalangan etani untuk mencapai tujuan ini.
Malaysia merupakan antara pengisar koko ke-5 terbesar di dunia dan mempunyai industri hiliran yang kukuh. Produk koko Malaysia merangkumi pelbagai jenis iaitu ia daripada bahan mentah industri hingga produk siap untuk pengguna. Berikut adalah produk koko Malaysia yang boleh id kelaskan kepada Jenis Produk Koko Hiliran (Industri dan Pengguna) iaitu Produk Mentega Koko yang manan ia merupakan sebagai komponen utama yang dieksport dan digunakan dalam coklat premium untuk kegunaan domestik dan dalam pasaran antarabangsa. Kedua ada jenis Produk Serbuk Koko dimana jenis ini ia selalu akan digunakan dalam minuman dan juga makanan. Ketiga ada jenis Produk Pes Koko atau Lekor Koko iaitu sejenis bahan asas pembuatan pelbagai jenis coklat. Keempat ada jenis Produk Coklat dan Produk Konfeksi dimana produk siap seperti jenis produk iaitu coklat bar, coklat praline dan coklat tenusu, dengan lebih 50 syarikat pengeluar coklat berdaftar dan beroperasi di Malaysia dengan jayanya. Kedua ada Kategori Produk Koko Kraf atau Produk Koko Premium dimana di laorkan yang di Malaysia ia sudah lama terkenal dengan coklat craft atau tree-to-bar yang menggunakan biji koko tempatan bermutu tinggi seperti jenis Lee's Cocoa. Dilaporkan ketiga ada Kategor Produk Koko Bukan Makanan Lemak Koko yang mana ia digunakan dalam produk kosmetik dan farmaseutikal dan sebagainya. Dalam pada itu ada kategori Produk Bahan Koko (Industri) seperti pertama adalah Produk Biji Koko Kering dimana walaupun Malaysia banyak mengimport biji koko sebenarnya industri koko tempatan juga menghasilkan biji koko kering berkualiti untuk pasaran domestik dan pasaan eksport. Produk koko Malaysia dieksport ke lebih 80 negara dengan destinasi utama termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Kesatuan Eropah. Kerja keras pihak kementerian terlibat di Malaysia. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali imi. Wasallam!!!...
DI BAWAH KELAPA...BIASA DI LAKSANAKAN...
DI BAWAH SAWIT...BANYAK PERTANYAAN...
BACA ARTIKEL... ISU SUDAH DIFAHAMKAN....
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai PAnjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka Malaysia.
(17 Zulkaedah 1447H).







No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.