Produk Kebab Malinja merupakan salah satu dari produk makanan sejukbeku yang dihasilkan daripada Syarikat Wan Malinja Food Industries Sdn Bhd di Kompleks IKS di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Penulis blog ada kesempatan melawat kilang makanan bumiputera ini dengan Pengarah Pertanian Negeri Johor dan pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat. Acara kunjungan ini adalah untuk melihat teknologi pembuatan makanan berasaskan daging dan produk berasaskan makanan daging lembu dan daging ayam sejukbeku yang telah berjaya. Dimaklumkan juga pengasas Syarikat iaitu Zurawan Surip adalah seorang usahawan berjaya didalam penghasilan makanan sejukbeku ini semenjak lama. kami disambut oleh isteri beliau Pn Rina Hashim yang memberi penerangan berkaitan syarikat dan produk yang dihasilkan. Syarikat mempunyai slogan "untuk menjadi pengeluar makanan halal antarabangsa melalui produk yang berkualiti, perkhidmatan yang baik dan sekumpulan pasukan yang sangat baik" kini telah lama beroperasi dan menjadi usahawan berjaya. Diantara visinya pula adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang berjaya, untuk menjadi sebuah syarikat yang mengamalkan etika yang baik dan juga untuk menjadi sebuah syarikat standard peringkat antarabangsa. Pengasas Malinja Food ini telah menerima banyak anugerah seperti Champion on agricultural products in MAHA 2006, Anugerah Perdana Menteri Sempena MAHA international 2012 dan juga Thailand Best Friends Awards -2012 serta Pemenang Anugerah Usahawan Muda SME -2012. Tinjauan penulis blog dikilang IKS disini juga merupakan salah satu daripada siri lawatan ke projek IAT dan lain-lain projek pertanian di Batu Pahat seperti di Azad Food Industries Sdn Bhd, Pau D'Sanjung Sdn Bhd, BSA Fig Garden, Wansern AgroTech Sdn Bhd dan beberapa lokasi lain lagi. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan satu info mengenai usahawan bumiputra yang bergiat dalam penghasilan produk makanan sejuk beku untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
Dalam taklimat yang diberikan puan Rina menyatakan bahawa syarikat mereka banyak hasilkan makanan sejuk beku berasaskan daging (Sila lihat foto disebelah). Turut sama adalah Encik Ahmady Jaafar yang juga pengurus pemasaran syarikat yang menyatakan syarikat akan menyasarkan sebanyak 40 -50 kiosk setahun sebagai satu strategi pemasarannya. Menurutnya kini ada sambutan dikalangan pengguna untuk menggunakan produk Malinja adalah sangat menggalakkan dan terus meningkat permintaannya saban tahun. Antara produk yang dikeluarkan adalah Pita Roti, Kebab Malinja, Sate Malinja, Frozen Meat Perap dan sebagainya. Kilang yang lama beroperasi ini mempunyai pekerja tempatan yang mampu menghasilkan produk mengikut perancangan mereka. Produk Roti Pita sebenarnya bukan berasal dari negara kita dimana menurut Wikipedia, Roti Pita (juga dipanggil dan kurang dikenali sebagai pitta atau pide (Turkish), pitka (Bulgarian) dan disebut "pitta" dalam Greek adalah flatbread gandum dibuat menggunakan yis yang bulat dan coklat. Roti pita pada saya pula menyerupai flat lapisan berganda atau roti poket, pita adalah tradisional dalam kebanyakan cara masakan Timur Tengah dan Mediterranean. Lazimnya ia adalah dari Afrika Utara dan Orang Arab Semenanjung dimana ia mungkin kebetulan dengan sama ada penyebaran dunia Yunani atau pengembangan Arab di bawah sepanduk Islam. Bagaimana pun kini rakyat Malaysia telah menjadikan roti pita sebagai makanan yang digemari sama juga dengan hidangan Nasi Arab, Nasi Buhari, Myonis, Kebab, Sphagetti dan banyak lagi kulinari antarabangsa yang dimajukan dalam negara. Syarikat ini sebagai contoh menghasilkan makanan yang berasal dari luar negara untuk hidangan rakyat tempatan.
Dalam penerangan diberikan dinberitau dimana Wan Malinja Food Industries Sdn Bhd (Sebelum ini dikenali dengan nama Malinja Doner Kebab) dimulakan pada tahun 1998 asalnya hanya untuk memproses dan mengeluarkan makanan sejukbeku berasaskan daging dengan produk seperti Kebab, Sate dan juga marinated chicken. Pengasas syarikat telah mencipta pelbagai resepi tradisional untuk citarasa tempatan dan juga citarasa antarabangsa. Berasaskan kepada teknologi makanan dan disiplin yang berterusan kini syarikat ini telah menggunakan teknologi terkini didalam mereka menghasilkan produk sejukbeku berasaskan daging ini. Produk yang dihasilkan juga menepati citarasa pengguna yang berubah mengikut keadan semasa. Syarikat ini telak dikopertkan pada tahun 2004 sebagai Malinja Food Industries Sdn Bhd bagi menghasilkan makanan halal sejukbeku bumiputera seterusnya memperkukuhkan jaringan dan strategi pasaran. Pada masa ini pelanggan utama produk Malinja adalah beberapa syarikat ternama seperti AEON Jusco, Genting World Resort, Sajibumi Sdn Bhd, Desatera Sdn Bhd, Branim Airline Catering Bhd dan juga Pasaraya Mydin. Terkini mereka menghantar produk halal ini terdiri daripada produk sejukbeku iaitu Kebab (Daging dan Ayam), Sate (Daging/ Kambing dan Ayam), Marinated Chicken (Whole chicken/ Whole legs), Yakitori dan Chicken Chop. Produk lain dipasarkan adalah roti pita, sos dan juga pes. Produk ini memang enak dimakan setiap masa.
Dalam akhbat tempatan bertajuk "Wan Malinja mahu perkukuh kedudukan" dalam utusan online mampaparkan dimana mereka ceritakan usahawan makanan sejuk beku tempatan, Wan Malinja Food Industries Sdn. Bhd. (Wan Malinja) mencatatkan prestasi cemerlang apabila menjadi antara syarikat bumiputera yang berjaya menguasai pasar raya utama negara. Pengarah Urusan Wan Malinja, Zurawan Surip berkata, perkara berkenaan merupakan langkah strategik yang diambil bagi mengukuhkan penguasaannya dalam pasaran semasa untuk meningkatkan jualan dan perolehan syarikat. Katanya, menerusi jualan melalui pengedar di pasar raya besar, sebanyak 60 peratus adalah daripada segmen tersebut di samping kontrak makanan oleh agensi korporat lain yang sering mendapat permintaan tinggi dan memberangsangkan. Ujarnya, sebagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beliau sentiasa memastikan agar kedudukan syarikatnya menghasilkan produk yang berkualiti tinggi supaya menepati citarasa pelanggan agar terus yakin dengan rangkaian produk yang dijual di pasaran. Syarikat kini berjaya memasarkan produk Wan Malinja ini di pasar raya seperti AEON, AEON Big dan Giant yang terdapat di seluruh negara. Selain itu, bagi industri makanan dan minuman, kita juga berjaya mendapatkan tempahan yang tinggi daripada Genting World Resort, Pahang. Produk sate Wan Malinja mencatatkan tempahan sebanyak 300,000 cucuk pada bulan Ramadan yang lalu di samping produk kebabnya yang meningkat 300 peratus dalam tempoh yang sama. Kini jualan keseluruhan rangkaian produk mencecah hampir RM900,000 sebulan dan jualan akan meningkat secara mendadak apabila tiba musim perayaan ataupun cuti persekolahan. Beliau sebagai pengusaha bumiputera, Wan Malinja berhasrat untuk terus mengembangkan usaha perniagaannya dengan jangkaan membuka sebuah kilang di tanah berkeluasan 10 ekar bagi memastikan keluaran produk sejuk bekunya dalam tempoh beberapa tahun lagi. Diantara produk yang dihasilkan oleh Wan Malinja termasuklah daging kebab, roti pita, sate, produk daging sejuk beku seperti ayam, lembu dan kambing malah turut mempunyai produk beras yang dibangunkan tiga tahun lalu. Syarikat berkenaan yang juga dibantu oleh Permodalan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) menyasarkan margin keuntungan sebanyak lapan peratus pada tahun ini dalam meletakkan Wan Malinja sebagai PKS yang aktif dan tumbuh dengan cemerlang dalam ekonomi negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.