DURIAN Varieti Raja Kunyit (Durian ziberthinus Linn.) atau juga dipanggil Durian 'Musang King' telah didaftarkan dengan daftar D197 dalam senarai pendaftaran varieti tanaman Jabatan Pertanian. Durian ini merupakan varieti yang sangat popular dengan banyak di tanam di kawasan Kelantan, Pahang (Daerah Raub), Johor dan juga Perak. Varieti ini telah didaftarkan oleh Encik Wee Chong Beng dari Tanah Merah , Kelantan pada 9 Disember 1993. Semasa didaftarkan nama varieti asal durian ini adalah 'Raja Kunyit' berdasarkan pencirian durian ini yang berbentuk bulat bujur, kulit berwarna hijau muda, isi berwarna sangat kuning, isi tebal, rasa lemak, sangat manis dan sedikit rasa pahit. Masyarakat biasa atau orang tempatan di Malaysia lebih kenal varieti ini dengan panggilan Klon D197. Durian ini mendapat permintaan yang tinggi untuk penanaman semenjak didaftarkan dan merupakan varieti durian yang popular. Pada masa ini kawasan di Bentong , Pahang merupakan kawasan pengeluaran utama durian ini dengan jenama 'Durian Musang King'. Harga durian ini merupakan antara varieti yang paling mahal dan stabil sepanjang tahun. Penulis dapati pada purata harga durian Musang King diantara RM 15.00 - RM30.00 sekilogram yang dijual digerai tepi jalan sekitar Raub dan Bentong. Berbanding dengan durian D24 dan D168 purata harga varieti durian tersebut adalah sekitar RM2.50 - RM5.00 sekilogram sahaja. Artikel malam ini saya membentangkan dalam "Anim Agro Technology" pencirian durian Raja Kunyit atau Durian Musang King berdasarkan kajian DUS yang telah dibuat.
Durian ini mempunyai panjang buah saiz sederhana sekitar 20 cm panjang dengan lebar buah sederhana (15.5 cm) dan berat purata buah juga sederhana iaitu 1.8 kg sebiji. Kiraan nisbah panjang buah dengan lebar buah dikira pada 1.38:1. Bentuk buah dikatakan sebagai OVAT (Ovate) dengan bahu pangkal buah yang sedikit rata. Bentuk bahagian hujung buah adalah bulat dimana panjang tangkai buah diukur sepanjang 5.4 cm. Garispusat tangkai buah adalah saiz sderhana. Susunan duri dibahagian tangkai buah adalah agak bergabung dengan duri yang kasar sementara susunan duri pada hujung buah adalah bertapak luas atau tidak berduri. Bentuk duri pada pangsa buah adalah tidak berkop. Duri antara pangsa buah adalah bersaiz lebih besar dari duri pangsa. Pangsa buah varieti Raja Kunyit (D197) atau musang King adalah jelas kelihatan pada kulit buah.
Duri durian Raja Kunyit mempunyai warna perang kekuningan pada pangkal duri dan tengah duri sementara dihujungnya berwarna perang. Hanya mereka yang amat teliti akan dapat membezakan warna yang ada pada duri. Saya menggunakan kanta pembesar untuk melihat dengan teliti perbezaan warna pada duri pada kulit durian ketika membuat pemeriksaan. Buah ini adalah sangat senang untuk dibuka apabila telah gugur dan cukup masak. Tempoh buah untuk matang dalam kategori sederhana iaitu tidak terlalu lama atau cepat. Tebal kulit buah yang dibuka dikuur setebal 1.7 cm. Apabila dilihat isinya berwarna kuning dengan ulas yang bersaiz sederhana dan isinya memang tebal. Apabila dimakan akan terasa isinya yang manis dan mempunyai rasa pahit sedikit tetapi rasa lemak yang sangat kuat.
Tekstur isi buah durian Musang King/ Raja Kunyit/ D197 dikatakan sebagai sederhana, begitu juga kepejalan isinya yang juga sederhana. Aroma pada isinya adlah sedikit tidak seperti durian lain yang aroma isinya kuat. Kadar isi pada berat buah adalah pada kadar 0.243 iaitu lingkunag 25% kuantum berat isi berbanding dengan berat buah. Lazimnya terdapat 4 ulas biji atau isi pada satu pangsa. Kajian juga menunjukkan peratus biji kesep bagi varieti ini adalah 70% (sangat tinggi) sementara peratus biji berisi separuh hanya 30%. Kebaikan istimewa varieti ini adalah tidak ada peratus biji penoh dijumpai (0%). Saiz biji adalah sederhana iaitu tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil.
Durian Musang King atau Durian Raja Kunyit atau Durian D197 adalah varieti yang sama. Dalam pasaran terbuka nama 'MUSANG KING' kini lebih menonjol kerana ianya berjaya memberikan kepercayaan dalam proses promosi yang dijalankan. Jabatan Pertanian banyak mengeluarkan anakbenih durian ini dahulu tetapi kini banyak dihasilkan oleh nurseri swasta yang telah mengikuti program pengesahan benih tanaman. Durian ini sangat baik untuk pasaran domestik dan mempunyai potensi besar untuk diekspot dengan teknologi 'Quick Freeze' yang menyejuk bekukan durian segar setiap biji (whole fruit) menggunakan mesin khas. Permintaan durian sejukbeku ini sangat baik di pasaran Hong Kong, China dan juga beberapa negara lain. Semuga minat masyarakat Malaysia terhadap durian akan terus meningkat sepanjang tahun dengan mempromosikan varieti yang mempunyai ciri-ciri komersial seperti Musang King. Semuga anda dapat infoo berguna mengenai pencirian durian Raja Kunyit atau Durian Musang King yang sangat popular di Malaysia sebagai buah durian yang premium. Wasallam!.
MUSANG KING....RAJA KUNYIT SAMA.....
BUAH BERKUALITI... ADA NAMA....
HARGA TINGGI....DIJUAL MERATA....
RAMAI UKA... EKSPORT KECHINA...
Related articles:
1. Klon Buah Popular di Malaysia (Klik disini)
2. Durian Clones (Click here)
3. Durian (Click here)
4. Popular durian clones (Click here)
5. Durian Belanda (Klik disini)
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana 2,
Jalan Istana,
Bukit Beruang, Melaka,
Malaysia
(20 Zulkaedah 1432H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.