Thursday, May 16, 2019

POKOK AJAIB - PELBAGAI KEGUNAAN

POKOK AJAIB (Synsepalum dulcificum) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Sapotaceae (sama dengan pokok Ciku) yang mana ia dipercayai berasal daripada Afrika Barat. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti Miracle Fruit, Buah Ajaib, Miracle berry, Magic berry dan juga Miraculuos berry. Pada penulis blog ada beberapa kali petik, melihat dan merasa sendiri semasa membuat lawatan kebun En Lim di Raub, Pahang mendapati Buah Ajaib ini unik kerana buahnya ajaib berwarna merah dengan warna isi dan kulit yang unik. Ia juga amat bersesuaian dengan namanya buah yang berbentuk beri ini didakwa mampu memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid. Walaupun buah ini sebenarnya hanya mempunyai rasa "Tawar" sahaja akan tetapi  boleh menyebabkan setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis. Ini adalah disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil Miraculin. Penulis blog makan buah kedondong muda (masam) akan tetapi mendapati ia rasa manis selepas memakan buah ajaib. Penulis blog juga minum air mineral dan merasainya sebagai rasa manis. Wow! ... memang unik buah ajaib ini sesuai dengan sebutan namanya. Dalam pada itu kesan ini akan dirasai antara satu hingga dua jam selepas makan buah tersebut. Buah Ajaib juga agak mudh ditanam dimana ia kini sedang dikenal pasti sebagai antara sumber yang memberikan rasa manis semulajadi. Ia berasal dari Afrika barat di kawasan yang beriklim tropika. Di Afrika pula buah ini didakwa kadangkala digunakan untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi. Artikel subuh ini jam 3.00 pagi saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology" mengenai Buah Ajaib yang pernah penulis blog petik dan rasa di Raub untuk bahan rujukkan anda semua.


Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam di dalam pasu yang besar atau pun dikawasan halaman rumah atau didalam dusun. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat biasa dimana keadaannya menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya jika ditanam dikeliling rumah kita boleh jaga ketinggiannya dengan mmembuat cantasan untuk ia tumbuh sehingga 5 -  6 kaki sahaja. Pokok ini lazimnya akan menghasilkan buah sepanjang tahun. Apa pun dilaorkan dimana ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam. Bunganya berukuran agak kecil yang berwarna putih dan buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak (Sila lihat foto disebelah). Setiap buah mempunyai satu biji didalamnya. Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis. Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih. Sebaiknya untuk menanam pokok ini tanah yang agak berasid diperlukan. Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4. 5 hingga 5. 8 walau pun dalam keadaan lain ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi.

Dalam perubatan buah ini digunakan untuk merawat demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk. Kandungan gula semulajadi yang dihasilkan oleh buahnya juga amat berguna untuk membantu pesakit kencing manis. Pokok ini telah dikenali sejak tahun 1725 lagi oleh seorang pengkaji dari Francis bernama Des Marchais akan tetapi ianya tidak dinamakan dengan apa-apa nama. Pada pertengahan abad ke 19 barulah pokok ini telah dikenali sebagai Synsepalum dulcificum. Dalam satu jurnal Pharmasi, Vol. 11 dan diterbitkan pada tahun 1852, Dr. W.F. Daniell memanggilnya sebagai “miraculous berry” dan kehebatan buah ajaib sehingga kini masih diperkatakan. Dalam pada itu didakwa buah ajaib memberi kegembiraan kepada peminat makanan dan buah-buahan yang ada rasa masam (Sour Taste). Dslsm dunis perubatan didakwa dimana buah dari pokok ajaib boleh mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi dan mengurangkan kolestrol (Sila lihat buahnya disebelah). Buah ajaib ini juga didakwa mampu menahan kesakitan luka diusus sebab buah ini mampu menukarkan rembesan asid dari perut yang luka kepada alkali. Daun pokok boleh menyembuhkan sakit gigi dengan hanya mengunyahnya. Ada juga yang memetik daunnya dan merebusnya untuk diamal meminumnya setiap hari untuk mereka yang menghidapi Kencing Manis dan Darah Tinggi. Juga mampu mengurangkan kesakitan akibat bisa gigitan serangga dan penyakit gatal dikulit. Didakwa juga dimana buah ajaib ini boleh mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat.

Dslsm beberapa rujukkan juga penulis blog dapati banyak khasiat daripada buah ajaib ini. Buah Ajaib didakwa ia mampu untuk memberikan satu rasa kegembiraan kepada peminat makanan dan buah-buahan yang masam. Dalam pada itu daunnya sesuai juga direbus untuk diamal meminumnya setiap hari untuk mereka yang menghidapi Kencing Manis dan Darah Tinggi. Juga mampu mengurangkan bisa gigitan serangga dan penyakit gatal dikulit. Ia juga didakwa boleh mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat. Terdapat pelbagai cara yang telah dan boleh dilakukan untuk membiak pokok ajaib. Diantaranya melalui semaian bijinya yang berkulit keras akan tetapi dengan menyemai biji akan mengambil masa yang agak lama untuk tumbuh iaitu lebih kurang 50 hari (Sila lihat biji buah ajaib disebelah). Selepas bijinya tumbuh biasanya ia akan mengeluarkan 2 helai daun sebagaimana tumbuhan yang lain dan mengambil masa 6 bulan untuk memulakan cabang yang baru. Pembiakan boleh juga dilakukan dengan cara percambahan akar dahan. Pokok ajaib memerlukan air dan baja untuk terus subur, tanah yang agak masam tetapi menyerap air amat sesuai untuk pokok ajaib. Pokok yang kecil tidak boleh dibiarkan 100 peratus menerima cahaya matahari kerana ia akan membantut tumbesarannya. Biasanya pakok ajaib boleh dijaga di dalam rumah atau dikawasan lapang pada anjung rumah. Pemiliknya perlu menyiram sekurang-kurang tiga hari sekali dan pastikan jangan terlebih air. Bagaimana pun kini jika ada gel pertanian boleh dicampurkan dalam media tanaman dalam pasu dan kita tidak perlu menyiansetiap hari kerana gel membantu pertumbuhan. Semuga anda semua mendapat info berguna dalam blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
POKOK AJAIB... SUKAR DI JUMPA...
RASANYA TAWAR.. MERAH WARNA...
MIRACULIN... ITU ASAS PERASA...
BUAH TAWAR... MANIS JADINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaua,
Malaysia.

(10 Ramadan 1440H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.