BUNGA AKAR KUNING (Allamanda cathartica) adalah sejenis tanaman hiasan jenis menjalar yang popular dengan bunga berbentuk loceng atau corong berwarna kuning cerah. DIpercayai bunga yang berasal dari Brazil ini ia sering ditanam sebagai pokok pagar kerana kadar pertumbuhannya yang cepat dan berbunga lebat di kawasan panas. Ia juga dikenali sebagai 'Bunga Alamanda Kuning' atau 'Bunga Akar Cempaka Kuning', 'Bunga Cempaka Hutan', 'Bunga Loceng', 'Bunga Corong' atau 'Yellow Allamanda' dan beberapa lagi gelaran. Ia merupakan jenis pokok renek yang tumbuh menegak dan sedikit menjalar dan mampu keluarkan jenis bunga berwarna seakan kuning keemasan, mempunyai kelopak licin dan daun hijau berkilat. Di Malaysia selalunya pokok ini di jadikan sebagai tanaman hiasan dan juga sebagai tanaman pagar hidup yang popular. Pokok ini mampu berbung sepanjang tahun asalkan ia di jaga baik dan mendapat cahaya matahari yang banyak. Penulis blog pernah di beritahu jika pokok akar kuning ini ianya ada di gunakan didalam amalan perubatan tradisional dimana bahagian daunnya digunakan dalam perubatan Melayu tradisional untuk merawat penyakit kulit seperti kurap dan juga kes gatal-gatal. Penting di kongsikan fakta dan ada nota untuk keselamatan perlu tahu sebab pokok ini beracun jika dimakan dimana bahan getahnya boleh menyebabkan keradangan pada bahagian kulit (irritation cause) dimana ketika mendekati atau menguruskan tanaman ini semua perlu dikendalikan dengan berhati-hati. Bagi penulis blog dimana Bunga Akar Kuning atau ia juga dikenali sebagai 'Bunga Loceng' ia adalah merujuk kepada tumbuhan hiasan yang mempunyai bunga berbentuk corong berwarna kuning terang. DIlaporkan dimana bahagian batangnya mengeluarkan getah bila di cederakan dan mengandungi getah putih bersusu yang boleh didakwa akan menyebabkan kegatalan atau ruam pada kulit jika terkena. Penanaman dan cara menbiakkan adalah melaui keratan batang dan pokok jenis ini ia boleh tumbuh sebagai pokok renek atau memanjat (seperti akar) sehingga ketinggian 20 kaki jika tidak di cantas dengan baik. Apa pun dalam erti kata lain ia sebagai sejenis herba hutan dimana istilah 'akar kuning' juga di rujuk kepada jenis tumbuhan seperti Arcangelisia flava yang juga ia merujuk kepada tumbuhan menjalar yang akarnya berwarna kuning dan digunakan untuk merawat penyakit hati (liver) atau sakit kuning namun ia memang berbeza daripada pokok bunga hiasan Allamanda. Ia dalam kategori pokok beracun disemua bahagian tumbuhan ini dianggap beracun jika dimakan dalam jumlah yang banyak dan boleh menyebabkan muntah-muntah atau cirit-birit yang teruk. Artikel pagi Rabu yang dingin ini saya menulis dlam bloh ''Anim Agro technology" mengenai pokok bunga akar kuning sebagai bahan rujukkan semua.
Bunga Akar Kuning ini adalah sejenis tumbuhan hiasan tropika yang terkenal dengan bunga berwarna kuning terang berbentuk loceng atau trompet. Tumbuhan ini asalnya dari Amerika Selatan (seperti Brazil) dan sangat sesuai ditanam di Malaysia kerana sukakan cuaca panas dan lembap. Selalunya ia lebih dikenalisebagai 'Bunga ALamanda' iaitu dari genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Apocynaceae yang didakwa natif dari Amerika iaitu bertaburan dari Mexico ke Argentina. Beberapa spesies ditanam menjadi tanaman hiasan untuk bunga besarnya yang berwarna pelbagai. Kebanyakan spesies mengeluarkan bunga kuning namun Aalamda blanchetii dilaporkan ia berbunga dadu. Genus ini dinamakan Allamanda disebabkan ia juga adalah menghormati pakar tumbuhan dan perubatan Swiss bernam Federic Louis Allamand menemuinya dimana dia kemudian turut disebut 'Pokok Akar Kuning' atau 'Pokok Janda kaya' dan 'Pokok Alamanda' dalam bahasa Melayu. APa pun ia dari jenis pokok malar hijau, renek dan menjalar dan uniknya ia mengandungi getah putih yang tidak baik untuk kesihatan manusia atau ia beracun getahnya. Daun pokok ini ia tersusun bertentangan dalam pusaran melebihi 5 inci dan jiha di lihat yang Lai daun umumnya bujur dan berbirai halus dimana ada beberapanya berkulit atau ada sedikit berbulu. Cara pokok ini berbunga adalah payung tambahan (cyme) campuran dimana bunganya yang mempunyai jenis kelopak bercuping lima dan sari bunga lima ranggi berbentuk loceng atau corong yang kuning dalam kebanyakan spesies. Buahnya pula ialah jenis Buah Skizokarpa yang mengandungi dua atau empat benih didalamnya. Dilaporkan memang ada banyak spesis bunga alaman di daftarkan di seluruh dunia dimana diantara spesies didaftarkan terdapat sekitar 12 -15 spesies sah dalam genus ini. Spesies dan sinonimnya yang agak terkenal adalaj jenis Allamanda blanchetii, Allamanda angustifolia didaftarkan oleh oleh Johann Pohl. Jenis Allamanda angustifolia Pohl adalah jenis yang ada akar kuning runcing sementara jenis Allamanda blanchetii A.DC ia di laporkan mempunyai jenis akar kuning ungu atau di gelar sebagai jenis 'Bunga alamanda ungu'. Ada jenis Allamanda calcicola, Allamanda cathartica L. yang berakar kuning betul atau di panggil sebagai 'Jenis Bunga Alamanda Kuning atau Bunga Cempaka hutan. Lain-lain spesia adalah termasuk Jenis Allamanda doniana Müll., Allamanda laevis Markgr, Allamanda martii Müll, Allamanda nobilis T.Moore, Allamanda oenotherifolia Pohl, Allamanda polyantha Müll, Allamanda puberula A.DC., Allamanda schottii Pohl (ia mempunyai jenis akar kuning semak), Allamanda setulosa Miq., Allamanda thevetifolia Müll dan juga jenis Allamanda weberbaueri Markgr. Apa pun tidak perlu untuk mengenal semua bunga akar kuning ikut spesis sebab bukan semua ada di Malaysia.
Menanam pokok bunga akar kuning atau pokok alamanda ini mudah di lakukan sebag cara pembiakannya paling mudah dibiakkan dengan melalui teknik Keratan Batang yang separa matang. Lokasi untuk menanam pokok ini perlukan cahaya matahari untuk di dedahkan pada cahaya penuh untuk berbunga dengan lebat. Pilih jenis tanah yang subur, lembap akan tetapi ia juga mempunyai sistem saliran yang baik (tidak menakung air). Perlu ingat semasa menjaga tanaman ini adgar memasang jayu sokongan sebab sifatnya yang menjalar seasa dijadikan tanaman pagar rumah perlu ada para-para untuk ia memanjat. Pokok ini memang ia memerlukan aktiviti cantasan yang kerap atau secara berkala untuk mengawal saiznya dan memangkas ini akan menggalakkan pertumbuhan bunga baru. Perlu juga ia di siram secara konsisten terutamanya pada musim panas bagi memastikan tanah sentiasa lembap. Ada peringatan di mana pokok ini adalah ia getahnya beracun dan semua perlu berhati-hati kerana semua bahagian tumbuhan ini, termasuk getah putihnya yang toksik jika termakan dimana ia boleh menyebabkan iritasi kulit. Penjagaan dan amalan agronomi tanaman pokok alamanda ini perlukan cara penjagaan dan yang paling perlu adalah meniram, membaja dan membuat cantasan pokok. Ini kerana pokok perlu dicantas secara berkala untuk mengekalkan bentuk dan merangsang proses pertumbuhan bunga dan pucuk baru. Habitat asal pokok bunga akar kuning ini biasanya ditemui di kawasan yang terganggu, pinggir hutan berhampiran paya dan tepi jalan raya di Malaysia. Walau pun batangnya kelihatan ia tidak berbelit dan ia juga tidak mempunyai sulur atau akar udara. Ia boleh dipangkas menjadi bentuk semak sebabnya jika ia tidak di cantas maka kesannya ia akan merebak sehingga ketinggian 20 kaki dalam keadaan liar tumbuh sendiri. Selalu ia berbung dengan warna kuning yang berbentuk corong ditanggung dalam 'cymes axillary' dimana mempunyai sepal bunga yang bentuknya bujur telur. Ia mempunyai behagian mahkota bunga berwarna kuning mempunyai 5-lobed dimana buahnya berbentuk kapsul berduri yang terbelah untuk mengeluarkan biji bersayap. Bunga akar kuning juga dikenali sebagai bunga loceng kuning sering digunakan dalam perubatan tradisional sebagai julap (melawaskan pembuangan air besar) dan untuk merawat penyakit kulit seperti kurap atau kudis. Walau bagaimanapun, ia perlu dikendalikan dengan berhati-hati kerana ia beracun dan boleh menyebabkan sakit perut atau kerengsaan kulit jika tidak digunakan dengan betul.

Menarik kongsikan fakta apa kegunaan Bunga Akar Kuning terutama dalam aspek perubatan tradisional dimana bahagian daun dan bunganya sering dijadikan ubat sapuan untuk merawat kudis, kurap dan masalah kulit. Dalam pada itu di laporkan dimana ia mempunyai kesan julap yang baik apabila ekstrak daripada tumbuhan ini tradisionalnya digunakan untuk melawaskan sistem pencernaan. Kegunaan paling di sukai adalah ia ditanam dan di jadikan sebagai 'Hiasan Pagar' iaitu di pilih sebab bunganya yang cantik, yang warnanya kuning dan berbentuk seperti loceng. Ada juga kajian menyatakan dimana pokok ini sebagai 'Anti-mikrob' dimana pada daunnya juga digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat jangkitan kulit dan gigitan ular. Sebagai peringatan lagi di laporkan jika tumbuhan ini juga di gelar sebagai 'si cantik yang beracun' sebab getah dari bahagian tumbuhan ini boleh menyebabkan kerengsaan kulit yang teruk dan keracunan jika tertelan. Beberapa testimoni dan laporan di kaotkan dimana Bunga Loceng Kuning atau Allamanda) mempunyai pelbagai kegunaan merangkumi aspek perubatan tradisional, hiasan, dan ekologi. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa hampir seluruh bahagian tumbuhan ini beracun jika dimakan tanpa kawalan. Pertama ia ada Kegunaan Perubatan Tradisional sebab di beberapa kawasan, terutamanya dalam masyarakat tradisional seperti suku Dayak dimana bahagian akar dan batang tumbuhan ini digunakan sebagai ubat herba seperti mampu Merawat Masalah Hati (Liver) iaitu meminum air rebusan akar atau batangnya sering digunakan untuk merawat sakit kuning (jaundis) dan masalah berkaitan hati. Ada juga di laporkan ia digunakan untuk rawatan masaalah kesihatan lain atau ia digunakan secara tradisional untuk merawat sakit pinggang, malaria dan masaalah penyakit kulit. Ia yang ada sifat Antiseptik memang ia pernah digunakan sebagai antiseptik untuk merawat jangkitan masaalah tertentu. Dalam aspek Kegunaan Hiasan dan Landskap disebabkan bunganya yang cantik, berbentuk loceng dan berwarna kuning terang ia sangat popular sebagai tanaman hiasan yang ditanam di halaman rumah atau taman awam untuk memperindahkan landskap. Ketiga ia ada dijadikan EkologiSumber Makanan Hidupan Liar bila ada buah dari variasi tertentu pokok ini yang sudah matang menjadi sumber makanan bagi primata seperti orang utan di kawasan hutan. Tumbuhan ini mengandungi getah atau sebatian racun yang mana ia dilaporkan boleh menyebabkan kerengsaan kulit (jika terkena getahnya) atau muntah-muntah dan cirit-birit jika tertelan. Sebaiknya di pastikan agar merujuk kepada pengamal perubatan bertauliah sebelum menggunakan mana-mana bahagian tumbuhan ini untuk tujuan rawatan.
Dalam satu laporan media di laporkan 'Bunga Punya Warna, Akar Dapat Nama!' menarik di tulis semula sebab pokok dengan nama botani sebagai Allamanda cathartica hasilkan bunga cantik tetapi di berikan nama akar. Apa pun nama biasa ialah Bunga Akar Kuning, Bunga Loceng, Bunga Trompet Emas atau Bunga Buttercup. Berasal dari Amerika Selatan iaitu di sekitar Mexico hinggalah ke Argentina. Nama asal bagi pokok ini Allamanda diambil daripada nama seorang pakar tumbuh-tumbuhan Switzerland yang bernama Frederic-Louis Allamand. Kalangan peminatnya di laporkan yng mereka menanam pokok bunga Allamanda ini hanya suka-suka dan selalu boleh mendapatkannya dari pokok liar yang ditemui di tebing-tebing sungai dan di tepi jalan atu di rumah jiran sekampong. Ia dilihat mampu tumbuh baik di kawasan-kawasan yang selalu mendapat cahaya matahari dan air yang mencukupi. Dilaporkan di Malaysia dimana pokok bunga Allamanda boleh ditemui di merata-rata tempat di kawasan tropika seperti di sepanjang parit-parit di tepi jalan dan kawasan tanah lapang yang terbiar. Ramai peminat yang menanam dan membiakkan melalui keratan batang dan setakat ini 15 spesis tumbuhan ini telah dikenalpasti ia popular manjadi kegemaran di Malaysia. Antara spesis-spesis yang popular ialah Allamanda cathartica, Allamanda blanchetii, Allamanda angustifolia, Allamanda polyantha dan Allamanda schottii. Sungguhpun kebanyakan spesis menghasilkan bunga yang bewarna kuning namun ada juga yang mengeluarkan bunga bewarna pink (merah jambu). Bagi jenis Allamanda schottii dimana ia merupakan jenis pokok allamanda yang biasa dijadikan tanaman hiasan terdiri daripada 2 jenis. Pertama adalah dari jenis yang Menjalar atau Jenis Memanjat manakala kedua ialah jenis belukar atau jenisk shrub. Di Malaysia dilaporkan jenis belukar lebih banyak ditanam berbanding jenis yang pertama itu. Semasa mula bagi menanamnya, campurkan sedikit baja organik seperti jenis baja tahi ayam atau lembu atau beki tahi ayam proses dan di masukkan ke dalam lubang penanaman diatas tanah. Adalah disyorkan jarakkan kira-kira 3 - 4 kaki di antara satu pokok dengan yang lain kerana Allamanda mudah untuk bercabang dan tumbuh secara merimbun dan melebar. Perlu di buat cantasan atau pangkas daun-daunnya untuk mendapatkan bentuk pokok yang dikehendaki dan seragam. Ia perlu di siram selalu tetapi pastikan air siraman itu betul-betul kering barulah disiram lagi. Pertua atau panduan bagi mendapatkan pokok dan bunga yang cantik adalah selalu menggunakan jenis baja biji penggalak bunga seperti NPK 12:12:17:2 dengan kaedah atau kekerapan 2-4 minggu sekali. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.