Tuesday, November 12, 2024

IKAN KELAH DAN FAKTA DI MEDIA

IKAN KELAH (Mahseer)
merupakan spesies ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar. Apa pun dilaporkan dimana dalam pengelasan taksonomi dimana spesies kelah agak sukar dibezakan kerana spesies ini mempunyai sifat luaran yang hampir sama. Ikan kelah selalu ia dikelaskan dalam tiga genus iaitu Tor, Neolissochilus dan Naziritor. Apa pun di Malaysia dimana i
kan kelah bukan sahaja terkenal kerana keenakan rasa dagingnya yang mempunyai tekstur yang halus malah ia sangat kuat melawan sekiranya terkena mata kail oleh kaki pancing. Selalunya kombinasi semangat juang yang tinggi pemancing apabila terkena mata kail serta isinya yang sedap menjadikannya buruan kaki pancing dan peminat ikan air tawar. Dilaporkan kesan dari penangkapan yang melampau dan permintaan yang tinggi di pasaran ia kini diancam aspek kepupusan. Ikan ini juga dikenali sebagai 'King of the River' dimana selaluny aikan kelah merupakan ikan yang hanya dijumpai di Asia seperti di India, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Dilaporkan dimana ada terdapat lebih daripada 19 spesies kelah yang terdapat di dunia dan dimana Malaysia hanya terdapat tiga spesies sahaja. Kebanyakan ikan kelah yang dijumpai di Malaysia ialah kelah merah. Habitat semula jadi ikan kelah adalah di hulu sungai yang lebih 500 meter dari paras laut dan gelaran 'mahseer' ia juga lazimnya merujuk kepada spesies dalam genus Tor. Atau lebih mudah lagi spesies kelah dan bukannya tengas atau kejor. Apa di Malaysia sudah sekian lama spesies kelah merah telah dikenal pasti sebagai Tor tambroides atau Malayan mahseer. Dilaporksn juga dimana ikan kelah merah yang terdapat di Semenanjung Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan dirujuk sebagai Tor tamroides. Uniknya di Sarawak ada spesis ikan iaitu 'Ikan Empurau' dadi Sabah ada spesis 'Ikan Pelian' yang menyerupai ciri ikan ini tetapi dikenali dengan nama saintifik sebagai Tor duoronensis (kes ini juga dilaporkan ia perlu kajian semula). Sementara itu Ikkan Tengas dan Ikan Kejor juga merupakan spesies daripada keluarga yang sama namun spesies tersebut datang daripada genus Neolissochilus. habitat dan taburan spesies ikan kelah boleh dijumpai di kawasan sungai yang berarus deras dan berjeram. Ikan kelah juga merentasi Asia Tenggara sehingga ke beberapa bahagian di India. Ikan kelah secara tipikalnya mendiami dan berlegar di kawasan dasar yang berbatu dan berkayu sebagai tempat berlindung di kawasan hilir sungai. Apa pun ia terdapat juga yang memilih untuk berlindung di kawasan yang lebih luas dan dalam. Dilaporkan dimana ketika musim mengawan, ikan kelah akan bermigrasi dan berenang melawan arus ke hulu sungai. Di hulu sungai ikan kelah akan memilih kawasan sungai-sungai yang lebih kecil untuk melepaskan telurnya. Badan ikan kelah mempunyai bentuk yang agak tirus di mana ia memberi kelebihan ketika ikan ini berenang melawan arus dan menongkah jeram. Warna badannya pula bervariasi daripada kuning keemasan sehingga ke warna kemerahan. Sisik di badannya mempunyai warna berkilau dan cantik. Sementara sirip dorsal ikan kelah lazimnya agak besar. Pada bahagian mulutnya, ikan kelah atau mahseer dari genus Tor mempunyai bibir median bawah yang lebih tebal. Bibir ini membezakannya daripada spesies tengas atau copper mahseer dari genus Neolissochilus. Kelah jantan yang matang pula biasanya lebih kecil berbanding kelah betina yang matang. Sebagaimana spesies ikan kap yang lain, ikan kelah merupakan haiwan omnivor yang tidak hanya makan alga, krustasea, serangga, katak dan ikan-ikan mangsa yang lain, tetapi juga buah dan bunga yang akan ia berguguran dari pohon-pohon yang tumbuh di tepi-tepi sungai. Dalam pada itu ikan kelah bukan sahaja terkenal dengan keenakan rasa isinya yang bertekstur halus itu, malah daya juangnya juga adalah sangat mencabar bagi pemancing untuk mendaratkannya. Artikel pada tengahari pada 3 Ramadan 1445H ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta ikan kelah di media untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Portal berita bharian.com ada melaporkan bagaimana '
UPM hasilkan makanan khas ikan kelah, pendekkan jangka masa ternak' yang dipetik di Serdang, Selangor. Dilaporkan di UPM dimana inovasi berkaitan penghasilan makanan khas bagi ikan kelah merah yang mampu memberikan status pertumbuhan maksimum kepada jenis ikan itu dan memendekkan tempoh penternakan.  Inovasi yang dinamakan Tropicarp™ Premium Mahseer Feed (Tropicarp™) adalah hasil penyelidikan sekumpulan penyelidik UPM selama 17 tahun, diketuai pakar pemakanan akuakultur UPM, Prof Dr Mohd Salleh melalui pembiayaan geran oleh KPT; MOSTI), UPM dan MTDC. Ikan kelah merah yang juga dikenali sebagai ikan empurau ialah spesis ikan air tawar berasal dari Malaysia yang bernilai tinggi, namun populasinya semakin berkurangan kerana penangkapan berlebihan dan dimakan ikan lain ketika masih kecil, selain persekitaran semulajadi yang terganggu, termasuk akibat aktiviti pembalakan. Kini dengan teknologi penggunaan Tropicarp™, populasi ikan kelah merah dapat ditingkatkan untuk tujuan pasaran, yang mana ia hanya mengambil masa setahun dua bulan untuk mencapai saiz pasaran iaitu satu kilogram (kg), berbanding penggunaan makanan ikan talapia yang banyak digunakan penternak kelah ketika ini, yang mengambil masa antara tiga ke empat tahun. Ia disebabkan kandungan nutrien dalam Tropicarp™, iaitu mempunyai lebih banyak protein yang diperlukan ikan kelah merah, berbanding lemak yang terdapat dalam makanan untuk ikan talapia. Ketika ini terdapat lebih 90 pengusaha di seluruh negara, yang mana pada tahun lalu menghasilkan lebih 28 juta tan ikan kelah merah. Dari segi kos dimana aktiviti dalam penternakan ikan kelah didakwa menggunakan Tropicarp™ adalah lebih rendah. Dengan harga RM20 sekilogram, penternak hanya memerlukan kira-kira 2kg makanan saja sehingga ikan mencapai saiz untuk pasaran, berbanding 40 - 50kg jika menggunakan makanan ikan talapia. Ikan kelah merah ini secara puratanya dijual pada harga RM900 sekilo dan boleh mencapai lebih RM1,000 selain turut dieksport, terutama China. Ia juga turut mendapat perhatian peminat ikan hiasan, yang dijual dengan harga RM10 bagi setiap satu inci ikan. Sejak dikomersialkan pada 2018, Tropicarp™ mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penternak tempatan, selain dieksport ke Amerika Syarikat (AS). UPM kini menyasarkan untuk memasarkan produk itu kepada santuari ikan kelah seperti di Taman Negara Pahang dan Tasik Kenyir, Terengganu. Penggunaan produk Tropicarp™ juga lebih menjimatkan dari segi penggunaan air untuk ternakan. Jika menggunakan makanan ikan talapia, air akan menjadi lebih berminyak dan perlu ditukar setiap dua hari, berbanding Tropicarp™ yang mampu mengekalkan penggunaan air yang sama sehingga seminggu.


Dalam pada portal berita hmetro.com melaporkan dimana '
Kelah merah RM3,100 rezeki pasca banjir' dimana Abd Hadi Sulaiman menunjukkan ikan kelah merah yang sudah ditangkapnya. Kisah dari Lipis, Pahang dimana kata orang-orang tua, rezeki tidak tersalah alamat. Hal ini dialami oleh nelayan Sungai Tanum di Kampung Chegar Perah, dekat sini, Abd Hadi (47) apabila memperoleh ikan kelah merah atau nama saintifiknya Tor putitora dan satu-satunya spesies liar di sungai yang paling mahal di pasaran. Akibat banjir yang melanda kampung tersebut bulan ini membawa tuah di sebalik menanggung kesusahan susulan Sungai Tanum melimpah masuk ke rumah. Kesempatan air sungai surut dua hari dimana dia telah memasang jaring sambil berharap pada tuah untuk memperoleh ikan liar. Ikan ini kemudian jika dapat di tangkap maka dijual untuk menampung pendapatan bagi mencongak perbelanjaan selepas banjir. Setelah memeriksa jaring yang dipasang dna dia turun ke sungai ini pada 7 pagi dia ternampak jaring bergoyang dengan kuat seolah-olah seekor ikan besar tersangkut di samping menggelepar sehingga air berkocak di permukaan sungai. Apabila jaringnya ditarik ke atas ternampak ikan kelah merah bersaiz besar yang tidak pernah ditangkap sejak dia bekerja sebagai nelayan Sungai Tanum, 20 tahun lalu. Dia yang menarik jaring perlahan-lahan ke atas bot gentian kaca bimbang sekiranya rezeki ikan kelah ini yang kuat menggelepar ini terlepas ke sungai semula. Kemudiain apabila sudah naik ke darat dan dibawa pulang ke rumah, saya terus menimbang ikan ini seberat 12.4 kilogram menyebabkan saya terpegun seketika sambil membayangkan jumlah pendapatan hari ini. Ikan kelah merah memang sukar diperolehi kerana berada di hulu sungai dan mungkin ia dihanyutkan arus deras ke sungai dekat rumahnya (Sila lihat foto disebelah). Dia memperoleh rezeki dianggarkan bernilai RM3,100 berasaskan harga sekilogram ikan kelah merah di pasaran hari ini iaitu RM250 sekilogram. Dia sangat perlukan wang selepas musibah banjir untuk perbelanjaan peralatan rumah yang rosak, keperluan dapur dan persiapan persekolahan tahun depan, ikan ini dijual terus kepada pengusaha restoran di bandar Kuala Lipis dengan nilai tersebut. Dia bersyukur memperoleh rezeki ini dan bercadang untuk memasang jaring ini semula di tempat yang sama pada petang ini sambil berharap ada lagi ikan kelah merah atau spesies liar lain tersangkut pada jaring untuk juadah keluarga pula.


Akhbar sama paparkan fakta lain bagaimana '
Suami isteri si pemburu kelah merah' menarik dikongsikan. Bagi  Anuar (47) bersama isterinya Sakinah gembira apabila melihat ikan kelah yang dipelihara sebelum dijual.  Kisah dari Kuala Berang, Terengganu ini walaupun berkerjaya namun seorang ibu lima cahaya mata gemar menghabiskan masa hujung minggu atau hari cutinya dengan meredah hutan, sungai dan tasik untuk mencari lubuk ikan kelah merah. Mereka tinggal di Kampung Jenagor dekat sini sanggup untuk meredah sungai dan bermalam berdua bersama suaminya di dalam hutan merupakan rutin mingguannya. Bagi Anuar yang  merupakan seorang penjual ikan kelah merah dan untuk mendapatkan bekalan 'raja sungai' itu suaminya terpaksa ke sungai-sungai di seluruh pelusuk negeri. Dulu dia pernah bekerja sebagai kelasi kapal, namun akibat pandemik Covid-19 menyebabkan semua sektor pekerjaan tidak dapat dijalankan. Anuar  kemudian mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan bermula dari situ, suami saya menumpukan sepenuh masa dengan menjual ikan kelah secara dalam talian. Kini melihat kepada permintaan yang tinggi, suami terpaksa ke sungai untuk mencari bekalan ikan kelah dan bermula dari situ menjadi rutin buat saya untuk mengikut suami ke sungai mencari ikan berkenaan. Selalunya semasa cuti hujung minggu atau hari-hari cuti dia akan mengajak suaminya untuk ke lubuk-lubuk ikan kelah bagi mencari raja sungai berkenaan. Rutin itu dilakukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu dan kerja menangkap ikan di kawasan lubuk dilakukan bersama-sama suaminya. Sebenarnya ada lubuk-lubuk kelah ibarat tempat 'healing' buat dirinya kerana saban minggu dia akan ke sungai di seluruh pelusuk Terengganu untuk mencari ikan kelah. Apa pun kini minatnya mencari ikan kelah sudah lama namun ia hanya sebagai hobi dan selepas berhenti kerja sebagai kelasi dia mengambil keputusan untuk menjadikan pekerjaan menjual ikan kelah sebagai mata pencariannya. Ikan yang dicari akan dikuarantin sebelum dijual dan harga ikan kelah merah dijual mengikut kilogram (kg) dengan harga pasaran RM550 hingga RM2,000 sekilogram bagi yang masih hidup. Selalunya dalam sebulan hanya empat ekor saja yang dijual dengan ukuran ikan di bawah kira-kira 50 sentimeter, selain kelah hidup saya juga menjual ikan kelah yang sudah dibekukan. Kini jumlah permintaan terhadap ikan ini sentiasa ada dan sebulan saya mampu meraih pendapatan hingga RM5,000. Dia akan menggunakan medium media sosial untuk dapat memasarkan ikan-ikan kelah berkenaan dan sepanjang berkecimpung dalam aktiviti itu dan dia pernah menangkap ikan kelah seberat 11 kg. Isterinya turut mempunyai minat yang sama dan biasanya isterinya akan mengajaknya untuk ke sungai mencari raja sungai itu. Selalunya mereka berdua ke sungai dan biasanya akan bermalam satu atau dua malam bergantung kepada cuti isteri namun biasanya hanya satu malam memandangkan saya dan isteri ke sungai setiap hujung minggu. Kini mereka tidak sangka dari hobi kini bertukar menjadi pekerjaan hakiki dan mampu menjana pendapatan untuk menyara keluarga. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN KELAH... MAHAL HARGANYA...
SEMAKIN PUPUS... ANCAMANNYA...
KISAH MENARIK... JUGA FAKTANYA...
MEMBACA ARTIKEL... GEMBIRA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Ramadan 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.