Sunday, June 15, 2025

FAKTA DAN KISAH PISANG TANDUK (PART 1)

TANAMAN PISANG TANDUK
(Musa spp) merupakan satu jenis pisang yang semakin popular dikalangan petani yang minat dengan tanaman pisang di Malaysia. Pisang Tanduk agak berbeza dengan Pisang Lang daripada segi saiz dan bilangan biji buah dimana anda boleh membaca tulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Umumnya pisang tanduk adalah merupakan sejenis pisang yang bersaiz besar dan dengan bentuknya seperti tanduk kerbau atau bentuk tanduk lembu menyebabkan ia diberi nama 'Pisang Tanduk'. Pisang Tanduk merupakan sejenis pisang yang amat sedap digoreng atau dibuat makanan ringan iaitu kerepek pisang dan juga dibuat pengat pisang. Kawasan utama penanaman pisang tanduk di Malaysia adalah di Johor, Melaka, Pahang dan Selangor dimana ada ramai populasi orang Jawa kerana difahamkan masyarakat keturunan Jawa memang suka menanam jenis pisang ini. Pisang ini dijual dengan harga paling mahal dipasaran domestik kerana ia adalah ekslusif dibanding dengan beberapa jenis pisang lain kerana ia sukar diperolehi dan saiz buanya yang besar. Penelitian penulis mendapati sebiji pisang tanduk yang besar saiznya mencecah RM10.00 - RM14.00 satu bergantung kepada lokasi jualan dan tahap kesegaran pisang tersebut. Di kedai buah-buahan pisang tanduk digantung seiring dengan oisang-pisang lain. Terdapat banyak jenis pisang lain yang ditanam oleh petani sebagai 'Pisang Makan Segar' dan juga jenis 'Pisang untuk diproses'. Di antara pisang yang boleh di makan segar ialah seperti Pisang Berangan, Pisang Cavendish dan Pisang Rastali. Pisang yang biasa di masak atau diproses pula adalah seperti pisang Nangka, Pisang Raja, Pisang Lang, Pisang Relong, Pisang Tanduk, Pisang Nipah dan Pisang Awak . Anda boleh baca artikel tulisan saya mengenai jenis-jenis pisang (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Dalam tinjauan penulis blog kini semakin ramai petani yang menanam pisang tanduk walau pun sukar mendapatkan anakbenihnya. Bagaimana pub terkini sudah ada pembekal sulur anakbenih pisang tanduk kultur tisu dengan membuat tempahan khas dari pihak nurseri. Artikel pada malam Rabu setelah menonton Perlawanan Bolasepak Asia Cup antara Malaysia dengan Vietnam (Malaysia menang 4 - 0) saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta dan kisah mengenai pisang tanduk bagi tujuan bahan bacaan dan rujukkan anda.


Akhbar sama melaporkan cerita dimana 'Permintaan tinggi musim perayaan' sesuai dengan tajuk kali ini. Penanaman pisang tanduk antara yang mana ia juga menguntungkan apabila menerima jumlah permintaan dua kali ganda ketika musim perayaan. Menurut Pengasas Changloon Agro Farm (CAF) Azuwan Azlan dimana dia dapati berikutan dari kebergantungan pengusaha produk makanan tempatan terutama usahawan kerepek yang banyak menggunakan pisang tanduk dalam penghasilan produk mereka. Jumlah permintaan cukup tinggi daripada pasaran tempatan terutama sektor makanan bagi tujuan pembuatan kerepek dan produk berasaskan pisang itu dijangka mewakili 70 peratus hasil jualan. Dia dakwa dimana 30% lagi adalah untuk pasaran buah segar dan pengusaha kerepek daripada kelompok usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) sekitar utara termasuk Kedah. Walau pun ada kalangan petani yang mahir mengusahakan pisang tanduk yang berjaya mendapat hasil dalam tempoh dua bulan hingga tiga bulan sebelum perayaan boleh melihat sendiri permintaan serta harga yang lebih stabil terhadap hasil jualan pisang berkenaan menjelang musim perayaan. Dia dakwa penanaman buah pisang tanduk dengan menerusi kaedah moden dan terancang juga membantu petani meraih hasil stabil selain rendah risiko. Kaedah untuk penanaman kurang berisiko dengan penggunaan anak tisu kultur membantu pengusaha meraih hasil stabil iaitu antara 10 hingga ke 16 tan semusim. Dilaporkan berat buah pisang tanduk premium boleh mencapai kira-kira 10 -16 kilogram setandan. Mereka dapati dimana setiap plot iaitu keluasan tanah kira-kira 0.81 hektar ditanam dengan anak pokok ini setiap dua bulan mampu meraih hasil 10 - 16 tan semusim ketika dituai. Adalah lebih baik jika hasil jumlah itu dapat ditingkatkan sekali ganda bagi membolehkan hasil tuaian jatuh pada bulan sebelum perayaan. Ia meningkat hingga ke 20 tan bagi menampung permintaan pasaran makanan raya. Bagi memastikan petani berupaya menampung keperluan semasa, beberapa pendekatan diambil seawal pemilihan anak pokok lagi. Potensi dimana kepada petani yang mahu menjamin penghasilan buah yang berkualiti premium iaitu 10 -16 kilogram setandan mesti perlu penggunaan anak pokok kultur tisu adalah pilihan terbaik. Biasanya tandan buah berat dan besar selain tumbesaran sekata serta mempunyai daya tahan dari serangan penyakit. Faktor lain tidak kurang penting itu adalah sumber tadahan air mencukupi bagi persiapan jika berlaku kemarau yang panjang dalam tempoh penanaman. 


Apa pun semasa kerja penyediaan tapak juga sangat penting terutama di kawasan bebas banjir dan memiliki pH tanah yang baik. Keadaan tanah juga tidak berbatu bagi memastikan sistem pengairan air kepada tanaman lancar dan dia juga ingatkan amalan terutama dalam aspek pengairan dan sumber air mencukupi kerana risiko dialami petani termasuk pokok boleh terbantut selain hasil buah yang ringan menjejaskan pendapatan mereka. Formula menanam pokok pisang tanduk adalah mengekalkan jarak 2.1 kali 2.1 meter supaya tidak wujud persaingan antara pokok bagi baja dan sumber penting lain ketika pertumbuhan dalam tempoh tujuh bulan apabila pokok sudah mengeluarkan sulur tandan pisang. Ketika proses awal penyediaan tapak, iaitu tujuh hari sebelum kerja penanaman kami akan letakkan baja tahi ayam dan racun serangga bagi mengelakkan serangan perosak seperti anai-anai serta bakteria. Persiapan untuk anak pokok pula dimana sebaiknya setiap benih itu dicelup dahulu ke dalam larutan antibakteria selama seminit bagi memastikan ia bebas serangan bakteria. Kemudian barulah ditanam ke dalam lubang dengan kedalaman antara 12.7 - 25.4 cm. Aktiviti rutin pembajaan hanyalah bermula ketika usia pokok mencecah tiga bulan sehinggalah tujuh bulan mengikut jenis dengan formulasi baja tertentu. Dijangka dimana selalunya pada bulan yang kesembilan hasil sudah sedia dituai. Sebaiknya petani yang menanam pisang perlu mendapatkan bantuan khidmat nasehat, bantuan input dan kursus daripada pihak tertentu secara berterusan.


Menarik dalam portal Utusan Borneo yang bertajuk '
Tanaman pisang mampu hasil pelbagai produk' untuk di kongsikan kisahnya. Kisah dari Sarikei, Sarawak melaporkan dimana kini tanaman pisang mampu menghasilkan pelbagai produk hiliran jika diusahakan secara kreatif, kata Penolong Pegawai Pertanian Pusat Latihan Pertanian (PLP) Sungai Paoh Tiram Mengga. Kini tanaman pisang mempunyai pasaran luas dan boleh digunakan bagi menghasilkan pelbagai produk berlainan dengan masa dulu dimana selain dimakan terus kini hasil pisang turut dijadikan produk makanan seperti cucur pisang sahaja. Apa pun memang buah pisang boleh digunakan menghasilkan produk lain seperti keropok, kuih pisang serta penghasilan terutama berasaskan makanan. Bagi tujuan untuk mengangkatkan penghasilan produk ini dan mampu memberi keyakinan serta maklumat baharu berkaitan tanaman ini, kita menjemput petani, pekebun serta penghasil produk makanan menyertai kursus memantapkan kemahiran serta menambah pengetahuan mereka menghasilkan produk-produk baharu berasaskan bahan mentah seperti pisang. Jabatan Pertannian telah anjurkan Kursus Pembuatan Kerepek Pisang anjuran Jabatan Pertanian di Pusat Latihan Pertanian Sungai Paoh Sarikei, Sarawak. Seramai 25 peserta berjaya menamatkan kursus pembuatan kerepek pisang tersebut. Kursus kaedah pembuatan kerepek pisang ini diadakan untuk berkongsi dan membimbing petani berminat mendalami ilmu kemahiran dalam bidang agromakanan. Kini k kebanyakan petani hanya tahu tanaman yang ditanam selain dimakan begitu sahaja. Bagi peserta dakwa pisang tanduk boleh dibuat kerepek dan mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan. Dengan menghadiri kursus ini, kita berharap peserta tahu cara mempelbagaikan produk masing-masing. Bagi Tuai Rumah Minang Jelinggai (470 yang melahirkan rasa bangga dan bertuah kerana berpeluang menghadiri kursus pembuatan kerepek pisang. Ini adalah sesuatu baharu bagi saya mudah-mudahan berkat ilmu dan tunjuk ajar tenaga pengajar sepanjang kursus ini saya dapat mempelbagaikan usaha selepas ini. Kini dia berniaga kerepek pisang menambah pendapatan keluarga. Malah, saya juga berkongsi dengan ahli-ahli Biro Wanita di rumah panjang saya mengenai setiap ilmu yang saya dapat setelah tamat kursus ini dimana dengan ini mereka juga boleh mempraktikkannya untuk kemajuan bersama yang berasal dari Sungai Lemayung, Batu 2, Jalan Entabai, Pakan. Kursus pembuatan kerepek pisang di Pusat Latihan Pertanian (PLP) Sungai Paoh Sarikei dikendalikan oleh Pembantu Pembangunan Masyarakat PLP Sungai Paoh, Rabatul Adawiyah. Artikel ini ditulis dalam dua segman iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Diharap ia menjadi sumber ilmu kepada pembaca blog anim agro technology kali ini kepada semua. Wasallam!!!...

JENIS PISANG ...TANDUK BESARNYA...
HARGA MAHAL...RAMAI YANG SUKA...
DI GORENG PANAS...CICAH KICAPNYA...
BACA ARTIKEL...ADA BANYAK FAKTANYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Zulhijjah 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.