Wednesday, May 21, 2025

SEMBANG POKOK TURI DAN KEHEBATANNYA (Pt 1)

POKOK DAUN TURI
merupakan sejenis tumbuhan yang mana ia menghasilkan sayuran daun daripada DAUN TURI (Sesbania grandiflora synonim dengan Aeschynomene grandiflora) sebagai sejenis sayuran kampong tradisional yang mudah di tanam dan didapatkan di Malaysia. Penanaman pokok turi di negara kita Malaysia lazimnya dibuat dikawasan keliling rumah sebagai pokok hiasan landskap disamping bagi mendapatkan pucuk dan bunga daun turi untuk dijadikan sayuran. Dalam merujuk kepada laporan statistik Jabatan Pertanian mengenai pokok turi dimana penulis blog tidak dapat maklumat secara rasmi akan keluasan pokok turi yang ditanam dan juga lokasi penanamannya di Malaysia. Ini disebabkan pokok turi tidak menjadi tanaman utama seperti beberapa jenis tanaman lain. Pokok ini ditanam ikut kesukaan dengan satu atau dua pokok sahaja mencukupi untuk kegunaan sendiri disekeliling rumah atau ada yang tumbuh sendiri dan mungkin kurang menarik ramai peminat. Pokok turi yang dibiarkan mampu tumbuh tinggi akan tetapi lazimnya pemilik pokok akan mencantas rendah untuk memudahkan kerja-kerja memetik bahagian pucuknya yang lembut dan muda bagi dijadikan sayuran. Daun turi juga ada dijual digerai pasar tani, pasar malam atau di pasara tradisional. Ia asasnya adakah sejenis produk dari kampong dijual dikawasan pasar atau dipasar malam dengan anggaran harga RM 3.00 - RM 4.00 satu ikat bergantung kepada kuantiti dan kualitinya. Kebanyakan daun turi bersama bunga turi dimasak gulai lemak yang dimakan dengan nasi bersama ikan atau ayam goreng. Artikel subuh Ahad ini saya sembang dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan daun turi didalam masyarakat lokal untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Menarik dalam portal bernama laporkan '
Teroka potensi pokok turi jadi baja dan makanan ternakan' untuk ianya di sembangkan hasil kajiannya. Kisah dari Hainan, China dimana pokok Sesbania atau Pokok turi iaitu sejenis tumbuhan daripada keluarga fabaceace atau kekacang yang banyak tumbuh di kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia dikenal pasti berpotensi sebagai baja organik selain menjadi makanan ternakan yang berkhasiat tinggi. 
Apa pun dilaporkan yang aktiviti kajian dan penemuan terbaharu itu hasil kajian yang dilakukan sepasukan penyelidik dari Makmal Industri Benih Provinsi Hainan sejak 10 tahun lepas. Pegawai penyelidik makmal iaitu Dr Wang Fuqian berkata ada 400 jenis tumbuhan termasuk Sesbania telah dikaji dan ditanam pada tanah yang mengandungi garam yang tinggi, berasid serta beralkali, namun mendapati pokok Sesbania sebagai spesies terbaik yang mampu bertahan dalam cuaca tropika di Hainan (Sila lihat foto disebelah). Dia dan pasukannya sudah menjalankan penyelidikan tentang Sesbania dan setelah menggunakan benih Sesbania dimana mendapati jumlah nitrogen dan karbon organik dalam tanah telah meningkat sekali gus menyuburkan tanaman pertanian dimana ini juga secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan baja kimia pada tanaman itu. Pokok Sesbania atau turi dikenal pasti berpotensi sebagai baja organik selain menjadi makanan ternakan yang didakwa berkhasiat tinggi. Benih pokok Sesbania yang telah berjaya dikacukkan di Makmal Industri Benih Probinsi Hainan oleh pakar bernama Dr Wang Fuqian diperjelaskan kepada wartawan daripada 11 media utama dari sembilan negara ASEAN dalam program Kenali Hainan China Up Close anjuran Kumpulan Media China di Hainan baru-baru ini. Pada tahun 2023 mereka mencuba menanam bawang serta Sesbania secara giliran di satu kawasan di Provinsi Shandong dan juga mendapati jumlah pengeluaran bawang meningkat berbanding tanaman sebelum tanpa penggiliran antara bawang dan Sesbania. Penggunaan tanah secara berterusan di satu-satu kawasan akan menjejaskan kesuburan tanah berkenaan, namun jika pokok Sesbania ditanam dan apabila mencapai usia matang ia dikambus pada tanah menggunakan mesin maka ia dapat membantu menambah nitrogen dalam tanah itu yang akan memberi manfaat untuk tanaman seterusnya. Apa pun selain meningkatkan kesuburan tanah, beliau berkata, penyelidikan terhadap tumbuhan renek yang hidup subur di kawasan panas dan lembap itu turut dikembangkan untuk makanan ternakan bagi menyelesaikan kekurangan bahan berkenaan di China serta kebergantungan kepada bahan makanan ternakan import. Kekurangan pokok Sesbania ini batangnya keras tidak sesuai untuk dijadikan makanan ternakan dimana penyelidikan yang dilakukan turut didkwa ia menumpukan usaha menjadikan pokok ini lebih lembut seperti alfalfa agar sesuai untuk dimakan haiwan ternakan kerana di dalam kandungan Sesbania kaya dengan sumber protein. Dr.Wang yang berpengalaman lebih 10 tahun di pusat kajian itu berkata, tumbuhan seperti alfalfa selalu digunakan sebagai makanan ternakan seperti lembu dan kambing kerana kandungan proteinnya tinggi, namun tumbuhan biasa yang dijadikan makanan ternakan di China kurang kandungan sumber berkenaan. Kini Makmal Industri Benih itu juga giat mengkaji dan membangunkan spesies benih baharu Sesbania melalui proses kacukan bagi menghasilkan benih yang lebih baik serta sesuai ditanam di bahagian selatan China seperti di Hainan dan di bahagian utara China yang kedua-dua kawasan itu berbeza cuaca dan keperluannya. Pihaknya juga sedang mencari rakan kerjasama bagi membangunkan teknologi pembenihan itu dan mengadakan perbincangan dengan Pusat Pertanian Tropika Antarabangsa (CIAT) bagi membentuk bank benih Sesbania meliputi pelbagai spesies dari seluruh dunia. Mereka juga bersedia untuk menjalin kerjasama dengan negara ASEAN termasuk Malaysia kerana kajian ke atas Sesbania yang kami lakukan ini lebih sesuai ditanam di negara ASEAN berbanding negara-negara lain.


Dalam mediacorp.sg dilaporkan 'Daun turi, kunyit & bawang putih antara pemakanan berkhasiat bagi kesihatan hati' wajar di sembangkan. Kisah dipetik dari Jakarta dimana dilaporkan masaalah liver atau hati yang memiliki banyak fungsi dalam tubuhbadan daripada membantu kemampuan metabolisme, mengeluarkan racun atau detoks hingga sebagai tempat penyimpanan untuk khasiat penting adalah penting dijaga. Ia adlah satu organ terbesar dalam badan dimana ia secara beterusan berfungsi untuk menyaring dan membersihkan darah. Hati juga menghasilkan hormon dan enzim penting agi tujuan memecah dan melestarikan sel darah yang matang dan mengawal penyimpanan gula berlebihan. Adalah penting untuk mendetoksifikasi hati secara teratur untuk fungsi tubuh yang optimal dakwa Dr Archana Sukumaran iaitu seorang Doktor Ayurveda (BAMS) yang terkenal di Kerala, India. Dr Archana nyatab bahan hijau (Phyllanthus Niruri Linn.) atau juga dikenali sebagai dukung anak, buah amin, rami buah, turi hutan dan nipon-nipon merupakan salah satu herba yang disyorkan dalam usaha mengatasi semua gangguan hati. Tumbuhan seakan daun semalu itu banyak ditemuo di kawasan rmput keliling rumah dan di kebun. Daun herba itu dipercayai dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan saluran hempedu serta berkhasiat dan menurunkan jumlah virus hepatitis B dalam darah. Daun tersebut  juga adalah sebagai imunomodulator dalam menjaga daya ketahanan tubuhbadan. Dalam pada itu Daun Turi dapat diproses menjadi makanan jenis suplemen yang ketika ini digunakan syarikat Mustika Ratu untuk menghasilkan produk Herbamuno Plus. Sebagai suplemen herba iaitu di dalam satu kapsul Herbamuno Plus mengandung lima herba asli Indonesia sekali gus yang mana salah satunya daun turi. Selain itu terdapat juga bahan iaitu daun hempedu bumi, halia, akar manis, dan daun jambu. Apa pun selain daun turi, kunyit juga merupakan ubat yang sangat baik untuk gangguan hati kerana tindakan anti-radang kulit. Ini juga merupakan antioksidan kuat yang mengeluarkan racun atau detoks dari sel-sel hati. Ia boleh direbus sepotong kecil akar kunyit segar dalam segelas air dan minumlah pada sebelah pagi untuk proses detoksifikasi. Bahan bawang putih, selain digunakan untuk masakan juga berpotensi sebagai penyejuk hati. Hati adalah tempat pembuangan semua produk yang beredar dalam darah, dan bawang putih adalah ubat terbaik di dapur yang menawarkan detoksifikasi hati terbaik dengan biaya termurah. Bawang putih memiliki tindakan anti-radang dan antioksidan yang sangat baik di tanaman dengan bahan kimia seperti allicin, alliin, dan ajoene, yang sering meningkatkan fungsi hati dan membantu dalam tindakan ini.


Bunga Turi yang terhasil dipokok keluar sepanjang tahun dimana ia mempunyai banyak kuntum dengan warna putih krim dan keluar sepanjang tahun. Bunga turi ini amat enak dimakan sebagai kerabu bunga turi yang segar disediakan kerana ia juga didakwa mengandungi zat vitamin B. Bunga turi dalam bentuk 'KUDUP' yang masih belum terbuka menjadi pilihan peminat bunga turi. Tinjauan penulis dibeberapa pasar basah, pasar tani dan juga pasar tamu kadang kala ada menjumpai peniaga menjual bunga turi kepada orang ramai. Sementara itu apabila bunga turi menjadi matang ia selalu menghasilkan buah turi apabila proses pendebungaan dan pematangan buah berlaku. Buah Turi lazimnya mempunyai saiz buah yang agak kecil. Daripada beberapa laporan didapati buah turi yang mengandungi biji lazimnya boleh digunakan sebagai bahan pengganti kepada kacang soya didalam aktiviti membuat tempe di Indonesia pada zaman dahulu walau pun pada masa ini ianya sudah agak jarang dilakukan. Penanaman yang luas sahaja memboleh ia menghasilkan buah dan biji yang banyak. Bagaimana pun daripada pemerhatian didapati jika pokok turi sering dipotong daun pucuk muda maka bunga dan buahnya amat jarang dihasilkan kerana pokok selalu akan berada dalam keadaan vegetatif. 
Bahagian akar pokok turi boleh digunakan untuk mengatasi masaalah sengal dan sakit dibahagian sendi (Kaki atau tangan). Ia mudah sahaja dikawal iaitu dengan mengambil hingga akar dan bunga turi merah secukupnya dan ia perlu digiling halus, Selepas itu perlu ditambahkan sedikit air sampai menjadi adunan seperti bubur. Gosokkan kebahagian badan yang sakit secara berterusan beberapa hari. Bunga turi merah (Sila lihat foto sebelah) boleh didapati daripada pokok varieti berbunga merah. Ada yang gunakan kayu pokok turi sebagai menjadi bahan baku kertas, kayu bakar dan arang. Daun dan ranting muda juga merupakan makanan untuk ternakan yang kaya dengan unsur zat protein. Daun turi juga didapati mengandungi bahan seperti saponin dimana ia dapat digunakan sebagai pengganti sabun setelah diramas-ramas dalam air untuk mencuci pakaian. Artikel ini di tulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca keduanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
POKOK TURI...AMAT MUDAH TANAMNYA...
DI AMBIL DAUN MUDA...DAN ADA BUNGA...
DI MASAK LEMAK...RAMAI YANG SUKA...
BERKHASIAT... PELBAGAI MANAFAATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Zulkaedah 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.