Thursday, May 22, 2025

SEMBANG POKOK TURI DAN KEHEBATANNYA (Pt 2)

POKOK DAUN TURI merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan sayuran daun daripada DAUN TURI (Sesbania grandiflora synonim dengan Aeschynomene grandiflora) sebagai sejenis sayuran kampong tradisional yang mudah di tanam dan didapatkan di Malaysia. Penanaman pokok turi di negara kita Malaysia lazimnya dibuat dikawasan keliling rumah sebagai pokok hiasan landskap disamping bagi mendapatkan pucuk dan bunga daun turi untuk dijadikan sayuran. Dalam merujuk kepada laporan statistik Jabatan Pertanian mengenai pokok turi dimana penulis blog tidak dapat maklumat secara rasmi akan keluasan pokok turi yang ditanam dan juga lokasi penanamannya di Malaysia. Ini disebabkan pokok turi tidak menjadi tanaman utama seperti beberapa jenis tanaman lain. Pokok ini ditanam ikut kesukaan dengan satu atau dua pokok sahaja mencukupi untuk kegunaan sendiri disekeliling rumah atau ada yang tumbuh sendiri dan mungkin kurang menarik ramai peminat. Pokok turi yang dibiarkan mampu tumbuh tinggi akan tetapi lazimnya pemilik pokok akan mencantas rendah untuk memudahkan kerja-kerja memetik bahagian pucuknya yang lembut dan muda bagi dijadikan sayuran. Daun turi juga ada dijual digerai pasar tani, pasar malam atau di pasara tradisional. Ia asasnya adakah sejenis produk dari kampong dijual dikawasan pasar atau dipasar malam dengan anggaran harga RM 3.00 - RM 4.00 satu ikat bergantung kepada kuantiti dan kualitinya. Kebanyakan daun turi bersama bunga turi dimasak gulai lemak yang dimakan dengan nasi bersama ikan atau ayam goreng. Artikel subuh Ahad ini saya sembang dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan daun turi didalam masyarakat lokal untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Umumnya Pokok Turi adalah jenis berkayu lembut yang cepat tumbuh mencapai ketinggian sehingga antara 3-8 meter. Akarnya berbintil-bintil dan berguna untuk menyuburkan tanah dimana pada batangnya berlendir dan berair kelihatan berwarna merah dimana rasanya pahit. DIlihat yang dahan daunnya berukuran 15-30 cm panjang terdiri daripada 10 - 20 pasang tangkai berukuran 20 -30 cm terdiri daripada 20 - 40 pasang anak daun yang disusun bertentangan tambah sehelai anak daun ganjil. Helai bagi anak daunnya berbentuk jorong memanjang dan berpermukaan rata. Bunga turi berbentuk lonjong dengan ukuran 1.5–10 cm panjang dengan dua hingga empat tandan dengan warna bunganya ada yang merah dan ada juga yang putih. Bagi Salut Buga ia berbentuk loceng dan berbibir dua yang cetek. Keseluruhan kuntum berbentuk seperti kupu-kupu apabila kembang buka. Lenggainya kecil dan lurus dengan panjang 30-45 cm ia sewaktu muda berwarna hijau, tetapi mematang tua berwarna kuning keputih-putihan. Setiap lenggai mengandungi kira-kira 30 biji benih, biji ini 8 mm (0.3 in) sebutir berbentuk bulat panjang, dan berwarna perang muda. Kegunaan bahaguan pucuk atau daun muda geti kadang-kadang dijual di pasar malam atau di pekan sehari. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis. Masyarakat desa juga menganggap pucuk geti sebagai julap. Jus dan bunganya dikatakan boleh mengurangkan inflamasi dan gatal hidung serta mengubati batuk. Air rebusan akar pula dikatakan dapat mengurangkan batuk dan mengeluarkan kahak. Ramai kalangan peminat sayur kampong ini di tanam dan ada yang dijual dengan harga murah berbanding dengan saur tradisional yang lain. Dalam beberala laporan kajian di laporkan pucuk turi mengandungi khasiat yang tinggi, terutama banah Vitamin C dimana didalam tiap-tiap 100 gram bahagian yang boleh dimakan mengandungi bahan iaitu Air (77.2 g), Protein (8.4 g), Lemak (1.1 g), Karbohiderat (9.7 g), Serat (1.8 g), Kalsium (181 mg), Posforus (29 mg), Zat Besi (0.3 mg), Natrium (23 mg), Kalium (356 mg), Karotin (5,022 ug), Vitamin A (837 ug), Vitamin B1 (0.06 mg), Vitamin B2 (0.71), Niasin (2.4 mg) dan juga Vitamin C (114 mg).  Pendek kata sayuran jenis Legume atau kekacang ini memang mudah di tanam dan berkhasiat pula dimana selain di jadikan sayuran ia juga sesuai di jadikan bahan makanan ternakan.

Diantara kuliner yag popular bagi daun turi adalah PUCUK TURI LEMAK PUTIH BERSAMA LABU DAN TEMPE yang mudah di sediakan dan selalu a
da di jual di restoren masakan melayu untuk hidangan makan tengahari. Memang kalangan peminat masakan sayur lemak akan suka makan kuliner ini terutama pada hidangan makan tengahari bersama ikan goreng, ayam goreng dan sambal belacan sebagai pelengkapnya. Apa pun perlu disediakan bahan memasak terdiri daripada 1 cekak pucuk turi (lurutkan dari tangkai atau dipanggil pucuk manis), 1 potong labu kuning (perlu dibuang kulit dan potong dadu), 1 paket kecil tempe (boleh dipotong dadu), 1 liter santan kelapa, 1 sudu makan ikan bilis, 1 biji bawang besar di hiris, 2 ulas bawang putih di hiris, 2cm halia muda yang dihiris serta bahan perasa iaitu garam dan gula secukup rasa. cara memasaknya adalah memasukkan santan dalam periuk bersama bahan hirisan, ikan bilis, labu dan tempe. Kemudian ia direnehkan di atas api sederhana hingga mengelegak. Seterusnya di masukka bahan pucuk turi dan dikacau lagi. Perlu ianya di perasakan dengan garam, gula secukup rasa dan seterusnya ditutup api dan di masukkan kedalam mangkuk dimana sayur sedia dihidangkan untuk di nikmati bersama lauk lain.


Selain itu kuliner seperti 
Masak lemak pucuk turi bersama keledek dan udang juga popular di Malaysia. Makanan ini amat simpel dan cepat serta mudah untuk di sediakan. Sediakan bahan terdiri daripada 1 ikat pucuk turi segar, 5 ekor udang saiz jumbo, 2 ulas bawang putih yang perlu di kisar, 1 biji bawang besar yang dikisar, 1 biji cili merah yang dihiris, 1 biji keledek yang dipotong dadu, 1 kotak santan kelapa, air dan garam kadar sesedap rasa. Cara memasaknya juga mudah di fahami dimana direbus bahan kisar dan keledek kemudian dibiarkan sehingga semua mendidih ddan kemudian masukkan pucuk turi. Semuanya perlu di masak hingga lembut dan kemudian boleh di tambah santan, garam dan sesedap rasa. Seterusnya di masukkan bahan udang dan cili merah hiris nipis dan ia dibiar seketika hingga udang masak. Akhir sekali disesuaikan rasa dan sedia untuk disajikan. Kuliner ini sesuai di makan pada waktu tengahari bersama nasi panas dan lauk pauk lain seperti ikan goreng atau ayam goreng dengan disediakan juga sambal belacan. Ada juga yang suka makan sauur ini bersama ikan kering sahaja. Makanan ini di laporkan sejenis kuliner yang berkhasiat dan memang sering di sajikan semasa kenduri atau menjamu para tetamu. Mudah juga di hidangkan di beberapa restoren Masakan Melayu dan di beberapa hotel yang terpilih. 


Bagi penulis blog didalam yang ada juga membaca laporan kajian mendapati iaitu bahawa daun turi memang bersifat tonik dan boleh digunakan sebagai ubat kuat dan antipiretik, penyembuh kes perut kembung, masaalah perut kejang, diarea dan juga masalah Cholera. Walau pun kajian klinikal masih belum kukuh tetapi kenyataan testimonial sering digunakan untuk tujuan ini. Caranya dengan kita melumatkan daun dan campurkan dengan air suam dan minum airnya. Petua lama juga ada menyatakan yang cecair daripada batang pokok turi boleh kita digunakan sebagai ubat untuk kira berkumur bagi tujuan membersihkan bahagian mulut dan juga rawatan dibahagian kerongkong. Pokok turi juga mengandungi sedikit getah yang mengandung beberapa zat pewarna seperti agatin, basorin dan zantoagatin. Dinegara India malahan pokok turi digunakan sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit buta senja karena mengandung banyak vitamin A. Daun turi juga ianya dilaporkan boleh digunakan sebagai bahan pewarna asli yang tradisional. Dalam mengatasi masaalah kesihatan dibahagian hidung berlendir atau sakit kepala daun turi dipilih dengan mengambil segenggam daun dan bunga turi digiling hingga halus. Kemudian ia akan ditambahkan setengah cawan air masak dan bancuh sehingga sebati da ditapis sebelum diminum. Bagaimana pun jika masaalah berlanjutan maka penulis blog sarankan agar berjumpa doktor kerajaan atau swasta bagi rawatan segera dijalankan. Mudah sahaja menanam pokok turi di kawasan keliling rumah sama ada didalam pasu atau pun diatas tanah. Pokok turi mudah tumbuh dan sebaiknya di berikan baja organik. Artikel ini di tulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kedua-duanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

POKOK TURI...MUDAH TAAMNYA...
DI AMBIL DAUN MUDA...DAN BUNGA...
DI MASAK LEMAK...RAMAI YANG SUKA...
BERKHASIAT... PELBAGAI MANAFAATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Zulkaedah 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.