BUNGA KEMUNING (Murraya paniculata) ialah sejenis tumbuhan atau pokok hiasan jenis renek tropika daripada keluarga Rutaceae yang terkenal dengan bunganya yang ukurannya kecil, berwarna putih dan apa yang penulis blog suka sebab ia mengeluarkan aroma wangi yang sangat kuat. Bunga kemuning ini ia sering ditanam sebagai tanaman pagar atau di jadikan sebagai pokok hiasan atau pokok bonsai yang cantik disebabkan saiz daunnya yang hijau berkilat mampu untuk berbuga disepanjang tahun. Antara kegunaan dan juga ciri khas pokok bunga kemuning dimana bunganya yang mempunyai aroma atau ia berbau harum terutamanya pada waktu malam atau ia menyerupai bau bunga citrus (limau) akan tetapi baunya seakan ia lebih manis. Dalam beberapa testimoni di laporkan bunga kemuning ini ia ada digunakan dalan kaedah perubatan tradisional apabila bahagian daunnya digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti sakit gigi dan masalah kulit. Menarik di nyatakan dimana dalam kebudayaan Melayu dimana ia juga sering dikaitkan dengan kesetiaan dan keindahan sebagai simmol masyarakat. Apa pun tumbuhan ini ia boleh tumbuh subur di kawasan tropika seperti Malaysia, Indonesia dan Asia Selatan dimana di tanam di kawasan rumah, taman rekreasi dan juga juga di teri jalan yang ada menjaganya. Bunga Kemuning iaitu sejenis tanaman hiasan daripada keluarga Rutaceae (keluarga limau) yang sangat terkenal dengan keharuman bunganya yang semerbak wangi terutamanya pada waktu malam. Pokoknya berbentuk pokok renek atau perdu yang boleh tumbuh setinggi 3 - 7 meter dengan ukuran daunnya kecil, berkilat dan berwarna hijau tua. Bunga berwarna putih bersih, berbentuk corong kecil dengan lima kelopak dan tumbuh dalam gugusan dimana kehebatannya bagi penulis blog adalah ia mempunyai bau harum atau bau wangi yang sangat kuat dan manis seakan ia seperti bau bunga melur atau bunga buah oren. Selepas ia berbunga kemudian ia akan mengeluarkan buah kecil berbentuk bujur yang bertukar warna dari hijau ke oren atau merah apabila matang. Selain sebagai tanaman hiasan selalunya ia di jadikan jenis pagar hidup di laman rumah. Ada laproan jika daun dan kulit batangnya sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat sakit gigi, luka atau pun sebagai ramuan kecantikan (lulur). Artikel pada lewat petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira kupas mengenai beberapa fakta menarik tentang pokok bunga kemuning sebagai bahan rujukkan semua.
Menanam bunga kemuning (Murraya paniculata) sebenarnya cukup mudah kerana ia adalah tumbuhan yang tahan lasak dan mengeluarkan bau yang sangat wangi. Cara penanaman kemuning ini ia sama ada gunakan benih dari Biji Benih (dari buah yang sudah matang) atau pun mudah menggunakan Keratan Batang sahaja. Bagi penulis blog yang belum ada pokok mudah sahaja membelinya di nurseri tanaman hiasan dengan harga diantara RM15 - RM20 sepokok bergantung kepada saiz pokok, jumlah di beli dan jarak dari tempat tinggal. Menanam pokok ini sesuai dengan gunakan medium tanah yang ianya mempunyai saliran yang baik atau jika menanam dalam pasu menggunakan jenis tanah campuran. Pokok Kemuning tidak suka akar yang terendam air terlalu lama dimana akarnya akan menjadi rosak dan reput. Jika menanam di atas tanah atau tanaman pagar penting dipastikan lokasi itu sesuai sebab pokok perlu mendapat cahaya matahari penuh atau separa teduh untuk menggalakkan pembungaan yang lebat. Untuk menanam sebaiknya digali lubang mengikut saiz polibeg atau pasu dan di masukkan anak pokok dan tutup dengan tanah. Tekan sedikit tanah di sekeliling pangkal supaya pokok stabil. Apa pun selepas itu di siram secara konsisten (sekali atau dua kali sehari) terutama pada peringkat awal penanaman dan pada musim panas tetapi pastikan pasu mempunyai lubang saliran yang baik. Pembajaan boleh di buat dengan memberikan baja NPK atau baja organik secara berkala (2 minggu sekali atau sebulan sekali) untuk merangsang pertumbuhan bunga. gunakan baja dengan kandungan nitrogen yang tinggi setiap bulan pada musim bunga dan musim panas, dan dua bulan sekali pada musim gugur dan musim sejuk. Gunakan satu sudu besar setiap tumbuhan, dicairkan kepada separuh kekuatan. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan untuk mencegah toksisiti; siram selepas penggunaan untuk meningkatkan penyerapan nutrien dan melindungi akar yang sensitif. Lakukan cantasan dahan yang terlalu panjang atau rimbun. Pemangkasan membantu pokok menjadi lebih kemas dan merangsang pucuk baru yang membawa bunga. Kemuning adalah tumbuhan yang cepat tumbuh dan mudah dibentuk, memerlukan hanya kaedah pemangkasan ringan sekali atau dua kali setahun untuk mengekalkan penampilannya. Ia penting untuk membuang dahan yang mati atau rosak dan memangkas ringan setelah berbunga untuk menggalakkan hasil bunga yang lebih baik pada musim bunga berikutnya. Apa pun ingat sebab jika menanam dalam pasu perlu untuk memindahkan ke pasu yang lebih besar apabila akar sudah mula memenuhi ruang supaya pokok boleh membesar dengan lebih baik. Pokok kemuning berasal dari kawasan tropika, tumbuh subur dalam kelembapan tinggi dan juga kelembapan yang konsisten. Ia tahan terhadap kemarau tetapi lebih suka tanah yang baik saliran dan lembap. Penyiraman harus dijalankan secara sederhana, kira-kira setiap dua minggu, dengan pertumbuhan yang meningkat semasa musim hujan. Pokok kemuning boleh ditanam di luar rumah dalam keadaan iklim yang panas.
Fakta menarik dimana pokok dan bunga kemuning dilaporkan ia bukan sahaja terkenal dengan bau bunganya yang sangat harum, malah hampir keseluruhan bahagian tanaman ini iaitu daripada bunga, daun sehinggalah ke kulit batangnya didakwa ia mempunyai pelbagai khasiat tradisional untuk kesihatan. Ramai pembaca blog ini mungkin ada yang belum tahu fakta dimana ada banyak khasiat utama bunga dan tanaman kemuning. Pertama di kaitkan dengan khasiat dan beberapa kegunannya dalam Kesihatan Pernafasan dan Kes Demam dimana ia di laporkan akan Melegakan Batuk dan Selesema sebab aroma dan kandungan herba kemuning dipercayai dapat membantu merawat batuk, selesema dan menurunkan suhu badan ketika demam. Dalam pada itu khasiat seterusnya ia mengatasi masaalah Migrain (sakit kepala kuat) dimana bahagian ekstrak tanaman ini juga sering digunakan secara tradisional untuk membantu meredakan sakit kepala atau migrain. Dilaporkan juga jika khasiatnya mampu atasi Masalah Kulit dan Keradangan seperti digunakan untuk Merawat Bisul dimana bahagian daun dan bunga kemuning sering digunakan dalam perubatan alternatif untuk membantu mempercepatkan penyembuhan bisul. Dalam kes Sakit Gigi ada bahagian tertentu tanaman ini mempunyai sifat analgesik semula jadi yang boleh membantu didalam mengurangkan rasa sakit gigi. Paling kurang tahu adalah jika bunga dan pokok kemuning ini dilaporkan ia sesuai untuk pengurusan berat badan dimana ia akan menurunkan berat badan dengan cara mengambil daun kemuning sering direbus dan diamalkan sebagai satu amalan minuman herba untuk membantu mengurangkan lemak badan dan menyokong diet penurunan berat badan. Agak unik jika kemuning dilaporkan ia membantu kesihatan Mental dan Emosi dengan cara mengurangkan Rasa Kebimbangan (Anxiety). Penggunaan kayu atau bahagian kemuning hitam dalam kaedah perubatan tradisional dikaitkan dengan kesan menenangkan bagi mereka yang mengalami masalah kegelisahan atau anxiety. Apa pun ia selalu di gunakan sebagai Bahan Aromaterapi Semulajadi sebab aroma atau bau bunganya yang semerbak bertindak sebagai terapi bau yang menenangkan jiwa. Dalam aspek kegunaan lain dilaporkan kemuning ini ada digunakan sdalam tradisi perkahwinan apabila bunganya yang putih bersih sering digunakan dalam upacara perkawinan sebagai simbol kesucian dan hiasan. Sebagai pilihan terbaik dalam tanaman hiasan sebab daunnya yang rimbun dan bunga yang wangi, ia sangat popular dijadikan sebagai pokok pagar atau hiasan landskap rumah. Bunga kemuning terkenal dengan aroma harum yang menenangkan dan berkhasiat sebagai ubat tradisional untuk meredakan batuk, demam, pilek, serta infeksi saluran kencing. Selain itu, ia digunakan dalam penjagaan kulit untuk menghaluskan wajah, meredakan nyeri/radang, dan sering dikaitkan dengan kegunaan mistik untuk perlindungan Aroma bunga kemuning sering digunakan untuk melegakan masalah pernafasan, batuk, dan selesema. Kesihatan Kulit: Tumbukan daun dan bunga kemuning sering dijadikan lulur untuk menghaluskan kulit dan membantu mengatasi masalah kulit. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.