Wednesday, November 13, 2024

SEMBANG VARIETI BETIK POPULAR MALAYSIA (Part 1)

BUAH BETIK
(Carica papaya Linn.) adalah sejenis buah dihadsilkan dari tanaman jenis buah-buahan tropika yang ditaanam di Malaysia untuk tujuan domestik dan ekspot dari keluarga Caricaceae. Tanaman betik pada tahun 2023 adalah dilaporkan seluas 2,536 hektar dengan hasil sebanyak 55,958 metrik tan (Sumber: Laporan Keluasan Tanaman, Booklet Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Tanaman betik paling luas di tanam di Johor (1,295 hektar menghasilkan sebanyak 33,647 mt)) diikuti di Pahang (267 ha) dan di Sabah (258 ha). Apa pun penanaman betik kini mula meningkat setelah isu serangan penyakit Papaya Ring Spot Virus (PRSV) dan juga serangan penyakit Mati Pucuk (Papaya Dieback) yang telah menyebabkan keluasan tanaman betik di Malaysia terjejas teruk. Buah betik juga dikenali juga sebagai 'paw-paw', Gandul (Indonesia), Papaya (English) dan pelbagai nama lagi iaitu merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup sederhana singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico. Betik mengandungi banyak vitamin, zat2 galian dan dapat membentu mencernakan serta elakan sembelit. Penanaman betik adalah tanaman singkat masa sederhana yang hidup antara 1- 4 tahun atau lebih lama lagi bergantung kepada pengurusan yang dijalankan. Pokok betik mempunyai batang menegak dan mampu hidup sehingga 5m dengan daun berwarna hijau. Buah betik berbentuk Lonjong (bagi jenis Buah Hemaprodite) dan agak Bulat (Buah Betina). Buah hemaprodite mempunyai rasa yang lebih baik dan harga lebih tinggi dari jenis buah betik betina. Pokok betik ada yang di panggil sebagai ‘Pokok Jantan’ dimana hanya bunga sahaja dikeluarkan dan tidak ada buah. Diantara varieti betik yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia adalah seperti Varieti Subang 6, Setiawan, Batu Arang, Eksotika, Betik Sekaki dan pernah ada Betik Piola. Terdapat beberapa varieti betik tradisional yang masih ditanam seperti betik panjang dan pelbagai lagi. Saya ada menulis puluhan artikel mengenai betik dan papaya dimana MARDI pada tahun 1987 ada perkenalkan varieti Betik Eksotika, Betik Eksotika II. Selain itu saya menulis dalam blog ini ada terdapat betik lain seperti Betik Sekaki, Betik Subang 6, Betik Sitiawan, Betik Batu Arang, dan Betik Hawaiian Sunrise Solo yang masing-masing mempunyai ciri yang menarik dan unik dan dikomersilkan. Apa pun kebanyakan benih betik di beli daripada kedai pertanian komersial dan juga daripada pemilihan sendiri oleh petani. Benih betik hibrid eksotika dijual dengan lingkungan harga RM 1,000 sekilogram pada tahun 2000 akan tetapi kini semakin sukar mendapatkannya. Kadar percambahan benih betik lingkungan 60-70% dan setiap perdu perlu ditanam 2 pokok anakbenih untuk memudahkan pemilihan pokok hemaprodite. Artikel pada subuh kali ini penulis sembang dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan varieti betik popular di Malaysia berdasarkan pengalaman penulis blog sendiri untuk dijadikan bahan rujukkan.


(1) VARIETI BETIK SEKAKI

Varieti Pokok Betik Sekaki adalah sejenis varieti betik paling lama popular dan diminati petani di Malaysia terutama untuk pasaran domestik dan eksport. Betik Sekaki didaftarkan di Jabtan Pertanian dengan nombor daftar CP3 pada 2013. Ia dilihat ia memiliki internode yang pendek dan pertumbuhannya lambat. Dengan ciri-ciri ini penulis blog lihat ia dapat memberikan hasil dalam masa 3 tahun setelah ditanam. Penjagaan dan pengurusan ladang betik sekaki selalu ia lebih mudah kerana keupayaannya menahan penyakit daun yang berkumpul. Dilihat dimana Betik Sekaki menarik dengan kulit yang licin, warna yang seragam dan selalu buahnya juga bebas dari bintik-bintik. Isinya berwarna kemerahan, padat, walaupun kandungan gula tidak terlalu tinggi atau dimakmal ia mencapai sekitar 10% brix atau lebih rendah. Pada penulis blog selepas ujirasa kemanisan Betik Sekaki dimana ia adalah mempunyai jangka hayat simpanan yang lama dimana didapati jika dipetik pada tahap kematangan indeks 6 dilihat yang isi buahnya masih kekal padat sesuai untuk dimakan segar atau di jadikan buah potong.


(2) VARIETI SUBANG 6

Apa pun selalunya varieti Subang 6 juga pernah sangat popular dahulu sebelum ada banyak varieti betik lain di Malaysia. Apa pun varieti ini awalnya di daftarkan dari Subang Selangor dimana ia sesuai di tanam dan tersebar luas keseluruh Seananjung Malaysia dimana ciri warna isinya yang menarik dan ukuran buah yang seragam. Selain itu dilaporkan varieti Subang 6 ini juga enak dimakan segar sebab ia mudah di potong dan tidak mudah pecah. Betik jenis ini sangat subur pada tahap pertumbuhan awal dan berbuah cepat dan dilaporkan boleh menuai sekitar 42-44 minggu setelah di tanam. Betik Subang 6 akan mula berhasil dari bahagian bawah dahulu sekitar 47-60 cm dari permukaan tanah. Batangnya dilihat ia mempunyai ruas yang pendek dimana peratus pokok jantan atau pokok steril yang tinggi iaitu sebanyak 56% pada tahun pertama dan 75% pada tahun kedua. Selalunya ada sekitar 10% batang pokok ini yang berbuah awal iaitu setiap pokok ada lebih dari satu buah. Apa pun isu kejadian buah berbiji-biji adalah sangat rendah. DIlihat yang varieti Betik Subang 6 mempunyai jenis buah hermafrodit yang panjang dan berbentuk silinder serta meruncing pada bahagian leher. Buah betina berbentuk bulat dengan ia dilihat mempunyai rongga ovari yang lebih besar dan isinya adalah selalunya tipis. Buah betik Subang 6 yang sudah matang mempunyai warna kulit yang menarik iaitu berwarna kuning seragam dengan permukaan buah yang sangat bersih dan bebas dari bintik-bintik atau tanda melecet. Paling hebat dilihat warna isi buahnya cerah merah dan agak pudar pada bahagaian isi yang berdekatan dengan lapisan kulit.



(3) VARIETI SETIAWAN

Penulis blog beberapa kali membuat tinjauan varieti Betik Setiawan semasa ke Perak dan Johor dulu. Bagaimana pun kini semakin kurang menanam betik ini sebagai komoditi pilihan. Betik jenis ini sesuai untuk diproses atau dikeringkan kerana hasilnya yang tinggi dan isi yang padat. Petani laporkan dimana tumbesaran betik ini sangat sepat jika tanahnya subur diman ia mampu tumbuh dengan cepat dalam ketinggian yang sederhana jika air dan baja mencukupi. Apa pun varieti ini akan mula berbuah sekitar 44 - 45 minggu setelah di tanam dimana selalunya buah pertama biasanya akan keluar  pada ketinggian sekitar 80 cm dari tanah. Dilihat dimana varieti Betik SItiawan pokoknya berbatang yang mana ia mempunyai ciri tahap sterilisasi yang tinggi sehingga ia mencapai 65% dalam tahun pertama dan 68% dalam tahun kedua. Selalunya sekitar 12% dari bahagian yang berbuah mendukung lebih dari satu biji buah dimana kejadian buah berkarpel rendah cuma sekitar 0.8%. Betik Sitiawan dilihat ia menghasilkan buah hermafrodit yang berbentuk panjang dan silinder dimana buah betina lebih cenderung lebih berbentuk bulat di bahagian bawah. Buah ini yang sudah masak memiliki warna kulit jingga kekuningan dengan ada seakan jalur hijau. Kulitnya bersih tanpa bintik-bintik atau lebam dan permukaan buahnya tidak selalu rata atau kadang-kadang ada yang mana ia menunjukkan garis-garis alur. Betik ini kebanyakannya di jual tempatan dan juga sesuai di proses menjadi produk berasaskan betik.


(4) VARIETI BATU ARANG

Menarik mengenali varieti Betik Batu Arang yang nama satu lokasi yang berada di utara Kuala Lumpur merupakan sebuah pekan Batu Arang. Nama varieti ini di ambi sebab suatu masa dulu betik ini banyak di tanam di sana. Pokoknya tak terlalu tinggi, tapi pantas berbuah. Dia mula mekar dalam 4 hingga 6 bulan selepas kita tanam biji, dan ambil masa dalam 5 bulan nak jadi besar dan masak. Buah pertama keluar kat ketinggian 80 cm dari tanah. Selalunya tumbesaran pokok ni sangat dipengaruhi oleh cuaca serta terencat pada suhu panas dan musim kemarau jika tiada pengairan. Betik Batu Arang ini mempunyai jenis buah hermafrodit banyak dimana cirinya panjang dan gemuk dengan wujud garis tengah hampir sama untuk semua buah. Buah betina pula nampak lebih bulat. Varieti ini buahnya apabila sudah masak dilihat kulitnya kuning dengan garis hijau, licin, tak ada bintik atau lebam. Ovari buah dia kecil, tapi bijinya banyak. Isinya warna merah, padat, wangi, dan ada gula dalam jumlah sederhana, kira-kira 12-13% brix. Varieti ini mempunyai isi buah merah, padat dan manis serta amat sesuai dimakan segar dan diproses. Berbuah selepas 4 - 6 bulan ditanam dimana jangkamasa berbuah selama 5-6 bulan bergantung kepada penjagaan. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai agar ianya dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
VARIETI BETIK... ADA DI MALAYSIA...
7 VARIETI...PETANI SELALU SUKA....
BETIK SEKAKI... LUAS TANAMANNYA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 RabiulAkhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.